Mesyuarat Jk Ict 2014 Kali 2

3
MESYUARAT JK ICT SK KOMPRA KALI KEDUA 2014 Tarikh : 22 April 2014 Masa : 1.00 p.m. Tempat : Pejabat Kehadiran : 1. Pn. Rabiah bt Ismail (Penasihat) 2. En. Razali bin Omar (Pengerusi) 3. En. Mohd Azmi bin Saliman (Penyelaras Bestari) 4. Pn. Zaiton Bt Muda (AJK) 5. En. Helmi bin Omar (Juruteknik) 6. Pn. Nurhaliza bt Haron (EIO) Agenda 1. Ucapan Pengerusi. Majlis dimulai dengan bacaan al-Fatihah. 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat. 1.2 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada EIO yang baru dilantik iaitu Puan Nurhaliza Haron yang baru bertukar daripada SK Serdang bagi menggantikan EIO lama yang telah bertukar ke SK Kampung Bukit Kuala Terengganu. 1.3 Unit ICT perlu mengemaskini Makmal Komputer dan Makmal Maya sebagai persediaan bagi pemantauan dialog prestasi. Agenda 2. Ucapan Penyelaras 2.1 Setakat hari ini pusat akses masih belum boleh beroperasi kerana 8 komputer mengalami kerosakan. Proses pelupusan tidak boleh dijalankan di Pusat Akses kerana difahamkan tiada penggantian akan dibuat dalam masa terdekat. Laporan telah dibuat oleh juruteknik di dalam sistem STS. Tindakan: Makluman 2.2 Dua buah komputer daripada pusat akses telah beralih ke bilik Guru Besar dan PK HEM. Pergerakan ini perlulah di catat di dalam kad KEW.PA 2. Tindakan: Juruteknik 2.3 Penggunaan Makmal Maya agak mengecewakan. Tindakan perlu dilakukan bagi mempromosi penggunaan Makmal Maya dikalangan guru-guru. Satu latihan penggunaan makmal maya telah diadakan oleh TESDEK kepada semua guru. Tindakan: Makluman Agenda 3. Pengesahan Minit Mesyuarat Minit mesyuarat disahkan tanpa sebarang pindaan. Agenda 4. Perkara Berbangkit

description

minit

Transcript of Mesyuarat Jk Ict 2014 Kali 2

Page 1: Mesyuarat Jk Ict 2014 Kali 2

MESYUARAT JK ICT SK KOMPRA KALI KEDUA 2014

Tarikh : 22 April 2014Masa : 1.00 p.m.Tempat : Pejabat

Kehadiran : 1. Pn. Rabiah bt Ismail (Penasihat)2. En. Razali bin Omar (Pengerusi)3. En. Mohd Azmi bin Saliman (Penyelaras Bestari)4. Pn. Zaiton Bt Muda (AJK)5. En. Helmi bin Omar (Juruteknik)6. Pn. Nurhaliza bt Haron (EIO)

Agenda 1. Ucapan Pengerusi.

Majlis dimulai dengan bacaan al-Fatihah.

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat.

1.2 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada EIO yang baru dilantik iaitu Puan Nurhaliza Haron yang baru bertukar daripada SK Serdang bagi menggantikan EIO lama yang telah bertukar ke SK Kampung Bukit Kuala Terengganu.

1.3 Unit ICT perlu mengemaskini Makmal Komputer dan Makmal Maya sebagai persediaan bagi pemantauan dialog prestasi.

Agenda 2. Ucapan Penyelaras

2.1 Setakat hari ini pusat akses masih belum boleh beroperasi kerana 8 komputer mengalami kerosakan. Proses pelupusan tidak boleh dijalankan di Pusat Akses kerana difahamkan tiada penggantian akan dibuat dalam masa terdekat. Laporan telah dibuat oleh juruteknik di dalam sistem STS.

Tindakan: Makluman

2.2 Dua buah komputer daripada pusat akses telah beralih ke bilik Guru Besar dan PK HEM. Pergerakan ini perlulah di catat di dalam kad KEW.PA 2.

Tindakan: Juruteknik

2.3 Penggunaan Makmal Maya agak mengecewakan. Tindakan perlu dilakukan bagi mempromosi penggunaan Makmal Maya dikalangan guru-guru. Satu latihan penggunaan makmal maya telah diadakan oleh TESDEK kepada semua guru.

Tindakan: Makluman

Page 2: Mesyuarat Jk Ict 2014 Kali 2

Agenda 3. Pengesahan Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat disahkan tanpa sebarang pindaan.

Agenda 4. Perkara Berbangkit

4.1 En. Hilmi menyatakan perisian MBMMBI masi belum dipasang ke dalam makmal komputer oleh syarikat yang berkenaan. Hal ini sepatutnya diselesaikan pada tahun lepas. Satu laporan telah dibuat berhubung perkara ini.

Tindakan: Makluman

4.2 En. Azmi memberitahu walaupun perisian MBMMBI belum dipasang, program MBMMBI telah dijalankan sejak awal tahun dengan menggunakan kemudahan di makmal komputer. Jadual penggunaan telah diwujudkan bagi memastikan semua guru masuk mengikut jadual yang ditetapkan.

Tindakan: Makluman

4.3 En. Hilmi memaklumkan satu laporan telah dibuat berhubung dengan networking yang tidak tersusun di dalam makmal komputer menggunakan sistem STS.

Tindakan: Makluman

4.4 En. Razali mengarahkan juruteknik menampal papan tanda “Kelas Maya” dan “Makmal Komputer” di pintu masuk kedua-dua makmal.

Tindakan: Juruteknik4.5 En. Azmi menyatakan Daftar harta modal bagi makmal maya masih

belum dibuat. Tindakan segera perlu diambil oleh juruteknik.Tindakan: Juruteknik

4.6 En. Hilmi memaklumkan zoom yang rosak telah dibuat penggantian oleh pihak YTL.

Tindakan: MaklumanAgenda 5. Hal-hal Lain

5.1 En. Azmi mengarahkan juruteknik mencetak rekod penggunaan makmal komputer menggunakan sistem log setiap hujung bulan. Pada tahun lepas rekod penggunaan mencecah sebanyak 1800 kali dan merupakan rekod pencapaian penggunaan yang cukup baik.

Tindakan: Juruteknik

5.2 En. Azmi memberitahu tugasan EIO sebelum ini akan diambil alih oleh EIO yang baru. Bidang tugasan EIO ada dinyatakan didalam jadual yang telah dibekalkan.

Tindakan: EIO

Page 3: Mesyuarat Jk Ict 2014 Kali 2

5.3 Guru besar meminta supaya Blog SK Kompra dikemaskini oleh EIO seminggu sekali dengan mengemaskini aktiviti yang berlaku di sekolah.

Tindakan: EIO

5.4 En. Hilmi mencadangkan pihak sekolah melanggan majalah PC supaya ia menjadi bahan rujukan murid.

Tindakan: Pengurusan

5.5 Guru besar menyatakan pembelian bolehlah dibuat melalui pusat sumber sekolah. Perkara ini hendaklan dimaklumkan kepada guru media, Pn. Nooraliza.

Tindakan: GPB

Mesyuarat diakhiri dengan surah al-As dan ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh. Disahkan oleh.

……………………………………………………….. ……………………………………………( EN. MOHD AZMI SALIMAN) (PN. RABIAH ISMAIL)Penyelaras Bestari, Guru Besar,SK KOMPRA, SK KOMPRA,Dungun Terengganu. Dungun Terengganu.