Mesyuarat Kantin 1 (2014)
-
Upload
masliza-mazelan -
Category
Documents
-
view
117 -
download
8
description
Transcript of Mesyuarat Kantin 1 (2014)
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ ABU BAKAR BAGINDA
MINIT MESYUARAT KANTIN BIL 1/TAHUN 2014
Tarikh : 4 Februari 2014
Masa : 2.00 – 3.00 petang
Tempat : Makmal Komputer A
Hadir : 7/8
1. Noresah binti Sapari GPK HEM
2. Norbaidura binti Mohd Zin
3. Zainoryarisah binti Sapari
4. Juridah binti Abdul Mubin
5. Muslina binti Mokhtar
6. Islina binti Ismail
7. Masliza binti Mazelan SU Kantin
Turut Hadir
1. Amirul Azreeq bin Abdul Rahman
Tidak Hadir (Bersebab)
1. Amiratulizian binti Amir
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat
kantin kerana dapat menghadiri mesyuarat kali pertama tahun 2014.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang
diberikan oleh ahli jawatankuasa kantin dalam menjalankan tugas untuk
tahun 2013.
1
2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. /2013
2.1 Pengesahan minit mesyuarat (Tiada)
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Tiada
4.0 Perkara-perkara Baharu
4.1 Puan Noresah meminta supaya pihak kantin dapat menceriakan semula
kantin kerana kantin menjadi tarikan utama kepada ibubapa yang datang
ke sekolah. Antara perkara yang harus di ambil perhatian ialah :
4.1.1 Langsir di bilik makan guru diikat.
4.1.2 Menyediakan besen meletak makanan yang lebih elok di bilik
makan guru.
4.1.3 Mengalihkan peti sejuk beku yang telah rosak ke tempat lain.
4.2 Puan Noresah juga menekankan aspek kebersihan dan kesihatan di ambil
berat oleh pihak kantin seperti membersihkan meja makan murid setiap
kali selesai murid makan. Pihak sekolah menegaskan supaya pihak kantin
tidak lagi menggunakan polistrin sebagai menggantikan pinggan kerana ia
dikhuatriti boleh membahayakan kesihatan murid.
4.3 Puan Juridah menegur supaya makanan dipelbagaikan dan perbanyakkan
menjual kuih supaya guru-guru boleh membuat pilihan semasa membeli di
kantin.
4.4 Puan Noresah mengingatkan pihak kantin supaya mempamerkan tanda
harga bagi setiap makanan untuk memudahkan murid membuat pilihan
bersesuaian dengan wang saku yang mereka bawa. Puan Masliza
Mazelan mencadangkan supaya pihak kantin menulis harga pada kadbod
2
berbentuk tangan yang boleh didapati di Mydin dan kedai-kedai buku. Ia
bukan sahaja memudahkan murid mengetahui harga makanan malah
nampak menarik jika dipamerkan.
4.5 Puan Noresah membacakan usul berkaitan kantin yang diberi oleh
ibubapa untuk dibentangkan semasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38
nanti. Usu tersebut ialah :
4.5.1 Menekankan aspek kebersihan diri untuk setiap pekerja kantin
terutama dari segi pemakaian.
4.5.2 Makanan yang dijual di kantin tidak bersesuaian.
4.5.3 Menyediakan laluan beratur untuk murid membeli makanan.
4.6 Encik Amirul menyatakan bahawa beliau akan membuat perubahan atas
segala saranan dan usul yang telah dikemukakan oleh guru-guru. Beliau
juga menjawab persoalan tentang stok kopi dan nescafe yang kadang-
kadang tidak mencukupi. Perkara ini berlaku disebabkan oleh urusan
pembelian stok dilakukan oleh abangnya yang kurang mahir dalam urusan
tersebut.
Tindakan : Pihak Kantin Sekolah
5.0 Hal-hal lain
5.1 Puan Baizura memberitahu bahawa tender kantin bersama syarikat JR
Enterprise akan tamat pada hujung tahun ini. Tender baru akan mula di
buat pada pertengahan tahun 2014.
Tindakan : GPK Hal Ehwal Murid
5.2 Puan Noresah sekali lagi menegaskan supaya pihak kantin dapat
memberi perkhidmatan yang terbaik bagi sepanjang tahun 2014.
3
6.0 Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengharapkan supaya ahli jawatankuasa kantin 2014 dan pihak
kantin dapat bekerjasama dan menjalankan tugas dengan baik untuk
kesejahteraan anak bangsa.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 petang.
Disediakan oleh,
MASLIZA BINTI MAZELAN
SU Kantin 2014
SK Dato’ Abu Bakar Baginda, Sepang
4