MENgENAL - pns.com.mypns/wp-content/uploads/2014/12/Bulletin-vol-III-13... · Francais @ PNS 13...

4
Francais @ PNS 13 Inovasi Inovasi Inovasi MENGENAL CLOUD STORAGE STILAH paperless world yang hadir di zaman ini memungkin- kan pelbagai cara dicipta bagi penyimpanan data di samping pengurangan kos penggunaan kertas. Cloud Storage merupakan perkhidmatan yang membolehkan anda menyimpan sesuatu fail di dalam ruang storan internet dan fail tersebut boleh diakses menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar melalui sambungan internet di mana sahaja dengan mudah. Cloud Storage sangat berguna sebagai tempat menyimpan gambar, video, dokumen, mp3 dan sebagai- nya. Ianya boleh mengelak kehila- ngan fail-fail penting dan berharga sekiranya hard disk komputer anda rosak. Ianya membolehkan anda mem backup data-data penting di samping menjimatkan kertas, menjimatkan masa, menjimatkan tenaga dan menjimatkan wang. Walau bagaimanapun, terdapat risiko terhadap jaminan keselamatan data yang di simpan menggunakan Cloud Storage. Tetapi risiko ini boleh dikawal dari semasa ke semasa. Kebaikan Cloud Storage jauh lebih banyak kebaikan dari keburukan- nya. Ia banyak memudahkan kerja Oleh JABATAN SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT I seharian di tempat kerja amnya. Cloud Storage mudah untuk digunakan dan boleh berkolaborasi terus melalui telefon pintar. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi yang disediakan. Di antara Cloud Storage yang popular masa kini ialah SkyDrive, Dropbox dan Google Drive. SkyDrive adalah antara servis Cloud Storage yang agak popular kerana ianya mesra pengguna, mempunyai ruang storan yang besar dan anda boleh upgrade ruang storan yang lebih besar pada harga yang sangat ber- patutan. Dropbox juga sangat mesra pengguna di samping mempunyai kelebihan tersendiri seperti boleh jemput rakan untuk berkolaborasi dalam berkongsi fail, fungsi direct link (hotlinking) kepada gambar, mp3 dan sebagainya. Google Drive ialah servis yang baru dilancarkan oleh Google pada 24 April 2012 setelah kian lama mendapat spekulasi dan khabar angin pelancarannya. Google Drive akan bersaing secara terus dengan Skydrive dan juga Dropbox.

Transcript of MENgENAL - pns.com.mypns/wp-content/uploads/2014/12/Bulletin-vol-III-13... · Francais @ PNS 13...

Page 1: MENgENAL - pns.com.mypns/wp-content/uploads/2014/12/Bulletin-vol-III-13... · Francais @ PNS 13 nasi nasi Inovasi MENgENAL CloUd sToRAge STiLAh paperless world yang hadir di zaman

Francais @ PNS 13

InovasiInovasiInovasi

MENgENAL CloUd sToRAge

STiLAh paperless world yang hadir di zaman ini memungkin-kan pelbagai cara dicipta bagi

penyimpanan data di samping pengurangan kos penggunaan kertas.

Cloud Storage merupakan perkhidmatan yang membolehkan anda menyimpan sesuatu fail di dalam ruang storan internet dan fail tersebut boleh diakses menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar melalui sambungan internet di mana sahaja dengan mudah.

Cloud Storage sangat berguna sebagai tempat menyimpan gambar, video, dokumen, mp3 dan sebagai-nya. Ianya boleh mengelak kehila-ngan fail-fail penting dan berharga sekiranya hard disk komputer anda rosak. Ianya membolehkan anda membackup data-data penting di samping menjimatkan kertas, menjimatkan masa, menjimatkan tenaga dan menjimatkan wang.

