Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu

5

Click here to load reader

description

m,

Transcript of Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu

Page 1: Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safia Karim et,al 2008), morfologi adalah

bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan

pergolongankata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau

lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit

tatabahasa, samaada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,

pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata iaah proses menjeniskan perkataan

berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsinya. Kesimpulannya, morfologi bahasa melayu

ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan pengolongan kata dalam bahasa Melayu.

Abdullah Hassan, Morfologi, 2006 mengatakan bahawa morfologi merupakan satu bidang

ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Fakta ini disokong oleh Siti Hajar Abdullah. Beliau

juga mengatakan dalam Bahasa Melayu 1, 2008, bahawa morfologi merupakan bidang ilmu

bahasa yang mengkaji strukutur, bentuk dan golongan ayat.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1995), mendefinisikan bahawa morfologi adalah satu

bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara

pembentukannya. Marzuki Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993), menyokong dan

mendefinisikan morfologi adalah suatu kajian tentang strukutur dalaman kata-kata atau

bentuk kata-kata. Beliau juga menjelaskan bahawa morfologi adalah bidang ilmu bahasa

yang membicarakan atau mempelajari selok belok struktur kata serta pengaruh perubahan-

perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata. Akhir sekali, menurut buku

Morfologi Bahasa Melayu Edisi Kedua, Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji

bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada bidang biologi yang bermaksud kajian

mengenai bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan.

Secara umumnya, setiap struktur terbina daripada unsur-unsur yang lebih kecil. Struktur

bahasa juga mempunyai unsurnya yang dicantum agar menjadi satu perkatan. Kajian

struktur perkataan dipanggil Morfologi. Terdapat dua unsur yang terlibat dalam membina

perkataan iaitu morfem dan kata.

Morfem ialah unit bahasa yang terkecil yang mempunyai makna dan fungsi bahasa, Antara

unsur-unsur bahasa seperti ber-,ter-,ke-,me-,-nya,-kah, -lah,-pun,-an tidak boleh

diperkecilkan lagi namun mempunyai fungsi seandainya digabungkan dengan perkataan lain

seperti bertanya dan juga memanfaatkan. Oleh yang demikian, unsur-unsur di atas

merupakan morfem.

Namun unsur-unsur yang lain seperti rumah, kereta, pokok, udara, jalan dan duduk tidak

boleh diperkecilkan lagi kerana ianya tidak akan memberi makna. Jika kata itu tidak boleh

diperkecilkan lagi dan akan menjadi tidak bermakna maka perkataan itu juga adalah unit

Page 2: Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu

yang terkecil iaitu morfem. Kata juga merupakan unsur morfologi yang digunakan untuk

membentuk perkataan lain.

Pengkajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihat sekurang-kurangnya dalam tradisi barat

yang disusuli kembali sejak zaman Franz Bopp, seorang tokoh berbangsa Jerman. Beliau

telah menghasilkan penulisan berkenaan dengan jenis akhiran pertuturan beberapa bahasa

serumpun, termasuklah bahasa Jermanik yang diterbitkan pada tahun 1816. Kajian dalam

bidang ini telah dibayangi oleh pengkajian dalam bidang fonologi dan sintaksis pada abad

ke-20.

Menurut Tatabahasa Dewan, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan

dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan

susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang

bermakna.

Dalam buku Bahasa Melyu I, Edisi kedua yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, morfologi

mengkaji struktur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata,

golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Dengan kata lain, morfologi

mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatikal atau makna yang dikibatkan oleh

perubahan bentuk kata itu. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu perkataan sakit dapat

menerbitkan pelbagai perkataan lain seperti “pesakit”, “kesakitan”, “penyakit”, “disakiti”,

“sakit-sakit” dan “menyakitkan”. Setiap perkataan tersebut mempunyai makna yang berbeza

akibat penggabungan morfem. Perbezaan itu wujud apabila terdapat perubahan pada

bentuk kata akar atau kata dasar. Contoh ini menunjukkan bahawa bidang yang dikaji dalam

morfologi ialah morfem dan kata.

Mengikut pandangan Abdullah Hassan (Morfologi, 2006), morfologi merupakan satu bidang

ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Manakala, menurut Frank Parker dalam bukunya,

Linguistics For Non-Linguists, First Edition yang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja

Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata.

Beliau menyatakan “morphology” itu berasal daripada bahasa Latin “morphe” yang

membawa maksud bentuk.

Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana

perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk

perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang

dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117).

Page 3: Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab

Perguruan,1985) telah menerangkan bahawa morfologi ialah bidang dalam kajian bahasa

yang mengkaji tentang perkataan cara pembentukannya.

Kesemua ini boleh dirumuskan bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik yang

mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem

dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.

PENGENALAN TERHADAP SINTAKSIS

Sintaksis merupakan satu bidang kajian tentang tatacara binaan dan cara frasa,

klausa dan ayat dibentuk. Bidang kajian sintaksis ini telah dipelopori oleh Noam Chomsky

seperti yang dibicarakan oleh beliau dalam buku Syntatic Structure yang akhirnya

melahirkan pengajian am tatabahasa transformasi generative oleh Frank Parker (1994).

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,

struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga merupakan kajian tentang hukum

atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan

dan kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Bidang sintaksis bukan sahaja melihat kehadiran jenis dan ragam ayat, tetapi juga

rumus pembinaan unsur subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat.

Selain itu, terdapat juga cirri-ciri lain yang dipertimbangkan dalam pembinaan ayat, iaitu

penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan

ayat, termasuklah penanda kasus, penanda kala dan unsure keserasian. Dalam bahasa

Inggeris, penanda kasus memainkan peranan penting dalam menentukan kegramatisan

sesuatu ayat, tetapi bahasa Melayu tidak mempunyai unsur sedemikian.

Bahasa Melayu juga tidak mempunyai penanda kala atau masa seperti dalam

bahasa Inggeris, iaitu yang ditandai oleh past tense. Sebaliknya, bahasa Melayu

menggunakan perkataan sedang, sudah dan akan untuk menentukan kala atau waktu

sesuatu kata kerja itu dilakukan. Unsure keserasian juga penting dalam pembentukan ayat.

Tanpa memperlihatkan unsur keserasian ini ayat yang dibentuk tidak akan menjadi

gramatis.

Satu lagi aspek yang termasuk dalam analisis atau persoalan sintaksis ialah ayat-

ayat yang tidak menentu maknanya atau binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam

menghasilkan ayat yang gramatis, seseorang itu perlu tahu dan mahir dalam beberapa

aspek seperti mematuhi struktur binaan ayat, memahami hukum tatabahasa Melayu itu

sendiri dan menyedari bahawa kegramatisan ayat itu mestilah bermakna.

Page 4: Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu