Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam...

17
Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam Arus Pembangunan Pelancongan di Pulau Perhentian NORIZAN ABDUL GHANI WAN IBRAHIM WAN AHMAD SULAIMAN MD YASSIN WAN SALIHIN WONG ABDULLAH Abstrak Pembangunan selalunya meninggalkan kesan tertentu kepada penduduk tua. Pembangunan boleh mewujudkan banyak peluang pekerjaan tetapi peluang ini lebih banyak dinikmati oleh generasi muda. Warga tua secara umumnya menjadi golongan yang terpinggir yang tetap meneruskan pekerjaan tradisi. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan kegiatan ekonomi warga tua dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu. Hasil kajian menunjukkan kegiatan ekonomi warga tua masih tertumpu kepada aktiviti penangkapan ikan, dan pelbagai pekerjaan tradisional yang lain, seperti menjual hasil tanaman dan mengusahakan gerai makanan. Kata kunci: Penuaan penduduk, penduduk tua, warga tua. Abstract Development generally produced certain impacts on older people. Despite development creates a lot of employment opportunities, these opportunities only suitable for younger generation. The elderly in general are becoming more marginalized and still continue their traditional activities. This paper aims at discussing the economic activities of the elderly in the tourism development in Pulau Perhentian, Terengganu. Results indicated that economic activity of the elderly is still on fishing activities, and many other traditional occupations, such as selling vegetable crops and managing food stalls. Keywords: Population ageing, older population, elderly. Pengenalan Sejak penerbitan hasil kajian mengenai socio-economic consequences of the ageing of population survey 1986 (Masitah & Nazileh, 1988) sekarang Jurnal Pembangunan Sosial 14 (Jun) 2011: 139–155

Transcript of Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam...

Page 1: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam Arus Pembangunan Pelancongan di Pulau Perhentian

NORIZANABDULGHANIWANIBRAHIMWANAHMAD

SULAIMANMDYASSINWANSALIHINWONGABDULLAH

Abstrak

Pembangunan selalunya meninggalkan kesan tertentu kepada penduduk tua. Pembangunan boleh mewujudkan banyak peluang pekerjaan tetapi peluang ini lebih banyak dinikmati oleh generasi muda. Warga tua secara umumnya menjadi golongan yang terpinggir yang tetap meneruskan pekerjaan tradisi. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan kegiatan ekonomi warga tua dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu. Hasil kajian menunjukkan kegiatan ekonomi warga tua masih tertumpu kepada aktiviti penangkapan ikan, dan pelbagai pekerjaan tradisional yang lain, seperti menjual hasil tanaman dan mengusahakan gerai makanan.

Kata kunci: Penuaan penduduk, penduduk tua, warga tua.

Abstract

Development generally produced certain impacts on older people. Despite development creates a lot of employment opportunities, these opportunities only suitable for younger generation. The elderly in general are becoming more marginalized and still continue their traditional activities. This paper aims at discussing the economic activities of the elderly in the tourism development in Pulau Perhentian, Terengganu. Results indicated that economic activity of the elderly is still on fishing activities, and many other traditional occupations, such as selling vegetable crops and managing food stalls.

Keywords: Population ageing, older population, elderly.

Pengenalan

Sejak penerbitan hasil kajian mengenai socio-economic consequences of the ageing of population survey 1986 (Masitah&Nazileh, 1988) sekarang

Jurnal Pembangunan Sosial 14 (Jun) 2011: 139–155

Page 2: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

140 Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 14

iniwarga tua telahmenjadi tumpuanpenyelidikanutamadiMalaysia (WanIbrahim Wan Ahmad, Norruzeyati Mohd Nasir & Zainab Ismail, 2008).Selaras dengan itu, pelbagai maklumat mengenai warga tua di Malaysia,sepertiumpamanyamaklumatmengenaipersoalanpertumbuhandantaburankeruangan,hubungansosialdanpengaturan tempat tinggal,sokongansosialdanpenjagaan,pemakanandankesihatan,kesejahteraandanbeberapaaspekyang lain telah dapat didokumentasikan (Wan IbrahimWanAhmad, 2007).Walaupunkajianwargatua,iaitukajiankeataspendudukberumur60tahundankeatastelahmeluas,danpelbagaimaklumattelahdapatdidokumentasikan,tetapimaklumattersebuttertumpukepadawargatuayangtinggaldidaratan,bukantinggaldipulau.Olehitu,persoalanmengenaiwargatuayangmendiamipulaupelanconganmasihbelumditerokasepenuhnya.Dalamusahamemenuhikekosonganini,makalahinicubamemperihalkanaktivitiekonomiwargatuadisebuahpulaupelancongandiMalaysia,iaituPulauPerhentian,Terengganu.

Pulau Perhentian merupakan salah satu daripada dua buah pulauberpenduduk di Negeri Terengganu dan pulau peranginan yang terkenaldi negara ini. Terletak kira-kira 10.8 batu nautika (20 kilometer) ke timurlaut Kuala Besut, Pulau ini terbahagi kepada dua buah pulau, iaitu PulauPerhentianKecildanPulauPerhentianBesardisampingbeberapapulaukecillain.Pulau-pulaukecilinitermasuklahPulauSusuDaradanPulauRawa.LuaskeseluruhanPulauPerhentianialah1392.1hektarpersegi,denganluasPulauPerhentian Kecil ialah 524.814 hektar persegi, sementara Pulau PerhentianBesarpulaseluas867.286hektarpersegi.Tanahmilikkerajaandipulau iniseluas857.5851hektardantanahmilikpendudukpula534.6149hektar(BeritaDarul Iman, September/Oktober 1995). Walaupun secara keseluruhannyapulau ini diliputi oleh kawasan berbukit dan tebing tinggi, ia mempunyaikawasanpantaiberpasiryangagakluas.

PulauPerhentianKeciladalahpulauyangdihuniolehpendudukdanpenempatanutamaterletakdikampungPasirHantu,seluaskira-kira10hektardengankira-kira200buahrumah(184buahataslotasalyangdidirikanolehkerajaan),kedai,sekolah,masjid,tabikadanklinik.SedikitaktivitipelancongandijalankandiPulauPerhentianKecil, iaitutertumpudiPasirPanjang,TelukAursertabeberapakelompokdibahagianpantaitimurpulau.PulauPerhentianBesaradalahpulauyangdimajukansepenuhnyauntukindustripelancongan.PerjalanandariPulauPerhentianBesarkePulauPerhentianKecilmemakanmasaselama5minitdenganbotlajuatau10minitdenganbotbiasaataubotnelayan.

