Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3...

27
Garis Panduan ini telah diluluskan oleh : Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 30/2010 yang diadakan pada 18 Ogos 2010 serta telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3/2010 yang telah bersidang pada 22 Jun 2010.

Transcript of Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3...

Page 1: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

Garis Panduan ini telah diluluskan oleh :

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke

30/2010 yang diadakan pada 18 Ogos 2010 serta telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010

dan

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3/2010 yang telah bersidang pada 22 Jun 2010.

Page 2: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

ii

GARIS PANDUAN PERANCANGAN BAGI PEMBANGUNAN

SOHO NEGERI SELANGOR

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor

Page 3: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

iii

PRAKATA Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya, Garis Panduan ‘Small Office Home Office’ atau SOHO ini telah dapat disediakan. Garis Panduan ini telah disediakan berdasarkan kepada keperluan khusus bagi perlaksanaan perancangan dan pembangunan SOHO di Negeri Selangor. Penyediaan Garis Panduan SOHO ini merupakan satu keperluan memandangkan pembangunan SOHO semakin mendapat tempat di kalangan ahli-ahli perniagaan pada masa ini.

Sehingga Draf Garis Panduan Pembangunan SOHO ini disediakan, tiada perundangan atau garis panduan perancangan yang khusus berkenaan pembangunan SOHO di Negeri Selangor. Kebanyakan PBT menggunakan garis panduan perancangan perdagangan sedia ada dan piawaian-piawaian yang berbeza bagi meluluskan pembangunan SOHO. Selain menjadi panduan yang seragam kepada semua PBT di Negeri Selangor dalam mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang, pelaksanaan Garis Panduan Perancangan Bagi Pembangunan SOHO di Negeri Selangor dapat menjadikan pembangunan SOHO di Negeri Selangor lebih terkawal dari aspek fizikal untuk mewujudkan persekitaran pembangunan SOHO yang berkualiti dan kondusif. Garis panduan ini telah disediakan secara bersama antara PBT-PBT di Negeri Selangor dan juga Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor. Garis panduan ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 30/2010 yang diadakan pada 18 Ogos 2010 dan telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 serta Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3/2010 yang telah bersidang pada 22 Jun 2010 untuk pemakaian oleh semua Pihak Berkuasa Perancang Tempatan di Negeri Selangor. Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri Selangor, garis panduan ini menjadi rujukan utama untuk menimbang permohonan-permohonan perancangan oleh PBT, Pejabat Tanah dan Daerah dan agensi-agensi teknikal. Selain itu, perunding dan pemaju adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada garis Panduan ini bagi pelaksanaan perancangan dan pembangunan SOHO. ( DATO’ MOHD. JAAFAR BIN MOHD. ATAN ) Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor

i

Page 4: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

iv

Cetakan Pertama 2010 c Hak cipta

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor

Hak cipta Terpelihara

Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang dipergunakan lagi,

ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan

sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

Disediakan bersama :

Diterbitkan di Malaysia oleh

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor Tingkat 15-18, Bangunan Darul Ehsan,

No. 3, Jalan Indah Seksyen 14, 40646 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan http://www.jpbdselangor.gov.my

ii

Page 5: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

KANDUNGAN

1.0 TUJUAN 1

2.0 LATAR BELAKANG 1

3.0 DEFINISI SOHO 3

4.0 KONSEP SOHO 4

5.0 GARIS PANDUAN UMUM 5 5.1 ZON GUNATANAH YANG 5

DIBENARKAN BAGI PEMBANGUNAN SOHO

5.2 BENTUK PEMBANGUNAN SOHO 6 5.3 AKTIVITI PERNIAGAAN YANG 9

DIBENARKAN 5.4 DASAR RUANG NIAGA MAMPU MILIK 10 5.5 PENYEDIAAN KEMUDAHAN 10

YANG MENCUKUPI 5.6 PENEKANAN KEPADA ASPEK 12

KESELAMATAN 5.7 PENGURUSAN DAN PENYURAIAN TRAFIK 14 5.8 PENGAPLIKASIAN KONSEP 15

‘GREEN BUILDING’

6.0 GARIS PANDUAN KHUSUS 17

OGOS 2010

Page 6: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

1

1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan bagi memberi panduan kepada Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor yang terlibat di dalam

proses pertimbangan Kebenaran Merancang (KM) bagi cadangan

pembangunan Small Office Home Office (SOHO).

