Mesyuarat Surau an Nur

7
MESYUARAT SURAU AN NUR TAMAN INDAH JAYA 2 KALI PERTAMA TAHUN 2016 Tempat : Perkarangan Surau An Nur Tarikh : 30 Januari 2016 Masa : 925 malam Kehadiran : Tuan Hj Othman bin Salimin Penasihat Tuan Hj Abd Latip bin Said Pengerusi Tuan Hj Mohamad bin Simpol Timbalan Pengerusi A Razak bi Md Yatim Setiausaha En Kamarosly bin Md Zin Bendahari Tuan Hj Zulkifli bin Elias Imam Tuan Hj Idrus bin Md Ali Jemaah Tuan Hj Yusof bin Madri AJK Tuan Hj Md Reduan bin Sahlan Bilal Tuan Hj Abd Rahman bin Salleh AJK En Suhaimi bin Supian Bilal En Zairuddin bin Md Shah AJK En Suhaimi bin Jusoh Jemaah En Nazlan bin Husin Jemaah En Zulkifli bin Idris Jemaah En Mohd Nasir bin Nordin Jemaah En Yusof bin Awang AJK En Nordin bin Jahari AJK EN Lasimin bin Panjam Jemaah En Ruslan bin Md Dom AJK En Abd Aziz bin Rashid AJK En Jamaluddin bin Che Pauh Noja En Jemaean bin Sabtu Jemaah Adik Amirul ( Acai) Bilal

description

mesyuarat

Transcript of Mesyuarat Surau an Nur

Page 1: Mesyuarat Surau an Nur

MESYUARAT SURAU AN NURTAMAN INDAH JAYA 2 KALI PERTAMA TAHUN 2016

Tempat : Perkarangan Surau An Nur

Tarikh : 30 Januari 2016

Masa : 925 malam

Kehadiran :

Tuan Hj Othman bin Salimin Penasihat

Tuan Hj Abd Latip bin Said Pengerusi

Tuan Hj Mohamad bin Simpol Timbalan Pengerusi

A Razak bi Md Yatim Setiausaha

En Kamarosly bin Md Zin Bendahari

Tuan Hj Zulkifli bin Elias Imam

Tuan Hj Idrus bin Md Ali Jemaah

Tuan Hj Yusof bin Madri AJK

Tuan Hj Md Reduan bin Sahlan Bilal

Tuan Hj Abd Rahman bin Salleh AJK

En Suhaimi bin Supian Bilal

En Zairuddin bin Md Shah AJK

En Suhaimi bin Jusoh Jemaah

En Nazlan bin Husin Jemaah

En Zulkifli bin Idris Jemaah

En Mohd Nasir bin Nordin Jemaah

En Yusof bin Awang AJK

En Nordin bin Jahari AJK

EN Lasimin bin Panjam Jemaah

En Ruslan bin Md Dom AJK

En Abd Aziz bin Rashid AJK

En Jamaluddin bin Che Pauh Noja

En Jemaean bin Sabtu Jemaah

Adik Amirul ( Acai) Bilal

En Masrom bin Sogol Jemaah

Pn Hjh Hasnah bt Baba AJK

Pn Zaiton bt Abu AJK

Pn Hasnah bt Adnan AJK

Pn Noriah bt Yaacob Jemaah

Pn Jamilah bt Ibrahim Jemaah

Page 2: Mesyuarat Surau an Nur

Agenda Mesyuarat1. Ucapan Pengerusi

Tuan Pengerusi mengucapkan salam kepada semua yang hadir kerana sudi melapangkan masa untuk menghadiri mesyuarat pada malam mini. Tujuan pengerusi mengadakan mesyuarat pada mala mini adalah untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus membantu dan membuat kerja gotong royong termasuklah memberi sumbangan kewangan dan sebagainya semasa majlis sambutan Maulidur Rasul yang telah diadakan pada 15 Januari 2016.

2. Masalah tidak berpuashati dengan sambutan Maulidur RasulTuan pengerusi telah menerangkan jika ada masalah tidak berpuas hati dengan pengurusan maulidur rasul diharap janganlah dibesar-besarkan dan dimasukkan ke dalam wassap serta menyoal dan menuduh yang bukan-bukan. Kalau rasa tidak berpuas hati , berurusalah terus dengan pengerusi untuk menjawab jawapan yang sebenar.

3. Pengurusan surau.Tuan pengerusi memaklumkan bahawa surau kita ada pentabir dan ada pengerusi. Sekiranya ada Jemaah yang hendak membuat perubahaan untuk surau hendaklah dimaklumkan kepada tuan pengerusi dan janganlah membuat keputusan sendiri. Sila kemukakan di dalam mesyuarat.

4. Disiplin JemaahTuan pengerusi berharap kepada semua Jemaah supaya mengelakkan berlaku salah faham antara satu sama lain. Janganlah dijadikan surau ini gelanggang pertengkaran. Tidak elok didengari oleh orang luar. Lebih-lebih lagi yang datang ke surau adalah golongan generasi yang tua-tua. Kita hendaklah berbudi bahasa dan bertatatertib.

5. Laporan KewanganTuan pengerusi telah mengarahkan kepada En Kamarosly sebagai Bendahari untuk perkara-perkara berikut :

a. Laporan Kewangan Surau An Nurb. Laporan Kewangan Khairat Kematianc. Laporan Perbelanjaan Majlis Maulidur Rasul

En Kamarosly bin Md Zin selaku Bendahari kepada tiga perkara tajuk telah menerangkan kepada semua yang hadir melalui penyatan laporan yang diedarkan. Semuanya berjalan dengan baik dan tiada masalah.

