MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

43
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH HILIR PERAK BILANGAN 2/2015 Tarikh : 30 Jun 2015 (Selasa) Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang Tempat : Dewan Alamanda, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak. Pengerusi : Tn. Hj. Zainal Abiddin bin Osman, AMN., AMP. Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak Kehadiran : 1. Tn. Hj. Zainal Abiddin bin Osman Ketua PPD 2. Tn. Hj. Mohd. Sahid bin Alias Timbalan PPD 3. En. Mat Hamdan bin Amin PPPD (Menengah) 4. Pn. Norshamsiah binti Hassan Basri PPPD Akademik/Kurikulum Bahasa 5. Tn. Hj. Mohammad Suhaimi bin Mansor PPPD HEM 6. En. Mohd Fadhli bin Mohamad Yusub PPPD Pembangunan dan Bekalan 7. Tn. Hj. Mohamad Daud bin Abdullah Pegawai Kaunselor Pentadbiran 8. En. Mohd. Azmin bin Samsudin PPPD Sains dan Matematik (M) 9. En. Sharifuddin bin Ali PPPD Vokasional & Teknik 10. En. Norazam bin Mat Isa PPPD Kurikulum (Kemanusiaan) 11. En. Zam Ma’mor bin Misiran@Misran PPPD Sains dan Matematik (R) 12. Pn. Noor Laila bt. Ishak PPPD Vokasional & Teknik (R) 13. En. Muhamad Rafangai bin Bardi PPPD Bahasa Inggeris (Rendah) 14. En. Mohd Syukri’Alsalam bin Musman PPPD Pendidikan Islam 15. Pn. Hjh. Tijah binti Shamsuddin Penyelia Pendidikan Islam 1

Transcript of MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

Page 1: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUMSEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH HILIR PERAK

BILANGAN 2/2015

Tarikh : 30 Jun 2015 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Dewan Alamanda, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.

Pengerusi : Tn. Hj. Zainal Abiddin bin Osman, AMN., AMP. Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak

Kehadiran :

1. Tn. Hj. Zainal Abiddin bin Osman Ketua PPD2. Tn. Hj. Mohd. Sahid bin Alias Timbalan PPD3. En. Mat Hamdan bin Amin PPPD (Menengah)4. Pn. Norshamsiah binti Hassan Basri PPPD Akademik/Kurikulum Bahasa5. Tn. Hj. Mohammad Suhaimi bin Mansor PPPD HEM6. En. Mohd Fadhli bin Mohamad Yusub PPPD Pembangunan dan Bekalan7. Tn. Hj. Mohamad Daud bin Abdullah Pegawai Kaunselor Pentadbiran8. En. Mohd. Azmin bin Samsudin PPPD Sains dan Matematik (M)9. En. Sharifuddin bin Ali PPPD Vokasional & Teknik10. En. Norazam bin Mat Isa PPPD Kurikulum (Kemanusiaan)11. En. Zam Ma’mor bin Misiran@Misran PPPD Sains dan Matematik (R)12. Pn. Noor Laila bt. Ishak PPPD Vokasional & Teknik (R)13. En. Muhamad Rafangai bin Bardi PPPD Bahasa Inggeris (Rendah)14. En. Mohd Syukri’Alsalam bin Musman PPPD Pendidikan Islam15. Pn. Hjh. Tijah binti Shamsuddin Penyelia Pendidikan Islam16. Tn. Hj. Ariffin bin Zakaria PPPD Penilaian & Peperiksaan 17. En. Mohd Syukri’Alsalam bin Musman PPPD Pendidikan Islam18. En. Mustaqim bin Derani Penyelia Penilaian & Peperiksaan19. En. Sofuan bin Idris PPPD Perolehan Aset20. En. Mat Salim bin Hussain PPPD Pembangunan Profesional21. Cik Norazlina binti Alias PPPD Prasekolah/Permata22. En. Mohd Ridzuan bin Mohd Saad PPPD Perhubungan23. En. Muhamad Munazir bin Mohamad PPPD Pengurusan Kualiti24. Tn. Hj. Mohamed Sapari bin Mohamed Arshad PPPD PBS25. En. Mustaqim bin Derani Penyelia Penilaian dan Peperiksaan26. En. Alias bin Sali Penyelia Kanan Pembangunan Sukan27. En. Sungip bin Markon Penyelia Sukan28. En. Mohd Fahmi bin Tajuid PPPD Kokurikulum29. En. Mohd Kamal bin Abdul Rahman PPPD B&K & Kerjaya Murid30. En. Mohd Rostam bin Badjan Penyelia Pend. Pencegahan Dadah31. En. Samsul Bahari bin Abdul Aziz Penyelia Pembangunan dan Bekalan32. En. Yoeh Cheang An Penyelia SJK Cina33. En. Kumaran a/l Perumal Penyelia SJK Tamil34. Tn. Hj. Nur Khuzaizi bin Md. Yusoff Penyelia Kanan HEM