PulauPerhentianmempunyaisejarahawalyangcukupmenarik.Pulauini mula didiami pada abad ke-18. Tempat yang mula-mula dibuka ialahTelukDalam,disekitarsebatangalurairpayauyangcetekdikenalisebagaiAlurCina. Penduduk yang paling awalmenetap di Pulau Perhentian, ialah

Page 3: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

Mereka yang Terpinggir 141

BatinMinadankeluarganya.BeliaudikatakanberasaldariKepulauanRiau,iaitu jajahan takluk Johor-Riaupadamasa itu.BatinMinadankeluarganyadatang ke Pulau Perhentian dengan menumpang kapal-kapal dagang Cinayang berulang alik dari Negeri China keAsia Tenggara. Beliau dipercayaimelarikan diri daripada buruan Belanda kerana telah bertindak menentangpenjajahdengancaramerompakdanmengugutkapal-kapaldagangmereka.Keturunan beliaulah yang terusmendiamiPulauPerhentian selain daripadabeberapabuahkeluargayangberasaldari tanahbesarSemenanjung(BeritaDarulIman,September/Oktober1995).

PulauPerhentianpadaawalnyatidakmempunyainamakhusus.Ianyadijadikan tempat persinggahan kapal-kapal dagang yang berulang alik dariNegeriChinakeAsiaTenggarasepertiSingapura,PulauJawadanbeberapatempat di Semenanjung Tanah Melayu. Pulau ini juga menjadi tempatpersingahankapal-kapalyangmembawagaramdariSinggora(SelatanThai)keKualaTerengganu.Olehsebabpulauiniseringmenjaditempatpersinggahankapal-kapalyangberdagang, ianyadinamakanPulauPerhentian, iaitupulautempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskanpelayaran.Sehinggasekarangpulauinimasihlagimenjaditempatberlindungbagikapal-kapalketikaombakbesardananginkencang(BeritaDarulIman,Mac/April1995).

Pembangunan Fizikal Pulau Perhentian

Pembangunan Pulau Perhentian pada asasnya lebih ditumpukan kepadapembangunan pelancongan berbanding peningkatan tahap kualiti hiduppenduduk.MengikutlaporanJabatanPerangkaanBandardanDesa,kira-kira50peratuspendudukpulauiniterlibatdalamsektorpelancongan,45peratusdisektorperikanandan5peratusdisektorawamdanpernigaanruncit.Puratapendapatanberbeza-bezamengikutpekerjaan,iaituRM300–RM400sebulanbaginelayan,sehinggaRM40,000sebulanbagipengusaha chalet (RancanganPembangunan Pulau-pulau Peranginan Semenanjung Malaysia, JabatanPerancangan Bandar dan Desa, 1997). Majlis Daerah Besut (MDB) mulamengambil alih Pulau Perhentian pada 1996. Tugas sepenuhnyamentadbirPulauPerhentianterutamapengutipancukaipintukepadapremisperniagaansepertichaletdanresorthanyadikenakanpadatahun1998danjumlahhasilcukai pintu sebanyakRM50,000 setahun (MohamadAmri binAbd.Ghani,2002).

Masih banyak usaha yang perlu dilakukan daripada peningkatantarafkemudahaninfrastruktursehinggalahkepadatahapkebersihandipulautersebut.Sehinggatahun1996,pelupusansisapepejaladalahsecaraterbukadan tidak terurus. Terdapat beberapa pengusaha chalet yang mengangkutsisapepejalke tanahbesaruntukdilupus (JabatanPerancanganBandardanDesa,1997).Kontraktoruntukmengangkutsampahtelahdilantikdandibayar

Page 4: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

142 Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 14

olehMDBsebanyakRM9,000sebulan.Biasanyasampahakandiangkutduahari sekali menggunakan bot kontraktor berkenaan. Sehingga tahun 2000peruntukanMDBmasihadauntukurusanmengangkutsampahdaripulauketanahbesaruntukdilupuskandi tapakpelupusansampahMDB.Pada tahun2001, peruntukan MDB berkurangan dan tidak cukup untuk membiayaiurusan tersebut.Pihakpengurusan resortdanchaletdimintamembiayaikosmengangkut sampah. Chalet dan resort dikenakan bayaran antara RM50 -RM600 sebulan. Setiap pekedai di Pulau Perhentian Kecil pula dikenakanbayaran antara RM10-RM20 untuk membiayai kos kontraktor mengutipsampah. Sampah-sampahyang dibuang dikumpulkan di satu tempat di tepijetilamadandiangkatolehbotuntukdibawakeKualaBesut.MenurutEncikMohamad Amri bin Abd. Ghani, Penolong Pegawai Perancang Bandar,MDBsehinggatahun1999,kerajaannegerimenyuntikdanaberjumlahRM3juta setahun untukmembiayai perbelanjaanMDB kerana pendapatan yangdiperoleh olehMDB tidak dapatmenampung perbelanjaan yang dilakukanolehMDB(MohamadAmribinAbd.Ghani,2002).

Kemudahan pengangkutan utama di pulau untuk berulang alik ketanahbesar ialahbot.Bandar terdekatdenganPulauPerhentian ialahKualaBesut. Laluan untuk ke pulau ini ialah melalui pekan Kuala Besut, iaitumelaluipengkalannya(jeti)yangterdapatdimuarasungaidipekantersebut.Perjalanankepulauinimenggunakanbotlajuialahselama30hingga45minitatau1 jam setengahdenganmenaiki bot nelayan.Terdapat empat buah jetidi Pulau Perhentian, termasuk jeti utama yang siap pada 2002 di kawasanpenempatanpenduduk,duabuahdiTelukKekedansatudiTelukPauh.Sistemperhubungandaratialahlaluanpejalankakidiantaraderetanrumahberbentuk‘slab’.

Untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk, kemudahan asasseperti bekalan air dan kemudahan bekalan elektrik 24 jam disediakan diPulau Perhentian Kecil, iaitu kawasan perkampungan penduduk. Puncautama bekalan air ialah dari bawah tanah. Bekalan air daripada SyarikatAir Terengganu Berhad (SATU) telah disalurkan ke semua chalet diPulau Perhentian Besar, manakala di Pulau Perhentian Kecil hanya dikawasan penempatan penduduk sahaja. Walau bagaimanapun, ada masa-masa tertentu air di kawasan penempatan penduduk dicatu dari pukul 7:00pagi hingga 7:00 malam dan kadangkala dicatu pada waktu-waktu lain.Keadaan ini amat menyukarkan penduduk yang kadangkala tidak dapatmenyimpanairuntukkegunaanahliisirumahkeranapadawaktuairdibukaataudisalur, kebanyakanpenduduk beradadi tempatkerjamasing-masing.

