Mengoptimum penggunaan sumber melalui ... - … Peta Koleksi Tesis Kekukuhan koleksi dan pangkalan...

10
Mengoptimum penggunaan sumber melalui kelestaraian inisiatif: pengalaman perpustakaan FRIM Mohamad Zaki Haji Mohd Isa Cawangan Penerbitan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 52109 Kepong Selangor E-mel: [email protected]; Tel: 03-62797497 Abstrak Kertas kerja ini melihat kepada kemajuan dan penawaran perkhidmatan maklumat yang disediakan dalam memastikan perpustakaan kekal relevan sebagai pusat ilmu dalam mendokong kajian-kajian yang dijalankan di FRIM. Usaha-usaha ini memerlukan inisiatif yang berterusan, apatah lagi apabila ditambah dengan peruntukan kewangan yang terhad, perpustakaan tetap perlu menunjukkan prestasi perkhidmatan yang diharapkan oleh pengguna. Dalam menvariasikan perkhidmatan yang ditawarkan sebagai mendokong matlamat dan fungsi institusi induk, pelbagai sudut penambahbaikan diteroka bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan memberi impak yang positif. Penambahbaikan bukan sahaja dilihat dari sudut bilangan dan kekukuhan koleksi- koleksi yang diwujudkan, tetapi juga melihat bagaimana sumbersumber sedia ada dapat dioptimumkan penggunaan dan ditambah nilai. Langkah-langkah yang diambil dalam memastikan perkhidmatan yang ditawarkan selari dengan arus perdana turut diperihalkan. Kertas kerja ini akan berkongsi pengalaman mengurus dan menyelia khidmat maklumat sepanjang lebih 20 tahun dalam usaha memastikan sebuah perpustakaan khusus sentiasa kekal menyediakan perkhidmatan yang bermutu. Pengenalan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1985 melalui Akta 319 yang menaik taraf Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) yang dahulu merupakan cawangan penyelidikan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia kepada sebuah institusi awam. Sejak penubuhan awalnya sebagai IPP pada tahun 1929, FRIM telah dipimpin oleh seramai 27 ketua jabatan dan diletakkan di bawah tiga kementerian bersilih ganti. FRIM merupakan satu daripada agensi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sejak 2004. Kampus FRIM yang merupakan hutan buatan terbesar dunia juga telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara pada tahun 2010. Sebelum dipilih sebagai sebuah tapak kajian, kawasan FRIM pada asalnya merupakan sebuah kawasan yang dipenuhi belukar, lalang, kebun sayur dan hutan miskin. Selain berfungsi sebagai sebuah institusi penyelidikan, FRIM juga merupakan sebuah destinasi ekopelancongan pelawat dalam dan luar negeri yang berupaya menyediakan persekitaran hijau dengan pelbagai spesies pokok yang unik dan menarik. FRIM juga menawarkan lokasi pelbagai aktiviti riadah dan masyarakat seperti trek joging, titian silara, kawasan perkelahan, dewan keramaian serta pelbagai arboretum. Sebagai sebuah institusi yang telah lama wujud, turut dinaungi oleh FRIM ialah satu koleksi bahan rujukan perhutanan yang telah mula dibangunkan pada tahun 1918 bertempat di Bukit Mahkamah, Kuala Lumpur. Koleksi ini kemudiannya dipindahkan ke Kepong pada tahun 1929 dan kemudiannya bergabung pula dengan satu koleksi buku botani yang dipindahkan daripada

Transcript of Mengoptimum penggunaan sumber melalui ... - … Peta Koleksi Tesis Kekukuhan koleksi dan pangkalan...

Page 1: Mengoptimum penggunaan sumber melalui ... - … Peta Koleksi Tesis Kekukuhan koleksi dan pangkalan data ini dapat dilihat menerusi rekod-rekod yang disumbangkan ...

Mengoptimum penggunaan sumber melalui kelestaraian inisiatif:

pengalaman perpustakaan FRIM

Mohamad Zaki Haji Mohd Isa Cawangan Penerbitan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 52109 Kepong Selangor

E-mel: [email protected]; Tel: 03-62797497

Abstrak

Kertas kerja ini melihat kepada kemajuan dan penawaran perkhidmatan maklumat yang

disediakan dalam memastikan perpustakaan kekal relevan sebagai pusat ilmu dalam mendokong

kajian-kajian yang dijalankan di FRIM. Usaha-usaha ini memerlukan inisiatif yang berterusan,

apatah lagi apabila ditambah dengan peruntukan kewangan yang terhad, perpustakaan tetap perlu

menunjukkan prestasi perkhidmatan yang diharapkan oleh pengguna. Dalam menvariasikan

perkhidmatan yang ditawarkan sebagai mendokong matlamat dan fungsi institusi induk, pelbagai

sudut penambahbaikan diteroka bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan memberi impak

yang positif. Penambahbaikan bukan sahaja dilihat dari sudut bilangan dan kekukuhan koleksi-

koleksi yang diwujudkan, tetapi juga melihat bagaimana sumber–sumber sedia ada dapat

dioptimumkan penggunaan dan ditambah nilai. Langkah-langkah yang diambil dalam

memastikan perkhidmatan yang ditawarkan selari dengan arus perdana turut diperihalkan.