1

Page 2: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

35. En. Marashin @ Hashim bin Mohammad Penyelia Sekolah Rendah36. En. Arzmi bin Mohd Ghazali Penyelia Pendidikan Swasta/ Khas37. En. Mohmad Shahrir bin Abdul Hadi Penyelia ICT38. En. Muhammad Yusuf bin Zakaria Penyelia HEM39. En. Muhammad Fadzli bin Mat Zain PPPD ICT40. Tn. Hj. Hishamuddin bin Dahalan PPPD Pendidikan Khas41. En. Kamal bin Abdul Rahman PPPD Kaunseling & Kerjaya Murid42. En. Mohd. Sidek Al-Munadi bin Abdul Razak PPPD KGSK/ GSTT/ GG43. En. Mustafa Kamal bin Mohd Danan Penyelia Kokurikulum44. En. Abdul Nasser bin Abdul Majeed Pegawai FasiLINUS (B. Malaysia)45. Tn. Hj. Mohamed Huzori bin Mohamed Salleh Pegawai FasiLINUS (B. Malaysia)46. Pn. Suazlina binti Salbani Pegawai FasiLINUS (B. Malaysia)47. En. Ahmad Nazamuddin bin Abi Madian Pegawai FasiLINUS (Numerasi)48. Pn. Norlaila binti Mohd Pegawai FasiLINUS (Numerasi)49. En. Navin Dave a/l Sreenivasan Pegawai FasiLINUS (B. Inggeris)50. Pn. Komlah a/p Perumal Pegawai FasiLINUS (B. Inggeris)51. Pn. Azua Biyanti binti Baharuddin Pegawai FasiLINUS (B. Inggeris)52. En. Mohd Norhaffiz bin Noor Aini Pegawai FasiLINUS (Numerasi)53. Dr. Devan V Rajaram SIP+54. Tn. Hj. Abd. Rahim bin Ahmad SIP+55. En.Shuibun bin Hamid SIP+56. En. Mohd Helmi bin Musa SISC+ (BM Menengah)57. En. Mohd Zulkhairi bin Mahmud SISC+ (BM Rendah)58. En. Mahayuddin bin Ibas SISC+ (BM Rendah)59. En. Sajali bin Hashim SISC+ (Matematik Rendah)60. Dr. Abd. Hamid bin Abu Bakar SISC+ (BM Rendah)61. En. Mohd Basri bin Nasdor SISC+ (Matematik Rendah)62. En. Mohd Ridzwan bin Mahmud SISC+ (Matematik Rendah)63. Cik Ewe Choy Choo SISC+ (BI Menengah)64. Pn. Umi Samra binti Md. Saidan SISC+ (BI Rendah)65. Pn. Yoo Bee Lay SISC+ (BI Rendah)66. Pn. Suraiya bt. Osman SISC+ (BI Rendah)67. Pn. Paramaswari a/p Sarathee SISC+ (BI Rendah)68. Cik Hjh. Hajar Fatimah bt. Hj. Mohd Ali SISC+ (BI Rendah)69. Pn. Hjh. Noraini bt. Hasbollah YDP Majlis Guru Cemerlang 70. En. Ahmad Fuad bin Esa NYDP Majlis Guru Kaunseling 71. En. Mohd Fairus bin Mohd Ismail Wakil Ketua PKG Hilir Perak 72. Semua Pengetua Daerah Hilir Perak73. Semua Guru Besar Daerah Hilir Perak

Urus Setia :

1. En.Mohd Faizul Hafiz bin A.Razak PPPD Bahasa Melayu (Rendah)2. Tn. Hj. Ahmad Faisal bin Zakaria PPPD Bahasa Melayu (Menengah)3. En. Faddil Azhar bin Mat Pegawai FasiLINUS (Literasi)

2

Page 3: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana hadir dan menyatakan kesyukuran atas kesempatan yang diberikan Illahi.

1.1 Pengerusi mencucapkan takziah kepada En. Johari bin Shaarani (Guru Besar SK Sungai Tungku) kerana kematian isteri.

Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi memaklumkan Perhimpunan Tribulanan dan Jamuan Hari Raya Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan diadakan pada 23 Julai 2015.

Tindakan : Makluman

1.3 Pengerusi memperkenalkan Guru Besar SK Ulu Bernam iaitu En.Abdullah bin Mat Johari.

Tindakan : Makluman

1.4 Pengerusi mengucapkan tahniah atas perlantikan Tn.Hj Mohamed Yussof bin Mohd Syarie sebagai YDP Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) dan En. Zainal bin Bahari sebagai YDP Majlis Guru Besar (MGB).

Tindakan : Makluman

1.5 Pengerusi meminta semua Pengetua Guru Besar (PGB) memanfaatkan setiap bahan yang dibekalkan ketika mesyuarat untuk kegunaan di sekolah. PGB juga perlu memastikan bahan-bahan edaran seperti kertas maklumat dan kertas program disediakan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum di sekolah .

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

1.6 Pengerusi meminta PGB memastikan guru-guru menggunakan Buku Contoh Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dibekalkan.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

1.7 Falsafah Kurikulum Kebangsaan adalah teras kepada pergerakan kurikulum khususnya di sekolah.

Tindakan : Makluman

3

Page 4: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

1.8 Pengerusi meminta PGB menguasai semua program yang perlu dilaksanakan di sekolah iaitu:

1.8.1 Program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti LINUS, KBAT, FROG VLE dan KSSR.

1.8.2 Program Jabatan Pendidikan Negeri Perak iaitu Program Early Warning System (EWS).

1.8.3 Program PPD iaitu AKAR dan ALUSS.

1.8.4 Program sekolah yang melibatkan semua program intervensi yang dirancang di peringkat sekolah.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

1.9 PGB perlu menguasai semua perkara berkaitan Peperiksaan Awam iaitu Peperiksaan UPSR, PT3, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

1.10 Pengerusi mamaklumkan bahawa semua program di bawah District Tranformation Programme (DTP) adalah bertujuan meningkatkan prestasi PPD dan JPN dengan mengutamakan Audit Akademik Berfokus.

