Mesyuarat kokurikulum bil.4 2013

5
Mesyuarat Kokurikulum bil.4 Tahun 2013 Tarikh: 13 / 10 / 2013 Masa: 3.00 Petang Tempat: Bilik Pengetua Pengerusi: Pn. Hjh Nuridah Amit Kehadiran 17/18 Kehadiran 1) Hjh Nuridah Amit (Pengetua) 2) En. Jusidin Kadsingin (GPK HEM) 3) En. Mohamad Salleh Somoh (Gpk Kokurikulum) 4) En. Ahmad Sobrie Kekijin 5) En. Junaidey Rubin 6) En. Suhairul Hablee 7) En. Ahadin Zainal 8) En. Mohd Jamil Sainan 9) En. Risman Junis 10) En. Razali Abdullah 11) Pn. Farisia Asadoi Tidak Hadir Bersebab 12) Pn. Siti Norlela Jiman 13) Pn. Haslinda Abdullah 14) Pn. Nor Amirah Kitta 15) Pn. Siti Salwa Gahamat 16) En. Aiezad Asni 17) Pn. Nurhidaya Ahmad 18) En. Madrisshafiee Tahiruddin

description

MINIT MESYUARAT KOKUM BIL 4 2013

Transcript of Mesyuarat kokurikulum bil.4 2013

 Mesyuarat Kokurikulum bil.4 Tahun 2013Tarikh: 13 / 10 / 2013Masa: 3.00 PetangTempat: Bilik PengetuaPengerusi: Pn. Hjh Nuridah Amit Kehadiran 17/18Kehadiran 1) Hjh Nuridah Amit (Pengetua)  2) En. Jusidin Kadsingin (GPK HEM)  3) En. Mohamad Salleh Somoh (Gpk Kokurikulum)  4) En. Ahmad Sobrie Kekijin  5) En. Junaidey Rubin  6) En. Suhairul Hablee  7) En. Ahadin Zainal  8) En. Mohd Jamil Sainan  9) En. Risman Junis  10) En. Razali Abdullah  11) Pn. Farisia Asadoi Tidak Hadir Bersebab 12) Pn. Siti Norlela Jiman  13) Pn. Haslinda Abdullah  14) Pn. Nor Amirah Kitta  15) Pn. Siti Salwa Gahamat  16) En. Aiezad Asni  17) Pn. Nurhidaya Ahmad  18) En. Madrisshafiee Tahiruddin

AGENDA 1

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Pengerusi juga 

mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru kerana berjaya menyempurnakan tugas-tugas 

kokurikulum pada tahun. 

Tindakan: Makluman

AGENDA 2

2.1 En. Junaidey mencadangkan supaya minit mesyuarat yang lepas disahkan disokong oleh En. 

Aiezad Asni. Minit mesyuarat yang lepas disahkan oleh Pn. Haslinda Abdullah

Tindakan: Guru PJK/Guru Sukan

AGENDA 3

3.1 GPK Koku mengatakan bahawa masih ada beberapa pelajar yang masih belum membeli pakaian 

seragam Pendidikan Jasmani. PK Hem mencadangkan supaya perkara ini dipercepatkan kerana perkara 

ini melibatkan keseragaman.

Tindakan: Guru PJK/Guru Sukan

3.2 GPK Hem mencadangkan supaya pelajar yang belum membeli pakaian Pendidikan Jasmani 

supaya diberikan tindakan disiplin.

Tindakan: Guru PJK/Guru Kelas/Guru Koperasi

3.2 GPK Kokum menjelaskan bahawa buku keluar masuk peralatan sukan/PJk sudah disediakan. GPK 

koku menegaskan kepada semua guru supaya mengisi buku tersebut setiap kali ada urusan keluar 

masuk peralatan.