Kertas kerja ini akan berkongsi pengalaman mengurus dan menyelia khidmat maklumat

sepanjang lebih 20 tahun dalam usaha memastikan sebuah perpustakaan khusus sentiasa kekal

menyediakan perkhidmatan yang bermutu.

Pengenalan

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merupakan sebuah badan berkanun yang

ditubuhkan pada tahun 1985 melalui Akta 319 yang menaik taraf Institut Penyelidikan

Perhutanan (IPP) yang dahulu merupakan cawangan penyelidikan Jabatan Perhutanan

Semenanjung Malaysia kepada sebuah institusi awam. Sejak penubuhan awalnya sebagai IPP

pada tahun 1929, FRIM telah dipimpin oleh seramai 27 ketua jabatan dan diletakkan di bawah

tiga kementerian bersilih ganti. FRIM merupakan satu daripada agensi Kementerian Sumber

Asli dan Alam Sekitar sejak 2004. Kampus FRIM yang merupakan hutan buatan terbesar dunia

juga telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara pada tahun 2010. Sebelum

dipilih sebagai sebuah tapak kajian, kawasan FRIM pada asalnya merupakan sebuah kawasan

yang dipenuhi belukar, lalang, kebun sayur dan hutan miskin. Selain berfungsi sebagai sebuah

institusi penyelidikan, FRIM juga merupakan sebuah destinasi ekopelancongan pelawat dalam

dan luar negeri yang berupaya menyediakan persekitaran hijau dengan pelbagai spesies pokok

yang unik dan menarik. FRIM juga menawarkan lokasi pelbagai aktiviti riadah dan masyarakat

seperti trek joging, titian silara, kawasan perkelahan, dewan keramaian serta pelbagai arboretum.

Sebagai sebuah institusi yang telah lama wujud, turut dinaungi oleh FRIM ialah satu koleksi

bahan rujukan perhutanan yang telah mula dibangunkan pada tahun 1918 bertempat di Bukit

Mahkamah, Kuala Lumpur. Koleksi ini kemudiannya dipindahkan ke Kepong pada tahun 1929

dan kemudiannya bergabung pula dengan satu koleksi buku botani yang dipindahkan daripada

Page 2: Mengoptimum penggunaan sumber melalui ... - … Peta Koleksi Tesis Kekukuhan koleksi dan pangkalan data ini dapat dilihat menerusi rekod-rekod yang disumbangkan ...

sumber lain pada tahun 1931. Perpustakaan FRIM yang diwujudkan bagi menyokong aktiviti-

aktivit penyelidikan di FRIM sejak institusi ini ditubuhkan, dan boleh dikatakan salah sebuah

perpustakaan tertua di Malaysia. Perpustakaan ini yang pada mulanya mempunyai koleksi sains

umum telah berkembang apabila mengambil alih koleksi “Applied & Technical Botany”

daripada Muzium Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Museum)Muzium Federated Malay

States. Pada tahun 1933 penyusunan katalog perpustakaan yang pertama telah dilakukan oleh

F.S. Walker dan melalui katalog ini diketahui bahawa perpustakaan pada masa itu telah

mempunyai 3000 naskah buku dan 40 judul jurnal yang dilanggan. Bagi tujuan pengkatalogan,

sistem pengkelasan Oxford System of Decimal Classification (ODC) telah digunakan untuk

mengkelaskan buku-buku perhutanan sekitar tahun 1949. Sistem pengkelasan ini kemudiannya

diintergrasikan dengan Universal Decimal Classification untuk memasukkan sumber bukan

perhutanan yang ada dalam koleksi. ODC kemudiannya diganti pula dengan Forest Decimal

Classification (FDC) apabila pembangun sistem kelasifikasi ini bertukar daripada Oxford

University kepada International Union of Forestry Research Organisations (IUFRO).

Perpustakaan ini terus berkembang sejajar dengan kemajuan bidang penyelidikan di FRIM di

mana koleksi perpustakaan sekarang mengandungi lebih 12,000 judul buku dan lebih 2,000 judul

bahan terbitan bersiri (dengan hampir 8,200 naskhah berjilid). Jumlah rekod bibliografi secara

keseluruhan melebihi 77,000 dan merangkumi pelbagai koleksi dan format bahan.