Tindakan : Makluman

1.11 Program-program Intervensi yang dianjurkan PPD bagi tahun 2015 ialah:

1.11.1 Pemantauan dan bimbingan bersepadu

1.11.2 Memantapkan pengurusan Headcount dan Post Mortem

1.11.3 Memperkasakan panitia mata pelajaran

1.11.4 Meningkatkan kualiti guru melalui Guru Cemerlang dan Guru

1.11.5 Program Jiran Cemerlang dan Projek AKAR , ALUSS

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

4

Page 5: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

1.12 Pengerusi menerangkan 10 Step to Sucsess iaitu:

i. Define Visionii. Prepare

iii. Take Controliv. Get startedv. Build Your Team

vi. Learn To Leadvii. Earn Respect

viii. Engage With Peopleix. Gain in Edgex. Go To Extra Mile

Tindakan : Makluman

1.13 PGB perlu bijak mencungkil bakat yang ada pada setiap guru. Hal ini kerana, ada antara guru yang tidak menonjolkan diri walaupun mempunyai kebolehan besar dalam pelbagai perkara.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

1.14 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada SK Khir Johari yang menjadi johan Pertandingan Reka Cipta Mural bahan-bahan terpakai Yeo’s dan SK Selekoh yang menjadi Naib Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Tindakan : Makluman

1.15 Pengerusi menerangkan peranan utama PGB iaitu:

1.15.1 Memastikan semua guru mengadakan sesi PdP berkualiti. PdP merupakan satu proses yang komprehensif dan rumit serta memerlukan komitmen tinggi daripada semua guru.

1.15.2 Melakukan Post Mortem selepas selesai setiap ujian. Post Mortem perlu dilakukan berdasarkan data dan analisis yang diperolehi.

1.15.3 Menjalankan dialog prestasi setiap mata pelajaran melibatkan semua guru yang mengajar .

5

Page 6: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

1.15.4 Mengadakan Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) iaitu:

i. Mengenal pasti kumpulan murid sasaranii. Mengenal pasti faktor yang menjadi punca masalah

iii. Menyenaraikan cadangan intervensiiv. Memberi keutamaan dalam intervensiv. Menyediakan Pelan Tindakan

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

1.16 Pengerusi meminta PGB berusaha keras ke arah tahap pencapaian optimum sekolah. Ke arah itu, PGB perlu:

i. Tahu tahap kerja semua guruii. Tahu akan sikap semua guru terhadap kerja

iii. Tahu akan kemampuan guru untuk melaksanakan kerjaiv. Bijak menggerakkan semua guru untuk bekerjav. Berani atau punya tekad memaksa guru untuk bekerja

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

1.17 Pengerusi juga meminta semua PGB mengambil langkah-langkah berikut bagi mencapai matlamat organisasi mencapai kecemerlangan iaitu:

i. Cekap dan cepat melakukan kerjaii. Cekap dan bijak menilai kerja guru

iii. Tegas dengan pendirian kerjaiv. Memastikan semua guru bekerjav. Berani menegur kelemahan guru dan membetulkan kerja guru

vi. Mampu membimbing dan menunjuk ajar guruvii. Menghargai guru atas apa yang telah disumbangkan kepada

sekolahviii. Sentiasa membuat perancangan

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

6

Page 7: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

1.18 Ke arah mengembangkan potensi individu, Pengerusi meminta semua PGB mengambil berat akan semua perkara berikut iaitu:

i. Meletakkan sasaran kerja yang tinggiii. Berusaha keras untuk mencapai sasaran kerja

iii. Yakin dan optimis mampu mencapai kejayaaniv. Membentuk pasukan kerjav. Membudayakan kerja berpasukan

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

1.19 Dalam menghadapi situasi kritikal sebelum sesuatu peperiksaan awam dijalankan, Pengerusi meminta semua PGB memastikan wujudnya Sense of Urgency (SOU), Sense of Belonging (SOB) dan Sense of Direction (SOD) agar semua pihak di sekolah berada dalam kesiapsiagaan yang optimum.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

1.20 Pengerusi meminta semua PGB bertindak dengan betul dalam menghadapi sesuatu situasi. PGB juga perlu bekerja keras dan terancang selain memiliki jiwa kental untuk mencapai sesuatu matlamat.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

1.21 Pengerusi meminta semua PGB peka terhadap arahan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang meminta setiap sekolah menjalankan dua waktu PdP menggunakan Frog VLE pada setiap hari.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

1.22 Pengerusi meminta PGB memastikan Mesyuarat Kurikulum di sekolah dijalankan dengan sempurna. Ke arah itu, perkara-perkara berikut perlu dilakukan iaitu:

i. Setiap mesyuarat perlu ada maklum balas daripada ahliii. Mesyuarat majlis tertinggi perlu diadakan lebih kerap

iii. Semua guru perlu ada Ring File untuk menyimpan setiap minit mesyuarat yang telah dijalankan untuk rujukan

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

7

Page 8: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

2.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH HILIR PERAK BIL.1/2015

Pengerusi membentangkan minit mesyuarat tersebut.

2.1 Dicadang oleh: Pn.Hjh Norlian bt L.Abdullah

2.2 Disokong oleh: En. Sabri b. Khalid

3.0 PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH HILIR PERAK BIL 1/2015

3.1 PERKARA BERBANGKIT

3.1.1 En. Norazam bin Mat Isa memberikan pencerahan mengenai perkara 4.4.6 iaitu ujian SEGAK melibatkan murid dari Tahun 4 hingga

Tingkatan 5 dan bukan Tahun 4 dan Tingkatan 5 seperti yang dinyatakan.

3.1.2 Maklum Balas Minit – Semua PGB telah memberi maklum balas bagi perkra-perkara berkaitan tindakan untuk tindakan mesyuarat.