2.0 LATAR BELAKANG

Konsep perniagaan moden iaitu

Small Office Home Office atau

lebih dikenali sebagai SOHO

semakin mendapat tempat

dikalangan ahli-ahli perniagaan

pada masa ini.

SOHO di Malaysia, khususnya di

Bandaraya Kuala Lumpur telah bermula

sekitar tahun 1980. Di Negeri Selangor,

pembangunan SOHO telah bermula sejak

tahun 1990an.

Page 7: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

2

Sejak 4 hingga 5 tahun yang lalu SOHO menjadi tren di dalam pasaran

perniagaan terutama bagi golongan usahawan muda, ahli perniagaan

dan expatriate. Melalui SOHO, golongan usahawan muda ini mendapat

lebih banyak ruang keselesaan dan fleksibiliti di dalam suasana

bekerja dan tinggal di dalam satu unit yang sama.

Pembangunan SOHO di Negeri Selangor turut menjadi popular di

kalangan pemaju hartanah disebabkan permintaan yang semakin

meningkat khususnya di PBT yang bertaraf Majlis Bandaraya dan

Majlis Perbandaran. Tren pembangunan SOHO yang makin popular ini

mewujudkan keperluan untuk satu garis panduan perancangan fizikal

yang khusus disediakan supaya

pembangunan SOHO dapat

dirancang dan dibina dengan

efisien dan lengkap dengan

kemudahan-kemudahan yang

diperlukan untuk mewujudkan

persekitaran pembangunan yang

berkualiti dan kondusif di Negeri

Selangor.

Page 8: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

3

3.0 DEFINISI SOHO

Secara umumnya terdapat beberapa definisi berkenaan dengan

maksud SOHO iaitu :

i. SOHO didefinisikan sebagai single operator / home operator.

(http://mylocalagenda.wordpress.com/2008/08/25/soho)

ii. SOHO adalah singkatan kepada Small Office, Home Office. Ia

adalah tren bekerja dari rumah tanpa mengira siapa sahaja.

(http://motivasiminda.wordpress.com/2009/05/30/soho)

iii. ‘‘SOHO can either be perceived as a living area with complete

office facilities and amenities such as a conference room,

waiting lodge, business centre or an office space that provides

all out-of-office needs and privacy’.

( http://biz.thestar.com.my/news/story.)

Definisi SOHO oleh JPBD Negeri Selangor ialah :

‘SOHO adalah singkatan kepada

‘Small Office, Home Office’ di mana

konsep pembangunan ini adalah

merupakan perkongsian ruang

pejabat dan kediaman pada masa

yang sama pada satu-satu unit’.

Page 9: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

4

4.0 KONSEP SOHO

Secara umumnya, konsep pembangunan SOHO dan aktiviti

perniagaan pada SOHO melibatkan :

i. Ruang pejabat atau perniagaan bersaiz kecil tetapi efisien.

Lazimnya, bersekali dengan tempat tinggal.

ii. Aktiviti perdagangan dan perkhidmatan yang berbentuk ‘jarak

jauh’ berasaskan kepada penggunaan teknologi ICT iaitu

perkomputeran, internet dan komunikasi.

iii. Aktiviti perdagangan dan perkhidmatan yang tidak melibatkan

kunjungan pelanggan yang ramai, kurang intensif pekerja dan

tidak melibatkan penstoran barangan.

iv. Kebolehan mencapai pelanggan yang luas melalui penggunaan

teknologi komunikasi.

v. Kos pusingan (overhead) dan pengendalian yang rendah.

vi. Saiz isi rumah yang rendah.

vii. Tidak berbentuk kediaman untuk keluarga.