BekalanelektrikTenagaNasionalBerhad(TNB)24jamhanyaterdapatdikawasanpenempatanpenduduk.Padatahun2002,TNBtelahmerasmikanTapakProjekJanakuasadanKuartersTNBdiPulauPerhentianKeciluntuk

Page 5: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

Mereka yang Terpinggir 143

meningkatkanlagimutuhiduppendudukpulautersebut.Sebuahsekolahrendahdisediakanyangberfungsibukansahajasebagaitempatmenimbailmutetapijugadijadikansebagaidewanorangramai. Ia telahdibukapadatahun1948dan sekolah asal dibina daripada buluh. Sekolah tersebut sudahmengalamitiga peringkat perubahan sehingga ke hari ini. Untuk meningkatkan tarafkesihatanpenduduk,sebuahklinikdidirikanpadatahun1974dandisediakanseorang jururawat terlatih. Namun begitu, kemudahan klinik kesihatanyang disediakan seringkali mendapat rungutan penduduk kampung keranakekuranganjururawatataupembantuperubatan.Masalahyangtimbul ialah,jururawatataupembantuperubatanyangditempatkandikliniktersebuttidakmenetapdipulauitu.Keadaaninimenyukarkanpendudukuntukmendapatkanrawatanbiasaatauketikakecemasan.

Kemudahanasasyanglainialahsebuahbalairaya,sebuahpondokpolisdan pondok telefonawamyangmenggunakan talianelektrikkerana faktorgeografipulauyangjauhdaripadatanahbesardanmemerlukanbelanjayangbanyak sekiranya digunakan talian telefon seperti yang ada di tanah besar.Walaubagaimanapun,denganmeningkatnyakualitihiduppendudukdipulautersebut,sudahramaidaripadamerekamenggunakantelefonsendiridirumahatautelefonmudahalihyangjugamenggambarkantahapkualitihidupyangagak baik. Untuk memajukan lagi kawasan petempatan penduduk, sederetpremisperniagaanbarusiapdibinaolehMajlisAmanahRakyat(MARA)iaitupada2002. Ini sekaligusmemberi sedikit ruangkepadapendudukkampungPulau Perhentian untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Sehingga bulanOgos2002,premisberkenaanbelumlagidigunakan.

Kualiti rumah yang tidak memuaskan menjadikan kawasanperkampungan penduduk sesak dan tidak mencapai tahap kebersihan yangmemuaskan. Kesesakan penempatan disebabkan penduduk yang bertambahadalah agak ketara. Sehingga hari ini, belum ada sebarang langkah untukmenyediakan petempatan lain kepada penduduk kerana ketiadaan tanah.Pendudukterusmenetapdiperkampunganyangsedia,iaitudikampungPasirHantu.PerkampunganinitelahmelaluiProgramPenyusunanSemuladaripadakampungnelayantradisikepadasebuahkampungyanglebihteratur,mengikutkaedah pasang siap dengan saiz 132 meter persegi. Kawasan penempataniniseluas9.97hektardanasalnyamempunyai184buahrumah.Petempatanini juga menjadi sesak kerana ketiadaan kawalan pembangunan dan jugapertambahanpenduduk.Hariini,adadiantarapendudukyangmembinarumahbarudiatastanahkerajaandanmerekaberharapdiberikangerantanahyangkekal di masa hadapan. Perkampungan Pulau Perhentian dijangka menjadisebuah perkampungan yang tersusun kerana adanya beberapa rancanganpembinaanprojekperumahanyangdirancanguntukpendudukpulautersebutoleh Kerajaan Negeri Terengganu.Apabila semua projek perumahan yangdirancang tersebut siap, dijangkakan perkampungan di Pulau Perhentian

Page 6: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

144 Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 14

menjadi satu perkampungan yang cantik, kemas dan tersusun. Tidak akanadalagirumah-rumahditepipantaiyangmenyesakkanpersekitarandiPulauPerhentian.

KualitihiduppendudukPulauPerhentianmasihditahapyangbelummemuaskan. Banyak masalah yang masih belum dapat diatasi oleh pihaktertentu,misalnyaketiadaansistemperparitanyangsempurnamenyebabkansebahagiankawasanpulauakanmengalamimasalahbanjirapabilahujanlebat.Halinikeranalongkangyangsediaadaamatkecildanseringkalitersumbat.Rumah penduduk yang ada sekarang juga tidak berkualiti. Kedudukanrumah yang rapat antara satu sama lain dan saiz rumah yang kecil tidakdapatmenampungbilanganahlikeluargayangramaiyangkadangkalalebihdaripada12orangahliyangtinggaldalamsesebuahrumah.Keadaansampahsarapyangagakketaraterutamaditepipantaikawasanpenempatanpendudukjuga menjejaskankualiti hiduppenduduk sertamencemarpandanganmataterutamapelancongyangdatang.

Dariaspekpendidikan,sekolahyangadadisediakanuntukpendudukPulauPerhentianhanyasebuahsekolahrendah.PelajaryanginginmenyambungpelajarankesekolahmenengahterpaksakeluardaripulaudanbelajardisekolahyangmempunyaikemudahanasramadisekitarBandarKualaBesut.Antarasekolahmenengahberasramayangmenyediakantempatuntukpelajar-pelajardariPulauPerhentian ialahSekolahMenengahTengkuMahmud,BesutdanSekolahMenengahKebangsaanNasiruddinShah,Besut.Pelajar-pelajaryangingin menyambung pelajaran ke sekolah agama, beberapa buah sekolah disekitarBandarKualaBesutmenjadipilihansepertiSekolahMenengahAgamaNurul Ittifaq, SekolahMenengahAgamaWataniah dan SekolahMenengahAgamaMaarif.Kesukaranperjalananberulangalikdaripulaukesekolahdansebaliknyamenyebabkansesetengahibubapatidakmampuuntukmenghantaranak-anakmerekakesekolahmenengah.PandanganhidupyangsempitdantahappendidikanibubapayangrendahmenyebabkankadarkeciciranpelajardiPulauPerhentianadalahtinggi.

