merdeka 2

download merdeka 2

of 11

Transcript of merdeka 2

Kira-kira 22 tahun dahulu... Semasa kecil dan masih di bangku sekolah rendah. Hari Kebangsaan cuma hari menyambut 31 Ogos. Sebulan sebelum itu, guru-guru akan sibuk mengutip derma rayuan hari pahlawan dan kami akan mendapat pelekat bunga raya. Pada masa itu, yang aku tahu...pelekat bunga raya Rayuan Hari Pahlawan kena beli 10sen satu. Kalau nak 2 keping, kena bayar 20 sen dan cikgu akan beri 2 keping pelekat bunga raya tersebut. Tapi itu tidak penting bagi aku, yang penting hanyalah 31 Ogos nanti akan bercuti. Aktiviti yang paling hebat, cikgu lukisan akan mengajar kami melukis bendera Malaysia. Ada yang lukis kecil-kecil ada yang lukis sebesar-besar kertas lukisan. "Jalur Gemilang? Apa tu? Tak pernak dengar pun", memang satu nama paling asing bagi kami. Bendera Malaysia hanya mendapat nama di hujung-hujung Dr.M menjadi PM - Jalur Gemilang. 31 Ogos - Hari Kebangsaan, merupakan hari cuti bagi aku. Merdeka! tidak perlu bangun pagi-pagi ke perigi yang gelap gelita untuk mandi. Gosok gigi, jangan cakaplah, seingatnya tidak pernah beli pun, yang ada cuma berus gigi percuma, program kemasyrakatan "call-get". Kedai makan Pak Din Drebar, satu batu dari rumah aku pun tutup, merdekalah aku, tidak perlu hantar kuih untuk dijual. Tak perlu nak gosok baju sekolah, sebenarnya emak aku yang gosokkan, aku cuma perlu membakar arang untuk dimasukkan ke dalam seterika. Mengaji quran pun cuti, Pak Asan suruh cuti sempena 31 Ogos. Memang betul-betul merdeka. Merdeka!! Aku cuma bangun awal, terus ke kebun atuk yang dijaga oleh ayah, pungut buah kuinin yang jatuh malam tadi. Sambil melihat-lihat kawsan sekitar kebun, mana tahu, ada babi hutan menyondol sayuran kami. Atau gajah datang memetik jagung. Di seberang sungai sana, tegak meninggi pokok getah milik Che Yob, arwah abang atuk aku dulu. Dari sini aku nampak dua tiga orang penoreh sedang bekerja. Kelihatan Ngah Lebar, Pak Asan, Kak Romah dan Mak Ngah Tanjong masing membawa sedang tekun "mengajar" pokok getah yang sama usia dengan mereka. Mereka terus bekerja tanpa mengira haribulan.

31 Ogos, tiada siapa pun ambil peduli, kalau tidak ditoreh pokok getah, siapa hendak bagi kita makan? Itulah ayat-ayat yang selalu aku dengar - sadis. Lebih penting, mengambil upah "mengajar" pokok getah, setidak-tidaknya dapat mengumpul duit untuk membeli beras. Aku tidak lama di situ, habis buah yang dipungut aku terus pulang, selalunya dalam 10 biji yang jatuh, cuma 5-6 biji yang masih elok. "Tak banyak pun dapat, di makan dek tupai dulu". Itu pun kalau bernasib baik, kalau nasin kurang baik, buah diambil "kawaq", memamg malang. (Kawaq = penyagak yang mencuri) Balik rumah, terus ke perigi, mandi. Sejuk betul air perigi. Tahun 80an, Paip air hanya ada di depan simpang kampung. Itu pun hanya musim kemarau sahaja boleh digunakan. Bekalan paip air hanya untuk kegunaan musim kemarau sahaja. Masjid di depan kampung aku pun menggunakan air tadahan hujan. Lepas mandi, naik rumah serapan pagi, selalunya kami orang-orang kampung makan nasi. Kadang-kadang makan pulut dimakan bersama buah mempelam atau pun durian. Tapi selalunya makan pulut dengan kelapa parut dan ikan kering. Sungguh menyelerakan. Pagi hari merdeka, rancangan TV bermula awal pagi, jam 7 pagi sudah bermula Selalunya siaran RTM akan bermula sekitar jam 3 petang. RTM akan buat lintas langsung dari Dataran Merdeka atau pun daripada Stadium Merdeka. Aku cuma dapat