Walau bagaimanapun, terdapat risiko terhadap jaminan keselamatan data yang di simpan menggunakan Cloud Storage. Tetapi risiko ini boleh dikawal dari semasa ke semasa. Kebaikan Cloud Storage jauh lebih banyak kebaikan dari keburukan-nya. Ia banyak memudahkan kerja

Oleh JAbATAN SoKoNgAN TEKNoLogi MAKLuMAT

I

seharian di tempat kerja amnya. Cloud Storage mudah untuk

digunakan dan boleh berkolaborasi terus melalui telefon pintar. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi yang disediakan. Di antara Cloud Storage yang popular masa kini ialah SkyDrive, Dropbox dan Google Drive. • SkyDrive adalah antara servis

Cloud Storage yang agak popular kerana ianya mesra pengguna, mempunyai ruang storan yang besar dan anda boleh upgrade ruang storan yang lebih besar pada harga yang sangat ber-

patutan.• Dropbox juga sangat mesra

pengguna di samping mempunyai kelebihan tersendiri seperti boleh jemput rakan untuk berkolaborasi dalam berkongsi fail, fungsi direct link (hotlinking) kepada gambar, mp3 dan sebagainya.

• Google Drive ialah servis yang baru dilancarkan oleh Google pada 24 April 2012 setelah kian lama mendapat spekulasi dan khabar angin pelancarannya. Google Drive akan bersaing secara terus dengan Skydrive dan juga Dropbox.

Page 2: MENgENAL - pns.com.mypns/wp-content/uploads/2014/12/Bulletin-vol-III-13... · Francais @ PNS 13 nasi nasi Inovasi MENgENAL CloUd sToRAge STiLAh paperless world yang hadir di zaman

Francais @ PNS14

Agi sebuah negara yang mempunyai 6.3 juta pen-duduk pada tahun 1957 ke negara yang mempunyai penduduk 28 juta, Malaysia membuktikan negara

kecil boleh menjadi negara membangun dengan usaha dan tekad. Selepas 56 tahun merdeka, Malaysia dikenali di seluruh dunia di atas beberapa kejayaan dari segi sosial, politik dan ekonomi. Ini membuktikan pembudayaan, pengukuhan dan pemantapan ke-usahawanan telah membantu pada skala ekonomi nasional. Perkara ini boleh dilihat seawal tahun 1970an apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan. Dasar ini menjadi landasan kesamarataan hak ekonomi antara kaum dan membasmi kemiskinan melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.

Namun persoalannya, adakah kejayaan-kejayaan ini mampu ditingkatkan menjelang tahun 2020 dan terus meningkat selepas itu? Persoalan ini memerlukan analisa mendalam terhadap kestabilan ekonomi, perkembangan teknologi, persaingan perdagangan global, pelaburan, kualiti modal insan dan tahap inovasi negara dalam tempoh beberapa dekad akan datang.

Buat masa ini, Malaysia berjaya melepasi perangkap ekonomi negara membangun. Ini adalah hasil daripada visi dan tindakan drastik pemimpin negara mewujudkan

B

KEUSAHAWANAN DAN CABARAN PEMBANgUNAN

transformasi di dalam beberapa dasar Kerajaan dan pro-gram pembangunan. Antaranya ialah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Transformasi ini membolehkan pembangunan luar bandar dilakukan serentak menghubungkan mereka dengan potensi pembangunan dalam skala besar.

Bagi memenuhi hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan menjelang tahun 2020, Malaysia menghadapi satu ujian yang besar. Di dunia, terdapat 173 negara dan daripada jumlah ini 30 daripadanya adalah negara-negara maju dengan pendapatan per kapita dianggarkan US$36,160. Jika dibandingkan dengan Malaysia, pendapatan per kapita pada tahun 2007 hanyalah sekitar US$12,582.

Dalam konteks ini, keusahawanan adalah kunci pada pemerkasaan ekonomi sesebuah negara kerana mereka adalah pencipta dan penjana kekayaan. Dahulunya, kelompok pedagang dikatakan milik unik keturunan sesebuah keluarga dan memerlukan kemahiran khusus sebelum menceburi bidang perniagaan. Beberapa kajian menunjukkan kejayaan seorang usahawan bukanlah disebabkan keturunan. Sebaliknya, mereka dibentuk hasil daripada pengalaman dan persekitaran. Dalam hal ini, Kerajaan memainkan peranan utama

12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)• minyak, gas dan tenaga• minyak sawit• perkhidmatan kewangan• pemborongan dan peruncitan• pelancongan• perkhidmatan perniagaan• elektrikal dan elektronik• kandungan komunikasi • penjagaan kesihatan• pendidikan• pertanian• greater Kuala Lumpur/Klang Valley.

