MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

24

Transcript of MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

Page 1: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola
Page 2: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

MENGURUS ALIRANTUNAI DAN KREDIT

38MEMBUAT REKOD

40 Pentingnya Membuat Rekod

44 Pentingnya Resit & Invois

46MENGURUS PENDAPATAN& PERBELANJAAN

49 Ringkasan Bulanan

52 Aliran Tunai & Kredit

Page 3: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

Membuat Rekod HarianPemilik Perniagaan yang berjaya memahami bagaimana

perniagaan mereka berjalan setiap hari dengan

menyediakan rekod harian urus niaga wang MASUK dan KELUAR.

Mengetahui sama ada ia tunai atau kredit

(pembeli tunai membayar serta-merta;

pembeli secara kredit atau hutang membeli

sekarang dan membayar kemudian)

Mengetahui berapa banyak yang

MASUK dan KELUAR setiap hari

Menentukan baki tunai harian anda

(tunai sebenar dalam tangan pada

penghujung hari)

Mencatatkan urus niaga setiap hari

dengan tepat, kemas dan selamat

Jangan bergantung pada daya ingatan saja

– gunakan rekod bertulis bagi:

38

Page 4: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

Menyediakan Rekod HarianMulakan sistem ringkas yang mudah digunakan setiap hari.

Perbaikinya melalui pengalaman setiap hari.

Rekod Harian yang perlu disimpan;

Buku Rekod Harian

Baki Tunai Harian

Baki Kredit Harian

Resit

Invois

Pastikan rekod anda:

Dikemaskini setiap hari

Disimpan dengan kemas & rapi

Diperiksa tiada kesilapan

Difailkan bersama

Ditandakan dengan tarikh

Disimpan di tempat yang selamat

Rekodkan urus niaga anda setiap hari.

Di dalam Buku Rekod Harian anda, pada setiap hujung bulan,

tambahkan jumlah Wang Masuk harian dan Wang Keluar anda.

NOTA: Walaupun ketika anda sibuk, rekodkan jualan dengan segera dan jika ada perbelanjaan

yang tidak berapa banyak, ini boleh direkodkan pada penghujung hari

39

Page 5: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

Khalid mempunyai sebuah kedai runcit

kecil yang terletak di satu barisan kedai

berhampiran dengan rumahnya. Abangnya,

Khairul bekerja dengan Khalid di kedai itu.

Mereka menjual barang runcit, sandwic,

surat khabar dan barangan lain. Khalid

sudah berniaga selama setahun.

Khalid dan Khairul memberi kredit atau

hutang kepada jiran dan ahli keluarga. 

Suatu hari, sepupu Khalid datang ke

kedainya. Dia mahu membayar gula yang

dibelinya 2 minggu lepas. Khairul berkata

Khalid memberitahunya bahawa sepupu

mereka itu berhutang 3 kilogram gula.

Sepupu mereka pula mengatakan yang

Khalid menjual kepadanya hanya

2 kilogram gula.

Mengapa MenyediakanRekod Penting

Baca kisah Khalid dan fahami masalahnya.

KEDAI RUNCIT KHALID

3kg2kg

40

Page 6: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

Kata Khalid, “Oh! Saya ingat betul saya menjual 3 kilogram gula

kepadanya. Dia kata dia perlukan gula lebih kali ini kerana mahu

membuat kuih sepanjang cuti.”

Khairul mengeluh lalu berkata, "Betul sangkaan

saya. Tak mengapalah. Jualan kita banyak hari ini,

jadi lupakannya saja."

Khalid tiada di situ, dan tiada rekod berapa kilogram gula yang dijual kepada sepupunya.

Sepupunya itu mula marah. Dia berkata biasanya hanya membeli 2 kilogram gula dan

hanya mahu membayar sebanyak itu. Dia meletakkan wang di atas kaunter dan beredar.

Khairul tidak mahu bertikam lidah kerana dia tidak mahu keluarganya bermasam muka.

Apabila Khalid pulang, Khairul menceritakan kepadanya apa yang terjadi.

HILANG WANG

Kali ini mungkin tidak banyak, tapi jika ia kerap berlaku boleh

memberi kesan kepada perniagaannya.

AHLI KELUARGA BERHUTANG DUIT

Agak sukar mahu bertegas dengan mereka berkenaan hutang,

apatah lagi tiada rekod rasmi.

