Mercedes.docx

11
Mercedes-Benz Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. (Dilencongkan dari Mercedes Benz ) Mercedes-Benz Jenis Anak syarikat Pendahulu Benz & Cie. Daimler Motoren Gesellschaft Ditubuhkan 1886 Pengasas Karl Benz Ibu pejabat Stuttgart , Jerman Tempat dibekalkan Antarabangsa Perancang utama Dieter Zetsche, Pengerusi Produk Kereta Lori Bus Enjin Servis Perkhidmatan kewangan Induk Daimler AG

Transcript of Mercedes.docx

Mercedes-BenzDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.(Dilencongkan dariMercedes Benz)Mercedes-Benz

JenisAnak syarikat

PendahuluBenz & Cie.Daimler Motoren Gesellschaft

Ditubuhkan1886

PengasasKarl Benz

Ibu pejabatStuttgart,Jerman

Tempat dibekalkanAntarabangsa

Perancang utamaDieter Zetsche, Pengerusi

ProdukKeretaLoriBusEnjin

ServisPerkhidmatan kewangan

IndukDaimler AG

PembahagianMercedes-Benz AMG

Laman webmercedes-benz.com

Mercedes-Benzialah sebuah syarikat pengeluar kereta multinasional dariJermanmilikanDaimler AG, dan merupakan jenama yang digunakan untuk kereta mewah, bas, dan lori. Ibu pejabat Mercedes-Benz teletak di Stuttgart, Baden-Wrttemberg, Jerman.Isi kandungan[sorokkan] 1Sejarah 2Sukan bermotor 3Pengilangan 4Model 4.1Penamaan model 4.2Kenderaan komersial 5Penala 5.1Penala lain 6Inovasi 7Lihat juga 8Pautan luarSejarah[sunting|sunting sumber]

Benz Patent Motorwagen 1886 (Replika).Kereta sebenar pertama di dunia.

Benz Velo 1894.Sejarah Daimler-Benz bermula seawal 1880-an apabilaKarl Benz(18441929) danGottlieb Daimler(18341900), bekerja denganWilhelm Maybach(18461929), masing-masing menciptakeretayang digerakkanenjin pembakaran dalamandi selatanJerman. Walaupun mereka hanya dipisahkan jarak sejauh 60 batu, masing-masing tidak menyedari hasil kerja satu sama lain.Karl Benz mempunyai sebuah kedai diMannheimdan menciptakereta sebenar pertama yang digerakkan oleh enjin pembakaran dalamanpada 1885. Kereta beroda tiga tersebut dinamakan sebagaiBenz Patent Motorwagen. Sementara itu pula, Gottlieb Daimler dan rakan rekabentuknya Maybach, mencipta prototaip bagi rekaan enjin petrol model, dikenali sebagai "enjin jam besar"(grandfather clock engine). Kedua-dua Benz dan Daimler membuka syarikat kereta masing-masing iaitu Benz & Cie. dan DMG tidak lama kemudian. Menjelang 1900, Benz & Cie. menjadi syarikat automotif terbesar di dunia.Pada tahun 1899, kereta DMG dijadikan kereta lumba olehEmil Jellinek(1853-1918), seorang pengedar dan peminat automotif. Dalam perlumbaan, dia mengecat nama anak perempuannya, Mercedes, pada keretanya untuk mendatangkan tuah. Hasilnya, lahirlah model DMG tahun 1902 yang bakal menjadi siri kereta DMG Mercedes pertama iaituMercedes 35 hp. Jellinek juga turut diundang untuk menjadi ahli lembaga pengarah DMG dari tahun 1901 hingga 1909.Selain membawa tuah kepada Jellinek, nama Mercedes juga mula diguna pakai oleh DMG untuk mengelakkan daripada masalah perundangan memandangkan DMG menjual hak eksklusif bagi nama Daimler kepada sebuah syarikat asing setelah kematian Daimler pada tahun 1900. Hasilnya, jenama kereta mewah Daimler dibina diEnglanddan bukannya diJerman.

