Mesyuarat ke-6 Majlis Biodiversiti Bioteknologi Negara Media/Press statement...1 kenyataan akhbar...

5
1 KENYATAAN AKHBAR Y.A.B. TAN SRI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA MESYUARAT MAJLIS BIODIVERSITI-BIOTEKNOLOGI NEGARA KE ENAM (MBBN6) 4 NOVEMBER 2009 Jemaah Menteri pada 9 Mei 2001 telah bersetuju supaya Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara (MBBN) ditubuhkan khusus bagi menyelaras perancangan pembangunan biodiversiti-bioteknologi Negara. MBBN dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri, 10 orang Menteri Persekutuan, Ketua Setiausaha Negara dan Peguam Negara. Mesyuarat-mesyuarat MBBN telah diadakan seperti berikut: MBBN-1 : 11 Disember 2001 MBBN-2: 23 Ogos 2002 MBBN-3: 4 April 2003 MBBN-4: 13 Januari 2005 MBBN-5: 29 September 2006. MBBN-6: 4 November 2009 2. Mesyuarat MBBN ke 6 dihadiri oleh YAB Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri dan YB Menteri-Menteri Persekutuan yang menjadi ahli kepada Majlis ini. Pada mesyuarat kali ini, MBBN 6 telah membincangkan beberapa perkara penting berkaitan dengan pengurusan biodiversiti di negara kita. Pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti yang efektif memerlukan rangka dasar yang lengkap dan disokong oleh penyelidikan dan inventori yang mantap. Maka dalam MBBN 6 ini perkara-perkara dasar berhubung perkara-perkara ini dibincangkan dengan panjang lebar.

Transcript of Mesyuarat ke-6 Majlis Biodiversiti Bioteknologi Negara Media/Press statement...1 kenyataan akhbar...

Page 1: Mesyuarat ke-6 Majlis Biodiversiti Bioteknologi Negara Media/Press statement...1 kenyataan akhbar y.a.b. tan sri muhyiddin bin hj mohd yassin timbalan perdana menteri malaysia mesyuarat

1

KENYATAAN AKHBAR

Y.A.B. TAN SRI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA MESYUARAT MAJLIS BIODIVERSITI-BIOTEKNOLOGI NEGARA KE ENAM

(MBBN6)

4 NOVEMBER 2009

Jemaah Menteri pada 9 Mei 2001 telah bersetuju supaya Majlis Biodiversiti-Bioteknologi

Negara (MBBN) ditubuhkan khusus bagi menyelaras perancangan pembangunan

biodiversiti-bioteknologi Negara. MBBN dianggotai oleh semua Menteri Besar dan

Ketua Menteri, 10 orang Menteri Persekutuan, Ketua Setiausaha Negara dan Peguam

Negara. Mesyuarat-mesyuarat MBBN telah diadakan seperti berikut:

MBBN-1 : 11 Disember 2001

MBBN-2: 23 Ogos 2002

MBBN-3: 4 April 2003

MBBN-4: 13 Januari 2005

MBBN-5: 29 September 2006.

MBBN-6: 4 November 2009

2. Mesyuarat MBBN ke 6 dihadiri oleh YAB Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua

Menteri dan YB Menteri-Menteri Persekutuan yang menjadi ahli kepada Majlis ini. Pada

mesyuarat kali ini, MBBN 6 telah membincangkan beberapa perkara penting berkaitan

dengan pengurusan biodiversiti di negara kita. Pengurusan dan pemuliharaan

biodiversiti yang efektif memerlukan rangka dasar yang lengkap dan disokong oleh

penyelidikan dan inventori yang mantap. Maka dalam MBBN 6 ini perkara-perkara

dasar berhubung perkara-perkara ini dibincangkan dengan panjang lebar.

Page 2: Mesyuarat ke-6 Majlis Biodiversiti Bioteknologi Negara Media/Press statement...1 kenyataan akhbar y.a.b. tan sri muhyiddin bin hj mohd yassin timbalan perdana menteri malaysia mesyuarat

2

3. Sebanyak 4 kertas pertimbangan dan 1 kertas makluman dibincangkan di MBBN

ke 6 seperti belikut:

Penyelarasan Semula Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara (MBBN) oleh

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) – Kertas MBBN Bil 1/6/2009

Mengarusperdanakan Biodiversiti ke dalam Pembangunan Negara Melalui Visi Bersama Mengenai Biodiversiti (A Common Vision on Biodiversity)

oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) – Kertas MBBN Bil: 2/6/2009

Pelan Tindakan Harimau Kebangsaan oleh Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar (NRE) – Kertas MBBN Bil: 3/6/2009

Pembangunan Pangkalan Data Spatial Bersepadu Biodiversiti Kebangsaan

oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) – Kertas MBBN Bil: 4/6/2009

Satu Kertas Makluman akan dibentangkan iaitu:

Status Pelaksanaan Inventori Biodiversiti oleh Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar (NRE) – Kertas MBBN Bil: 5/6/2009

4. Majlis telah bersetuju supaya nama Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara

dipinda kepada Majlis Biodiversiti Negara; dan urusan keurusetiaan bagi Majlis

Biodiversiti Negara diletakkan di bawah NRE. Rasional bagi penjenamaan semula MBBN

ialah kerana MOSTI telah mewujudkan Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (MPB) yang

dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri bagi melaksanakan Dasar Bioteknologi

Negara (2005) dan menentukan hala tuju serta strategi pembangunan bioteknologi

negara. Memandangkan Isu biodiversiti diuruskan NRE dan bioteknologi diuruskan oleh

MOSTI maka adalah wajar MBBN diselaraskan semula berdasarkan fungsi-fungsi kedua-

dua Menteri. Bagi mengelakkan berlaku pertindihan bidang kuasa dan terma rujukan di

antara MBBN dan MPB adalah disyorkan agar MBBN diberi penjenamaan semula

(rebranding).