Page 10: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

5

5.0 GARIS PANDUAN UMUM

5.1 ZON GUNATANAH YANG DIBENARKAN BAGI PEMBANGUNAN SOHO.

Permohonan pembangunan SOHO hanya dibenarkan di dalam

zon gunatanah komersil / perdagangan seperti yang terkandung

di dalam Rancangan Tempatan.

Page 11: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

6

5.2 BENTUK PEMBANGUNAN SOHO

Terdapat beberapa bentuk pembangunan SOHO yang

dibenarkan seperti berikut :

i. SOHO SEBAHAGIAN DARIPADA KOMPONEN PEMBANGUNAN BERCAMPUR (Mixed

Development)

Pembangunan SOHO yang

dibangunkan bersekali dengan

pembangunan bercampur di dalam

satu kawasan. Pembangunan SOHO perlu dibangunkan

pada blok yang berasingan dengan pembangunan yang

lain. Akses laluan masuk ke SOHO juga mestilah

disediakan secara eksklusif dan berasingan dengan

pembangunan lain.

Rajah 1 : GAMBARAN SOHO SEBAHAGIAN DARIPADA KOMPONEN PEMBANGUNAN BERCAMPUR

ii. SOHO SEBAGAI FREE STANDING BUILDING ANJAKAN

40’ JALAN UTAMA

66’

ANJAKAN 40’

JALAN UTAMA

66’ PERIMETER

PLANTING – 10’

PERIMETER PLANTING – 10’

SOHO PANGSAPURI PERKHIDMATAN

JARAK ANTARA BANGUNAN – MINIMUM 80’

PERNIAGAAN

Page 12: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

7

Pembangunan SOHO secara Free

Standing Building merupakan

pembangunan yang hanya

melibatkan SOHO sahaja.

Pembangunan ini boleh melibatkan

hanya 1 blok SOHO atau lebih di

dalam satu kawasan dengan ruang

perniagaan di tingkat bawah.

Rajah 2 : GAMBARAN SOHO SEBAGAI FREE STANDING BUILDING

PERNIAGAAN

ANJAKAN 40’

JALAN UTAMA

66’

ANJAKAN 40’

PERIMETER PLANTING – 10’

PERIMETER PLANTING – 10’

JALAN UTAMA

66’

SOHO

Page 13: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

8

iii. PEMBANGUNAN SOHO DAN KEDAI PEJABAT DI DALAM KOMPLEKS PERNIAGAAN

Pembangunan SOHO jenis

ini melibatkan pembangunan

bersekali antara SOHO dan

kedai pejabat di dalam satu

kompleks bangunan. Unit

SOHO adalah berasingan

dengan pejabat biasa dan

turut mempunyai akses

laluan masuk ke SOHO

secara eksklusif dan

berasingan dari

pembangunan lain.

Rajah 3 : GAMBARAN PEMBANGUNAN SOHO DAN KEDAI PEJABAT DI DALAM KOMPLEKS PERNIAGAAN

PEJABAT

JARAK ANTARA BANGUNAN – MINIMUM 80’

KOMPLEKS PERNIAGAAN

JALAN UTAMA

66

ANJAKAN’ 40

PERIMETER PLANTING – 10’

JALAN UTAMA

66 PERIMETER

PLANTING – 10’

ANJAKAN’ 40

SOHO

JARAK ANTARA BANGUNAN – MINIMUM 80’

Page 14: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

9

5.3 AKTIVITI PERNIAGAAN YANG DIBENARKAN

i. Kerja-kerja perundingan profesional

seperti pengurusan IT, rekabentuk

kejuruteraan, perancangan, arkitek,

rekabentuk ICT dan pengiklanan,

pengurusan akaun dan konsultansi

pelaburan.