Page 3: Mesyuarat Surau an Nur

6. Pebentukan dan Pelantikan Pegawai Bertugas Surau An NurTuan Pengerusi telah membenarkan nama-nama berkut mengendalikannya .

Imam 1 - Tn Hj OthmanImam 2 -Tn Hj ZulkifliImam tambahan - Adik Acai ( Amirul )

-En M0hd Esa SaabanBilal 1 - Tn Hj Md ReduanBilal 2 - En Suhaimi SupianBilal 3 - Adik Amirul ( Acai) dan dibantu oleh bilal-bilal yang berkebolehanNoja - En Jamaluddin dan dibantu oleh Jemaah sukarela

7. Perlantikan Biro , AJK ( TAMBAHAN )Tuan pengerusi telah memaklumkan bahawa jawatan pengerusi /Timbalan Pengerusi/Setiausaha/Bendahari dan AJK akan tamat pada akhir tahun 2016 dan akan dipilih semula pada Januari 2017

Pengerusi Tn Hj Abd LatipTimb Peng Tn Hj Mohamad SimpolSetiausaha En A Razak Md YatimBendahari En Kamarosly

Pengerusi Khemah/ Kerusi/Meja - En Suhaimi SupianPeralatan Surau -En KamaroslyElektrik Surau - En Abd AjisKebersihan/Gotong Royong/Perhubungan - En A Razak Md YatimKeselamatan/Urusan Jenazah -Tn Hj Mohamad SimpolKetua Masak/Bubur Lambuk -En Roslan Md DomTarawaih dan Tadarus -Tn Hj OsmanIT - En Nordin Jahari

8. Perancangan Aktiviti Tahun 2016Pengerusi telah merancangkan untuk menjalankan aktiviti sepanjang tahun 2016 seperti berikut :

a. Sambuatn Maulidur Rasul 15 Jan 2016 ( Selesai)b. Kuliah Surau Tiap-tiap 2 mingguc. Nisfu Syaaban 21 Mei 2016d. Ramadhan 06 Jun 2016e. Solat Tarawith/Tadarus 05 Jun 2016f. Bubur Lambuk 11 Jun 2016g. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 06 Julai 2016h. Marhaban ke rumah 12 Julai 2016i. Sambutan Hari Raya Haji/Akt.Korban 12 September 2016j. Awal Muharam 02 Oktober 2016k. Rabiul Awal 10 Disember 2016

Page 4: Mesyuarat Surau an Nur

Nota1. Surau akan menyambut aktiviti keagamaan tahun 20162. Cadangan untuk mengambil ustaz untuk kuliah agama

9. Lain-lain Hala. Wang Tabung AJK

Pengerusi mengarahkan semua AJK Surau menjelaskan wang AJK sebanyak RM 10 setiap bulan mulai Januari 2016 kepada setiausaha En A Razak. Persetujuan daripada semua AJK

b. Khairat KematianCadangan dari En Abd Rashid mencadangkan supaya penduduk Taman Indah Jaya yang belum menjadi ahli kahirat kematian untuk masuk menjadi ahli. Keputusannya : Bendahari khairat kematian bersetuju untuk mengambil ahli baru dengan syarat mengenakan bayaran ahli sebanyak RM 50 seumur hidup dan wang yuran bulanan sebanyak RM 5 sebulan

c. Akaun BankTuan pengerusi mengarahkan supaya wang baki maulidur rasul dan wang khairat kematian dibuka akaun sendiri , tidak mahu ditumpangkan dalam akaun orang lain. En Kamarosely ( Bendahari ) dikehendaki membuka tabung surau dan khairat kematian.

d. Wang Kutipan Tabung SuaruTuan Pengerusi membenarkan untuk Pn Hasnah untuk meneruskan punggutan wang tabung surau dari rumah ke rumah pada tiap-tiap bulan.

e. Bil Api/AirTuian Pengerusi memohon kepada Jemaah sekiranya hendak sedekah untuk bayaran api dan air hendaklah diberitahu kepada bendahari atau setiausaha apabila mengambil bil berkenaan. Ini untuk menyenangkan bendahari kerjanya.

f. Pebudayaan Membaca Al QuranPengerusi mengarahkan nama-nama berikut untuk perkara tajuk:

1. En Zaraiuddin - Setiausaha2. En Suhaimi Jusoh3. Tn Hj Zulkifli4. Tn Hj Mohd Yusof5. Tn Hj OthmanDikehendaki membacanya di ruangan dalam surau secara beramai-ramai bukannya di dalam bilik.Bacaan hendaklah dibuat selepas solah maghrib dan solat subuh.

Page 5: Mesyuarat Surau an Nur

g. Majlis Jempt MenantuPn Hsnah Adnan menjemput semua Jemaah dan penduduk untuk majlis menjemput menantu pada 7 Februari 2016 mulai selepas solat maghrib

h. Wassap SurauTuan pengerusi berharap kepada Jemaah surau yang ada wassap surau hendaklah berhati-hati memasukkan perkara-perkara di dalam wassap. Tidak mahu yang bukan-bukan untuk dibaca.

10.PenutupOleh kerana tiada apa-apa lagi yang hendak dibincangkan maka tuan pengerusi telah menangguhkan mesyuarat pada jam 11.10 malam. Tuan pengerusi memohon maaf pada mesyuarat pada mala mini ada mengeluarkan kata-kata yang tidak menyenangkan.

Disediakan oleh ,.

( A. RAZAK BIN MD YATIM )SetiausahaSurau An Nur Taman Indah Jaya 2

Aggihan :1. Semua yang hadir2. Salinan Kepada Pengerusi An Nur

Tarikh : 31 Januari 2016