NegaraBerpendapatan

Tinggi

Kualiti Hidup Rakyat

Keterangkuman(Inclusiveness)

Kemampanan(Sustainability)

TRANSFoRMASi NASioNAL

WacanaWacanaWacana

Wacana

Page 3: MENgENAL - pns.com.mypns/wp-content/uploads/2014/12/Bulletin-vol-III-13... · Francais @ PNS 13 nasi nasi Inovasi MENgENAL CloUd sToRAge STiLAh paperless world yang hadir di zaman

Francais @ PNS 15

ekonomi melalui penjanaan pekerjaan dan pengwujudan persaingan di dalam inovasi penghasilan produk-produk baru.

Berdasarkan situasi semasa, Malaysia berupaya menjadi negara maju selepas tahun 2020 andai digembleng usaha meningkatkan sumbangan keusahawanan ke tahap skala besar. Berdasarkan situasi semasa, Malaysia berupaya menjadi negara maju selepas tahun 2020 andai digembleng usaha meningkatkan sumbangan keusahawanan ke tahap skala besar. Selain mengubah dasar dan program pembangunan negara, strategi menjadi negara berpendapatan tinggi perlu mengambil kira sumber keusahawanan sedia ada yang boleh dibangunkan serentak. Ini termasuklah modal insan, integrasi teknologi dan inovasi, menyediakan ruang dan peluang untuk usahawan berniaga, laluan ke pasaran global dan pembudayaan keusahawanan di peringkat sekolah.

Menarik untuk difikirkan, generasi muda bakal menghadapi cabaran pembangunan yang sama, namun mereka memerlukan pendekatan yang berbeza. Justeru, generasi muda ini perlu didedahkan dengan langkah-langkah kreatif dan inovatif dalam menghadapi cabaran-cabaran ini. Ini termasuklah latihan berterusan untuk bidang-bidang spesifik, kemahiran kepimpinan dan mengenalpasti pemasalahan yang sering dihadapi oleh usahawan sedia ada.

Cabaran ini bukan hanya cabaran yang perlu dihadapi oleh generasi muda, malah ia merupakan cabaran kompleks yang belum dihadapi oleh organisasi. Walaupun begitu, cabaran ini harus disambut kerana ia kritikal dalam usaha pembentukan usahawan baru yang dinamik.

Pada masa yang sama, di dalam dunia yang perlu menghadapi saingan demi saingan, usahawan perlu waspada. Mereka perlu menjadi lebih inovatif dalam menyusun strategi menghadapi persaingan. Justeru, usahawan perlu mempunyai kebolehan untuk berfikir secara strategik dalam melihat penyelesaian masalah jangka pendek dan jangka panjang. Kebolehan ini hanya boleh dicapai melalui latihan berterusan dan berfikir sebagai seorang usahawan.

bagi pengwujudan dan pembangunan keusahawanan di Malaysia. Pelbagai latihan, insentif dan prasarana telah diwujudkan bagi menghasilkan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan keusahawanan negara.

Justeru, usahawan di Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara semenjak DEB diperkenalkan. Lebih-lebih lagi hari ini, mereka diperlukan bagi kapasiti mereka sebagai penyumbang modal insan, pemilikan ekuiti dan penghasilan produk-produk bernilai tinggi.

30 negara maju

173 negara di dunia

MalaysiaUS$12582pendapatan per kapita

US$36160 pendapatan per kapita

DR SuhAiMi SuLAiMANKETuA, PNS AcADEMy

Malaysia berupaya menjadi negara maju selepas tahun 2020 andai digembleng

usaha meningkatkan sumbangan

keusahawanan ke tahap skala besar.