Pembangunan Sektor Pelancongan

Pulau Perhentian didiami oleh 1,274 orang penduduk dengan 277 buahkeluarga. Penduduk lelaki ialah seramai 728 orang dan perempuan ialahseramai546orang (BanciPenduduk, 2000).Sebahagianbesar pendudukdiPulauPerhentianmerupakanpendatangdaripelbagaitempatlaindiMalaysia.Diantaramereka ini,adayangberasaldariKelantan,Pahang,danpelbagaitempat laindiMalaysiadanThailand.PolapetempatandiPulauPerhentianini,adadarikategoripolapetempatanberjajar,danadajugapolapetempatanberselerak. Pola petempatan berjajar terletak di Pulau Perhentian Besar.Chalet-chaletdan rumah tumpangandibinadi sepanjangpesisirpantaioleh

Page 7: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

Mereka yang Terpinggir 145

parapemilikuntukmemudahkanparapelancongberulangalikdarichaletataurumahtumpangankepesisirpantaiuntukbersantai.DiPulauPerhentianKecilpula, pola petempatannya adalah berselerak. Rumah-rumah dibina secaraberselerakolehpenduduk-pendudukkampung.Petempatanjenisiniterletakberhampirandengankakibukit.PenduduktelahmendapatHakMilikTataturPenempatanSemulaPendudukpada2002danseramai106orangpendudukPulauPerhentianKecilmendapatgerankekaluntuktapakkediamanmasing-masing daripada Kerajaan Negeri Terengganu.Masalah kekurangan rumahyangmeruncingdiPulauPerhentianmenyebabkanadasebilanganrumahyangdidiamiolehbeberapabuahkeluarga.RumahyangpenyelidiktinggaldiPulauPerhentiandihuniolehempatbuahkeluargadaninibermaknarumahtersebutmempunyai empat ketua keluarga. Selalunya iamelibatkan bapa dan anak-anakyangsudahberkahwinyangmasihbelummempunyaitempattinggaldanakhirnyaterpaksamenumpangdirumahibubapa.

PulauPerhentianBesaryangdibangunkansebagaipulaupelanconganmerupakanpulauyangindah.KawasanpelancongandiPulauPerhentianBesartertumpudisekitarTelukPauh,PasirJong,TelukKekedanTelukDalam.BatukarangyangcantiktertumpudiPasirTigaRuang,TelukDalam,TanjungTukasLaut,TelukKermadanPulauRawa.Terdapat lebih50 jenisbatukarangdipulauini.KawasanpantaiberpasirdipulauinijugamenjaditumpuanPenyuKarah danPenyuAgar untuk bertelur.Terdapat juga spesis burung layang-layangyangbersarangdigua-guasekitarpulauberkenaan.PulauPerhentianBesar jugamenerima kemudahan asas yang sama seperti terdapat di PulauPerhentian Kecil kecuali klinik dan sekolah serta bekalan elektrik yanghanyadibekalkanselama12jamsahaja,iaitudaripukul7:00malamhingga7:00pagi.Selebihnyapengusahachaletatau resortmenggunakangeneratorpersendirian. Penghuni sementara di pulau tersebut adalah terdiri daripadapelancong-pelancongdalamdanluarnegara.Chalet-chaletdanrumah-rumahtumpangan yang disediakan untuk kemudahan pelancong juga memberipeluangpekerjaanterutamakerja-kerjaperingkatbawahansepertimengemasbilikhotelatauchalet,pemandubot,tukangmasakdanseumpamanyakepadapenduduk.KemudahanpengangkutanyangterdapatdiPulauPerhentianBesarini ialah bot-bot laju dan bot penumpangbiasa untuk kegunaan pelancong-pelancong. Akibat pembangunan pelancongan, aktiviti ekonomi ketuaisi rumah yang pada awalnya, 90 peratus ialah nelayan tradisi, kini telahberubah. Industri pelancongan telah merubah senario dan pola pekerjaandi pulau ini. Sebahagian besar penduduknya bekerja di sektor pelanconganyangmemberikanpendapatanagaklumayan.Dianggarkan20peratussahajapendudukpulauiniyangmasihmenjadinelayan.Kebanyakannyaadalahwargatua. Majoriti penduduknya bergantung kepada sektor pelancongan sebagaisumber pendapatan. Kini terdapat lebih kurang 44 pengusaha pelanconganyang beroperasi sehingga tahun 2002 dengan jumlah bilik penginapan danchaletsebanyak860unit.

Page 8: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

146 Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 14

Metodologi

Penyelidikan ini adalah gabungan antara penyelidikan kualitatif denganpenyelidikan kuantitatif. Ia bertujuan untuk meneroka kesan pembangunanyang sedang berjalan di sebuah pulau pelancongan di negeri Terengganu.HasilpenyelidikanuntukartikelinidiambildaripadasatupenyelidikanyangasalnyadilakukanuntukmenganalisiskualitihiduppendudukpulaudinegeriTerengganu (NorizanAbdul Ghani, 2004). Daripada penyelidikan tersebutbanyakdatakuantitatifdankualitatifdapatdikumpulkan.Artikelinibertujuanuntukmenganalisismaklumatkualitatifdaripadakajiantersebutdengantujuanutamaadalahuntukmenerokakesanpembangunanyang sedangberjalandipulaupelancongandinegeriTerengganukeatasaktivitiekonomipenduduktempatan. Secara purposive, kajian ini memilih Pulau Perhentian sebagaikawasankajiankeranapulauinimerupakanpulaupelanconganyangsedangsedanggiatmelaluiprosespembangunan.Rekabentukdalamkajianiniialahkajiankes.Untukmenerokakesanpembangunan,seramaitigaorangpenduduktempatandipilihsebagaipesertakajian.Kesemuamereka,yangdipilihsecarapurposive, berumurdiantara53hingga80tahun.

Kajian ini melibatkan tiga teknik pengumpulan data. Pertama, datadikumpulkanmelaluitemubualmendalam.Selaintigaorangpesertatemubualmendalam,kajianinijugamemilihbeberapaoranginformanutamauntuktemubual tidak berstruktur untukmelengkapkanmaklumat temubualmendalamdenganpesertakajian.Kedua,pemerhatianikutsertabagimenerokacarahidupdanmaklumatkualitatif lainpendudukpulau.Penyelidik turutbermalamdirumahpendudukuntukmenyelamikehidupanmerekadiwaktumalam.Ketiga,temubualberstrukturkeatasrespondenyangdikenalpastiuntukmendapatkanmaklumatkuantitatif.Datakuantitatifyangdiperolehtidakdigunakandalamanalisis untuk artikel ini. Data kualitatif yang diperolehmelalui temu bualmendalam,temubualtidakberstrukturdanpemerhatiandiurusterlebihdahulumelaluiprosestranskripsiverbatim,dandianalisismenggunakanpendekatantematik. Tema yang timbul daripada temu bual dijadikan subtopik kepadamakalahini.

Hasil Kajian dan Perbincangan

Perbincangan hasil kajian dalam makalah ini dibahagikan kepada duabahagian. Bahagian pertama membincangkan kesan pembangunan ke ataskegiatan ekonomi penduduk. Bahagian kedua pula membincangkan kesanpembangunan ke atas kegiatan ekonomi warga tua sebagai golongan yangtertinggal dalam arus pembangunan pelancongan pulau.Mereka ini adalahgolonganyangterpinggirdaripembangunansecaralangsung.

