Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke 31

8
SEKOLAH KEBANGSAAN NYIOR CHABANG 07000 LANGKAWI, KEDAH MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 31 HARI : JUMAAT TARIKH : 27 FEBRUARI 2015 TEMPAT : DEWAN ANGGUN BESTARI, SKNC MASA : 2.45 PETANG KEHADIRAN : ORANG Ucapan aluan Tuan Guru Besar – En. Kamaruzzaman bin Mehad - Kejayaan SKNC pada tahun 2014 - Seorang murid telah mendapat 5A dalam UPSR iaitu Ayu Adila binti Ahmad dan seorang murid telah mendapat 4A1B iaitu Fatni Najla - Kejayaan lain ialah pasukan bola baling SKNC telah mendapat johan keseluruhan daerah Langkawi. - Permulaan tahun 2015 - Seorang murid iaitu Nur Roszawani binti Ahmad Syukri berjaya memenangi tempat kedua merentas desa daerah Langkawi dan tempat ke-15 peringkat negeri Kedah. Ucapan YDP PIBG – Tn. Hj. Azmi bin Ramjan - Pihak BIPG berterima kasih kepada semua guru SKNC yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam kejayaan anak-anak murid SKNC. - Pihak PIBG dan pihak sekolah berusaha untuk mewujudkan bilik akses untuk komuniti supaya bilik akses ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Ibu bapa boleh menyemak keputusan anak-anak mereka dan sebagainya. Para guru bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan menjadi tenaga pengajar. - Pihak PIBG berharap agar semua waris memberi sumbangan bagi menjayakan hasrat untuk membina bilik akses ini selain sumbangan daripada pihak lain. - YDP juga berharap agar para waris dapat menunggu sehingga selesai mesyuarat agung dan memilih AJK yang baru dan berkongsi idea dan mencadangkan usul dalam mesyuarat. Ucapan perasmi – YB Dato’ Paduka Hj. Abu Bakar bin Taib