Page 3: Mesyuarat ke-6 Majlis Biodiversiti Bioteknologi Negara Media/Press statement...1 kenyataan akhbar y.a.b. tan sri muhyiddin bin hj mohd yassin timbalan perdana menteri malaysia mesyuarat

3

5. Majlis juga semasa menimbang Kertas Pertimbangan ke-2, telah bersetuju

dengan cadangan Visi Bersama mengenai Biodiversiti (Common Vision on Biodiversity)

yang mana bertujuan untuk mengarusperdanakan (mainstream) biodiversiti dalam

pembangunan negara. Ini bermakna dalam segala sektor dan aktiviti berkaitan,

biodiversiti harus di ambil kira supaya pengurusan, pemuliharaan dan penggunaan

secara berkekalan sumber-sumber ini akan menjadi lebih mantap. Semua Kementerian,

Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan disarankan mengambil kira aspek pemuliharaan

biodiversiti dalam perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan

6. Majlis juga telah bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah Pusat

Biodiversiti Kebangsaan (PBK). Ini adalah selaras dengan Strategi IV Dasar

Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) iaitu memperkukuh rangka institusi bagi

pengurusan kepelbagaian biologi bagi memantapkan dan menyelaraskan pengurusan

dan pemuliharaan biodiversiti di negara ini.

7. Majlis juga telah bersetuju menerima pakai Pelan Tindakan Harimau Kebangsaan

(PTHK). Pelan tindakan ini merupakan satu pendekatan yang bersepadu bagi mengurus

dan memulihara spesies Harimau Belang agar ia tidak pupus memandangkan Harimau

Belang di Malaysia merupakan satu subspesies yang hanya dijumpai di negara ini,

Sekitar tahun 1950an, populasi spesies Harimau Belang di Semenanjung Malaysia

dianggarkan kira-kira 3,000 ekor. Namun angka ini telah menurun 450-500 ekor sahaja

pada masa kini.

8. PTHK ini adalah selaras dengan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan, 1998

yang mana antara lain menekankan kepentingan pemuliharaan spesies penting di

kawasan-kawasan perlindungan (in-situ conservation). Melalui PTHK, pengurusan

habitat Harimau Belang akan dapat diperkukuh dengan meningkatkan rangkaian koridor

dan kawasan perlindungan hidupan liar. Dalam hal ini, PTHK mensasarkan peningkatan

populasi Harimau Belang kepada 1,000 ekor menjelang tahun 2020 di dalam habitat

Page 4: Mesyuarat ke-6 Majlis Biodiversiti Bioteknologi Negara Media/Press statement...1 kenyataan akhbar y.a.b. tan sri muhyiddin bin hj mohd yassin timbalan perdana menteri malaysia mesyuarat

4

asalnya dan meningkatkan jaringan koridor kawasan perlindungan hidupan liar di

Malaysia.

9. Majlis telah bersetuju untuk memperkemas dan mengembangkan lagi Projek

Pembangunan Pangkalan Data Spatial Bersepadu Biodiversiti Kebangsaan ke seluruh

Semenanjung Malaysia (Fasa I) dan kawasan perintis di Sabah dan Sarawak (Fasa II) .

Pembangunan Pangkalan Data Spatial Bersepadu Biodiversiti Kebangsaan yang

berteraskan teknologi remote sensing dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) adalah

langkah yang lebih efektif bagi memperseimbangkan usaha pemuliharaan kekayaan

sumber biodiversiti dengan tekanan pembangunan negara yang pesat.

10. Majlis juga telah mengambil maklum akan usaha-usaha yang dijalankan oleh

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam menginventorikan kekayaan

biodiversiti di Malaysia. Inventori ini amat penting untuk kita mengetahui sebenarnya

kekayaan sumber biologi negara yang harus dipulihara dan mempunyai potensi untuk

digunakan secara berkekalan untuk menjana kekayaan baru.

11. Selain itu, saya juga telah meminta supaya penguatkuasaan dipertingkatkan

dengan kerjasama yang lebih erat di antara Kerajaan Negeri serta Jabatan

PERHILITAN dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi membendung

masalah pencerobohan ke kawasan=kawasan hutan serta pemburuan haram.

12. Saya juga telah meminta semua agensi meningkatkan program kesedaran awam

dan outreach mengenai biodiversiti melalui program Communication, Education and

Public Awareness (CEPA). Saya juga telah menyarankan supaya program CEPA

dijalankan dengan lebih selaras dengan menubuhkan satu jaringan (network) supaya

mengurangkan duplikasi dan meningkatkan penyampaian CEPA kepada golongan

sasaran.

13. Majlis hari ini telah membuat beberapa keputusan yang penting dalam usaha

Kerajaan untuk terus mengurus dan memulihara khazanah biodiversiti negara untuk

Page 5: Mesyuarat ke-6 Majlis Biodiversiti Bioteknologi Negara Media/Press statement...1 kenyataan akhbar y.a.b. tan sri muhyiddin bin hj mohd yassin timbalan perdana menteri malaysia mesyuarat

5

terus dinikmati oleh generasi akan datang dengan menggunakannya secara berkekalan

sebagai sumber kekayaan baru.