menyaksikannya di depan TV. Aku cuma menunggu perarakan berhias, paling ditunggutunggu perarakan kereta kebal dan kereta Proton Saga. Masih terbayang-bayang lagi, jenama kereta Proton Saga menjadi kebangaan kita semua pada masa itu. Kecil besar, tua muda, lebai dan juga mat candu, semua bercerita pasal kereta Proton Saga. Habis perarakan, aku pun menutup TV hitam putih aku. "jangan dok tenggok TV lama-lama, nanti habis karan tu..", ayat-ayat "power" emak aku. Masih lagi aku teringat, TV aku berwarna merah, tiada alat kawalan jauh, tiada bunyi "srounding system", cuma pembesar suara tiga inci lebar. Itu sudah cukup hebat bagi kami pada masa tersebut. Bagi aku sambutan Hari Kebangsaan hanyalah perarakan pasukan keselamatan negara, menteri-menteri semua beratur di atas pentas dan tembakan meriam. Bunga api!, pada masa itu tidak sehebat

zaman mellinium ini, cukuplah jika dibandingkan kehebatanya umpama membakar mercun menyambut Tahun Baru Cina sekarang. Mungkin... Aku cuma anak-anak kecil dan tinggal di kampung yang jauh dari bandar, tidak dapat merasakan kehangatan sambutan Hari Merdeka. Cuma yang pasti, setiap kali Hari Kebangsaan, RTM1 akan menayangkan rancangan sarkas. Habis sarkas sambung cerita perang-perang koboi. Waktu tengaharinya, cerita Bukit Kepong lakonan Dato' Jins Samsudin atau Sarjan Hassan, lakonan P.Ramli. Selain daripada itu pasti ada slot rancangan nyanyi di RTM1. Mesti ada iringan okestra Johari Saleh dan penyanyinya Roy, Azlina Aziz, Nassier Wahab, Fredo, Rafeah Buang dan yang paling dikenali dan diminati segenap lapisan masyarakat Sudirman. Semua ini dibuat secara langsung dari Studio 1 Angkasapuri RTM pada masa itu. Lagu paling panas dan terus membara 31 Ogos - "Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka ! Merdeka ! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah" arghh...keramat betul lagu itu. Ketika itu juga muncul dR Sam dengan lagu "Saya Anak Malaysia", menjadi siulan dan nyayian anak-anak ketika itu. "1953, Bulan 5 aku dilahirkan, Di sebuah negeri yang diberi nama NEGERI SEMBILAN..." antara lirik lagu yang aku rasa betul-betul terngian-ngian dikepalaku. Lagu MJ sebelum bersalin kulit menjadi putih pun layan juga, jangan anggap kami orang kampung hulu tidak mengikut tempo duniawi. Itu semua cerita dahulu. Cerita di mana dunia masih lagi menyaksikan peperangan Iran dan Iraq, kukuhnnya Tembok Berlin yang memisahkan Jerman Timur dan Jerman Barat, perangan di Vietnam, cerita Hong Kong masih lagi dijajah British dan kita mengenali Burma pada masa itu. Zainal Abidin Hassan, Soh Chin Aun, Dollah Salleh, Mokhtar Dahari dan entah siapa lagi..., aku rasa, mereka ini lebih "merdeka" dalam era bola sepak Malaysia, berbanding sekarang yang dipimpin oleh cikgu Norizan Bakar. Mungkin merdeka dahulu untuk agama, bangsa dan negara, sekarang merdeka untuk diri dan menjadi pengukur tahap kejayaan diri.

Hebatnya dahulu, kemerdekaan amat dihargai dan sekarang merdeka umpama satu perayaan yang tercatat di kalender, menandakan hari cuti umum rakyat Malaysia. Hebatnya sekarang, perarakan diadakan dengan besar-besar, ada konsert, ada larian merdeka, ada konvoi merdeka, ada bayi merdeka dan ada apa lagi dengan merdeka. 1 Malaysia Menjana Transformasi. Tema ini merupakan tema untuk Sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Sepanjang bulan Ogos 2010, SM. St. Michael turut menyambut bulan Kemerdekaan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti sebagai tujuan untuk meningkatkan kesedaran murid-murid SM. St. Michael tentang kepentingan memperingati pahlawan perjuangan negara kita mencurahkan banyak pengorbanan demi mendapatkan kemerdekaan Malaysia. Sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini telah dianjurkan bersama bidang Kemanusiaan iaitu Panitia Sejarah, Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Panitia Pendidikan Seni Visual serta Unit Bimbingan dan Kaunseling. Sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah ini bermula pada 2 Ogos 2010 dan akan mencapai kemuncak pada 30 Ogos 2010 dengan Perhimpunan Khas Bulan Kemerdekaan. Antara aktiviti lain yang berfaedah telah dianjurkan termasuklah pengibaran Jalur Gemilang, Pertandingan Melukis Poster 1 Malaysia Menjana Transformasi, Pertandingan Mewarna, Kuiz Kemerdekaan dan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang untuk pertandingan yang telah dianjurkan. Bagi persembahan lakonan atau drama sketsa, pertandinagn diadakan pada hari sambutan diadakan. Tujuannya adalah untuk memupuk semangat bekerjasama antara peserta dan meningkatkan bakat para peserta dalam persembahan lakonan. Tempat Pendaftaran adalah di Head Quarter. Masa Pendaftaran bermula jam 7.00 hingga jam 8.00 pagi. Masa Pertandingan : 10 pagi hingga 12 tengah hari. Tempat Pertandingan adalah bertempat di dewan sekolah. Wang Pendaftaran sebanyak RM 5.00 (termasuk semua persembahan bakat).