Perpustakaan ini merupakan satu daripada 86 unit fungsian di FRIM (daripada 9 jabatan) dan

diletakkan di bawah Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Perpustakaan yang dikendalikan oleh

enam orang kakitangan pada dasarnya diwujudkan bagi menyokong aktiviti-aktiviti penyelidikan

di FRIM, melaksanakan peranannya melalui penyediaan beberapa kemudahan dan perkhidmatan

bahan rujukan kepada seluruh warga FRIM. Perpustakaan FRIM juga menawarkan

perkhidmatannya kepada agensi-agensi kerajaan yang lain, pusat pengajian awam dan swasta,

serta industri dan orang ramai. Bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai, perpustakaan

menyediakan sistem katalog bersepadu yang bermula dengan CDS ISIS di penghujung 1980-an,

diikuti dengan Pustaka dan kini MYeLIB bagi membolehkan pengguna- menyemak dan mencari

bahan-bahan yang terdapat dalam koleksi perpustakaan. Pustakawan sepenuh masa yang

pertama dilantik pada tahun 1953 bagi memastikan aktiviti perkhidmatan dapat dirancang dan

dilaksana dengan sistematik.

Fungsi Pepustakaan

Penawaran perkhidmatan sesebuah perpustakaan di jabatan kerajaan seharusnya selari dengan

fungsi jabatan itu sendiri, dan antara fungsi FRIM yang boleh dijadikan panduan dalam

perkhidmatan perpustakaan ialah:

mengumpul, menyatukan dan menyebar maklumat berhubungan dengan pengurusan dan

pembangunan perhutanan, hasil-hasil hutan dan penggunaan hasil-hasil hutan; serta

menjalankan dan menganjurkan penyelidikan mengenai pembangunan perhutanan

termasuk pengeluaran hutan, pengeluaran, pemprosesan, pengstoran, pengangkutan dan

penggunaan hasil-hasil hutan, dan bidang-bidang lain yang sesuai dengan pembangunan

seterusnya bagi sektor perhutanan dan pemuliharaan sumber

Page 3: Mengoptimum penggunaan sumber melalui ... - … Peta Koleksi Tesis Kekukuhan koleksi dan pangkalan data ini dapat dilihat menerusi rekod-rekod yang disumbangkan ...

Bagi menyokong fungsi induk tersebut, Perpustakaan FRIM berperanan untuk menyokong

aktiviti penyelidikan dan pembangunan FRIM melalui penyediaan perkhidmatan yang cekap dan

maklumat yang tepat dan lengkap. Selaras dengan hasrat untuk memenuhi fungsi ini, aktiviti

perpustakaan ditumpukan kepada tiga aspek utama iaitu:

1. mendapatkan bahan-bahan perpustakaan melalui aktiviti pembelian/langganan dan

mengendali perkhidmatan rujukan dan pinjaman;

2. mengkatalog, mengkelas, memproses dan mengindeks bahan-bahan perpustakaan; dan

3. mengendali pangkalan data dalaman dan dalam talian, serta aktiviti pengimejan dan

penyalinan semula bahan-bahan perpustakaan.

Manifestasi fungsi ini yang disediakan kepada para pelanggan untuk mewujudkan masyarakat

bermaklumat dapat dilihat dalam pelbagai perkhidmatan seperti yang berikut:

1. Menyedia pelbagai koleksi

2. Menyedia/melampir abstrak untuk rekod bibliografi

3. Menyedia pelbagai perkhidmatan pinjaman dan fotokopi

4. Menyedia akses elektronik katalog perpustakaan

5. Menyedia pelbagai maklumat elektronik

6. Menyedia perkhidmatan rujukan

7. Menyedia maklumat yang tepat dengan verifikasi data di setiap peringkat

8. Mempromosi hasil penerbitan FRIM melalui Pameran Penerbitan Terkini FRIM

9. Mempromosi penulisan yang berprestij melalui Pameran Anugerah Penerbitan FRIM

10. Mempromosi aktiviti FRIM melalui Pameran Keratan Akhbar FRIM

11. Mempromosi aktiviti ilmiah FRIM melalui Pameran Brosur Seminar FRIM

12. Mempromosi koleksi melalui Pameran Bulanan Mengikut Topik

Koleksi

FRIM amat bertuah kerana mempunyai pusat rujukan dengan koleksi besar yang mengkhusus

kepada aspirasi FRIM untuk menjadikan peneraju kajian perhutanan tropika. Usaha

mewujudkan pelbagai koleksi khusus ini tidak lain bertujuan memastikan pelanggan dapat

merujuk maklumat yang diperlukan dengan cepat dan tepat.