APA YANG KITA BELAJAR DARI KISAH KHALID

41

Page 7: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

Tarikh:

Baki Tunai Permulaan:

WANG MASUK

Kuantiti Barang Tunai Kredit Masuk Diterima

Jumlah

Buku Rekod HarianBuku Rekod Harian mengandungi dua bahagian:

BORANG WANG MASUK BORANG WANG KELUAR

WANG KELUAR

Kuantiti Barang Tunai Kredit Masuk Diterima

Jumlah

Gunakan borang ini bagi merekodkan

dari jualan dan pembayaran lain.

Ia memberi tahu anda berapa yang

anda peroleh, produk mana yang

banyak dijual, berapa banyak kredit

yang anda berikan kepada pelanggan.

Gunakan borang ini bagi merekodkan

perbelanjaan harian yang dibayar dari

Kotak Tunai anda. Ia memberi tahu anda

berapa kos harga bagi menjalankan

kedai anda dan apa hutang anda kepada

pemberi kredit (pembekal yang anda

beli barang daripadanya dan berjanji

membayar kemudian).

42

Page 8: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

Buku Rekod Harian & Wang Masuk / Keluar

Salin dan isikan satu borang setiap hari

Tarikh:

Baki Tunai Permulaan:

WANG MASUK

Kuantiti Barang Tunai Kredit Masuk Diterima

Jumlah

2

1

3 4 5

6

WANG KELUAR

Kuantiti Barang Tunai Kredit Keluar Diterima

Jumlah

2 3 4 5

6

1 Tarikh dan Baki Tunai Permulaan

• Catatkan tarikh dan baki tunai bagi

memulakan perniagaan

2 Kuantiti

• Isikan jumlah, seperti 1 kilogram

• Ini membantu kita menguruskan

stok, atau barang inventori

3 Barang

• Nyatakan barang yang dibeli

4 Tunai Masuk / Keluar

• Isikan jumlah tunai yang anda

terima atau bayar

5 Kredit Diterima

• Isikan jumlah kredit yang diberi kepada

anda oleh Pembekal atau perniagaan lain

• Nama orang itu atau perniagaan yang

memanjangkan kredit boleh dimasukkan

ke dalam ruang barang

Nota: Rekodkan Tunai atau Kredit & anda

tidak boleh masukkan kedua-duanya

6 Jumlah

• Tambahkan dan isikan jumlah Tunai atau

Kredit pada penghujung hari

43

Page 9: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

Pentingnya Resit danInvois Pelanggan

Resit dan invois berguna apabila kita membuat jualan atau

belian yang besar. Apabila kita mengeluarkan resit dan invois,

kita juga memasukkan jumlah itu dalam Buku Rekod Harian.

Anda mengeluarkan Resit untuk Wang

yang dibayar Masuk oleh pelanggan yang

membeli produk atau perkhidmatan anda,

terutamanya dalam kuantiti yang banyak.

Lihat sampel di atas. Lihat resit yang

anda dapat sebagai pelanggan bagi

memberikan lebih banyak idea.

Anda mengeluarkan invois sebagai rekod

wang yang perlu dibayar oleh pelanggan

jika mereka membeli barang atau

perkhidmatan secara kredit.

Ia adalah senarai produk atau

perkhidmatan yang dijual, di mana kos

setiap barang dan jumlah kos telah

dipersetujui oleh pembeli untuk dibayar.

Kita tandakan ia dibayar apabila

pelanggan sudah membayar.

RESIT INVOIS

2 dozen Carrots 4.005 kgs Rice 15.001 dozen Tomatoes 6.005 Mangos 10.001 box Spice 5.00

RESIT RUNCIT SAYA

No. Tarikh:

Diterima daripada:

Kerana:

Jumlah: Tunai

Tandatangan: kredit

102

32.00khalid

4 junFatima Tan

24 sandwiches & drinks

INVOIS

Tarikh:

Kepada:

Bilangan Barang Jumlah

No. 42

4 junQurzon Restaurant

Jumlah perlu dibayar

Jumlah yang perlu dibuatatas permintaan

44

Page 10: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

Menyimpan Rekod Harian Anda

Rekod Harian yang perlu disimpan;

Buku Rekod Harian

Baki Tunai Harian

Baki Kredit Harian

Resit

Invois

Pastikan rekod anda:

Dikemaskan setiap hari

Disimpan dengan kemas & rapi

Diperiksa tiada kesilapan

Difailkan bersama

Ditandakan dengan tarikh

Disimpan di tempat yang selamat

Rekodkan urus niaga anda setiap hari.

Di dalam Buku Rekod Harian anda, pada setiap hujung bulan,

tambahkan jumlah Wang Masuk harian dan Wang Keluar anda.

NOTA: Walaupun ketika anda sibuk, rekodkan jualan dengan segera dan jika ada perbelanjaan

yang tidak berapa banyak, ini boleh direkodkan pada penghujung hari

45

Page 11: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

Pemilik Perniagaan yang berjaya

menguruskan pendapatan dan

perbelanjaan mereka secara

bulanan bagi membuat untung.

Untung adalah wang yang tinggal

selepas perbelanjaan dan cukai

diambil dari pendapatan.

Mengurus Pendapatandan Perbelanjaan

HUDA

REKODKAN RINGKASAN PENDAPATAN

DAN PERBELANJAAN BULANAN ANDA

Perniagaan yang berjaya BUKAN SEKADAR mengenai menjual barang;

atau mendapatkan wang bagi menyara keluarga kita setiap hari.

Perniagaan yang berjaya membuat keuntungan setiap bulan dan

bertahan bertahun-tahun.  Bagi membantu anda melakukannya, anda

perlu mengesan wang MASUK (Pendapatan) dan wang KELUAR

(Perbelanjaan) sebenar, menggunakan Ringkasan Bulanan ini.

REKODBULANAN

PENDAPATAN– JUALAN

PERBELANJAAN

UPAHPEKERJA

ELEKTRIK

AIR

BEKALAN

SEWA

KAD KREDIT

MOBIL

INSURANS

PENGANGKUTAN

46

Page 12: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

Bulan dan Tahun:

PENDAPATAN

Jualan (Hasil) Jumlah

Produk

Perkhidmatan

Yuran

Jumlah Jualan

PERBELANJAAN

Kos Langsung Jumlah

Produk

Perkhidmatan

Bahan Mentah

Jumlah Kos Langsung

Kos Tidak Langsung Jumlah

Upah Pekerja

Gaji Pemilik

Sewa

Elektrik

Air

Sewa Peralatan

Pengangkutan

Bekalan

Promosi

Insurans

Lesen

Faedah pinjaman

Jumlah Kos Tidak Langsung

1. Ringkasan Pendapatan &

Perbelanjaan Bulanan

• Tuliskan bulan dan tahun

2. Tukar perkara di ruang kiri

bagi menyesuaikan dengan

bajet anda.

3. Dari Buku Rekod Harian

anda, tambahkan Jualan

dan Perbelanjaan bulan

ini berdasarkan perkara

di ruang kiri

4. Isikan ruang kanan, isikan jumlah

untuk Pendapatan (juga disebut

Jualan atau Hasil) dan Perbelanjaan

bulan itu untuk setiap perkara

5. Masukkan 0 untuk sebarang perkara

yang tidak dibayar pada bulan itu

6. Kemudian anda tambah dan isikan

3 Jumlah ke dalam Ringkasan ini

• Jumlah Jualan

• Jumlah Kos Langsung

• Jumlah Kos Tidak Langsung

Setiap bulan gunakan semula

borang ini

Pada hujung bulan, anda boleh

menambah jumlah bulanan dan

membuat Ringkasan Pendapatan

dan Perbelanjaan

1

2 3 4 5

6

47

Page 13: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

KISAH JERRY

Jerry mempunyai gerai menjual pastri di sebuah pusat bandar. Beliau menjual roti, pastri,

kopi dan produk Coca-Cola.

Beliau membeli pastri dan roti daripada peruncit (orang tengah), yang membeli barang-

barang ini daripada bakeri besar di bandar. Abang iparnya (satu lagi orang tengah) juga

menjual kopi Jerry dan Coca-Cola, yang dibelinya daripada pembekal.

• Jerry mendapat untung kecil sebanyak RM740

• Kos langsung: Orang tengah bermaksud perbelanjaan untuk roti dan pastri agak tinggi

dan dia hanya mendapat margin kecil atas barangan

• Kos tidak langsung: Sewa, pengangkutan (bagi mengambil pastri), bekalan (beg untuk

pastri), gajinya (sederhana)

• Cara Jerry boleh menambahkan keuntungan: Mengurangkan kos dengan berurusan

secara langsung dengan pembekal, bukan melalui orang tengah dan mempertimbangkan

untuk menaikkan harga barangan.

Kira Untung atau Rugi AndaUntung adalah jumlah jualan tolak jumlah kos. Anda perlu mengira untung (atau rugi)

setiap bulan, setiap 3 bulan (atau suku tahunan) dan pada penghujung setiap tahun.

Baca kisah Jerry mengenai pendapatan dan perbelanjaan bulanannya.

Gunakan kisah ini dan pengiraan untung bagi menulis untung bersih Jerry dan

apa yang telah anda belajar mengenai pendapatan, perbelanjaan dan untung Jerry.

Apa yang kita belajar mengenai pendapatan, perbelanjaan dan untung Jerry:

BAKERI RUNCIT

48

Page 14: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

BAKERI JERRY

RINGKASAN PENDAPATAN & PERBELANJAAN BULANAN

PENDAPATAN

Jualan (Hasil) Jumlah

Produk 6,000

Perkhidmatan 0

Yuran 0

Jumlah jualan 6,000

PERBELANJAAN

Kos Langsung Jumlah

Produk 3,500

Perkhidmatan 0

Bahan mentah 0

Kos lain 3,500

Kos Tidak Langsung Jumlah

Upah pekerja 0

Gaji pemilik 800

Sewa 900

Bil elektrik 0

Air 0

Peralatan 0

Pengangkutan 50

Bekalan 10

Promosi 0

Insurans 0

Lesen 0

Faedah pinjaman 0

Jumlah Kos Langsung 1,760

PENGIRAAN UNTUNG BAKERI JERRY

Jumlah jualan 6,000

– Kos langsung 3,500

= Untung kasar 2,500

– Kos tidak langsung 1,760

= Untung bersih 740

49

Page 15: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

CONTOH: MEMBUAT KEPUTUSAN BAGAIMANAMENGGUNAKAN UNTUNG ANDA

"Saya belum boleh mengambil

duit perniagaan lagi," kata Sivanya,

"Masih terlalu awal dalam tahun ini

untuk tahu sama ada kita untung

atau tidak."

Selepas mengisi borang pendapatan dan perbelanjaannya dari bulan Mac,

Sivanya mendapati yang dia untung sebanyak RM804 pada bulan itu.

Sivanya memang sudah lama mahu membeli perabot baru. Ahli keluarganya akan datang

berkunjung pada cuti umum bulan depan, dan beliau mahu rumahnya kelihatan sekemas mungkin

dan juga bagi membuktikan kepada mereka yang perniagaan kedai runcitnya berjaya.

Bagaimanapun, dia sedar bahawa

memandangkan bulan depan adalah cuti

umum, jualan kedainya mungkin tidak

sebaik hari biasa. Banyak kedai ditutup

dan ramai orang duduk di rumah atau

meraikannya bersama kawan-kawan. Ini

bermakna kedai runcitnya tidak dapat

membuat banyak jualan bulan depan.

Bagaimanapun, Sivanya sedar masih ada

perbelanjaan yang perlu dikeluarkan

seperti bil elektrik dan sewa serta masih

perlu membayar pinjaman dan cukai.

"Wah!" Chan berkata."Banyaknya untung awak! Ini cukup

bagi membeli TV dan perabot baru untuk rumah kita.

Awak patut bayar wang ini kepada diri awak sendiri!"

Baca kisah Sivanya dan fikirkan apa yang patut dia pertimbangkan

sebelum membelanjakan wang dari keuntungan yang diperoleh.

UNTUNG SIVANYA

BIL

50

Page 16: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

Lihat ringkasan pendapatan dan perbelanjaan anda serta untung bersih

Bandingkan bajet anda dengan untung yang sebenar

Adakah anda untung, pulang modal atau rugi? Catatkan sebabnya.

Apakah keputusan dan tindakan yang anda ambil bagi menguruskan pendapatan

dan perbelanjaan dengan lebih baik

SAYA UNTUNGSaya untung kerana...

SAYA PULANG MODAL– TIDAK UNTUNG DAN TIDAK RUGISaya tidak untung kerana...

SAYA RUGISaya rugi kerana...