4.0. PEMBENTANGAN PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PPT) UPSR DAN SPM TAHUN 2015 OLEH PN. NORSHAMSIAH BINTI HASSAN BASRI, PENOLONG PPD AKADEMIK/KURIKULUM BAHASA

4.1. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN UPSR 2015

4.1.1 Beliau membentangkan pencapaian adalah seperti yang berikut :

Kualiti : 85 orangKuantiti : 1817 orangGred Purata Daerah : 2.55

Tindakan : Makluman

4.1.2 Beliau menjelaskan pencapaian tidak mencapai OTI 2 seperti berikut :

Kualiti : 472 orangKuantiti : 2370 orangGred Purata Daerah : 2.16

Tindakan : Makluman

8

Page 9: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

4.1.3 Beliau juga menjelaskan melalui EWS, pencapaian daerah masih berada dalam warna merah iaitu kritikal.

Tindakan : Makluman

4.1.4 Secara keseluruhan, pencapaian Sekolah Kebangsaan Tahun 2015 lebih rendah berbanding pencapaian Tahun 2014. Beliau membentangkan pencapaian Tahun 2015 seperti yang berikut :

Bilangan murid : 1946 orangKualiti : 53 orang (2.72%)Kuantiti : 1128 orang (57.97%)GPS : 2.56

Tindakan : Makluman

4.1.5 Pencapaian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pada Tahun 2015 lebih rendah berbanding Tahun 2014. Beliau membentangkan pencapaian Tahun 2015 seperti yang berikut :

Bilangan murid : 730 orangKualiti : 20 orang (2.74%)Kuantiti : 461 orang (63.15%)GPS : 2.43

Guru Besar hendaklah melihat potensi murid untuk bergerak ke arah semua A.

Tindakan : Semua Guru Besar SJKC

4.1.6 Beliau menjelaskan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pula mencapat pencapaian lebih baik berbanding Tahun 2014 seperti yang berikut :

Bilangan murid : 382 orangKualiti : 12 orang (2.72%)Kuantiti : 220 orang (57.97%)GPS : 2.59

Guru Besar hendaklah melihat kepada mata pelajaran kritikal iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Pemahaman.

Tindakan : Semua Guru Besar SJKT

9

Page 10: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

4.1.7 Beliau telah menyenaraikan 15 sekolah terbaik dalam PPT UPSR 2015 dalam kategori :

4.1.7.1. Gred Purata Sekolah

i. SJKT Ladang Sungai Timahii. SJKT Bagan Datoh

iii. SJKC Yee Hwaiv. SK Hutan Melintangv. SK Simpang Tiga

vi. SK Sungai Batangvii. SJKT Ladang Teluk Bharu

viii. SJKC Hwa Nanix. SJKT Ladang Strashmashiex. SK Khir Johari

xi. SJKC Pelawanxii. SK Sungai Durian

xiii. SK Sungai Balaixiv. SK Conventxv. SJKT Ladang Sabrang

Tindakan : Makluman

4.1.7.2. Kuantiti

10

Page 11: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

i. SK Matang Kundaii. SK Sungai Batang

iii. SJKT Ladang Sungai Timahiv. SJKT Ladang Sabrangv. SJKT Ladang Kuala Ulu Bernam

vi. SJKT Ladang Strashmashievii. SJKT Ladang Ulu Bernam 2

viii. SK Khir Johariix. SK Sungai Pulaux. SJKT Ladang Teluk Bharu

xi. SK Sungai Nipahxii. SK Sungai Balai

xiii. SK Hutan Melintangxiv. SK Sungai Tiang Barohxv. SK Permatang

Tindakan : Makluman

4.1.7.3. Kualiti

i. SJKC Pelawanii. SK Sungai Batang

iii. SJKT Bagan Datohiv. SK Hutan Melintangv. SK Sungai Betul

vi. SJKT Natesa Pillayvii. SJKT Ladang Flemington

viii. SJKT Ladang Kamatchyix. SK Sungai Balaix. SK Sungai Keli

xi. SK Sungai Rusaxii. SK Seri Baru

xiii. SK Sungai Nipahxiv. SK Conventxv. SJKC Phooi Yong

Tindakan : Makluman

11

Page 12: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

4.1.7.4 Beliau membentangkan pencapaian Near Miss A seramai 49 orang bagi Sekolah Kebangsaan seperti yang

berikut :

i. Bahasa Melayu Kefahaman 0 orangii. Bahasa Melayu Penulisan 7 orang

iii. Bahasa Inggeris 24 orangiv. Matematik 9 orangv. Sains 9 orang

Tindakan : Makluman

4.1.7.5 Seterusnya, beliau membentangkan pencapaian Near Miss C seramai 269 orang bagi Sekolah Kebangsaan seperti yang berikut :

i. Bahasa Melayu Kefahaman 1 orangii. Bahasa Melayu Penulisan 8 orang

iii. Bahasa Inggeris 38 orangiv. Matematik 182 orangv. Sains 40 orang

Tindakan : Makluman

4.1.7.6 Selain itu, beliau membentangkan pencapaian Near Miss A seramai 17 orang bagi Sekolah Jenis Kebangsaan

Cina seperti yang berikut :

i. Bahasa Melayu Kefahaman 4 orangii. Bahasa Melayu Penulisan 6 orang

iii. Bahasa Inggeris 4 orangiv. Matematik 0 orangv. Sains 0 orang

vi. Bahasa Cina Kefahaman 0 orangvii. Bahasa Cina Penulisan 3 orang

Tindakan : Makluman

12

Page 13: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

4.1.7.7 Beliau membentangkan pencapaian Near Miss C seramai 44 orang bagi Sekolah Jenis Kebangsaan

Cina seperti yang berikut :

i. Bahasa Melayu Kefahaman 8 orangii. Bahasa Melayu Penulisan 14 orang

iii. Bahasa Inggeris 13 orangiv. Matematik 3 orangv. Sains 1 orang

vi. Bahasa Cina Kefahaman 2 orangvii. Bahasa Cina Penulisan 3 orang

Tindakan : Makluman

4.1.7.8 Seterusnya, beliau membentangkan pencapaian Near Miss A seramai 4 orang bagi Sekolah Jenis Kebangsaan

Tamil seperti yang berikut :

i. Bahasa Melayu Kefahaman 1 orangii. Bahasa Melayu Penulisan 1 orang

iii. Bahasa Inggeris 0 orangiv. Matematik 1 orangv. Sains 1 orang

vi. Bahasa Tamil Kefahaman 0 orangvii. Bahasa Tamil Penulisan 0 orang

Tindakan : Makluman

4.1.7.9 Beliau membentangkan pencapaian Near Miss C seramai 26 orang bagi Sekolah Jenis Kebangsaan

Tamil seperti yang berikut :