description

lapran mensyuarat PIBG SKNC

Transcript of Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke 31

SEKOLAH KEBANGSAAN NYIOR CHABANG 07000 LANGKAWI, KEDAHMESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 31HARI : JUMAATTARIKH : 27 FEBRUARI 2015TEMPAT : DEWAN ANGGUN BESTARI, SKNCMASA : 2.45 PETANGKEHADIRAN : ORANGUcapan aluan Tuan Guru Besar En. Kamaruzzaman bin Mehad Kejayaan SKNC pada tahun 2014 Seorang murid telah mendapat 5A dalam UPSR iaitu Ayu Adila binti Ahmad dan seorang murid telah mendapat 4A1B iaitu Fatni Najla Kejayaan lain ialah pasukan bola baling SKNC telah mendapat johan keseluruhan daerah Langkawi. Permulaan tahun 2015 - Seorang murid iaitu Nur Roszawani binti Ahmad Syukri berjaya memenangi tempat kedua merentas desa daerah Langkawi dan tempat ke-15 peringkat negeri Kedah.Ucapan YDP PIBG Tn. Hj. Azmi bin Ramjan Pihak BIPG berterima kasih kepada semua guru SKNC yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam kejayaan anak-anak murid SKNC. Pihak PIBG dan pihak sekolah berusaha untuk mewujudkan bilik akses untuk komuniti supaya bilik akses ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Ibu bapa boleh menyemak keputusan anak-anak mereka dan sebagainya. Para guru bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan menjadi tenaga pengajar. Pihak PIBG berharap agar semua waris memberi sumbangan bagi menjayakan hasrat untuk membina bilik akses ini selain sumbangan daripada pihak lain. YDP juga berharap agar para waris dapat menunggu sehingga selesai mesyuarat agung dan memilih AJK yang baru dan berkongsi idea dan mencadangkan usul dalam mesyuarat.Ucapan perasmi YB Dato Paduka Hj. Abu Bakar bin Taib Beliau mengalu-alukan kedatangan semua waris. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sudi hadir dalam mesyuarat PIBG SKNC kali ini. Beliau berterima kasih kerana sudi menjemput beliau untuk merasmikan mesyuarat agung SKNC kali ini. Mengambil iktibar dalam pergolakan yang sedang berlaku sekarang antaranya militan IS, peperangan yang berlaku di Syria, Iraq. Mewujudkan nilai-nilai murni kepada pelajar dan kerja tanpa main (work without play). Mengajar anak-anak supaya main berpada-pada dan jangan leka dengan teknologi. Sumbangan oleh beliau pada tahun 2015 untuk pelajar-pelajar yang berjaya. Beliau berterima kasih atas sumbangan dan sokongan semua waris.AGENDA :Agenda 1 : Ucapan aluan pengerusi Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris kerana sudi menunggu sehingga selesai.Agenda 2 : Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat kali ke-30 En. Md Radzi bin Md Isa selaku setiausaha PIBG membentang minit untuk disahkan oleh sidang mesyuarat. Pencadang : Puan Rohani bt Ramli Penyokong : En. Roziman Agenda 3 : Perkara berbangkit Tiada perkara berbangkitAgenda 4 : Membentang dan mengesahkan Laporan kewangan yang berakhir 31 Dis 2014 Pn. Norzuraidah binti Moslim selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan tahun 2014 sehingga 31 Disember 2014 kepada sidang mesyuarat. Pencadang : Puan Mariam bt Ali Penyokong : Puan Aisyah Pengerusi memaklumkan YB En. Rawi telah memberi sumbangan sebanyak RM 3000. Sumbangan tersebut akan dinyatakan pada penyata tahun depan. Kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM 5 daripada semua waris dan jumlah yang diperolehi ialah RM 365 dan diguna sebanyak RM 200 sahaja. Baki tinggal RM 165 dan dimasukkan ke dalam akaun PIBG Sumbangan ini bertujuan untuk kematian atau kebakaran kepada waris yang anaknya bersekolah di SKNC. Keuntungan jualan sukan adalah sebanyak RM 107.00 Pn. Norzuraidah menyatakan modal daripada PIBG dan keuntungan dimasukkan ke dalam tabung PIBG.Agenda 5 : Perbahasan usulUsul 1 En. Ahmad Fauzi bin Ismail waris tahun 5 Bestari En. Yaakob bin Azahari waris tahun 1 En. Fairus bin Mohd Yusuf waris tahun 6 Bijak En. Salleh bin Saad waris tahun 6 Bijak En. Mohd Sazman bin Syarif murid tahun 1 Bestari Pn. Humairah En. Mohd Yazid bin Mohd Zain waris tahun 2 Bijak Pn. Om binti Shaari waris Pn. Rashidah binti Ishak waris tahun 3 Semua usul di atas berkaitan dengan kelas tambahan untuk murid.Ulasan Guru Besar Untuk makluman waris usul kelas tambahan sangat jelas. Wawasan tahun 2015 menyamaratakan kelas tambahan untuk semua peringkat daripada prasekolah hingga tahun 6. Disebabkan kekurangan guru opsyen maka murid yang GALUS sahaja dipilih dan surat makluman akan diedarkan.Usul 2Pn. Rosnani Said - Tingkatkan keselamatan pelajar di sekolah dan kebersihan tandas muridUlasan Guru Besar Keselamatan pelajar menjadi keutamaan sekolah. Pelajar berada di bawah jagaan sekolah bermula jam 7.45 pagi sehingga habis waktu persekolahan. Pintu pagar hanya satu sahaja dibuka iaitu pintu depan. Pihak waris yang ingin mengambil pelajar perlu mengisi borang di pejabat. Pihak sekolah menguatkuasakan pemeriksaan beg sekolah murid Masalah yang tidak dapat dielakkan ialah murid berlari dalam kawasan sekolah ketika luar pengawasan guru.

Peningkatan kebersihan tandas - tandas banyak dan kekurangan pekerja mengehadkan pembersihan tandas. 2 kali seminggu tandas akan dibersihkan untuk mengelakkan bau yang busuk. Ada tandas yang mengalami kerosakan dan ini telah dimaklumkan kepada pihak yang terlibat. Cadangan pihak sekolah menyediakan selipar dalam setiap tandas untuk mengelakkan tandas kotor.Usul 3 Pn. Kamsiah bt Ahmad tingkatkan disiplin pelajar.Ulasan guru disiplin En. Md Radzi bin Md Isa Murid tahun 1 ada kalanya tidak dapat dikawal - sentiasa berlari dalam kawasan sekolah dan tindakan telah diambil. Makluman kepada waris murid yang tidak dapat kawal disiplin, guru disiplin perlu pergi ke rumah untuk berbincang masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Nasihat telah diberikan kepada murid tersebut. Tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga disiplin anak-anak dan guru sedia membantu.Usul 4 En. Saleh Yunus - Mencadangkan tempat menunggu.Ulasan guru disiplin En. Md Radzi bin Md Isa Satu cadangan yang baik dan akan dipertimbangkan. Masalahnya ialah sekolah kekurangan tempat. Jika ada sumbangan, pihak sekolah bersedia untuk membina tempat menunggu.Usul 5Pn. Zamira bt Marzuki - mengadakan aktiviti seni pertahanan diri.Ulasan En Md Radzi bin Md Isa Cadangan yang bagus tetapi tenaga pengajar perlu dibayar upah dan set baju perlu dibeli dan semua ini menggunakan kos. Berdasarkan pengalaman beliau di SK Ulu Melaka dahulu pernah buat aktiviti dan tidak bertahan lama. Pihak sekolah akan mengambil cadangan ini dan akan diusahakan sekiranya ramai yang menyokong.Usul 6 Pn. Mastura bin Hashim - mencadangkan menyediakan makanan lengkap untuk mengelakkan murid keluar daripada kawasan sekolah.Ulasan Cadangan yang bagus. Cuma pihak kantin kekurangan pekerja dan kebersihan diutamakan.Usul 7Pn. - Kenapa pihak sekolah tidak menyediakan gunting dan alatan tajam semasa aktiviti seni.Ulasan Guru Besar Pihak sekolah telah menyediakan gunting dan alatan lain untuk aktiviti di sekolah. Sekiranya murid meminta untuk membawa pisau waris jangan benarkan bawa ke sekolah.Agenda 6 : Pembubaran AJK 2013/2015 Ibu bapa sebulat suara memilih En. Aziz sebagai pengerusi sementara Tn. Hj. Azmi membubarkan semua AJK PIBG sesi 2013/2015 ucapan pengerusi sementara En Aziz bin Saad beliau mengucapkan ucapan terima kasih kerana melantik beliau sebagai pengerusi majlisAgenda 7 : Pemilihan AJK 2015/2017Pelantikan jawatankuasa YDP : Tn. Hj. Azmi bin Ramjan Pn. Mariam bt Ali mencadangkan YDP yang lama iaitu Tn. Hj. Azmi Pn. Mariam bt Husin menyokong