Kekukuhan perpustakaan dapat dilihat melalui bilangan maklumat bibliografi yang boleh diakses

oleh pengguna melalui sistem katalog dalam talian atau OPAC dengan sejumlah lebih 77,000

rekod. Kekukuhan ini juga dapat dilihat melalui pelbagai pangkalan data dan koleksi yang telah

dibangunkan sejak sekian lama. Koleksi-koleksi berbeza yang diwujudkan bagi menempatkan

bahan-bahan yang berlainan bentuk dan kandungan juga begitu banyak seperti koleksi monograf,

tesis, rujukan, bibliografi, rotan, buluh, penerbitan FRIM, akta, piawai, cetakan semula,

perangkaan, peta, keratan akhbar, penerbitan bahasa asing, kertas persidangan, terbitan bersiri,

tumbuhan ubatan, Islam serta beberapa koleksi yang lebih khusus yang lain. Oleh yang

demikian, tidak menjadi satu kehairanan apabila Perpustakaan FRIM menyediakan pelbagai

koleksi yang menjurus kepada pembahagian tertentu seperti:

Koleksi Penerbitan FRIM

Page 4: Mengoptimum penggunaan sumber melalui ... - … Peta Koleksi Tesis Kekukuhan koleksi dan pangkalan data ini dapat dilihat menerusi rekod-rekod yang disumbangkan ...

Koleksi FRIRO

Koleksi Rotan

Koleksi Buluh

Koleksi Kertas Persidangan

Koleksi Standard

Koleksi Keratan Akhbar

Koleksi Risalah

Koleksi Akta

Koleksi Nadir

Koleksi Tumbuhan Ubatan

Koleksi Laporan Tahunan Jabatan-jabatan Perhutanan

Koleksi Laporan Tahunan Umum

Koleksi Cetakan Semula

Koleksi Jurnal

Koleksi Buku

Koleksi Peta

Koleksi Tesis

Kekukuhan koleksi dan pangkalan data ini dapat dilihat menerusi rekod-rekod yang

disumbangkan sebahagian besarnya oleh beberapa koleksi seperti Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Jenis koleksi maklumat yang boleh diperoleh di Perpustakaan FRIM

Bil Koleksi Jumlah

bahan

Bil Koleksi Jumlah

bahan

Bil Koleksi Jumlah

bahan

1 Buku 29613 5 Buluh 1133 9 Rujukan 1459

2 Tesis 878 6 Penerbitan FRIM 11180 10 ECompendium 905

3 Keratan akhbar 15203 7 Nadir 190 11 Bibliografi 229

4 Cetakan semula 6661 8 Rotan 543 12 Standard 1080

Sebagai perpustakaan sebuah institusi penyelidikan, hampir 85 peratus koleksi yang terdapat di

FRIM berbahasa Inggeris, manakala bahan rujukan dalam bahasa Melayu hanya berjumlah 15

peratus. Ketidaksimbangan bahasa ini tidak dapat dielak memandangkan rata-rata bahan rujukan

teknikal banyak ditulis dalam bahasa Inggeris untuk meluaskan pembacaan dan edarannya.

Namun begitu. FRIM dalam usaha memastikan lebih ramai masyarakat Malaysia mendapat

maklumat tentang kajian yang dijalankan, sejak 2010 telah mula menghasilkan lebih banyak

penulisan dalam bentuk dan bahasa yang lebih mudah difahami. Dalam tempoh lima tahun

kebelakang ini, sejumlah 32 buku mewah dan kompilasi telah diterbitkan dan sebahagiannya

dalam bahasa Melayu seperti:

FRIM Tapak Warisan Semula Jadi Negara

99 Spesies Buah di FRIM

FRIM Warisan Kebangsaan

Khazanah Warisan Alam Semula Jadi: Koleksi Produk dan Artifak FRIM

Pembuatan Kapal Tradisional

144 Spesies Buah-Buahan Liar

Page 5: Mengoptimum penggunaan sumber melalui ... - … Peta Koleksi Tesis Kekukuhan koleksi dan pangkalan data ini dapat dilihat menerusi rekod-rekod yang disumbangkan ...