13

Page 14: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

i. Bahasa Melayu Kefahaman 10 orangii. Bahasa Melayu Penulisan 3 orang

iii. Bahasa Inggeris 3 orangiv. Matematik 8 orangv. Sains 1 orang

vi. Bahasa Tamil Kefahaman 0 orangvii. Bahasa Tamil Penulisan 2 orang

Tindakan : Makluman

4.1.7.10 Selain itu, beliau membentangkan bilangan potensi murid gred D ke gred C iaitu julat markah antara 30 -39 markah mengikut aliran. Bagi Sekolah Kebangsaan, bilangan murid tersebut adalah seramai 910 orang mengikut pecahan mata pelajaran seperti yang berikut :

i. Bahasa Melayu Pemahaman 101 orangii. Bahasa Melayu Penulisan 89 orang

iii. Bahasa Inggeris 264 orangiv. Matematik 227 orangv. Sains 229 orang

Tindakan : Makluman

4.1.7.11 Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, bilangan potensi murid gred D ke gred C iaitu julat markah antara 30-39 markah adalah seramai 300 orang seperti yang berikut :

14

Page 15: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

i. Bahasa Melayu Pemahaman 89 orangii. Bahasa Melayu Penulisan 43 orang

iii. Bahasa Inggeris 10 orangiv. Matematik 43 orangv. Sains 43 orang

vi. Bahasa Cina Pemahaman 25 orangvii. Bahasa Cina Penulisan 47 orang

Tindakan : Makluman

4.1.7.12 Bilangan potensi murid gred D ke gred C iaitu julat markah antara 30-39 markah bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil adalah seramai 232 orang seperti pecahan yang di bawah :

i. Bahasa Melayu Pemahaman 51 orangii. Bahasa Melayu Penulisan 22 orang

iii. Bahasa Inggeris 41 orangiv. Matematik 28 orangv. Sains 18 orang

vi. Bahasa Tamil Pemahaman 55 orangvii. Bahasa Tamil Penulisan 17 orang

Tindakan : Makluman

4.1.7.13 Beliau juga membentangkan perbandingan pencapaian sekolah bandar dan sekolah luar bandar kategori sekolah rendah adalah seperti yang berikut :

4.1.7.13.1 Aspek kualiti, pencapaian bandar lebih baik daripada luar bandar iaitu

jurang sebanyak 1.18 %.

4.1.7.13.2 Aspek kuantiti, pencapaian bandar lebih baik daripada luar

bandar iaitu jurang sebanyak 2.14 %.

4.1.7.13.3 Dari segi Gred Purata Sekolah (GPS), pencapaian luar bandar lebih baik

daripada bandar dengan jurang sebanyak 0.05.

15

Page 16: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

Tindakan : Makluman

4.2 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2015

4.2.1 Beliau membentangkan pencapaian dari segi kualiti, kuantiti dan Gred Putara Daerah. Pencapaian kualiti adalah seramai 28 orang (0.92%), pencapaian kuantiti adalah seramai 2087 orang (68.54%). Manakala, Gred Purata Daerah adalah 6.15.

Tindakan : Makluman

4.2.2 Beliau juga membentangkan perbandingan pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun Tahun 2015 dengan Tahun 2014 adalah meningkat.

Tindakan : Makluman

4.2.3 Beliau membentangkan senarai nama sekolah mengikut kumpulan pencapaian Gred Purata Sekolah seperti yang berikut :

4.2.3.1 Lebih daripada 7.0 (4 sekolah)

i. SMK Ulu Bernam 7.02ii. SMK Rungkup 7.03

iii. SMK Saint Anthony 7.15iv. SMK Hutan Melintang 7.43

4.2.3.2 Antara 6.0 – 6.9 (11 sekolah)

i. SMK Horley Methodist 6.37ii. SMK Abdul Rahman Talib 6.40

iii. SMK Seri Kandi 6.43iv. SMK Tun Abdul Razak 6.47v. SMK Seri Perkasa 6.54

vi. SMK Seri Setia 6.69vii. SMK Seri Muara 6.72

viii. SMK Raja Muda Musa 6.81ix. SMK Sungai Manik 6.87x. SMK Khir Johari 6.86

xi. SMK Dato’ Sagor 6.85

16

Page 17: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

4.2.3.3 Antara 5.0 – 5.9 (6 sekolah)

i. SMA Al-Ulum Al-Syari’yyah 5.12ii. SM Sains Bagan Datoh 5.46

iii. SMK Sultan Abdul Aziz 5.58iv. SMK San Min 5.58v. SMK Seri Perak 5.92

vi. SMK Sultan Abdullah 5.97

4.2.3.4 Antara 4.0 – 4.9 (2 sekolah)

i. SMK Convent 4.53ii. SM Sains Teluk Intan 4.65

4.2.3.5 Beliau juga membentangkan senarai sekolah-sekolah Near Miss Kecemerlangan seperti yang berikut :

i. SM Sains Teluk Intan 1ii. SMA Al-Ulum Al-Syariyaah 1

iii. SMK Convent 12iv. SMK Dato’ Sagor 1v. SMK Horley Methodist 1

vi. SMK Hutan Melintang 1vii. SMK Rungkup 1

viii. SMK San Min 2ix. SMK Sultan Abdul Aziz 5x. SMK Sultan Abdullah 1

xi. SMK Tun Abdul Razak 2

4.2.3.6 Seterusnya, beliau membentangkan empat mata pelajaran dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun SPM Tahun