Sebagai contoh, saya bolehmenggunakan duit untung bagi:• Membayar perbelanjaan yang tidak dijangka• Membayar balik pinjaman• Melabur dalam sesuatu pelaburan bagi membantu perniagaan berkembang

Sebagai contoh, saya akan mengurangkan kos dengan:• Mendapatkan harga yang lebih baik daripada pembekal• Mengurangkan sewa

Sebagai contoh, saya akan menaikkan jualan dengan:• Memasarkan produk yang paling menguntungkan• Menambah produk baru

Dia tidak pasti sama ada jualan akan baik seperti ini pada bulan depan

Penting untuk menyimpan duit bagi tujuan berniaga dan untuk menampung perbelanjaan

di masa depan

Beliau perlu menyimpan wang yang cukup bagi membayar pinjaman dan cukai

Cara yang terbaik adalah menyimpan wang dalam perniagaan sehingga hujung tahun,

jadi kita boleh tahu untung yang sebenar

Sivanya membuat keputusan yang tepat tidak mahu membelanjakan keuntungannya kerana:

51

Page 17: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

Mengurus AliranTunai dan Kredit

Aliran tunai yang baik

bermakna mempunyai tunai yang cukup

setiap bulan bagi membayar perbelanjaan

perniagaan dan menguruskan kredit. Sebab utama

mengapa sesebuah perniagaan itu gagal adalah

aliran tunai yang negatif - di mana lebih banyak

KELUAR daripada yang MASUK.

Dalam modul ini, kita akan

membina Carta Aliran Tunai

dan Akaun Kredit Pelanggan.

HUDA

REKODKAN RINGKASAN PENDAPATAN

DAN PERBELANJAAN BULANAN ANDA

Perniagaan yang berjaya BUKAN SEKADAR menjual barang; atau

membuat wang bagi menyara keluarga kita setiap hari. Perniagaan

yang berjaya membuat untung setiap bulan dan bertahan

bertahun-tahun. Bagi membantu anda melakukannya, anda perlu

mengesan wang MASUK (Pendapatan) dan wang KELUAR

(Perbelanjaan) sebenar, menggunakan ringkasan bulanan ini.

52

Page 18: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

MENCIPTA CARTA ALIRAN BULANAN

CARTA ALIRAN TUNAI

Bulan 1 2 3 4 5 6 7Perkara

TUNAI MASUK

Jualan

Tunai dalam peti tunai pada awal bulan

Pinjaman

Pelaburan pemilik

Faedah pinjaman

Jumlah wang tunai masuk

TUNAI KELUAR

Kos langsung

Kos tidak langsung

Pembayaran pinjaman

Pembayaran kepada keluarga

Pembayarah lain

Jumlah tunai keluar

Jumlah tunai pada hujung bulan

1. Rekodkan pergerakan wang masuk dan keluar daripada perniagaan setiap bulan.

2. Carta Aliran Tunai merangkumi semua wang dari jualan, pinjaman atau wang yang kita masukkan ke dalam perniagaan.

3. Jika kita baru bermula, kita boleh bertanya pada pekedai atau pembekal lain bagi membantu kita membuat anggaran yang munasabah.

4. Jika kita sudah berniaga sekurang- kurangnya setahun, kita akan mendapat idea dari pola rekod kita yang sedia ada.

53

Page 19: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

ALIRAN TUNAI SIVANYA

Melihat Pola DalamAliran Tunai Bulanan

Penting untuk kita belajar mengenai pola dalam aliran tunai kerana

ini mendorong kita untuk membuat perancangan pada masa hadapan.

Baca kisah Sivanya dan tuliskan pola yang anda nampak dalam aliran tunainya.

Sivanya tahu bahawa setiap bulan beliau akan

mendapat untung, tetapi beliau tidak pasti

samada wang itu ada apabila diperlukan untuk

membayar bil.

Beliau tahu setiap hujung bulan beliau perlu

membayar cukai, yang biasanya berjumlah 

RM250, dan perlu membayar RM50 untuk

pinjaman bank dua kali setahun iaitu pada

April dan Oktober.

Selepas menyemak rekod, beliau nampak

pola jumlah perbelanjaannya dalam sebulan.

Beliau mengajar di kelas masakan pada

bulan April, Jun, Oktober dan November,

dan seminggu sebelum itu, beliau memesan

kira-kira 10 bahan mentah tambahan untuk

digunakan dalam resipi.

Selain itu, pada bulan Jun dan Disember, beliau

membayar kira-kira RM20 untuk bahan mentah

tambahan bagi membuat juadah dan kek untuk

parti semasa cuti.

Beliau juga perlu membayar insurans kedai

dua kali setahun pada bulan Mei dan November.