ii. Kerja-kerja yang melibatkan

penulisan dan karya kreatif seperti

menulis buku lagu, puisi, skrip dan

lain-lain serta kreativiti termasuk

kesenian, kraftangan dan lukisan.

iii. Penjualan produk secara maya

(virtual) dan terus kepada pelanggan

melalui penggunaan laman web

seperti e-Lelongan dan e-shop.

iv. Mengiklan produk secara terus

melalui laman-laman iklan dengan

memberi maklumat barangan yang

hendak di jual (Tanpa melibatkan

penstoran barangan).

Page 15: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

10

5.4 DASAR RUANG NIAGA MAMPU MILIK

Pembangunan SOHO adalah tertakluk kepada Dasar Kerajaan

Negeri bagi penyediaan kedai mampu milik. Bagi pembangunan

SOHO, 10% daripada keseluruhan ruang lantai bersih

perniagaan perlu disediakan sebagai ruang niaga mampu milik

(affordable rentable floor area) dalam bentuk saiz lot kecil atau

kiosk untuk disewa.

5.5 PENYEDIAAN KEMUDAHAN YANG MENCUKUPI

i. Penyediaan kemudahan pada pembangunan SOHO

perlulah mengambilkira penyediaan kemudahan bagi

kediaman dan komersil bagi pemilik dan pengguna unit-

unit SOHO, seperti ditetapkan pada Garis Panduan

Khusus, para 6.0.

Page 16: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

11

ii. Laluan berbumbung perlu

disediakan bagi semua laluan

masuk ke bangunan (pada aras

jalan) terutama dari kawasan

tempat letak kereta dan

perhentian pengangkutan awam.

iii. Laluan lintas untuk pejalan kaki perlu disediakan pada

jarak dan lokasi yang efisien.

iv. Kemudahan-kemudahan untuk golongan Orang Kelainan

Upaya (OKU) seperti laluan pejalan kaki mesra-OKU

dengan penyediaan ramp yang sesuai di lintasan jalan

kaki, beep sound pada lampu isyarat, rekabentuk lif khas

bersesuaian serta kemudahan-kemudahan lain yang

memberikan keselesaan kepada golongan OKU.

Page 17: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

12

5.6 PENEKANAN KEPADA ASPEK KESELAMATAN

i. Reka bentuk perancangan kawasan dan bangunan perlu

menekankan aspek keselamatan melalui pengaplikasian

prinsip ‘Crime Prevention Through Environmental Design’

(CPTED) secara menyeluruh.

ii. Reka bentuk kawasan perlu mengambil kira keadaan

topografi supaya tiada kejadian yang tidak diingini

berlaku seperti tanah runtuh dan banjir.

iii. Keselamatan di tempat letak kereta perlu diberi

penekanan dari segi perletakan lampu, laluan pejalan

kaki, ramp dan ventilasi udara yang bersesuaian.

iv. Memastikan penggunaan barrier atau railing di setiap

kawasan yang berisiko seperti parit dan aras lantai/tanah

yang berbeza (split level).

Page 18: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

13

v. Memastikan bilangan dan

lokasi perletakan lampu jalan

dan lampu taman disediakan

secukupnya terutama di

kawasan laluan pejalan kaki

dan kawasan yang terlindung.

vi. Penyediaan persekitaran yang

selamat dengan memastikan

tiada laluan-laluan tersembunyi

dan pemasangan CCTV bagi

kawasan-kawasan terpilih dan

di lokasi-lokasi yang

bersesuaian.

vii. Akses laluan keluar masuk ke SOHO perlu disediakan

secara eksklusif dan berasingan dari pembangunan lain

Page 19: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

14

5.7 PENGURUSAN DAN PENYURAIAN TRAFIK

i. Intensiti pembangunan SOHO yang dicadangkan perlu

mengambilkira keupayaan sistem sirkulasi dan jalan raya

sedia ada di sekitar kawasan pembangunan dengan

cadangan penyuraian trafik (traffic dispersal) dan hierarki

jalan yang bersesuaian. ii. Sistem sirkulasi dalam kawasan

pembangunan perlu disediakan

dengan sempurna dengan

mengambilkira jalan susur serta

laluan keluar masuk yang

berasingan dengan komponen

pembangunan yang lain.

iii. Penyediaan tempat letak kenderaan perlulah disediakan

dengan mencukupi.

Page 20: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

15

Contoh Sistem ‘Rain Water Harvesting’ Yang Boleh Digunapakai Pada Bangunan SOHO

5.8 PENGAPLIKASIAN KONSEP ‘GREEN BUILDING’

i. Perancangan dan Reka Bentuk Bangunan berkonsepkan

ciri-ciri Green Building adalah digalakkan dengan

penekanan kepada penggunaan solar dan bahan binaan

yang energy efficient.

ii. Reka bentuk unit-

unit SOHO perlu

mempunyai sistem

ventilasi udara yang

baik bagi

menggalakkan

aliran udara secara

semulajadi.

iii. Menggalakkan penggunaan sistem tangki atau kolam

simpanan air hujan (rain water harvesting) yang boleh

digunapakai untuk tujuan kitar semula air hujan.

Page 21: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

16

iv. Rekabentuk perlu menekankan aspek penggunaan

cahaya semulajadi (natural lighting) yang maksimum agar

bekalan tenaga dapat dikurangkan.

v. Bahan binaan lanskap kejur seperti perabot jalan dan

laluan pejalan kaki hendaklah menggunakan elemen-

elemen mesra alam.

vi. Menggalakkan elemen-elemen lanskap lembut dan air di

kawasan lapang dan taman.

Page 22: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

17

6.0 GARIS PANDUAN KHUSUS

BIL KOMPONEN PIAWAIAN / GARIS PANDUAN

1

Zon Gunatanah

a. Zon komersil / perdagangan

2

Lokasi Perletakan

Pembangunan SOHO perlu ditumpukan kepada lokasi-lokasi berikut :

a. Dalam kawasan pusat bandar. b. Berhampiran terminal-terminal pengangkutan seperti

‘Integrated Transport Terminal’, LRT dan komuter.

c. Berhampiran dengan kawasan-kawasan institusi dan

pusat pengajian tinggi seperti universiti dan kolej.

d. Kawasan pembangunan semula bandar.

Page 23: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

18

BIL KOMPONEN PIAWAIAN / GARIS PANDUAN

3 Saiz Tapak Minimum 2 ekar

4 Ruang Lantai Minimum 450 kp

5 Saiz Isi Rumah Maksimum 2 orang / unit.

6

Nisbah Plot dan Kawasan Plinth

a. Kawalan ketinggian adalah merujuk Nisbah Plot dan

Kawasan Plinth seperti yang terkandung di dalam RT atau RKK di sesuatu kawasan.

b. Bagi RT/RKK yang tidak menjelaskan Nisbah Plot dan Kawasan Plinth adalah merujuk kepada Nisbah Plot dan Kawasan Plinth yang terkandung di dalam Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor.

7

Kawasan Lapang

a. Menggunakan piawaian 2 Hektar kawasan lapang bagi

1000 penduduk b. Disediakan kemudahan rekreasi seperti padang

permainan, gelanggang badminton/tenis/squash dan Jogging Track.

c. Sebahagiannya boleh disediakan di dalam bangunan iaitu

ditingkat bawah, diantara tingkat atau di atas bumbung.

Page 24: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

19

BIL KOMPONEN PIAWAIAN / GARIS PANDUAN

8

Anjakan bangunan • Menghadap

Jalan utama - 12.2 m (40’)

• Menghadap

Jalan tepi – 12.2 m (40’)

• Menghadap

Jalan belakang - 12.2 m (40’)

• Sempadan

bersama - 6.1m (20’)

a.

