Mentor Mentee Modul Permainan

2

Click here to load reader

description

Bahan ini bukan hasil UBK SKHMC. Hanya untuk rujukan UBK SKHMC sahaja

Transcript of Mentor Mentee Modul Permainan

Page 1: Mentor Mentee Modul Permainan

Tajuk : Mari Bermain ( Pandang-pandang , cerita-cerita, lukis-lukis )

Masa : 30 minit

Objektif :

1. Memberikan kefahaman betapa pentingnya komunikasi dalam kumpulan.

Aktiviti :

1. Sebuah lukisan diletakkan di sebuah bilik atau rung tertutup

2. Mentee akan membahagikan kumpulan mereka kepada seorang pemandang, seorang

pelukis dan baki ahli kumpulan akan menjadi talian telefon.

3. Pemandang akan diberi masa selama beberapa minit untuk melihat gambar yang

dipaparkan

4. Setelah pemandang berpuas hati dengan ingatannya , pemandang akan bergerak ke arah

talian telefon yang merupakan ahli kumpulan yang berbaris.

5. Pemandang akan menggambarkan apa yang dilihat sehingga beliau berpuas hati.

Kemudian talian satu akan bergerak ke talian 2 untuk menyampaikan maklumat. Ia

berterusan sehingga talian habis. Kemudian talian terakhir akan menyampaikan

maklumat kepada pelukis.

6. Pelukis akan melukis berdasarkan apa yang diceritakan kepadanya.

7. Hasil lukisan mentee akan dibanding dengan lukisan asal

8. Kenapa ini terjadi bincangkan :

- Mengapa lukisan ini berbeza daripada lukisan asal?

- Apakah kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan maklumat yang disampaikan

berubah?

- Bagaimana hasil aktiviti ini dapat diperbaiki?

Alatan :

1. Gambar

2. Pen marker dan

3. Kertas lukisan

Rumusan :

1. Komunikasi dalam kumpulan kadang-kala terganggu di sebabkan beberapa faktor.

Antaranya , penggunaan kata yang tidak tepat dalam menyampaikan arahan dan tidak

fokus semasa menerima arahan.

2. Sepatutnya arahan yang diberikan kepada penerima maklumat perlulah jelas supaya

penerima dapat menceritakan semula maklumat yang diterima.

3. Komunikasi yang berkesan dapat mengurangkan kesilapan penerimaan maklumat .

Page 2: Mentor Mentee Modul Permainan