2015 seperti yang berikut :

4.2.3.6.1 Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS)

i. Bahasa Melayu 4.94ii. Sejarah 5.28

iii. Bahasa Inggeris 6.19

17

Page 18: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

iv. Matematik 6.81

4.2.3.6.2 Kualiti

i. Bahasa Melayu 963 (10.8%)ii. Sejarah 837

(9.3%)iii. Bahasa Inggeris 416 (4.7%)iv. Matematik 448 (5.0%)

4.2.3.6.3 Lulus

v. Bahasa Melayu 2292 (76.8%)vi. Sejarah 2259

(75.3%)vii. Bahasa Inggeris 1916 (64.5%)

viii. Matematik 1421 (47.8%)

4.2.3.6.4 Gagal

i. Bahasa Melayu 691 (23.2%)ii. Sejarah 740

(24.7%)iii. Bahasa Inggeris 1053 (35.5%)iv. Matematik 1550 (52.2%)

Tindakan : Makluman

4.2.3.7 Selain itu, beliau juga membentangkan pelan intervensi Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk

peningkatan pencapaian semua peperiksaan awam seperti yang berikut :

i. Jiran Cemerlangii. Turun Bantu Sentuhan Emas

iii. Program PPD Prihatiniv. Projek AKAR dan ALUSS

Pengetua dan Guru Besar hendaklah sentiasa peka dengan semua program yang dirancang oleh pihak PPD

18

Page 19: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

Hilir Perak dan sentiasa bekerjasama dalam menjayakan program- program tersebut demi meningkatkan pencapaian peperiksaan awam.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

4.2.3.8 Beliau juga menjelaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar hendaklah sentiasa peka dengan pelaksanaan

Headcount di sekolah. Setiap guru perlu membuat analisis item bagi setiap mata pelajaran untuk mencari isu.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

4.2.3.9 Semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengadakan audit akademik peringkat sekolah yang memberi

fokus kepada pencapaian akademik dengan menggunakan analisis peperiksaan semasa melalui panitia masing-masing.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

4.2.3.10 Pengetua dan Guru Besar hendaklah menyediakan bank soalan Projek AKAR dan ALUSS bagi setiap mata

pelajaran agar dapat memastikan item soalan adalah mengikut standard yang tepat.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

4.3. PEMBENTANGAN ALAMAN TERBAIK : SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN PASIR OLEH EN. RAMLI BIN BAJURI, GURU BESAR SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN PASIR

4.3.1 Beliau menjelaskan bahawa penanda aras dijalankan adalah untuk Band SKK, ANNEX dan pendedahan ilmu dan pengalaman.

Tindakan : Makluman

4.3.2 Beliau membentangkan hasil dapatan lawatan penanda aras ke Negeri Johor Darul Takzim seperti yang berikut :

19

Page 20: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

i. pengorbanan guru mengadakan kelas insentif pada waktu malam.ii. kecemerlangan budaya sekolah pemangkin visi sekolah.

iii. murid menjadi duta sekolah dalam sesi dialog.iv. persembahan berimpak tinggi hasil perkongsian pandangan dengan

SMK Seni Malaysia Johor.

Tindakan : Makluman

4.3.3 Selain itu, beliau juga membentangkan hasil dapatan lawatan penanda aras ke Negeri Kedah Darul Aman seperti yang berikut :

i. penglibatan sarana PIBG membantu kecemerlangan sekolah.ii. gaya kepimpinan menentukan hala tuju sekolah.

iii. kepelbagaian maksimum murid mencerminkan wajah sekolah.

Tindakan : Makluman

4.3.4 Seterusnya, beliau membentangkan hasil dapatan lawatan penanda aras ke SK Minden Height seperti yang berikut :

i. gaya kepimpinan teras kecemerlangan sekolah.ii. panitia membantu merealisasikan kecemerlangan sekolah.

iii. pelaksanaan PdP melalui modul pembelajaran.iv. ETOS sekolah iaitu pada waktu PdP menggunakan Bahasa Melayu

sepenuhnya dan di luar waktu PdP, menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya.

Tindakan : Makluman

4.3.5 Beliau juga membentangkan hasil dapatan lawatan penanda aras ke Universiti Sains Malaysia seperti yang berikut :

i. kesediaan memberi komitmen yang padu bagi merealisasikan visi menjadi sekolah berprestasi tinggi.

ii. perkongsian maklumat dan ilmu kepada warga sekolah.iii. bersedia menjadi penganjur program peringkat antarabangsa.

Tindakan : Makluman

20

Page 21: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

4.3.6 Beliau telah membuat rumusan untuk mengangkat SK Chikus ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi seperti yang berikut :

i. Menimba ilmu, pengalaman dan keyakinan ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi.

ii. Mengurus tadbir sekolah yang lebih cemerlang.iii. Berkongsi idea ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi.

Tindakan : Makluman

4.4 PEMBENTANGAN PENCAPAIAN GURU : PROGRAM PENINGKATAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA OLEH PN. KASMAYATI BIN KATIMAN, PENOLONG KANAN PENTADIBRAN SMK SERI PERKASA

4.4.1 Beliau menjelaskan kecemerlangan Pendidikan Islam dalam Sijil Pelajaran Malaysia dapat dibuktikan melalui peningkatan dalam

kualiti dan kuantiti.

