Meraikan Perayaan Bukan Islam

download Meraikan Perayaan Bukan Islam

of 3

Transcript of Meraikan Perayaan Bukan Islam

  • 7/29/2019 Meraikan Perayaan Bukan Islam

    1/3

    Meraikan perayaan bukan Islam

    Setiap kali menjelang perayaan Deepavali, Chinese New Year atau Christmas

    menjelang banyaklah jemputan open house. Sudah jadi kebiasaan masyarakat kita

    kunjung mengunjung sahabat yang berlainan bangsa.

    Serba salah jadinya. Ada ustaz yang kata semua tak boleh hadiri Ada ustaz yang

    kata boleh hadiri Chinese N year saja sebab itu acara kebudayaan bukan agama.

    Dan yang ramainya kata: semua boleh termasuk pak-pak menteri!.

    Susah juga hendak berikan alasan bila ajakan bertalu-talu. Nak larang kawan-kawan

    lain pergi..lagi susah. Harap dapat beri penjelasan; Bukan sekadar hukum halal atau

    haram; tetapi kalau benar-benar ianya haram..apakah cara yang paling berHIKMAH

    untuk kita terangkan pada mereka.

    Mungkin mereka yang dari keturunan cina, India, atau convert; boleh beri

    pandangan.

    Jawab:

    Permasalahan ini perlu dilihat dari beberapa aspek:

    Pertama: Apakah Islam betul-betul berkuasa, terdirinya daulah; tertegaknya hukum-

    hakamnya, ada zimmiyin (warganegara bukan Islam) secara jelas mengikut

    perlembagaan.

    Kedua: bagaimana bila ia bukan negara Islam dan umat Islam tidaklah menjadi

    majoriti yang ketara (seperti Malaysia);

    Ketiga: Apakah perayaan itu unsur ibadah atau kebudayaan

    Keempat: apakah maksud turut serta bagi si muslim? Merayakan dengan penuh

    kegembiraan atau sekadar mera'ikan teman se pejabat (yang musyrik) atau memberi

    hak jiran.

    Kelima: Melihat antara hukum asal, fatwa semasa dan maslahat yang boleh merubahsesuatu hukum dengan sekelip mata.. dan ia boleh berubah kepada hukum asal.

    Inilah lima parameter yang perlu diambil kira sebelum kita membincangkan apakah

    boleh umat Islam mengunjungi umat lain terutamanya di Malaysia: Tahun baru Cina;

    Deepavali dan Hari Krismas.

    Apakah pandangan Islam terhadap bukan Islam? Banyak di antara kita berpegang

    dengan ayat 28: at Tawbah: Bahawa orang musyrik itu najis... (maksud)

    Sebenarnya hubungan antara muslim dengan non-muslim ialah di atas dasar ta'aruf

    (perkenalan); ta'awon (tolong-menolong), birr (kebaikan), dan adil;

  • 7/29/2019 Meraikan Perayaan Bukan Islam

    2/3

    Dalil: al Hujurat:13; Mumtahinah: 8

    Islam juga menggalakkan kita berhubung di atas dasar musalamah ( perdamaian);

    mu'asyarah (pergaulan mesra); mu'amalah bil husna (bermasyarakat secara baik);

    tabadulul maslahah (win-win relationship); dan ta'awon (bekerjasama di ataskebaikan). (Ruj: Sayyid Sabiq: Fiqh Sunnah, Vol2)

    Bagaimana amalan nabi terhadap bukan Islam? Baginda pernah meminta bantuan

    militeri terhadap bukan Islam; baginda pernah memberi bukan Islam ghanimah orang

    bukan Islam ada yang berperang bersama baginda (Safwan Umaiyah dalam perang

    Hunain. RasuluLlah saw bertukar-tukar hadiah dengan bukan Islam, RasuluLLah saw

    memenuhi undangan bukan Islam. RasuluLlah saw berkahwin dengan perempuan

    mereka (kaum Qibti), RasuluLlah saw bangun menghormati jenazah bukan Islam (ruj:

    Qardhawi: halal dan haram). Daripada sinilah kita perlu melihat kepada apa yang

    akan kita bincangkan.

    Pertama: tentang turut serta umat Islam menyambut Krismas.

    Fatwa MUI (Majlis Ulamak Indonesia yang dipengerusikan oleh Bung Hamka) pada

    tarikh 7 Mac 1981 telah mengeluarkan fatwa HARAM umat Islam Indonesia

    merayakan bersama perayaan hari krismas atau natal kerana perayaan itu adalah

    ibadah dan bercanggah dengan aqeedah umat Islam. Inilah fatwa yang jelas yang

    boleh kita jadikan sandaran untuk memutuskan sikap umat Islam terhadap perayaan-

    perayaan umat bukan Islam. Yang jelas haram menurut Prof Hamka dan Majlis

    Ulamak Indonesia Dialah kita turut serta merayakan perayaan sambutan yang ada

    unsur ibadah dan akidah secara redha dan bertambah haramlah jika kita

    menyambutnya di tempat yang dianggap rumah peribadatannya. Jadi apa jua perayaan

    yang ada unsur kebudayaan seperti Tahun baru Cina dan Deepavali (pesta Cahaya)

    tidak termasuk dalam pengharaman ini.

    Kedua: kedudukan hukum berubah bila melibatkan pemimpin negara; ada unsur

    kejiranan, teman sepejabat yang mengadakan rumah terbuka; Fitnah akan timbul jika

    pemimpin Islam tidak menjengok muka ke rumah terbuka kaum bukan Islam; atau si

    muslim yang tidak mengunjungi jirannya sempena hari perayaannya; Ini semua perlu

    diambil kira apabila ia masuk bab maslahat dan menolak mudharat.

    Syarat mengunjungi perayaan rumah terbuka ini ialah kita kena menjaga hati supayatidak redha dengan kekufuran agama mereka.

    Jadi hukum umat Islam mengunjungi perayaan tidaklah sama utk semua orang dan

    untuk semua perayaan; ia berubah mengikut jenis perayaan itu..

    Secara ringkas:

    Hari Krismas; haram menyambutnya bersama dengan orang Kristian dengan

    penyelewengan aqeedah mereka; namun untuk mengunjungi jiran atau teman

    sepejabat yang beragama kristian adalah harus demi maslahat dakwah dan menolak

    mudharat fitnah kita tidak meraikan perpaduan nasional. Termasuk dalam kategori ini

  • 7/29/2019 Meraikan Perayaan Bukan Islam

    3/3

    ialah kita menghadiri sambutan keagamaan di kuil-kuil, sambutan perarakan

    membawa kavadi dan sebagainya.

    Hari Tahun baru Cina adalah hari sambutan kebudayaan sesuatu bangsa. Ia harus.

    Cuma menghadiri pesta-pesta mereka yang besar yang ada tarian dan arak yang tidak

    baik dari pandangan Islam.

    Perayaan-perayaan lain; dilihat juga dari sudut keagamaan atau kebudayaan;

    kemudian dipadankan dengan maslahat dan menolak mudarat fitnah di mana kita

    boleh dituduh anti perpaduan dan toleransi.

    TH