Logo pertama Mercedes-Benz setelah penggabungan kedua-dua syarikat milik Daimler dan Benz pada tahun 1926

1930 Mercedes-Benz SSK "Count Trossi"Pada tahun 1924, kedua-dua syarikat DMG dan Benz & Cie. yang sebelum ini bersaing sesama sendiri mula bekerjasama hasil kepentingan untuk memulihkan ekonomi Jerman yang lumpuh semasaPerang Dunia Pertama, dan akhirnya bergabung membentukDaimler-BenzAGpada tahun 1926. Penggabungan tersebut menyebabkan kereta keluaran kedua-dua syarikat tersebut dijenamakan semula sebagaiMercedes-Benz. Selainkereta,basdanlori, Mercedes-Benz turut membina enjin bot dankapal terbang, malahkapal udaraZeppelinjuga. Karl Benz meninggal dunia pada 1929.Sungguhpun Mercedes-Benz amat terkenal dengan model-model kereta mewahnya, ia turut mengeluarkan model-model berprestasi tinggi serta model-model mampu milik seperti modelA-Class. Di samping itu, sebuah anak syarikat Mercedes-Benz iaituSmartturut menghasilkan kereta mampu milik sepertiSmart ForTwodanSmart ForFour.Sukan bermotor[sunting|sunting sumber]