Tindakan : Makluman

4.4.2 Peningkatan dalam kualiti dapat dijelaskan seperti yang di bawah :

i. Tahun 2010 17 orang 18.0%ii. Tahun 2011 28 orang 26.2%

iii. Tahun 2012 27 orang 32.5%iv. Tahun 2013 27 orang 33.3%v. Tahun 2014 39 orang 52.0%

Tindakan : Makluman

4.4.3 Manakala peningkatan dalam kuantiti dapat dijelaskan seperti yang di bawah :

i. Tahun 2010 88.9%ii. Tahun 2011 93.4%

iii. Tahun 2012 97.5%

21

Page 22: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

iv. Tahun 2013 95.0%v. Tahun 2014 97.3%

Tindakan : Makluman

4.4.4 Beliau menjelaskan bahawa Panitia Pendidikan Islam telah merangka program kecemerlangan Pendidikan Islam dalam tiga Fasa iaitu Fasa 1 : November – Mei, Fasa 2 : Jun – September dan Fasa 3 : Oktober - November.

4.4.4.1 Fasa 1 : November – Mei

4.4.4.1.1 Dalam Fasa ini, bermula dengan cuti akhir tahun. Dalam cuti tersebut, semua pelajar tingkatan empat akan mengikuti program Hafazan iaitu mengulang kaji ayat tingkatan empat dan menguasai ayat-ayat tingkatan lima.

4.4.4.1.2 Selain itu, mengulang kaji topik-topik tingkatan empat melalui set soalan format SPM.

4.4.4.1.3 Bermula Januari hingga Mei, program Jom Audit Hafazan dan target 90% sukatan pelajaran telah dipelajari sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun dijalankan. Selain itu, latihan minima dan latihan soalan aras tinggi diberikan kepada para pelajar.

4.4.4.1.4 Pada bulan Mac, diadakan program Klinik Jawi dan Bersama Pakar Tajwid diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar.

Tindakan : Makluman

4.4.4.2 Fasa 2 : Jun - September

22

Page 23: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

4.4.4.2.1 Sepanjang Fasa kedua ini semua pelajar HALUS akan diberi bimbingan klinikal untuk lulus menerusi program Pelajar Angkat. Manakala, pelajar sasaran A akan diberi motivasi individu dan bimbingan klinikal.

4.4.4.2.2 Dalam fasa ini juga, Dialog Prestasi dalam tiga kumpulan sasaran dijalankan iaitu kumpulan pentadbir dengan guru, pentadbir, guru dengan murid dan guru dengan waris.

Tindakan : Makluman

4.4.4.3 Fasa 3 : Oktober - November

4.4.4.3.1 Fasa ini merupakan Program Sentuhan Kasih iaitu melalui bimbingan klinikal, Pembimbing Rakan Sebaya dan jadual anjal.

4.4.4.3.2 Dalam fasa ini juga akan dijalankan sesi perbincangan untuk melihat keberkesanan kaedah lalu dan mencari alternatif.

4.4.4.3.3 Program-program peningkatan juga masih diteruskan seperti program pengukuhan dan program sasaran Skor Tajwid, Jawi dan Hafazan.

Tindakan : Makluman

4.5 PEMBENTANGAN PENCAPAIAN GURU : INOVASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdP) OLEH EN. ROMIZAL AMIR BIN ROSDI, GURU SMK SERI SETIA

23

Page 24: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

4.5.1 Beliau membentangkan satu inovasi dalam PdP yang telah diguna pakai di SMK Seri Setia yang diberi nama The First “Green Screen Studio” For Teaching and Learning In Malaysia.

Tindakan : Makluman

4.5.2 Inovasi ini terhasil apabila beliau telah menyenaraikan empat isu utama iaitu :

i. Lack of reference materialsii. Limited classroom time in school

iii. Students do not attend schooliv. Inexperienced new teachers

Tindakan : Makluman

4.5.3 Beliau menjelaskan bahawa inovasi yang dihasilkan adalah berkonsepkan Record Video iaitu semasa proses rakaman PdP berlangsung. Selepas itu, proses replay, copy dan share akan berlaku. Ini memudahkan para pelajar membuat ulang kaji di rumah.

Tindakan : Makluman

4.5.4 Beliau juga menjelaskan bahawa inovasi ini telah dijalankan sejak Tahun 2009 dan berlaku penambahbaikan untuk kepentingan para pelajar. Penambahbaikan telah dibuat pada Tahun 2011 dan diteruskan hingga Tahun 2015.

Tindakan : Makluman

4.5.5 Beliau juga telah menayangkan Green Screen Studio di SMK Seri Setia. Beliau telah mempelawa kepada semua Pengetua dan Guru Besar untuk hadir dan melihat sendiri studio tersebut pada bila-bila masa. Beliau amat berharap lawatan dari Pengetua dan Guru Besar Daerah Hilir Perak kerana

24

Page 25: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

studio tersebut telah dilawati oleh sekumpulan pegawai BTPN Negeri Sembilan.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

4.5.6 Beliau menjelaskan bahawa inovasi ini berfungsi dalam :

i. membantu pelajar yang tidak hadir untuk mengulang kaji topik yang tertinggal.

ii. bebanan guru untuk mengadakan kelas tambahan berkaitan topik yang belum dikuasai oleh pelajar.

iii. memotivasikan pelajar dengan penggunaan teknologi moden untuk mengulang kaji pelajaran.

iv. Mendidik para pelajar untuk belajar kendiri dan berkumpulan dengan menggunakan gajet.