Anugerah dan Pengiktirafan

Tokoh dan Jejak Pewaris FRIM

Pokok Arboretum di Hutan Simpan Pasoh

Aktiviti Penerbitan di FRIM

Prestasi Journal of Tropical Forest Science

Menjejaki Penulisan: 30 Tahun Penerbitan FRIM

Sementara itu, dari segi bentuk bahan dalam koleksi, 48 peratus rekod bibliografi merupakan

rekod artikel, 28 peratus buku dan 23 peratus bukan buku (peta, risalah, akta, keratan akhbar,

standard, dsb). Jelas dilihat, sebahagian besar koleksi maklumat adalah dalam bentuk artikel

tetapi kandungan ini selaras dengan usaha perpustakaan memastikan setiap bahan yang terdapat

dalam koleksi dapat diakses oleh pengguna dengan memastikan setiap artikel dalam jurnal-jurnal

terpilih diindeks satu persatu. Malah FRIM sendiri sejak kewujudannya pada tahun 1985 telah

menghasilkan lebih 14,000 penulisan dan 84 peratus daripada jumlah tersebut (12,000)

dihasilkan dalam bentuk artikel. Secara umumnya koleksi Perpustakaan FRIM diterjemahkan

ke dalam 18 pangkalan data dalaman, 23 koleksi, 4 pangkalan data dalam talian, 5 aplikasi web

dan 7 sudut pameran.

Cabaran

Usaha-usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan secara berterusan

lazimnya dikekang oleh faktor kewangan dan kakitangan. Faktor-faktor ini bukan perkara

baharu, malah dihadapi oleh kebanyakan perpustakaan, baik perpustakaan besar seperti

perpustakaan akademik, mahupun perpustakaan bersaiz kecil seperti FRIM. Sebagai langkah

untuk membantu perpustakaan meningkat mutu perkhidmatan, setiap aplikasi/inovasi

perkhidmatan yang dibangun akan dikategorikan dalam beberapa kumpulan. Pengkategorian ini

akan memastikan setiap aplikasi/inovasi dilaraskan dengan fungsi perpustakaan serta

dibangunkan untuk tujuan-tujuan berikut:

Menyedia koleksi mudah rujuk

Mengoptimum penggunaan sumber

Mewujud koleksi komprehensif

Menambah nilai maklumat koleksi

Meningkat produktiviti kerja

Memelihara bahan-bahan rujukan

Menjana pendapatan

Namun, dalam apa jua senario, apa yang penting adalah untuk memastikan perkhidmatan

perpustakaan sentiasa:

‘Visible’,

‘Usable’, dan

‘Applicable’

‘Visible’ yang dimaksudkan bukan hanya di mata pelanggan, tetapi yang penting kepada

pemegang taruh kerana merekalah yang akan menentukan peruntukan tahunan untuk

Page 6: Mengoptimum penggunaan sumber melalui ... - … Peta Koleksi Tesis Kekukuhan koleksi dan pangkalan data ini dapat dilihat menerusi rekod-rekod yang disumbangkan ...

menjalankan aktiviti. Pemegang taruh saban tahun akan melihat kepada prestasi perpustakaan

bagi memastikan peruntukan yang diberi telah diterjemah ke bentuk perkhidmatan yang diguna

oleh pelanggan. Perpustakaan juga perlu melonjakkan diri sebagai sebuah pusat yang menjadi

peneraju untuk rujukan kajian perhutanan tropika, dan dalam hal ini perlu memastikan

perkhidmatan maklumat yang disediakan adalah menyeluruh serta sentiasa diberi nafas baharu.

Pentadbir perpustakaan pula perlu memastikan bahawa mereka mempunyai

kebolehan/kemahiran untuk melakukan pelbagai tugasan lain, dan tidak hanya terhad kepada

keupayaan mengendali sebuah pusat rujukan. Kemahiran tambahan ini secara tidak langsung

akan membuka mata pelanggan bahawa penyedia perkhidmatan maklumat mereka bukan

‘penyusun buku’ dan mampu menawarkan perkhidmatan terbaik. Antara kemahiran yang boleh

diperoleh ialah kemahiran mengindeks, mengabstrak, menyunting, menterjemah, menulis dan

membentang.

‘Usable’ pula merujuk kepada kebolehgunaan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.

Faktor kebolehgunaan ini akan memastikan maklumat yang disediakan adalah terkini, boleh

diakses dan mengcukupi supaya pengguna berpuas hati dengan hasil pencarian maklumat yang

dilakukan. Penyediaan bahan rujukan dalam kuantiti yang banyak sahaja tidak menjamin

kepuasan pelanggan sekiranya bahan yang disediakan terkebelakang, tersorok dan tidak bermutu.

Bahan rujukan yang tersedia ada perlu diketahui kewujudannya dan boleh dicari oleh pelanggan

supaya dapat dimanfaatkan.

Dalam aspek ‘applicable’, perkhidmatan yang disediakan perlu menitikberatkan perkaitan,

kekhususan serta kualiti maklumat. Seeloknya pemilihan bahan rujukan perlu dibuat

berdasarkan autoriti penerbit dalam bidang-bidang tertentu dan mempunyai reputasi dalam

bidang tersebut serta diiringi dengan indeks dan abstrak yang bersesuaian. Maklumat yang

disediakan juga perlu menjurus kepada bidang pembacaan secara khusus dan buka setakat

maklumat umum. Perpustakaan FRIM telah membangunkan sebilangan pangkalan data dalaman

yang kebanyakannya dapat dikaitkan secara terus dengan koleksi yang ada. Sebagai contoh,

dalam menyediakan rujukan yang lengkap untuk artikel perhutanan empat pangkalan data

disediakan: FRIRO untuk kajian daripada FRIM; TROP untuk kajian daripada Malaysia; ARTIC

untuk kajian tropika luar negara (negara sedang membangun); dan pangkalan data komersial.

Pendekatan yang digunakan ini bukan sahaja dapat menambah nilai kepada perkhidmatan yang

disediakan, bahkan dapat memastikan bahawa maklumat yang disediakan adalah menyeluruh.

Apabila ketiga-tiga faktor ini diambil kira dalam penawaran perkhidmatan maklumat, secara

tidak langsung perkhidmatan yang disediakan dapat mencapai tahap kualiti yang dicari-cari oleh

pelanggan. Faktor-faktor ini juga dapat mendorong perpustakaan untuk mencari kelainan dan

menghasilkan inisiatif yang berterusan. Beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk

memastikan ketiga-tiga faktor tersebut dirangkumi dalam penawaran perkhidmatan ialah:

Penyediaan indeks yang terperinci untuk pencarian bahan

Penyediaan abstrak untuk pemahaman bahan

Pengindeksan yang menyeluruh semua koleksi

Penetapan kuantiti sasaran kerja minimum yang perlu dicapai

Penawaran khidmat/pangkalan data baharu

Penawaran khidmat berinovatif

Page 7: Mengoptimum penggunaan sumber melalui ... - … Peta Koleksi Tesis Kekukuhan koleksi dan pangkalan data ini dapat dilihat menerusi rekod-rekod yang disumbangkan ...

Promosi yang berterusan melalui

o Sudut-sudut pameran

o Taklimat lawatan

o Penulisan poster, artikel atau buku

o Hebahan eletronik

Dalam aspek penyediaan indeks dan abstrak di FRIM, pemilihan rekod-rekod yang diindeks dan

disediakan abstrak meliputi semua artikel FRIM, kertas persidangan, artikel Journal of Tropical

Forest Science, Malaysian Forester dan Journal of Tropical Forest Products, koleksi rotan dan

buluh, bab dalam buku, keratan akhbar, tesis dan cetakan semula.

Kemajuan dan Pembangunan Perkhidmatan

Umumnya, telah banyak perkhidmatan dan inovasi dalam perkhidmatan yang diperkenalkan

kepada pelanggan Perpustakaan FRIM dalam tempoh lebih 20 tahun seperti yang tersenarai di

Jadual 2. Empat (4) daripada perkhidmatan/inovasi utama dijelaskan dengan lebih terperinci

dalam jadual yang berikutnya (Jadual 3). Agak menarik apabila perkhidmatan/inovasi utama ini

diperkenal hampir setiap lima tahun sekali.

Jadual 2: Senarai Perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan Perpustakaan 1993-2015

Tahun Perihal Tahun Perihal

1993-

1995

Peningkatan ruang lantai (8 000 - 22 000 kps ) 2004 Penukaran sistem komputer perpustakaan

Pesta Buku

1996 Pembinaan pangkalan data baharu FRIRO

Langganan TreeCD

2005

Pencapaian koleksi perpustakaan

menggunakan internet

Automasi kaunter sirkulasi

1997 Perkhidmatan e-Kesedaran Semasa 2007 E-compendium

Koleksi Tumbuhan Ubatan

1998 Newsgroup Perkhidmatan Kesedaran Semasa

Penggunaan kulit buku koleksi FRIRO

Penggunaan laman web

Intranet katalog perpustakaan

2008 Akses percubaan ScienceDirect

Penyediaan ringkasan akhbar

1999 Penggunaan pas masuk

Caj masuk

Projek MOU TreeLink

2009 Langganan ScienceDirect

2000 Penglibatan dalam Penerbitan 100 Tahun

Penyelidikan Perhutanan di Malaysia

Pembinaan pangkalan data baharu TROP

Kemudahan e-muka surat kandungan jurnal

2010 Langganan Forest Science Database dalam

talian

2001 Projek Sistem Arkib dan Capaian Dokumen

Bersepadu

2012 Langganan e-buku CABI

Pengindeksan bab dalam buku

Pemuliharaan bahan nadir

2003 Penerbitan Risalah Siri Penerangan

Perpustakaan

2013 Meja rujukan pembaca

E-buletin perpustakaan

Langganan e-buku ScienceDirect

2015 Naik taraf sistem perpustakaan

Langganan ‘Nature Articles on Demand’