Peserta mesti melaporkan diri 2 acara sebelum persembahan.

Bilangan peserta

bagi persembahan lakonan adalah tidak terhad. Lakonan yang dipersembahkan mestilah dalam bahasa Mandarin, Melayu atau Inggeris. Persembahan lakonan yang berbahasa dialek, berunsur lucah atau sensitif terhadap kaum agama dan politik adalah tidak dibenarkan. Pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan dalam persembahan lakonan. Setiap pasukan hanya boleh mempersembahkan satu persembahan lakonan sahaja. Masa yang diperuntukkan untuk persembahan lakonan adalah 15 minit. Markah akan ditolak jika didapati masa melebihi yang ditetapkan. Kaset rakaman yang dilabelkan dengan jelas perlu dihantar kepada pihak penganjur sebelum The Glorious Day dimulakan. Sebuah piala akan diberikan kepada pasukan yang mempersembahkan persembahan lakonan yang terbaik. Keputusan pihak pengadil adalah muktamad. Segala aduan tidak

akan dilayan. Sistem Pemarkahan ialah berdasarkan lakonan 40%, maksud 20%, pakaian 15%, tema 15%, kelancaran 10%, jumlah markah 100%. Aktiviti kedua ialah aktiviti melukis dan mewarna. sebuah pertandingan melukis telah diaddakan di dewan yang berdekatan dengan rumah saya sempena sambutan Hari Kemerdekan yang ke-51. Pertandingan ini dibuka kepada sesiapa saja tidak kira dewasa atau kanak-kanak,juga kepada remaja.Pertandingan ini belum lagi dimulakan. Terdapat ramai peserta yang telah menyertai pertandingan ini dan mereka kelihatan sungguh berbakat dan tidak sabar menunggu pertandingan dimulakan. Pertandingan ini bukan sekadar pertandingan melukis,sesiapa yang menjadi johan dalam pertandingan ini akan diberi hadiah wang tunai sebanyak satu ribu ringgit dan sebuah basikal. Nampaknya pertandingan ini telah dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan diakhiri pad pukul 11.00 pagi.setelah siap melukis,mereka berehat sebentar sebelum keputusan diumumkan.

Mediaum dan teknik lukisan adalah bebas samada akrilik, water color, realistik, abstrak, nave art, kartun, persembahan dalam bentuk foto dan sebagainya. Warna, single color atau hitam putih. Boleh juga kalau lukisan batik atau kolaj tampal. Cetakan digital juga adalah

dibenarkan.Puisi pula hendaklah ditaipkan di atas kertas warna atau di atas kertas surih atau tracing paper ( dan ditampal disebelah lukisan). Semua lukisan yang dilukis adalah milik dan hak cipta pelukis yang melukisnya. Seorang pelukis adalah diminta untuk melukiskan satu lukisan dari mana-mana tajuk tersenarai dalam lampiran yang diberi. Lukisan tersebut adalah untuk menghiasi puisi para Sasterawan Negara seperti Keris Mas, Shahnon Ahmad, Usman Awang, A. Samad Said, Arenawati, Muhamad Haji Saleh, Nordin Hassan, Abdullah Hussain dan ramai lagi. Bagi setiap lukisan yang anda lukis untuk mereka maka anda layak untuk menyertakan satu lukisan pula bagi puisi yang anda karang. Minima 2 lukisan dan Maksima 10 lukisan. Menulis segala butiran sebagai pelukis di sehelai kertas bersaiz A4, bersama gambar warna / foto terbaru anda. ( nama, alamat, nombor tel, e mail, pengalaman, anugerah kalau ada dan sebagainya ). Kertas itu perlu diframekan diatas mounting board. Seterusnya keterangan atau biodata tersebut akan dipamerkan sekali bersebelahan dengan hasil lukisan serta puisi yang ditulis pelukis ketika pertandinagn.Teknik persembahan biodata adalah bebas. Font untuk digunakan adalah bebas asalkan boleh dibaca, Tulisan Jawi, Khat dan Bahasa Inggeris adalah dibenarkan asalkan sesuai. Pastikan juga nama, nombor telefon, alamat lengkap ditulis atau ditampal di belakang art work atau lukisan yang dihantar. Pihak penganjur berhak memulangkan illustrasi yang tidak sesuai, terkeluar dari tajuk kemerdekaan atau mempunyai masalah plagiat.Selain itu, aktiviti menarik dan kreatif yang turut diadakan ialah pertandingan melukis banner kemerdekaan. Pertandingan Melukis Banner sempena Bulan berlansung dengan meriah dan gemilang. Dianjurkan oleh Persatuan Sejarah & Geografi dengan kerjasama kelab Rukunegara diketuai oleh En Sahrin & Cik Vikneswary. Bertemakan tema kemerdekaan ke 25 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaikan Diutamakan ia dijalankan mengikut kelab dan persatuan masing-masing. Pelbagai gelagat pelajar dan guru sibuk melukis & mewarna untuk menyiapkan banner masing-masing. Hadiah lumayan yang

ditawarkan oleh penganjur menarik perhatian setiap kelab. Terdapat 30 orang pelajar yang menyertainya. Pertandingan bermula pada pukul 12.00 tengahari hingga 2.30 petang. Tajuk pertandingan tentang Kemerdekaan Ke 53. Bagi tahap satu diadakan pertandingan melukis poster. . Pertandingan yang bertemakan 1Malaysia : Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera .Pertandingan ini telah dijalankan di kelas masing-masing di mana ia hanya dijalankan pada waktu pengajaran Pendidikan Seni Visual. Selain untuk mencungkil bakat murid dalam bidang seni lukis, pertandingan ini juga bertujuan untuk memupuk sikap sayangkan negara dalam diri muridmurid. Pertandingan ini amat baik dalam usaha pihak sekolah melahirkan murid-murid yang sanggup berkorban untuk negara. Tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana pertandingan ini yang telah menganjurkan aktiviti yang bermakna ini. Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan dalam kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing terutama di kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik. Budaya barat diagung-agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan. Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak lagi.

Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokohtokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada

kanak-kanak. Mereka harus menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik .

Secara tidak langsung, perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun dengan pesat dan menjadi negara maju. Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-kanak.

Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia. Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa kanak-kanak semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.

Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak, kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotik. Mereka akan mengagung-agungkan budaya luar negara serta kurang kesedaran untuk mempertahankan maruah negara. Sebaliknya, mereka

akan terpikat oleh dunia di luar dan meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan tidak setia kepada negara seperti mambakar bendera negara. Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.

Abeles, H. F., Hoffer, C. R., & Klotman, R. H. (1984). Foundations Of Music Education. New York: Schirmer Books.

Begley, S. (2000). Music on the Mind, Newsweek Magazine, p. 50-52 Chauhan, V. (2004). Drama Techniques for Teaching English. The Internet TESL Journal. Vol. X,No.10 October 2004. http://iteslj.org/Techniques/Chauhan-Drama.html . Access on: 27 August2008.

Choksy, L. (1981). The Kodaly Context: Creating An Environment For Music Learning. New Jersey: Prentice Hall. Choksy, L. (1986). Teaching Music In The Twentieth Century. New Jersey: Prentice Hall, Englewood Cliffs. Choksy, L. (1988). Teaching Music Effectively In The Elemtary School. New Jersey: Prentice Hall. p. 3-4 Choksy, L. (1998). The Kodaly Method. New Jersey: Prentice Hall, Englewood Cliffs. Hoffer, M. L., & Hoffer C. R. (1987). Music In The Elementary Classroom. Harcourt Brace Jovanovich, Ins. Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ladousse, G. P. (1987). Role Play. Oxford: Oxford University Press. Male, D. A. (1973). Approaches To Drama. London: George Allen and Unwin Ltd. Maley, A. & Duff, A. (1978). Drama Techniques in Language Learning: A resource book of communication activities for language teachers. Cambridge: Cambridge University Press. McRae, J. (1985). Using Drama In The Classroom. Oxford: Pergamon Press.

Robert, N. E., & Vernice, T. N. (1985) Music In The Elementary School. New Jersey: Prentice Hall, Inc., Englewood Cliffs.

Royka, J. G. (2002). Overcoming the Fear of Using Drama in English Language Teaching. The Internet TESL Journal. Vol. VIII, No. 6 June 2002. http://iteslj.org/Articles/Royka-Drama.html . Access on: 27 August 2008.