Tindakan : Makluman

4.5.7 Beliau merumuskan dengan pencapaian yang telah dimenangi pada Tahun 2010 hingga 2013.

4.5.7.1 Tahun 2010

i. Winner – Innovative Secondary School Teacher Perak State Level

4.5.7.2 Tahun 2011

i. Winner - Innovative ICT Teacher Perak State level

4.5.7.3 Tahun 2012i. First Prize winner In National Educational

Blogging competition 2012 ii. Winner In MSC Malaysia APICTA 2012

4.5.7.4 Tahun 2013i. Winner – Innovative Secondary School Teacher

National Level

25

Page 26: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

ii. Winner – Innovative Secondary School Teacher Perak State Level

iii. Winner – Innovative Secondary School Teacher Hilir Perak Level

Tindakan : Makluman

4.6. PEMBENTANGAN PENCAPAIAN GURU : PERTANDINGAN REKA CIPTA MURAL KITAR SEMULA YEO’S OLEH EN. ISMAIL BIN DAUD, GURU SK KHIR JOHARI

4.6.1 Beliau memberitahu bahawa pertandingan tersebut telah menobatkan SK Khir Johari sebagai johan. SK Khir Johari telah menerima hadiah wang tunai RM 7,000.00 dan 1200 air kotak Yeo’s. Selain itu, hadiah tambahan sebanyak RM 500.00 diberikan sebagai pemenang pasukan paling kreatif.

Tindakan : Makluman

4.6.2 Beliau menjelaskan proses-proses untuk menghasilkan projek tersebut seperti yang berikut :

i. proses menggunting kotak YEO’S untuk membentuk tangan manusia.

ii. proses melukis draf mural di papan.iii. corak yang terhasil melalui gabungan bentuk-bentuk daripada

kotak YEO’S.iv. proses mewarnakan botol menjadi bunga kebangsaan Malaysia

iaitu bunga raya.v. proses menghasilkan kain felt untuk digunakan sebagai aksesori

mural.vi. proses melukis dan membentuk mural daripada rempah ratus.

mengambil idea daripada filem ‘Musang Berjanggut’.vii. lukisan mural terbentuk daripada gabungan rempah ratus. Taman

herba ini mengalakkan aktiviti sihat lagi menyihatkan dan juga memberi elemen aroma terapi dalam mural tersebut.

viii. proses membentuk bumi daripada gumpalan akhbar Berita Harian.ix. proses mewarna akar pokok yang mengambarkan perlunya asas

keteguhan dalam pembinaan kerja yang cemerlang.x. Unsur adiwira iaitu Spiderman diselitkan dalam mural kerana

mempunyai karektor yang memberi pendidikan kepada kanak-kanak.

26

Page 27: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

Tindakan : Makluman

7. UCAPAN PENANGGUHAN OLEH TN. HJ. MOHD SAHID BIN ALIAS, TUAN TIMBALAN KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK

7.1 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015

7.1.1 Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 bagi calon UPSR dan SPM lebih rendah daripada sasaran PPT 2015. Oleh yang demikian, PGB diminta memastikan sekolah menjalankan program intervensi yang sesuai bagi menjamin peningkatan keputusan.

7.1.2 EWS bagi murid lulus, kualiti dan GPS sekolah tidak memuaskan. Justeru, PGB perlu memastikan peningkatan berterusan keputusan pelajar dilakukan secara konsisten.

7.1.3 PGB perlu memastikan semua guru mampu melihat potensi murid dalam kumpulan Miss A dan Miss C. Post Mortem terperinci perlu dilakukan untuk mencari punca kelemahan. Program pemulihan dan intervensi perlu dilakukan dengan teliti.

7.1.4 Pengetua perlu mengenal pasti pelajar yang gagal silang Bahasa Melayu dan Sejarah dan mengadakan program intervensi yang sesuai.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

7.2 LINUS 2.0

7.2.1 Semua Guru Besar perlu mengikuti perkembangan murid LINUS yang masih ada di sekolah dan mengambil tindakan sewajarnya.

Tindakan : Guru Besar

7.3 PEMBENTANGAN AMALAN BAIK DI SEKOLAH

7.3.1 Berdasarkan Pembentangan Amalan Baik Sekolah yang disampaikan oleh wakil SK Bagan Pasir, SK Khir Johari, SMK Seri Perkasa dan SMK Seri Setia, beberapa perkara berikut perlu diambil perhatian oleh PGB untuk disampaikan kepada semua guru di sekolah, iaitu :

27

Page 28: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

i. Kepimpinan di sekolah adalah teras ke arah mengenal pasti potensi serta membimbing guru dan murid.

ii. Semua pihak perlu berkorban untuk mencapai kejayaan sekolah.

iii. Semua isu dan masalah mampu diselesaikan seandainya punca sebenar dikenal pasti.

iv. Perancangan untuk menyelesaikan masalah perlu dilakukan dengan teliti.

v. Penggunaan ICT dalam PdP amat perlu bagi menjamin PdP berkualiti.

vi. Amalan baik perlu dikongsi bersama warga sekolah .

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

7.4 ULASAN TUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK

7.4.1 PGB perlu bijak mengetengahkan bakat yang ada pada semua guru bagi memastikan kebolehan mereka tidak sia-sia di samping memberi kesan positif kepada murid.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

28

Page 29: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.22015.docx

7.4.2 Semua pihak perlu bekerja sehabis baik bagi menjamin Peperiksaan UPSR , PT3 dan SPM 2015 mampu mencipta sejarah buat Daerah Hilir Perak.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

7.4.3 Mengucapkan terima kasih kepada Unit Pengurusan Akedemik, Semua PGB dan para pembentang atas sumbangan dalam menjayakan mesyuarat pada hari ini.

Meyuarat ditangguhkan pada pukul 4.40 petang.

Dicatat oleh:Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah Hilir Perak

29