dalam talian

Jadual 3: Pencapaian utama penawaran perkhidmatan

Page 8: Mengoptimum penggunaan sumber melalui ... - … Peta Koleksi Tesis Kekukuhan koleksi dan pangkalan data ini dapat dilihat menerusi rekod-rekod yang disumbangkan ...

Aplikasi/Inovasi : Pangkalan Data Baru FRIRO

Tahun diperkenal : 1996

Tujuan diperkenal : Mewujud koleksi perpustakaan yang lebih komprehensif

Status penggunaan : Masih diteruskan

Sinopsis : Satu pangkalan data yang dibangun bagi membantu pelanggan mendapat akses

yang lebih meluas ke atas koleksi perpustakaan di samping sebagai usaha untuk

mewujudkan koleksi perpustakaan yang lebih komprehensif. FRIRO merupakan

pangkalan data yang menyenaraikan hasil penulisan kakitangan FRIM dalam

apa jua bentuk seperti artikel, laporan perunding, laporan am, kertas

perbentangan, dsb. sejak 1990. Pangkalan data ini berperanan sebagai bank

data segala hasil penulisan penyelidikan FRIM dan memberi faedah yang tinggi

bukan sahaja kepada FRIM tetapi juga negara.

Aplikasi/Inovasi : Projek Sistem Arkib dan Capaian Dokumen Bersepadu

Tahun diperkenal : 2001

Tujuan diperkenal : Menyediakan koleksi mudah rujuk & memelihara bahan-bahan rujukan

Status penggunaan : Masih diteruskan

Sinopsis : Aktiviti mengimbas penerbitan perhutanan di Malaysia yang telah dihasilkan

seawal 1900-an. Pengimbasan ini dilakukan bagi memastikan segala maklumat

yang ada dalam bentuk cetakan tetap boleh dirujuk di kemudian hari kerana

bahan-bahan cetakan ini lambat laun akan reput. Pengimbasan ini juga dibuat

bagi memastikan maklumat berkaitan kekal sebagai warisan negara. Lebih

500,000 muka surat telah diimbas dan disimpan dalam bentuk pdf sebagai arkib

memori institusi. Arkib ini bukan sahaja mengandungi maklumat penemuan

penyelidikan yang dijalankan oleh FRIM, tetapi juga maklumat berkaitan

pengurusan hutan yang dilapor sejak zaman British lagi. Ditambah lagi dengan

pengimbasan artikel-artikel daripada Malaysian Forester, Journal of Tropical

Forest Products dan Journal of Tropical Forest Science yang berjumlah

melebihi ribuan artikel, arkib ini mengandungi maklumat yang tidak ternilai

harganya.

Aplikasi/Inovasi : E-compendium

Tahun diperkenal : 2007

Tujuan diperkenal : Menambah nilai maklumat koleksi

Status penggunaan : Masih diteruskan

Sinopsis : E-compendium diwujudkan untuk membolehkan kakitangan mengakses teks

penuh artikel penulisan kakitangan FRIM yang diterbitkan dalam jurnal

nasional/antarabangsa. Pangkalan data ini memerlukan artikel yang disumbang

ke perpustakaan diimbas, diindeks dan dilabel sebelum dimuat naik ke pelayan

komputer. Terdapat lebih 1500 artikel jurnal berteks penuh tersedia dimuat

turun oleh kakitangan FRIM sahaja.

Aplikasi/Inovasi : Indeks bab-bab dalam buku

Tahun diperkenal : 2012

Tujuan diperkenal : Menambah nilai maklumat koleksi & mengoptimum penggunaan sumber

Status penggunaan : Masih diteruskan

Sinopsis : Aktiviti ini memerlukan setiap bab dalam buku baharu yang diperoleh, diindeks

satu-persatu. Salah satu masalah utama dalam penggunaan buku ialah

kurangnya penggunaan indeks untuk buku tersebut dalam OPAC. Dengan

pengindeksan buku yang terhad, kemungkinan pengguna mengguna buku

tersebut amat tipis. Inisiatif ini akan membantu pengguna mendapat maklumat

yang terselindung dalam susunan buku di rak.

