Mesyuarat Agung PIBG Ain

2
SMK BANDAR PUCHONG JAYA (B) Laporan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali ke 10 2015 Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepadaNYA yang telah memperkenankan doa kami agar segala perancangan yang diatur sejak berminggu lalu berjaya dilaksanakan. Seperti dirancang, pada 14 Februari 2015 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SMK Bandar Puchong Jaya (B) telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-10. Taklimat Persediaan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-10 telah diadakan 4 hari sebelum berlangsungnya acara tahunan dalam kalendar PIBG SMK Bandar Puchong Jaya (B). Bagaimanapun, persiapan awal telah dilakukan seperti penyediaan Buku Program, tempahan ‘doorgift dan tempahan Banner Mesyuarat Agung. Menjelang hari besar tersebut, tidak banyak yang perlu dilakukan untuk menyempurnakan perjalanan majlis. Seperti yang dijangka, waris mula datang seawal 7.45 pagi walaupun dalam surat jemputan dimaklumkan pendaftaran bermula jam 8.00 pagi. Mujurlah ahli jawatankuasa yang dimandatkan untuk menjaga kaunter pendaftaran datang lebih awal untuk membuat persiapan terakhir di kaunter pendaftaran. Tepat jam 9.00 pagi, Yang di-Pertua (YDP) PIBG sesi 2013/2014 En. Ananthan A/L Ramalingam tiba dengan diiringi oleh barisan pentadbir. Mesyuarat Agung kali ini tidak melibatkan pihak luar dan dirasmikan sendiri oleh Pengetua SMK Bandar Puchong Jaya (B) yang juga merangkap Penasihat PIBG iaitu Puan Chong Lee Chim. Seusai memberi sedikit gambaran kasar mengenai sekolah dan perubahan sistem pendidikan semasa dalam ucapannya, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-10.

Transcript of Mesyuarat Agung PIBG Ain

SMK BANDAR PUCHONG JAYA (B)

Laporan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)Kali ke 102015

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepadaNYA yang telah memperkenankan doa kami agar segala perancangan yang diatur sejak berminggu lalu berjaya dilaksanakan. Seperti dirancang, pada 14 Februari 2015 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SMK Bandar Puchong Jaya (B) telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-10.Taklimat Persediaan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-10 telah diadakan 4 hari sebelum berlangsungnya acara tahunan dalam kalendar PIBG SMK Bandar Puchong Jaya (B). Bagaimanapun, persiapan awal telah dilakukan seperti penyediaan Buku Program, tempahan doorgift dan tempahan Banner Mesyuarat Agung. Menjelang hari besar tersebut, tidak banyak yang perlu dilakukan untuk menyempurnakan perjalanan majlis.Seperti yang dijangka, waris mula datang seawal 7.45 pagi walaupun dalam surat jemputan dimaklumkan pendaftaran bermula jam 8.00 pagi. Mujurlah ahli jawatankuasa yang dimandatkan untuk menjaga kaunter pendaftaran datang lebih awal untuk membuat persiapan terakhir di kaunter pendaftaran.Tepat jam 9.00 pagi, Yang di-Pertua (YDP) PIBG sesi 2013/2014 En. Ananthan A/L Ramalingam tiba dengan diiringi oleh barisan pentadbir. Mesyuarat Agung kali ini tidak melibatkan pihak luar dan dirasmikan sendiri oleh Pengetua SMK Bandar Puchong Jaya (B) yang juga merangkap Penasihat PIBG iaitu Puan Chong Lee Chim. Seusai memberi sedikit gambaran kasar mengenai sekolah dan perubahan sistem pendidikan semasa dalam ucapannya, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-10.Mesyuarat Agung kali ini dipengerusikan oleh YDP En. Ananthan A/L Ramalingam. Beliau berjaya mengendalikan dan memimpin mesyuarat dengan lancar dan terkawal. Banyak hal yang dibincangkan sepanjang mesyuarat berlangsung tetapi mesyuarat berakhir dengan baik. Sebagai penutup majlis pada hari itu, sesi fotografi telah diajalankan bagi Jawatankuasa PIBG yang baru. Semoga dengan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2015/2016 yang majoritinya muka-muka baru akan membawa perubahan positif dalam organisasi yang telah menjangkau 10 tahun ini.Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga SMK Bandar Puchong Jaya (B) daripada kalangan guru hinggalah pekerja swasta yang memberikan kerjasama dan komitmen tidak berbelah bahagi demi menjayakan majlis ini. Disediakan oleh,________________________________________________________(NORAINI BT MUHAMMED NOR) (SITI HASMAH BT MASUD)AJK Dokumentasi Mesyuarat PIBG Kali ke 10, 2015