1955 Mercedes-Benz 300SL Gullwing CoupeSebelum penggabungan pada 1926, kedua-dua syarikat pengasas telah pun menikmati kejayaan dalam bidangsukan bermotor. Oleh itu, sepanjang sejarah Mercedes-Benz, syarikat tersebut telah banyak terlibat dalam aktiviti sukan bermotor. Sungguhpun demikian, Mercedes-Benz pernah berundur sepenuhnya dalam arena sukan bermotor, terutamanya pada penghujung 1930-an dan selepasBencana Le Mans 1955, di mana sebuahMercedes-Benz 300SLRbertembung dengan sebuah kereta lain dan membunuh lebih 80 penonton. Hanya setelah lewat 1980-an barulah Mercedes-Benz kembali semula ke barisan hadapan persaingan - mula berlumba semula di dalam perlumbaan Le Mans serta menyertai lumba kereta bersamaSauber.Sebab utama Mercedes-Benz menyepi dari arena perlumbaan pada masa tersebut adalah kerana reputasinya sebagai pemimpin industri automotif dalam soal keselamatan kenderaan. Mercedes-Benz sering memperkenalkan inovasi keselamatan kenderaan sepertibeg udaradanABSserta turut melesenkannya kepada syarikat automotif lain. Dengan itu, Mercedes-Benz dilihat lebih mementingkan aspek keselamatan penumpang daripada keuntungan dan persaingan pasaran.Kini, Mercedes-Benz sedang bergiat aktif di dalamFormula 3,DTMdanFormula Satu. Semasa menyertai Formula 1, syarikat tersebut memiliki sebahagianPasukan McLarenserta membekalkan enjin kepada pasukan tersebut sejak 1995. Perkongsian tersebut membawa kejayaan besar, termasuklah Kejuaraan Pemandu bagiMika Hakkinenpada tahun 1998 dan 1999 serta Kejuaraan Pembina pada 1998. Usaha sama turut dipergiat dalam penghasilan kereta jalanan sepertiMercedes-Benz SLR McLaren.Pengilangan[sunting|sunting sumber]SelainJerman, Mercedes-Benz turut dikilangkan atau dipasang di:- Afrika Selatan[1] Thailand[2] Malaysia[3] Amerika Syarikat[4] Argentina[5](Kilang Mercedes-Benz pertama di luar Jerman) Brazil[6] India[7] Nigeria[8] United Kingdom(model supercar SLR dibina di Pusat Teknologi McLaren di Woking) Mesir[9] Austria(G-Class)[10] China Turki[11] Korea Selatan(modelMussodanMB100yang menggunakan jenama Mercedes dikilangkan olehSsangyong Motor Company)Model[sunting|sunting sumber]Lihat juga:Senarai kereta Mercedes-BenzA-Class HatchbackMercedes-Benz A-ClassB-Class Sports Tourer/HatchbackMercedes-Benz B-ClassC-Class Sedan, Sports Coupe & WagonMercedes-Benz C-ClassCL-Class CoupeMercedes-Benz CL-ClassCLK-Class Coupe & ConvertibleMercedes-Benz CLK-ClassCLS-Class "Coupe" ("Coupe 4 Pintu" pertama di dunia)Mercedes-Benz CLS-ClassE-Class Sedan & WagonMercedes-Benz E-ClassG-Class SUVMercedes-Benz G-ClassGL-Class SUVMercedes-Benz GL-ClassM-Class SUVMercedes-Benz M-ClassR-Class Sports Tourer/"SUV"Mercedes-Benz R-ClassS-Class SedanMercedes-Benz S-ClassSL-Class RoadsterMercedes-Benz SL-ClassSLK-Class RoadsterMercedes-Benz SLK-ClassSLR-McLaren Coupe PrestasiMercedes-Benz SLR McLarenPenamaan model[sunting|sunting sumber]Sebelum tahun 1994, Mercedes-Benz menggunakan format lama penamaan model. Contohnya, bagi model500E, 3 angka menandakan saiz sesaran enjin (bagi model ini: 5.5L) dan huruf terakhir menandakan jenis enjin atau kerangka, misalnya "E" bagi modelsuntikan bahan api("Einspritzung" dalambahasa Jerman), "D" untuk Diesel, "L" untuk Tapak Roda Panjang, dsb.Pada tahun 1994, sistem penamaan tersebut diubah untuk membolehkan Mercedes-Benz mengkelaskan model mereka, dimulai dengan imbuhan awal huruf kelas dan diikuti dengan 3 angka sesaran. Namun demikian, sesetengah model baru masih mempunyai imbuhan akhir huruf untuk ciri spesifik, seperti "L" untuk Tapak Roda Panjang dan "CDI" untuk enjin diesel Suntikan Terus Rel Sepunya(Commonrail Direct Injection). Dengan ini, model 500E di atas akan dikenali sebagai E500 (E-Class, sesaran enjin 5 liter). Harus diingat, bagi sistem lama, 3 angka sesaran sememangnya menunjukkan sesaran enjin yang sebenar, tetapi bagi sistem baru pula angka-angka tersebut tidak semestinya menunjukkan sesaran sebenar - misalnya, kedua-dua model E200 CDI dan E220 CDI sebenarnya menggunakan enjin yang sama iaitu 2.2L, dan model C240 sebenarnya menggunakan enjin 2.6L. Selain itu, terdapat perbezaan besar bagi kuasa kuda (dan harga) bagi kereta yang mempunyai nombor enjin yang sama tetapi kelas yang berbeza, seperti antara C55 dan SL55.Kenderaan komersial[sunting|sunting sumber]Mercedes-Benz turut membinavan,basdanloribagi kegunaan komersial. Mercedes-Benz adalah pengeluar kenderaan berat terbesar di dunia.Penala[sunting|sunting sumber]Selain terkenal sebagai jenama kereta mewah, kereta Mercedes-Benz juga popular khususnya diEropahsebagai kereta berprestasi tinggi. Hasilnya, muncullah banyak syarikat penala yang mengubahsuai kereta=kereta tersebut, menjadikan kereta-kereta tersebut lebih berkuasa dan lebih mewah. AMGadalah anak syarikat Mercedes-Benz sejak 1999 yang menjadi syarikat penala rasminya. AMG menala versi-versi berprestasi tertinggi bagi hampir setiap kelas model (dikenali dengan imbuhan AMG di belakang nama model). Setiap enjin AMG adalah buatan tangan dan enjin yang siap akan ditandatangani oleh jurutera yang membinanya.Penala lain[sunting|sunting sumber] Brabus Lorinser Carlsson Kleemann RENNtech KichererInovasi[sunting|sunting sumber] Pembinaan Sel Keselamatan atau Sangkar Keselamatan denganzon remukanhadapan dan belakang mula dibangunkan oleh Mercedes-Benz pada tahun 1951. Sistem brek cegah kunci(ABS),beg udaradankawalan cengkamanyang kini menjadi piawaian kereta-kereta buatan Eropah adalah hasil inovasi oleh Mercedes-Benz. PadaSeptember 2003, Mercedes-Benz memperkenalkankotak gear automatik7G-TRONICdengan bilangan gear terbanyak pada masa itu iaitu 7 kelajuan. Sistem pra-perlanggaran Mercedes-Benz menggunakan radar untuk mengesan kemungkinan perlanggaran dan membolehkan sistem-sistem keselamatan bersiap sedia untuk tindak balas optimum, termasuklah mengetatkan tali pinggang keledar, menutup tingkap dan bumbung suria, dan menggerakkan tempat duduk ke posisi optimum. Mercedes-Benz sedang dalam proses pembangunan sistem pengesanan kelesuan yang akan memberi amaran sekiranya pemandu mengantuk dan menunjukkan tanda-tanda hampir tertidur (jika mata tertutup lebih lama daripada kelipan mata yang biasa). Sistem akan mengumpul data mengenai gaya pemanduan, tempoh perjalanan, waktu perjalanan serta keadaan trafik. Kereta (pengeluaran)transmisi automatikterpantas di dunia ialahMercedes-Benz SLR McLarendengan kelajuan maksimum 334 km/j, hasil usaha sama DaimlerChrysler danMcLaren Automotive.Kenderaan Daimler dan Benz[sunting|sunting sumber] Benz Patent-Motorwagen 1886 Daimler Motor Car 1886 Benz Velo 1894 Mercedes 35 hp 1901 Mercedes Simplex 1902 GP Mercedes 1908 Blitzen Benz 1909 Mercedes Grand Prix Racing Car 1914 Benz 10/30hp 1921Kereta Mercedes-Benz[sunting|sunting sumber]1920-an[sunting|sunting sumber] K (Kurz-short) 1926 S 1927 SSK 1928 SS 1928 10/50hp "Stuttgart" 19291930-an[sunting|sunting sumber] Mercedes-Benz Mannheim 350/370 (W10) 1929-1934 170 Saloon 1931-1932 130H 1934 150H 1934-6 W31 1934-1939 (6 roda)[1] 170V 1935-1953 770 (Grosser) 1930-1943 dalam dua siri: W07 1930-1938 W150 1938-1943 500K 1934-1936 540K 1936-1943 260D 1936-1940 320 Saloon 1937 W125 1937 230 1938 W163 GP 19391950-an[sunting|sunting sumber] 180 1953-1962 190 1956-1961 W196 GP 1954 220 1954-1959 300SLR 1955 (W196S) 300S pertengahan 1950-an 300SL 1954-1963 dalam dua siri: Gullwing Coupe 1954-1957 Roadster 1958-1963 190SL 1955-19631960-an[sunting|sunting sumber] 190c 1962-1965 230 1965-1966 200 1966-1968 200D 1966-1967 Mercedes-Benz W111/220SE 1960-1966 250S, 250SE 300SE 280S 280SE 280SEL (W108/W109) 1965-1972 230 1968-1972 250 1968-19721970-an[sunting|sunting sumber] 280 1972-1976 280C 1973-1976 300D 1975-1976 G-Class 1979- SL-Class 1957- W113 1963-1971 R107 1972-19891980-an[sunting|sunting sumber] 190 1982-1993 300D 1977-1985 300CD 1978-1985 300SD 1981-1985 300SDL 1986-1987 300TD 1978-1985 350SDL 1990-1991 500SE 1984-1991 500SEC 1984-1991 500SEL 1984-1991 560SEL 1986-1991 560SEC 1986-1991 300E 1986-1993 300CE 1986 - 19931990-an[sunting|sunting sumber] A-Class 1997- C-Class 1993- CLK-Class 1998- E-Class 1995- SL-Class 1989-2001 Vaneo 1997-20042000-an[sunting|sunting sumber] Mercedes-Benz A-Class W168 2000-2004 W169 2004- Mercedes-Benz B-Class 2005- Mercedes-Benz C-Class W203 2000-2007 W204 2007- Mercedes-Benz CL-Class W215 2000-2006 W216 2007- Mercedes-Benz CLK-Class 2000- Mercedes-Benz CLS-Class 2004- Mercedes-Benz E-Class W210 1995-2002 W211 2003-2009 W212 2009- Mercedes-Benz G-Class 2000- Mercedes-Benz GL-Class X164 2007- Mercedes-Benz M-Class W163 1998-2005 W164 2006- Mercedes-Benz R-Class 2006- Mercedes-Benz S-Class W220 1999-2005 W221 2006- Mercedes-Benz SLK-Class R170 1998-2004 R171 2005- Mercedes-Benz SL-Class 2001- R230 Mercedes-BenzSLR-McLaren2003-2009 722 Edition2006-2009 Mercedes-Benz SLS AMG 2010-Lori Mercedes-Benz[sunting|sunting sumber]1960-an[sunting|sunting sumber]Mercedes-Benz L-series truck1970s[sunting|sunting sumber]Mercedes-Benz NG (Neue Generation)1980s[sunting|sunting sumber]Mercedes-Benz SK (Schwere Klasse)Van Mercedes-Benz[sunting|sunting sumber]1950-an[sunting|sunting sumber] Mercedes-Benz L 319