Page 9: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

Mereka yang Terpinggir 147

Kesan Pembangunan ke Atas Kegiatan Ekonomi Penduduk

Selain nelayan sebagai pekerjaan tradisi, pekerjaan utama penduduk pulaukajiansekaranginiialahdibidangpelancongan.Era1990-ansedikitsebanyaktelahmerubahsenariososio-ekonomipendudukPulauRedangterutamadalamaspek pekerjaandankehidupan.Industripelancongantelahmemberiwajahbaru kepada kehidupan penduduk tempatan pulau tersebut. Pembangunanpelancongan yang pesat telahmenyediakan banyak peluang pekerjaan barukepadapenduduktempatan.Pendudukpulausedikitsebanyakmerasainikmatpembangunan tersebut. Sebahagian golongan muda sibuk dengan kerjamasing-masing walaupun kebanyakan pekerjaan yang berjaya diwujudkanadalah pekerjaan dalam kategori rendah. Pekerjaan inilah yang berjayamenarikminatpararemajapulauuntukmenceburinya.Walaubagaimanapun,95peratuspendudukpulauyangbekerjadibidangpelanconganterlibatdenganpekerjaandiperingkatrendah,sepertipemandubotatauboatman,pemandupelancongterutamakepadagolonganmudasertakaumwanita,tukangmasak,tukangsapu,mengemasbilikhotelatauchalet,juruwang,penyambuttetamu,atau pelbagai pekerjaan bertaraf rendah di resort dan chalet yang dibina.Keghairahanmenceburi bidang pekerjaan ini, pada pengamatan penyelidik,adalahlebihbanyakmendatangkanimplikasinegatifkepadaremajaitusendiri.Salah satu sebabberlakukecicirandalampendidikan, terutamadi kalanganremajalelakiialahkeranaadanyapeluangpekerjaaniniyangterdapatdihotel,resortataupunchalet.

Sebahagian besar penduduk pulau kajian sekarang ini, terutamagenerasi muda sudah tidak bergantung kepada laut sebagai sumber rezeki.Industripelanconganyangdiperkenalkanmembukapeluangpekerjaanyangluas kepada anak-anak muda. Malah, ibu bapa mereka pun sudah mulamengalih perhatian kepada hotel, resort danchalet yang dibangunkan.Adajugapendudukyangbekerjasendirisepertimembukakedairuncit,kedaikopidan geraimakanan. Seramai 117 respondenbekerja sendiri sebagai sumberpendapatan termasuklah pemilik chalet, nelayan, pemandu pelancong danjuga berniaga. Pemerhatian menunjukkan perniagaan merupakan pekerjaanyangmenjanjikanmasadepanyangcerah.Pendudukpendatangtelahmenjadipengusaha dan peniaga yang berjaya. Banyak pekerjaan baharu pendudukmenawarkanpendapatantetap.Palingkurangmengambilupahmencucicadar,tukangsapu,tukangmasakdankerja-kerjayangtidakmemerlukankemahiranserta kelulusan dalam pelajaran. Anak-anak mereka pula boleh menjadipemandubotpelancongatauboat-man, bekerjadi hotel, resort atauchalet.Sepasang suami-isteri yang sempat ditemubual menyatakan kesyukurandenganrezekiyangmerekaperolehdaripadaindustripelancongantersebut.

PakCikdanMakCik,dua-duakerjadichalet.Dapatlahrezekilebihsikit.Suka doh leningdudukdipulauni.Rezekimudah

Page 10: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

148 Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 14

kalaukitarajinkerja.Kerjabanyakdichalettu.Ataskita,nakketaknak…(PakCik,2001).

Kesan Pembangunan ke Atas Kegiatan Ekonomi Warga Tua

Walaupunpembangunanpesat berlaku, dan semakin ramai pendudukpulaumeninggalkan pekerjaan tradisi, penduduk yang meninggalkan pekerjaantradisi itu secaraumumnyaadalahgenerasimuda.Generasi tua,atauwargatuatetapdenganpekerjaantradisi, iaitunelayan,menjualhasil tanamandanmengusahakangeraimakanan.

Bekerja Sebagai Nelayan

Nelayan ialah pekerjaan tradisi penduduk. Disebabkan pembangunanpelancongan yang pesat, pekerjaan tradisi ini sudah semakin ditinggalkanpenduduk. Golongan yangmasih kekal dengan pekerjaan ini adalahwargatua.Golonganinimasihsetiadenganlautdanmenjadikanlautsebagaisumberrezeki biarpunmerekamenempuhpelbagai cabaran.Tiga sampel pendudukpulauyangbekerjasebagainelayanataupernahmenjadinelayandisenaraikansepertiberikut:Kes 1

EncikMohd.AlibinAbuBakar,dikenalisebagaiPakAli,tinggaldenganisteriZaharahbintiSalleh,ataudipanggilMakCikJarah,anak-anak,menantudancucudenganahliisirumah13orang.Beliaubekerjasebagainelayansehinggakeakhirhayat.Membesarkananak-anakdenganhasilpenatlelahnyaberkolekdilautmencarirezeki.SeoranganaknyabelajardiUniversitiMalaya,manakalaanak bongsunya lepasan Diploma Teknologi Pembuatan dari KolejAgamaSultan ZainalAbidin, Kuala Terengganu.Anak-anaknya yang lain bekerjasebagai kerani di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, dan lain-lainnyabekerjadichalet.MakCikJarahseorangsurirumahsepenuhmasa,menjagabeberapaorangcucu.PakAli tidakpernahmendapatpendidikandi sekolahkeranakemiskinan.DilahirdandibesarkandiPulauPerhentianyangpenuhnostalgiabaginya. “PakAli suka tinggaldi sini,maklumlah tempat tumpahdarah,”kataPakAli.

Purata pendapatan Pak Ali sebagai seorang nelayan ialah RM350sebulan. Dengan pendapatan tersebut, beliau berjaya membesarkan anak-anak. Pak Ali mempunyai sebuah perahu untuk ke laut. Dengan perahutersebut jugalahbeliauberulangdaripulaukeKualaBesut sekiranyaperlu.KeringatPakAliberbalasapabilabeberapaoranganaknyaberjayadanbekerjadengan kerajaan.Anak perempuannya, Zaibidah, menyambung sebahagian

Page 11: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

Mereka yang Terpinggir 149

tugas membantu perbelanjaan persekolahan adik-adiknya apabila beliauberjayamendapatkerjasebagaiseorangkeranidiSekolahKebangsaanPulauPerhentian.CabarankerjasebagainelayandilautmematangkanPakAli.“PakAlidahbiasadengandugaandilaut,apanakbuat,rezekiadadisitu.PakAlitakpernahkesal jadinelayanwalaupunterpaksabertarungombakdanributdi laut,”ujarPakAli.Rezekiyangdiperolehhasil tangkapanikandisimpansebahagiannya demi masa depan anak-anak dan juga sekiranya berlakukecemasan. “RezekiPakAli dapat tubolehlah jugakbaiki rumahni, selainuntuksekolahanak-anakdanbelanjamusimhujan,”tambahPakAli(2002).

PakAlijugamenceritakanhasiltangkapanyangdiperolehnya.“Kalaudapatikanbesar,biasakitajualkepadaperaih,itulahrezekikita,kalauikankecil, kita buat lauk.” PakAli menjelaskan ikan yang biasa diperolehinyaialahikangerong,pari,kerisi,kembungdanikankecillain.PakAlijugabiasamembeliikanyangdibawadariKualaBesutsekiranyabeliautidakkelautatauketikamusimtengkujuh.PekerjaanPakAlitidakdiwarisiolehanak-anaknya.BarangkalimerekaserikmelihatpenatlelahPakAliyangmencarisesuapnasidilautyangpenuhdengancabaran.Anak-anakPakAlibekerjadengakerajaansebagaikerani,gurudanselebihnyabekerjadichaletdanresort.

Kes 2

EncikAbdulGhanibinLatif,berusia60-an,dikenalisebagaiPakLongLeh.Beliaumerupakandi antaragenerasi tuadiPulauPerhentianhari ini yangpernahhidupdiduapulaukajian iaituPulauRedangdanPulauPerhentian.Beliau telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya sebagai nelayan.Walaupun bukan dilahirkan di Pulau Perhentian atau PulauRedang (beliaudilahirkan di PengkalanNyireh,Besut,Terengganu), tetapi semenjak tahun1945(dikatakanketikaitubeliaumasihkanak-kanak)beliausudahmengenalipahitmaunghidupdipulausetelahmengikutiayahnyakePulauRedanguntukmencarirezeki.

Arwah ayah Pak Long Leh juga seorang nelayan. Tidak pernahbersekolah,PakLongLehmulamelibatkandirisecaraseriussebagaiseorangnelayanketikaberusia12tahun.Deruombakdanperahunelayanadalahtemanrapatnya.“Kelaut(nelayan)tunakkatasenang,dokjugak,cumabolehmakanaje,dapatlahduatigaratusringgitsebulan,”kataPakLongLehmemulakanbicara sambil tersenyum menampakkan wajahnya yang seronok berceritakisahhidupsukadukanyabekerjasebagainelayandilautyangpunyaseribucabaran.“PakLongbaru17tahuntinggaldiPulauPerhentianni,”

Sebelum ini Pak Long duduk di Redang, cari rezeki, ke laut jugak.Isteri Pak Long yang pertama dikahwini di Pulau Redang. Bagaimanapun,

Page 12: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

150 Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 14

isterinyameninggalduniadanPakLongLehberkahwinlagisetelahberpindahke Pulau Perhentian. Dengan Mak Long ni (isteri keduanya), dapat limaorang anak.” Seronok berceritamengenai pengalamannyamenjadi nelayan,PakLongLehmenceritakan ikan-ikanyangbiasadiperolehinya ialah ikan-ikan jemuduk, tenggiri, belitung, alu-alu danbeberapa jenis ikanbesar lainsepertiikanretek.“Ikanretekpalingsedap,”kataPakLong.Ikan-ikankecilyang biasa diperolehinya ialah ikan aya (tongkol), selayang, kembung danjuga ikankerisi. “Biasanya ikan-ikanyangbesarPakLong jual, yangkecilbuat lauk keluarga. Jual ikan besar dapat duit lebih.” PakLongLeh sudahberhentimenjadinelayansejaklimatahunlepas.“Nakrehat,dahtua.Kelautsekarangnisusah, tambahpulakorangyangtakdok(tidakada)botmacamPakLongni.”PakLongLehmenyambungceritamengenaicabaran-cabaranyangpernahdihadapiketikamenjadiseorangnelayan.“Pernahenjinbotmatiditengahlaut,tapiAlhamdulillah,kawansempattolongsebelumbothanyutlebihjauh.”Sebagaiseorangnelayankecildantidakmempunyaibotsendiri,PakLongLehmenumpangkawanataubekerjaterusdengankawan.

Mereka ke laut pada pukul 7.00 pagi dan pulang pada pukul 5.00petang. Musim yang agak bahaya ialah musimAngin Timur Laut bertiupdaribulanNovemberhinggaFebruari.“AnginBaratLautjugabahaya,iaituantarabulanOgoshinggaSeptember,nakkeluarke lautmesti tengokribut.Kalau langit hitammacam atas bukit tu, kita tungguhitam tuhilang, baruturun,” kata Pak Long sambil menunjuk ke arah langit di atas bukit yangkebetulanmenampakkantanda-tandaributakanturunpadamasapenyelidikmenemubualnya. Pak Long Leh berkali-kali menjelaskan bahawa beliaumenjadi nelayan kerana tidak ada kerja lain yang lebih sesuai untuknya.Nelayanadalahkehidupannya.Nelayanadalahrezekinya.PakLongLehjugabersungguh-sungguhsekalimengatakan‘hidupmatinyaadalahdipulauitu’.“PakLongdokbulehduduk(tidakbolehmembinakehidupan)didarattu…Doktahunakbuatapa…”(AbdulGhanibinLatif,2002)

KemiskinandankesusahanhidupPakLongmenyebabkanbeliautidakdapat menghantar anak-anaknya ke sekolah menengah. “Semua anak PakLongsekolahtakatdarjahenam,PakLongtakdokpitisnakhantarsekolahmenengah.”Salahseoranganaknyadenganisterikeduanyasudahberkahwin.Dualagimasihbersekolah.Anakbongsunyaberadaditahunsatu.“Yanglain-lain tu,kerja.BolehbantuPakLongyangdokkerjani.Anakdengan isteridulu,dahbesar-besar,dahberumahtangga.”Isterinya,MakLongjugabekerjadichalet untukmembantukeluarga.PakLongLehbiasanyamenghabiskanhari-harisiangnyadudukdirumahsementaramenungguisterinyapulangdarikerjapadawaktupetang.KisahPakLongLehadalah satudiantaraberibucerita suka duka penduduk pulau yang hidup sebagai nelayan atau pernahmenjadinelayan.