NYDP : En. Azizan bin halim Pencadang : Siti Aisyah Penyokong : Pn. Jamilah bt Ramli Cadangan ditutup : Pn. Habibah

AJK Waris Pn. Kasiah bt Ahmad - Mencadangkan supaya AJK dibuat lantikan semula Penyokong : En. Azizan Cadangan ditutup : Pemeriksa kira-kira : 1. Ku Putra Ku Sulong Penyokong : En. Azizan bin Halim 2. En. Rodzi Penyokong : Pn. Siti Mariam - Cadangan ditutup : Guru besar menyatakan AJK PIBG yang lalu adalah terbaik. Bendahari : Ku Nor Pazli bin Ku Putra Setiausaha : En. Md Radzi bin Isa AJK Guru1. Pn. Nurul Hazwani bt Md Arof2. Pn. Zarina bt Abdul Salam3. En. Mazli bin Hamid4. Pn. Norni bt Saad5. Cik Khairul Hana bt BasriAgenda 8 : Hal-hal lain Tn. Hj. Azmi menyebut semula tentang cadangan bilik akses. Bilik akses sebenarnya bukan untuk orang lain tetapi untuk para ibu bapa sendiri. Tenaga pengajar : guru yang berpengalaman Mengharapkan semua waris memberi sokongan dan sedikit sumbangan.Pn. Jamilah bt Ramli bertanya mengapa pihak sekolah tidak menjemput semua murid untuk melihat kejayaan murid lain.Ulasan Guru Besar Kebiasaan sekolah mengadakan raptai penuh sehari sebelum acara berlangsung dengan melibatkan semua murid untuk memperlihatkan perjalanan majlis yang akan berlaku. Tiada kawalan murid untuk tahap 1- guru tidak sempat untuk mengawal kesemua murid.Pn. Siti Mariam bertanya tentang anak OKU pada tahun 4 adakah perlu naik kelas atasUlasan Guru Besar Kelas untuk tahap 2 telah ditetapkan di kelas atas. Cadangan akan dipertimbangkan dan dibincangkan semula.Pn. Rohani mencadangkan bagi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris, murid diberikan 10 patah perkataan kepada murid untuk dicari di rumah.Ulasan Guru Besar Guru Besar menerima cadangan dan GB menyatakan itu merupakan satu pendekatan pendidikan Alaf Baru dan memberi penekanan dengan kelas abad ke 21. Baru-baru ini sekolah telah melancarkan Wave of English bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Mungkin guru boleh memberi perkataan untuk murid mengeja.Pn. Aisyatul Aisyah Cadangan : menggalakkan murid beramal jariah atau sedekah sekurang-kurangnya 10 sen kepada sekolah untuk membina bilik akses. Di samping itu, mendidik anak-anak amalan bersedekah sekurang-kurangnya anak-anak merasakan mereka menyumbang sesuatu kepada sekolah.Ulasan guru besar Bilik akses ini dibina khas untuk waris. Sementara waris menunggu anak-anak, mereka dapat menggunakan bilik akses ini kegunaan sendiri. Para waris boleh melayari internet, mengetahui perkembangan anak.Tn. Hj. Azmi mencadangkan kelab penyokong bola sepak SKNC dan En. Man sebagai ketua Kelab Penyokong Bola Sepak SKNC.Ucapan penangguhan Tuan Haji Azmi bin Ramjan mengucapkan terima kasih kepada semua waris dan ucapan tahniah kepada AJK baru. Guru Besar mengumumkan jumlah kutipan derma sebanyak RM 363.00.

Majlis ditangguhkan pada pukul 5. 45 petang.

Disediakan oleh,

( SYAZANA BINTI ABDUL RAZAK )Pencatat minit pertama