Tindakan: Guru PJK/Guru Sukan/Guru Rumah Sukan

 

AGENDA 4

4.1  GPK Koku menegaskan supaya semua Persatuan, Badan Berunifom dan Sukan/Permainan perlu 

mengadakan mesyuarat Agung akhir tahun seperti ketetapan berikut :

4.1.1 Persatuan : 22.10.2013 (Selasa)

4.1.2 Badan Berunifom: 23.10.2013 (Rabu)

4.1.3 Sukan/Permainan :29.10.2013 (Selasa)

4.1.4 Masa: Selepas waktu persekolahan.

4.1.5 Agenda: Akan diedarkan kemudian.

Tindakan: Guru Penasihat

4.2  GPK Koku memohon kerjasama semua guru penasihat mengemaskini fail sebelum bercuti. Jika 

ada dalam kalangan guru-guru yang menyimpan fail masing-masing sila pindahkan maklumat ke dalam 

fail penyelaras yang telah disediakan dalam bilik Gerakan.

Tindakan: Guru Penyelaras/Guru Penasihat

4.3 GPK Koku juga menyeru kepada semua guru penasihat supaya menghantar dokumentasi 

pelaporan.  Guru-guru yang terlibat diminta menyerahkan dokumentasi sebelum cuti nanti. Kepada 

guru-guru yang telah berbuat demikian tahniah diucapkan.

Tindakan: Guru Penyelaras/Guru Penasihat

AGENDA 5

5.1 GPK Koku mengarahkan semua guru penasihat supaya menyerahkan markah kokurikulum 

kepada S/U kokurikulum .

Tindakan: Guru Penyelaras/Guru Penasihat

5.2 GPK Koku memohon kerjasama semua guru untuk mengemaskini fail . Pastikan semua fail 

mempunyai maklumat yg lengkap. Jika maklumat disimpan di tempat lain sila pindahkan ke dalam fail 

yang terdapat di bilik PK Kokurikulum.

Tindakan: Guru Penyelaras/Guru Penasihat

AGENDA 6

6.1 GPK Koku memohon kerjasama semua ketua penasihat supaya  menyediakan perancangan 

strategik selaras dengan pelan strategik kokurikulum sekolah serta merancang aktiviti 2014 dan 

menghantarnya kepada S/U Kokurikulum sebelum cuti bermula.

Tindakan: Guru Penyelaras/Guru Penasihat

6.2 GPK Koku juga menyarankan semua guru penasihat memasukkan “program”:

6.2.1 Menggilap permata sukan 

6.2.2  Menggilap permata ko akademik

Tindakan: Guru Penyelaras/Guru Penasihat

6.3 GPK Koku menegaskan kepada semua penasihat membuat semakan aktiviti sepanjang tahun 

2013 dan membuat penambahbaikan.

Tindakan: Guru Penyelaras/Guru Penasihat

6.4 GPK Koku mengucapkan ucapan tahniah kepada guru-guru penasihat PBSM dan PPIM kerana 

menjadi unit kokurikulum terbaik pada tahun 2013.

Tindakan: Makluman

Agenda 7

7.1 GPK Kokum menegaskan kepada guru penyelaras dan S/U Kokurikulum supaya mengemaskini 

markah kokurikulum bagi tahun 2013 bagi tujuan pemberian markah 10% IPTA.

Tindakan: Guru Penyelaras/Setiausaha Kokurikulum

 

Agenda 8

8.1 GPK Kokum menegaskan kepada semua guru penasihat supaya melaksanakan post mortem dan 

merancang penambahbaikan bagi tahun 2014.

Tindakan: Guru Penyelaras/Guru Penasihat

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.41 petang diakhiri dengan Surah Al-As dan tasbih Al-

Kaffarah.

 

Disediakan oleh:                                                                     Disahkan oleh:

…………………………………………                                   ………………………………………

(Cik Farisia Asadoi) (Mohamad Salleh Somoh)

Setiausaha Kokurikulum, GPK Koku

SMA Al-Irsyadiah Marakau. SMA Al-Irsyadiah Marakau

Tarikh: