MESY PIBG KE-42.doc

11

Click here to load reader

Transcript of MESY PIBG KE-42.doc

Page 1: MESY PIBG KE-42.doc

SMK PERLIS

TEKS PENGACARA MAJLIS

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE-42

2015

DISEMPURNAKAN OLEH :

TN HJ ROOSLEE B ISMAIL

PENGARAH PENDIDIKAN

NEGERI PERLIS

31 JANUARI 2015 ( SABTU)

EN AZRIL RIZAL AHMAD

PN AQILAH BT AHMAD ZAILANI1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Page 2: MESY PIBG KE-42.doc

Assalamualaikum w.b.t…Salam Sejahtera.

Pengumuman :

Sukacita saya ingin memaklumkan tentang perjalanan program perasmian Mesyuarat Agung PIBG yang akan berlangsung sebentar lagi.

1. Tuan/Puan diminta untuk memastikan telah melakukan pendaftaran di kaunter yang telah disediakan.

2. Majlis kita akan dibahagikan kepada 2 slot iaitu :

Slot 1 : Majlis Perasmian

Slot 2 : Mesyuarat Agung PIBG

3. Majlis mengharapkan kerjasama daripada semua ibu bapa untuk dapat bersama-sama sehingga mesyuarat Agung kita selesai

4. Para hadirin dipersilakan mengambil tempat. Majlis juga memohon kerjasama daripada hadirin sekalian meletakkan telefon bimbit dalam mod senyap sebaik sahaja majlis bermula.

5. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan pada hari ini sangat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, harap maklum. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

2 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Page 3: MESY PIBG KE-42.doc

TEKS PENGACARA MAJLIS

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK PERLIS KALI KE-42

PENYAMPAI PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAI CATATANEn Azril Rizal

Ketibaan tetamu khas

Nyanyian lagu

Mengumumkan ketibaan:

Tn Hj Rooslee b IsmailPengarah Pendidikan, Negeri PerlisDiiringi Yang DiPertua PIBG, Tuan Pengetua dan tetamu-tetamu jemputan.

Para hadirin dipohon untuk berdiri.Kita mulakan majlis dengan nyanyian lagu Negaraku.Para hadirin diminta bersedia. ( Nyanyian lagu dimainkan)

En Azril Rizal

Tetamu duduk

Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk

En Azril Rizal

Kasihnya ibu membawa ke syurgaKasihnya ayah berkorban nyawaKasihnya guru mencurah ilmuPemacu segala pelita dan lampuAlur kesetiaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umatMenjalankan tugas dengan amanahUntuk mendapat redha illahi dan keberkatanSeribu tahun menjadi hikmat

Assalamualaikum wbt, salam

3 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Page 4: MESY PIBG KE-42.doc

sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia,Tn Hj Rooslee b IsmailPengarah Pendidikan Negeri Perlis

Yang dihormati,Cik Lim Fong Yee, Pegawai Angkat Akademik SMK perlis, Sektor Pengurusan Akademik JPN Perlis

Yang ..........................,Inspektor Wong Jnm Linm,Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah

Yang Berusaha, Pn Kang Lee LeePengetua, SMK Perlis

Yang Berusaha,EN Leong Weng Onn Yang Dipertua PIBG SMK Perlis Barisan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Perlis sesi 2013/2014

Yang Dihormati lagi dikasihi,Saf Kepimpinan Penolong Kanan,

Yang dikasihiGuru-guru, para ibu bapa, dan hadirin sekalian

SELAMAT DATANG KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI

4 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Page 5: MESY PIBG KE-42.doc

KE-42 SMK PERLIS BAGI TAHUN 2015

Pn Aqilah Ucapan aluan pengerusi majlis

Jejaran mengkudu berbias kesumaDi celah angsana di Tanah JawaUcapan Aluan pembuka bicaraDi Arena bicara kita bersua

Lenggang bertapak seni memandangSilat sendeng menyusun jariSalam sembah selamat datangSudi tuan ke majlis kami

Pada majlis yang penuh bermakna ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun di Dewan Arena Bicara bagi menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42

Majlis juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat kita Yang Berbahagia Tn Hj Rooslee b Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, tetamu-tetamu jemputan serta semua hadirin kerana sudi menghadirkan diri dalam majlis yang amat besar maknanya ini.

5 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Page 6: MESY PIBG KE-42.doc

En Azril Rizal

Bacaan doa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Abd Samad b Said untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Pn Aqilah Selesai bacaan doa

Amin..Amin.. Ya Rabbal Alamin..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada AL- Fadzil Ustaz Abd Samad b Said atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Semoga kalimah doa ini diberkati hendaknya hasrat yang direncana. Insyallah.

Pn. Aqilah Ucapan aluan Pengetua

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kepimpinan diteladani,Program dirancang dan direalisasi,Muafakat kata menjadi paksiKejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi dalam mimpi

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Puan Kang Lee Lee,Pengetua SMK Perlis merangkap Penasihat PIBG untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

En Azril Rizal

Selesai ucapan

Demikian tadi ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Tuan

6 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Page 7: MESY PIBG KE-42.doc

Pengetua Pengetua. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

En Azril Rizal

Ucapan aluan YDP PIBG

Aturcara majlis diteruskan dengan mempersilakanYang Berusaha, En Leong Weng Onn, Yang Dipertua PIBG SMK Perlis untuk mengungkap bicara ucapan beliau. Dipersilakan..

Pn Aqilah Selesai ucapan YDP PIBG

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Leong Weng Onn, Yang DiPertua PIBG SMK Perlis atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Pn Aqilah Ucapan Perasmian

Sidang hadirin yang budiman,

Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan ruang diberi,Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Hj Rooslee b Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG ke-42, Smk Perlis bagi tahun 2015

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

En Azril Rizal

Selesai ucapan perasmian

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Tuan Hj

7 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Page 8: MESY PIBG KE-42.doc

Rooslee b Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Dengan ini, maka rasmilah sudah Mesyuarat Agung PIBG kali ke -42 SMK Perlis bagi tahun 2015

Bercabang tiga si gunung daikDi kakinya subur pohon merantiBudi luhur dibalas baikDalam ingatan tersimpul mati

Terima kasih tuan.En Azril Rizal

Hadirin yang dihormati,

Kini tibalah atur cara seterusnya iaitu pemberian cenderamata kepada Ahli jawatankuasa PIBG yang telah mengembeling tenaga dalam meneraju persatuan PIBG SMK Perlis bagi tahun 2013 hingga 2014.

Sehubungan dengan itu majlis mempersilakan Puan Kang Lee, Pengetua SMK Perlis mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Rooslee b Ismail menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata Dipersilakan.

Pn Aqilah Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2013/2014 dimulakan dengan...

Rujuk edaran senarai nama AJK PIBG 2013/2014

8 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Page 9: MESY PIBG KE-42.doc

En Azril Rizal

Selesai upacaraPenyampaian

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang berbahagia, Tuan Hj Rooslee b Ismail kerana sudi menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata itu tadi.

En Azril Rizal

Penyampaian cenderamata kepada vip

Anak haruan berlima-limamati ditimpa punggur berdaunbudi tuan kami terimajadi kenangan bertahun-tahun

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Kang Lee Lee, untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu jemputan kita pada hari ini.

En Azril Rizal

Dipersilakan,1. Yang Berbahagia , Inspektor

Wong Jnm Linm, Penolong Pegawai perhubungan Sekolah

2. Yang dihormati, Cik Lim Fong Yee, Pegawai Angkat Akademik, Sektor Pengurusan Akademik JPN Perlis.

En Azril Rizal

Cenderamata Perasmi

Sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Tn Hj Roslee b. Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis atas penyempurnaan majlis perasmian sebentar tadi, majlis dengan

9 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Page 10: MESY PIBG KE-42.doc

sukacita dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap Yang berbahagia tuan. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Burung nuri burung merpatiHinggap di beranda hinggap ditangan ,cenderamata diberi seikhlas hatiSebagai tanda buat kenangan

Pn. Aqilah Selesai penyampaian cenderamata kepada vip

Terima kasih diucapkan kepada Puan Kang Lee Lee atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Pihak majlis turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian tuan/puan hadir ke majlis kami. Sesungguhnya kesudian tuan/puan hadir pada hari ini menyuntik semangat buat kami semua.

Pn Aqilah Penutup Sidang dewan yang dimuliakan,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis

10 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Page 11: MESY PIBG KE-42.doc

mengundurkan diri.

Seandainya, terdapat kekhilafan dan kesalahan dari segi tutur kata, lengok bicara atau renungan mata – sepuluh jari disusun, seribu kemaafan dipohon.

Pihak majlis juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat, para jemputan dan para hadirin yang hadir.

Tidak dilupakan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-42 PIBG SMK Perlis bagi tahun 2015

En Azril Rizal

Sebelum mesyuarat agung diteruskan, dijemput dengan segala hormatnya Puan Pengetua mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Rooslee meninggalkan majlis .

11 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42

Page 12: MESY PIBG KE-42.doc

En Azril Rizal

Seterusnya saya menyerahkan majlis kepada pengerusi mesyuarat untuk memulakan Mesyurat Agung PIBG

En Azril Rizal

Dijemput guru-guru penolong kanan dan dan ketua-ketua bidang mengambil tempat di kerusi hadapan

En Azril Rizal

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

12 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42