Page 9: Mengoptimum penggunaan sumber melalui ... - … Peta Koleksi Tesis Kekukuhan koleksi dan pangkalan data ini dapat dilihat menerusi rekod-rekod yang disumbangkan ...

Perancangan Masa Hadapan

Walaupun telah banyak inisiatif yang diambil oleh Perpustakaan FRIM untuk memastikan

perkhidmatan yang diberi memenuhi keperluan pengguna secara berterusan, masih banyak

aktiviti menambah nilai perkhidmatan yang perlu dilakukan bagi memastikan Perpustakaan

terus menjadi tempat rujukan ulung Institut dan merealisasikan keperluan pelanggan seperti:

1. memastikan 100% hasil penulisan FRIM (bukan sahaja yang diterbitkan oleh FRIM)

dapat diakses secara online melalui peningkatan e-compendium;

2. meneruskan dan meningkatkan usaha memperbanyakkan kandungan tempatan maklumat

perhutanan;

3. menghubungkan kesemua hasil penulisan FRIM dalam katalog perpustakaan dengan

dokumen PDF;

4. meneruskan usaha meningkatkan keupayaan Sistem Arkib dan Capaian Dokumen

Bersepadu dan pangkalan data OPAC perpustakaan; dan

5. menerbitkan buku 30 tahun penyelidikan di FRIM.

Kesimpulan

Perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan perlu ditambah dan

ditingkatkan secara berterusan bagi memastikan keperluan pelanggan dipenuhi sepanjang masa.

Dalam tempoh 20 tahun, Perpustakaan FRIM telah banyak memperkenalkan perkhidmatan atau

inisiatif bagi memastikan kewujudan perpustakaan kekal dirasai. Perkhidmatan/inisiatif

berterusan ini digarap dengan berpandukan kepada peluang-peluang yang ada, dan yang timbul

disebabkan peruntukan kewangan dan tenaga kerja. Bagi membantu Perpustakaan menentukan

perkhidmatan/inisiatif yang ingin diperkenalkan, aspek-aspek seperti fungsi, cabaran, kekangan

serta bentuk perkhidmatan perlu dititik berat bagi memastikan perkhidmatan/inisiatif tersebut

bermanfaat kepada pelanggan. Hala tuju masa hadapan juga perlu dirangka bagi memastikan

perkhidmatan yang ditawar dapat mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada menggunakan

pendekatan lestari.

Rujukan

1. Anon, 1932. Laporan tahunan Institut Penyelidikan Perhutanan 1931.

2. Anon, 1986-2015. Laporan tahunan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan

Malaysia 1985-2014.

3. Ho Yuen Foon, 2013. Aktiviti penerbitan di FRIM: satu perspektif sejarah. FRIM Reports

99. Kepong, FRIM.

4. Mohamad Zaki Mohd Isa, 2015. Menjejaki penulisan: 30 tahun penerbitan FRIM 1985-

2015. FRIM Reports 102. Kepong, FRIM.

Page 10: Mengoptimum penggunaan sumber melalui ... - … Peta Koleksi Tesis Kekukuhan koleksi dan pangkalan data ini dapat dilihat menerusi rekod-rekod yang disumbangkan ...

5. Mohamad Zaki Mohd Isa, 2008. Peranan perpustakaan FRIM dalam menyokong

penyelidikan dan pembangunan sektor perhutanan dan berasaskan hutan (Laporan institusi).

18ms. Kepong, FRIM.

6. Mohamad Zaki Mohd Isa, 2013. Perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan (Poster).

7. Mohamad Zaki Mohd Isa, 2013. Pelaksanaan fungsi perpustakaan dalam menyokong aktiviti

penyelidikan dan pembangunan FRIM (Poster).

8. Mohamad Zaki Mohd Isa, 2013. Perancangan kemajuan dan pembangunan perkhidmatan

perpustakaan 2014-2015 (Poster).

9. Mohamad Zaki Mohd Isa, 2013. 20 tahun kemajuan dan pembangunan perkhidmatan

perpustakaan 1993-2013 (Poster).

10. Mohamad Zaki Mohd Isa, 2013. Sumber elektronik (Poster).

11. Mohamad Zaki Mohd Isa, 2010. Historical development of the Institute (poster).

12. Mohamad Zaki Mohd Isa, 2010. Development of research infrastructure in Kepong (poster).

13. Mohamad Zaki Mohd Isa, 2010. Heads of the Institute (Poster).

14. Mohamad Zaki Mohd Isa & Tariq Mubarak (2009). Penekanan dan strategi R&D: 100 years

of R&D in FRIM (poster).

15. Sarifah Kunju Ahmad, 2014. Prestasi Journal of Tropical Forest Science. FRIM Reports

100. Kepong, FRIM.