Malah, keusa-h a w a n a n a d a l a h asas pembangunan sesebuah negara. Me-reka adalah individu y a n g m e m p u n y a i visi yang jelas dan keupayaan un tuk b e r t i n d a k s e r t a mampu menanggung risiko. Bagi sebuah negara membangun, usahawan diperlukan untuk buah fikiran, ilmu, ketabahan, sifat optimis, kerja keras dan pengurusan yang efisien yang menjadi faktor kejayaan se-buah syarikat.

B e r d a s a r k a n statistik Suruhanjaya Syar ikat Malays ia (SSM) sehingga 31 Mei 2013 sebanyak 5 juta perniagaan telah didaftarkan dan lebih 90 peratus daripada jumlah in i ada lah Perusahaan Kec i l Sederhana (PKS). Hari ini, PKS dilihat sebagai pemacu kelangsungan

Wacana WacanaWacana

Page 4: MENgENAL - pns.com.mypns/wp-content/uploads/2014/12/Bulletin-vol-III-13... · Francais @ PNS 13 nasi nasi Inovasi MENgENAL CloUd sToRAge STiLAh paperless world yang hadir di zaman

Francais @ PNS16

Keratan Akhbar

ARu-bARu ini, semasa Hari Koperasi Negara 2013, telah berlangsung Perjanjian Per-

sefahaman (MoU) di antara Per-badanan Nasional Berhad (PNS) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Perjanjian ini ditandatangani oleh Syed Kamarulzaman Dato’ Syed Zainol Khodki Shahabudin, Pengarah Urusan PNS dengan Datuk Ali Mat Yunus, Pengerusi Eksekutif SKM dan disaksikan oleh YB Dato’ Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Kerjasama ini memberi peluang pada PNS sebagai peneraju francais negara memberi taklimat peluang francais, bimbingan, menyediakan latihan dan menawarkan pembiayaan kepada koperasi dan anggota koperasi yang berminat. Manakala, SKM sebagai sebuah badan berdaftar yang memantau perkembangan koperasi negara memain peranan mengenalpasti koperasi-koperasi yang berdaya saing dan berdaya maju untuk dijadikan sebuah syarikat francais. Sehubungan itu, SKM telah meletakkan sasaran lima koperasi menceburi perniagaan f rancais. Koperasi -koperasi in i mempunyai pilihan sama ada memilih perniagaan francais sedia ada atau menukarkan perniagaan mereka pada

Oleh bAhAgiAN oPERASi PERNiAgAAN

B

JADIKAN SISTEM FRANCAIS PILIHAN

PERNIAgAAN KOPERASI

Perjanjian Persefahaman PNS-SKM

sistem francais.Setakat ini, sebanyak tiga

kursus Pembangunan Francais Sektor Koperasi telah diadakan iaitu di Hotel Seaview Langkawi, Kedah (Zon Utara), Hotel M-Suite Johor Bahru, Johor (Zon Selatan) dan Hotel Tanjong Vista Kuala Terengganu, Terengganu (Zon Timur). Di setiap kursus, wakil PNS telah memberi penerangan mengenai program usahawan francais sedia ada.

Bagi program Business In Transformation (B.I.T), PNS turut

BeritaBeritaBerita

memberi penerangan khusus kepada Koperasi Belia 1 Malaysia dan Koperasi Belia Negara (KOBERA) berdasarkan keupayaan SKM menawarkan pembiayaan kepada ahli-ahli kedua-dua koperasi itu. Pada masa yang sama, SKM akan turut serta menyokong PNS Franchise Summit 2013 yang akan diadakan pada 12 hingga 13 November 2013 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Semoga melalui usaha sama ini, perniagaan francais mampu merealisasikan impian menghasilkan negara berpendapatan tinggi dan memberi manfaat kepada setiap kelompok masyarakat.

YB Dato’ Hasan Malek memerhatikan Perjanjian Persefahaman di antara PNS dan SKM

Perjanjian Persefahaman ini membolehkan anggota koperasi melihat peluang yang ada di dalam perniagaan francais

YAB Dato’ Haji Muhyidin Yassin merasmikan Hari Koperasi Negara 2013