SOHO

b.

c.

40’

40’

40’

20’

ANJAKAN

Jarak Antara Bangunan –

80’

SOHO DAN KEDAI PEJABAT DI DALAM KOMPLEKS PERNIAGAAN

TAMAN ATAS BUMBUNG

SOHO PEJABAT

PEJABAT

Perimeter Planting

10’

SOHO SEBAGAI FREE STANDING BUILDING

Perimeter Planting

10’

40’

40’

20’

ANJAKAN

40’

TAMAN ATAS BUMBUNG

SOHO SEBAHAGIAN DARIPADA KOMPONEN PEMBANGUNAN BERCAMPUR

ANJAKAN

Perimeter Planting

10’

Jarak Antara Bangunan –

80’

SOHO PANGSAPURI PERKHIDMATAN

TAMAN ATAS BUMBUNG

40’

40’

40’

20’

Page 25: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

20

BIL KOMPONEN PIAWAIAN / GARIS PANDUAN

9 Perimeter Planting • Minimum 3

meter (10’) disekeliling kawasan pembangunan (Tidak termasuk jarak anjakan bangunan).

10

Tempat Letak Kenderaan * Nota : • TLK – Tempat Letak

Kereta • TLM – Tempat Letak

Motosikal • OKU – Orang

Kelainan Upaya

a. Bagi unit SOHO 450kp :

i. TLK : 1 TLK/Unit + 20% pelawat ii. TLM : 20 % daripada jumlah TLK iii. TLK OKU : 2 % daripada jumlah TLK

b. Bagi unit SOHO > 450kp : i. TLK : 2 TLK/Unit + 20% pelawat ii. TLM : 20 % daripada jumlah TLK iii. TLK OKU : 2 % daripada jumlah TLK

c. Bagi ruang lantai perniagaan

i. TLK : 1 TLK/46.0mp(495kp) ruang lantai ii. TLM : 1 TLM/84mp(905kp) ruang lantai

d. Kemudahan OKU

Unit TLK OKU – berdekatan dengan lif dan ramp

Disediakan Ramp dan Railing

Page 26: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

21

BIL KOMPONEN PIAWAIAN / GARIS PANDUAN

Kemudahan Awam

Kemudahan Eksklusif Unit-unit SOHO’

a. Sistem sekuriti 24 jam b. CCTV di lokasi-lokasi bersesuaian c. Gymnasium d. Bilik mesyuarat pelbagai guna e. Kolam renang / jacuzzi f. Kemudahan Wi-Fi/Broadband g. Akses Lif yang khusus untuk unit SOHO

Kemudahan Sokongan

a. Surau (Minimum – 40’ x 40’) Surau Lelaki dan Perempuan secara berasingan Lengkap dengan tempat mengambil air sembahyang

dan tandas

b. Perniagaan Peringkat Tempatan

Di tingkat berasingan daripada unit SOHO. • Contoh : Laundrette, Saloon Rambut/Pusat

Kecantikan, Mini Market, Perkhidmatan Kurier, Stationery dan perkhidmatan percetakan digital, Kafe/Coffee House dan lain-lain.

• 10% daripada keseluruhan ruang lantai bersih perniagaan perlu disediakan sebagai ruang niaga mampu milik (affordable rentable floor area) dalam bentuk saiz lot kecil atau kiosk untuk disewa.

Page 27: Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3 ...jpbdselangor.gov.my/Laporan/GarisPanduan/GARIS... · Darul Ehsan ke 31/2010 pada 25 Ogos 2010 dan ... sekitar tahun 1980.

22

BIL KOMPONEN PIAWAIAN / GARIS PANDUAN

c. 10% dari ruang lantai perniagaan diperuntukkan bagi ruang niaga mampu milik

d. Laluan pejalan kaki berbumbung e. Pejabat Pengurusan f. Tempat pembuangan sampah