Page 13: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

Mereka yang Terpinggir 151

Kes 3

PakDorataunamanyaIsmailbinDaud,berusialewat60-an(IsmailbinDaud,2002),berasaldariPulauRedang.PakDordatangkePulauPerhentiantahun1945ketikaJepunmenyerahkalahkepada tenteraBritishdiTanahMelayu.Beliaumerupakannelayanyangmenyarahidupnyasemenjaklebihdaripada30tahunlalu.Beliauhanyabersaradaripadamenjadinelayanlimatahunlepas.PendapatanpurataPakDorsebagainelayansepenuhmasaialahlebihkurangRM350 sebulan. Beliaumempunyai lima orang anak.Dua orang anaknyasudahdewasadanmempunyaikeluargasendiri.SemuaanakPakDorhanyabersekolah setakat darjah enam kerana kemiskinannya.Dua orang anaknyasudahbekerja.Anak-anaklahyangmenjadipencarinafkahuntukkeluargaPakDorsekarang.

SekarangPakDormasihke lautkerana tiadakerja lainyangsesuai.Denganwajahsayu,PakDormelahirkanrasakesalnyakeranaperaturanJabatanPerikanandanJabatanTamanLaut,beliauhanyabolehmengailikanselepas2batunautikadaripantaiPulauPerhentian.“Ikantakbanyaksekarang.Orangkelautsusahhidup.PakDortakmampukelautdalam.PakDorhanyaadabotkecil.”Bertemankansebuahbotkecilyangsudahtua,berenjin15kuasakuda,PakDor terpaksamelalui hari-harinyadenganpenuh tabah.PakDorhanyamengail satu atauduakali seminggu sekadaruntukmendapatkan ikanbuat laukatauuntukmakankeluarganya.UsiajugamenjadisalahsatufaktorPakDorsudahtidakbekerjasepenuhmasasebagainelayan.Padahari-haribeliautidak turunke laut,beliauhanyaberehatdi rumahataubersembangdengankawan-kawan.Sekiranyaikanyangdikailtidakcukupuntukbuat lauk,beliaumembeliikanyangadadijualdikedai.

MenurutPakDor,ikanyangdimakanpendudukkampungadalahikanyang murah, seperti selayang, kerisi, anjang-anjang, cencaru dan aya atautongkol. “Biasanyaorangkelaut biladapat ikanbesar, dijualkepadaorang.Duit dapat pun lebihlah,” ujarnya. Pak Dor juga menceritakan kadangkalamendapat rezeki dengan mencari telur penyu di kawasan yang tidakdiwartakan.“BiasanyaPakDordapatdiPulauSusuDara,PulauRawadanPulauSerenggeh.Bagaimanapun,penyu selalunyanaikbertelurdikawasanpasiryangtidakadachaletdiPulauPerhentianBesar.KawasantukepunyaanJabatanPertanian.Adaorangpajak.”PakDortidakberminatuntukmencarirezeki di tanah besar. Pulau adalah sebahagian dari kehidupannya. Beliaunampakceriaberceritamengenaipulautempatbeliaumenghabiskansisa-sisahidupnya.HarapanPakDorialahinginmelihatpulauinidimajukanagaranak-cucudapathidupsenang.Pekerjaanperludipelbagaikanagargenerasimudamenikmatikualitihidupyangtinggidikemudianhari.

Page 14: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

152 Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 14

Jadual22

Aspek Sosioekonomi Nelayan dan Bekas Nelayan Sampel Kajian

Sampel Pekerjaan PendapatanSebulan

PekerjaanSampingan

TarafPendidikan

Sumberkewangan

Pemilikanperalatan

PakAli(60-an) Nelayan RM350.00 Tiada Tidakbersekolah

Sendiridananak-anak

Botkecilberenjin15kuasakuda

PakLongLeh(Awal60-an)

Bekasnelayan Tiada Tiada Tidak

bersekolahIsteridananak-anak Tiada

PakDor(Lewat60-an)

Nelayanseparuhmasa

TiadaMengailikanuntukmakankeluarga

Tidakbersekolah Anak-anak

Botkecilberenjin15kuasakuda

Bekerja sebagai Penjual Hasil Tanaman

Selainbekerjasebagainelayanbagipendudukasaldipulaukajian,adajugasebahagianmerekabergantunghidupkepadabeberapajenistanamanseperticengkih, pala dan juga durian. Di pulau ini, hasil tanaman tersebut suatuketikadahulu iaitu pada tahun1950-andan1960-anpernahmenjadi rezekipenduduknya.SalahseorangpendudukasalPulauPerhentian,MakCikHajjahHawamenceritakan:

Padatahun1954,MakCiktanamcengkih,paladanbuahduriandipulauni.Pokok-pokoktuditanamdiatasbukitdibahagianbelakangpulauni.HasilnyaMakCikdahtigakalidapattunaihajidiMekah.SekarangnibaruMakCikbukakedaimakanni.Nak cari rezeki, kena rajinlah.Sekarangni, pernigaankuranglakusikit,sebabkurangpelanggan…bulanMacni,dokrama(tidakberaparamai)lagipelancongdatang(CikHajjahHawa,2001).

MakCikHawasendirimasihlagirajinbekerjadenganmenjualapamdanmembuka gerai perniagaan di tepi rumahnya.Difahamkan sehingga kehariini,MakCikHawamerupakanantarapendudukasalpulauyangberjayahasil kegigihannya berniaga danmenanam cengkih.MakCikHajjahHawamerupakan penduduk yang paling banyak mendapat hasil cengkih setiaptahun.MakTehJah,berusia60-an,jugamendapatsumberrezekihasilcengkihyangditanamnyadiatasbukitdiPulauPerhentianKecil.Cengkihbiasanyabermusim antara bulan Julai hingga September. “Untuk musim ini sahaja(tahun2002),MakTehdahdapatRM700-RM800.Kalau anak-anak rajinnaikbukittu,dapatlahduatigaratusringgitlagi”.MakTehJahmenceritakanada juga orang pulau ini yang dapat keMekah hasil jualan cengkih. “MakTehpundahkeMekah”,katanyasambilmenghulursebungkuscengkihkepada

Page 15: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

Mereka yang Terpinggir 153

penyelidik,“sebagaibuahtangandaripulau”.“Inisajayangtinggal,MakTehdahjualdiKualaBesutduatigaharilepas,harganyaRM25sekilogram.Sekalikutip,dapatjugakdalamtiga,empatkilo“(MakTehJah,2002).