Ini berjumlah RM50 dua kali setahun.

Pada bulan kelahiran Chan iaitu Oktober,

Sivanya membayar kepadanya lebih RM10

sebagai ucapan terima kasih kerana membantu

beliau di kedai.

Beliau melihat pola jualannya. Beliau nampak

bahawa pada Januari, jualannya amat rendah,

tetapi pada Jun dan Disember, jualannya lebih

tinggi kerana beliau menjual lebih banyak

produk dan dibayar untuk katering.

Beliau sedar yang pembekal mahu menaikkan

sedikit kos buah-buahan dan sayur-sayuran,

jadi beliau juga perlu menaikkan harga

barangannya juga.

Sivanya bercadang membelanjakan anggaran

RM40 untuk meningkatkan promosi dan

membuat papan tanda baharu supaya lebih

ramai pelanggan datang ke kedainya.

Beliau merancang melakukannya

pada bulan Mei. Bagi membantu

beliau mengurus wang dengan

lebih baik, beliau mewujudkan

carta aliran tunai untuk

tahun hadapan.

54

Page 20: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

Pendapatan terbanyak pada Jun dan Disember

Pendapatan paling sedikit pada Januari

Sivanya menaikkan sedikit harga buah-buahan dan sayur-sayuran

RM20 untuk lebih bahan mentah pada Jun dan Disember

RM10 untuk lebih bahan mentah pada April, Jun, Oktober dan Disember

RM250 untuk cukai pada Disember

RM50 untuk pinjaman bank pada April dan Oktober

RM50 untuk insurans kedai pada Mei dan November

RM10 pada Oktober sebagai hadiah hari jadi Chan

RM40 untuk menambah promosi dan papan tanda pada Mei

Contoh Pola Aliran TunaiPOLA ALIRAN TUNAI SIVANYA – PENDAPATAN

POLA ALIRAN TUNAI SIVANYA – PERBELANJAAN

55

Page 21: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

AKAUN KREDIT

PAID

Mencipta AkaunKredit Pelanggan

Rekodkan kredit yang anda beri kepada pelanggan (beli sekarang)dan bayaran yang mereka buat (bayar kemudian)

Kita memberi kredit kepada pelanggan kerana:

Kita gunakannya

bagi tujuan

menarik pelanggan

Kita sebahagian daripada

masyarakat yang kecil

Keluarga dan rakan-rakan

mungkin mengharapkannya

Mencipta Akaun Kredit Pelanggan

bagi mengesan dan memastikan

bayaran pelangganHUDA

56

Page 22: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

AKAUN KREDIT PELANGGAN

Pelanggan :

Tarikh Perkara Kuantiti Jualan Kredit Jumlah Baki

Tandatangan Pelanggan

1. Salin borang ini – satu borang untuk satu pelanggan.

2. Isikan nama pelanggan.

3. Senaraikan urus niaga kredit dan dapatkan jumlah pengendalian (baki) dari jumlah yang mereka sudah beli secara kredit.

4. Anda boleh menambah catatan yang jelas menyatakan bila pembayaran kredit perlu dibuat.

5. Minta pelanggan tandatangan di sebelah baki, sebagai tanda persetujuan bersama pelanggan.

57

Page 23: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

Kawal Aliran Tunaidan Kredit Pelanggan

1

2

3

Aturkan kredit dengan pembekal anda bagi melewatkan pembayaran kepada tarikh yang anda tahu ada aliran tunai

Selain merekodkan setiap urus niaga kredit, minta pelanggan tandatangan bukti berapa banyak kredit dibuat dan bila mereka setuju untuk membayar

Buat susulan dan pastikan anda dapat bayaran pada masanya berserta jumlah yang penuh

Wujudkan peraturan kredit untuk perniagaan anda (digelar polisi kredit)

Semak semula pemasaran anda bagi mendapatkan lebih ramai pelanggan membeli, sebagai contoh, perbaiki promosi dan barang yang anda pamerkan

4

5

58

Page 24: MENGURUS ALIRAN - Coca-Cola

CONTOHPERATURAN KREDIT

(POLISI KREDIT)

PAID

30

Kredit hanya untukpelanggan tetap

Had kredit sebanyak RM30.00untuk setiap pelanggan

dalam seminggu

Kredit hanyauntuk produk dan

perkhidmatan tertentu

Kredit baharu diberihanya apabila

hutang sudah dibayar

59