Mengusaha Gerai Makanan

SekarangperniagaangeraimakanMakCikHawatelahdiambilaliholehanakperempuannya, Nisah dan dibantu oleh suaminya. Geraimakanannya yangterletakdilokasiyangstrategikmenjaditumpuanpendudukdanpelancongdipulautersebut.Nisah,yangberusiaawal20-an,sibukmembungkusnasiberlaukyangdijualnyapadasatupagidimanapenyelidikmeninjaukegerainya.“Sayabuatsendirilauk-laukni…bangunpukultigapagi,jualmakananniseronok,letihlahsikit,tapihasilnyabagus.Lepasninakmasaklaukpaukuntuktengaharipulak.” (Nisah,2002).Selalunyamakanandigerainyasudahhabis sebelumtengahari. Semasa penyelidik ke gerainya semula pada pukul 2.00 petanguntukmendapatkanmakanan tengahari, semuamakanan sudah habis.MakCikHawasendirimasihlagirajinbekerjamenjualapamdanmembukageraiperniagaanditepirumahnya.Sehinggakehariini,MakCikHawamerupakandiantarapendudukasalpulauyangberjayahasilkegigihannyaberniagadanmenanamcengkih.MakCikHajjahHawamerupakanpendudukyangpalingbanyakmendapathasilcengkihsetiaptahun.

Seorang lagi,MakTeh Jah, yang jugaberusia 60-an, jugamendapatrezekidaripadahasilcengkihyangditanamnyadiatasbukitPulauPerhentianKecil.Katanya,cengkihbiasanyabermusimdiantaraJulai-September.“Untukmusiminisahaja(tahun2002),MakTehdahdapatRM700-RM800.Kalauanak-anakrajinnaikbukittu,dapatlahduatigaratusringgitlagi”.MakTehJahmenceritakanadajugaorangpulauiniyangdapatkeMekahhasiljualancengkih.“MakTehpundahkeMekah”,katanyasambilmenghulursebungkuscengkihkepadapenyelidik, “sebagaibuah tangandaripulau”,katanya. “Inisajayangtinggal,MakTehdahjualdiKualaBesutduatigaharilepas,harganyaRM25sekilogram.Sekalikutip,dapatjugakdalamtiga,empatkilo“(MakTehJah,2002).PenyelidikcubamendapatkanmaklumatdaripadapendudukPulauPerhentianpulamengenaiakar-akarkayudidalamhutandiatasbukitpulautersebut.“Dokbanyak,Cikgu,dokmacamdiRedangnun…banyakatasbukitpulautu…”seoranglelakiyangsudahsenjausianya,memberitahupenyelidik.LelakitersebutjugamemberitahubahawabeliaujugapernahhidupdiPulauRedangdanpindahkePulauPerhentianselepasJepunmenyerahkalahkepadatenteraBritishdiTanahMelayu.

Penutup

Sebagai rumusannya, pembangunan pelancongan, telah merubah senariopekerjaanketuaisirumahdiPulauPerhentian.Kinisebahagianbesarpenduduk,

Page 16: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

154 Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 14

terutama generasi muda, bekerja di sektor pelancongan sebagai sumberpendapatan. Malah, ibu bapa merekapun sudah mula mengalih perhatiankepadahotel,resortdanchaletyangdibangunkandipulautersebut.Pendudukpulauyangmasihmenjadinelayanadalahminoriti,dankebanyakannyawargatua. Walaupun pembangunan pesat berlaku, dan semakin ramai pendudukpulau meninggalkan pekerjaan tradisi, penduduk yang meninggalkanpekerjaantradisiitusecaraumumnyaadalahgenerasimuda.Wargatuatetapdengan pekerjaan tradisimereka, iaitu nelayan,menjual hasil tanaman danmengusahakangeraimakanan.

Rujukan

AbdulGhaniLatif/PakLongLeh.(2001,13Mac).Temubual.BanciPenduduk.(2000).Laporan am banci penduduk dan perumahan.Kuala

Lumpur:JabatanPerangkaanMalaysia.BeritaDarul Iman. (1995)(September/Oktober).KualaTerengganu:Pejabat

KerajaanNegeriTerengganu.BeritaDarulIman.(1995).(Mac/April).KualaTerengganu:PejabatKerajaan

NegeriTerengganu.DeramanAli.(2001,31Mac).Temu bual.IsmailDaud/PakDor.(2001,13Mac).Temu bual.Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. (1997). Rancangan Pembangunan

Pulau-pulau Peranginan Semenanjung Malaysia, Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Bidong dan Pulau Kapas, Terengganu Darul Iman. KualaLumpur:KementerianPerumahandanKerajaanTempatan.

LadimAwang.(2002,4Ogos).Temu bual. MajlisDaerahBesut. 1998.Nota taklimat pembangunan Pulau Perhentian.

Besut,Terengganu.MakCikHajjahHawa.(2001,17Mac).Temu bual.MakTehJah.(2002,9Ogos).Temu bual. MasitahMohd.Yatim&NazilehRamli.(1988).Socio economic consequences

of the ageing of population survey 1986:Malaysia Country Report.KualaLumpur:LembagaPendudukdanPembangunanNegara.

MohamadAmriAbd.Ghani(2002,13Mac).Temu bual.Mohd.AliAbuBakar/PakAli.(2001,13Mac).Temu bual.Nisah.(2002,9Ogos).Temu bual.Norizan Abdul Ghani. (2004). Kualiti hidup penduduk pulau. Kes Pulau

Redang dan Pulau Perhentian.(TesisPhDtidakditerbitkan)UniversitiMalaysiaTerengganu.

PakCik.(2001,18Mei).Temu bual. WanAbdulGhaniWanIsmail.(2002,23September).Temu bual.

Page 17: Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua dalam ...jps.uum.edu.my/images/jps/14/v14_2011_139_155.pdf · dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu.

Mereka yang Terpinggir 155

WanIbrahimWanAhmad.(2007).Perubahandemografidankajianmengenaiwarga tua di Malaysia: Sumbangan sarjana tempatan. Jurnal Pembangunan Sosial,10,23–49.

WanIbrahimWanAhmad,NorruzeyatiMohdNasir&ZainabIsmail.(2008).Gaya hidup warga tua pesisir Daerah Kuala Terengganu. Jurnal Pembangunan Sosial,11,45–68.

NorizanAbdulGhaniFakultiPengajianKontemporariIslamUniversitiSultanZainalAbidin,KualaTerengganu,Terengganu,[email protected]

WanIbrahimWanAhmadPusatPengajianPembangunanSosialUUMCollegeofArts&SciencesUniversitiUtaraMalaysia06010Sintok,Kedah,[email protected]

SulaimanMdYassinInstituteforSocialScienceStudiesUniversityPutraMalaysia43400UPMSerdang,Selangor,[email protected]

WanSalihinWongAbdullahFakultiPembangunanSosial,UniversitiMalaysiaTerengganu,21030KualaTerengganu,Terengganu,[email protected]