METODOLOGI KAJIAN

4
METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian merujuk kepada kajian yang dijalankan untuk mendapatkan keputusan yang mempunyai kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Ia membincangkan kaedah yang diambil untuk kajian ini dan sebab-sebab pilihan yang telah dibuat dalam reka bentuk penyelidikan. Jadi, kaedah persampelan dan data analisis digunakan agar ia bersesuaian dengan objektif kajian. Terdapat pelbagai aspek yang telah dipilih dan diperbincangkan mengikut beberapa kriteria seperti reka bentuk kajian yang dipilh, proses pemilihan subjek kajian, senarai atau jenis alat kajian yang dapat digunakan, bagaimanakah cara pelaksanaan eksperimen dapat dijalankan, dan juga mengenal pasti bentuk dan teknik analisi data yang dapat dilaksanakan dan digunakan. Bab ini juga membincangkan metodologi kajian mengenai hubungan antara kepimpinan distributif dan efikasi guru. Oleh itu, kaedah-kaedah yang telah digunakan sepanjang kajian ini telah diperbincangkan untuk mencapai objektif kajian. Jadi, proses pengumpulan data disusuli dengan penganalisisan data dan penulisan laporan.

description

METODOLOGI KAJIAN

Transcript of METODOLOGI KAJIAN

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merujuk kepada kajian yang dijalankan untuk mendapatkan keputusan yang mempunyai kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Ia membincangkan kaedah yang diambil untuk kajian ini dan sebab-sebab pilihan yang telah dibuat dalam reka bentuk penyelidikan. Jadi, kaedah persampelan dan data analisis digunakan agar ia bersesuaian dengan objektif kajian. Terdapat pelbagai aspek yang telah dipilih dan diperbincangkan mengikut beberapa kriteria seperti reka bentuk kajian yang dipilh, proses pemilihan subjek kajian, senarai atau jenis alat kajian yang dapat digunakan, bagaimanakah cara pelaksanaan eksperimen dapat dijalankan, dan juga mengenal pasti bentuk dan teknik analisi data yang dapat dilaksanakan dan digunakan.

Bab ini juga membincangkan metodologi kajian mengenai hubungan antara kepimpinan distributif dan efikasi guru. Oleh itu, kaedah-kaedah yang telah digunakan sepanjang kajian ini telah diperbincangkan untuk mencapai objektif kajian. Jadi, proses pengumpulan data disusuli dengan penganalisisan data dan penulisan laporan.

3.1 Reka Bentuk Kajian dan Pendekatan Penyelidikan

Reka bentuk kajian merupakan satu perancangn yang dibuat sebelum sesuatu kajian itu dijalankan. Tujuannya ialah untuk memberi kebenaran kepada pengkaji untuk mencari satu kaedah yang sesuai bagi menjalankan penyelidikan. Tambahan pula, reka bentuk kajian adalah untuk melihat bagaimana seseorang pengkaji menentukan pembolehubah dan cara pembolehubah itu analisis.

Reka bentuk kajian ini juga telah dirancang dengan teratur dapat membantu pengkaji mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan untuk sesuatu kajian. Oleh itu, hubungan amalan kepimpinan distributif dan tahap efikasi guru-guru ditentukan dengan menggunakan reka bentuk kajian correlation atau melihat hubung kait untuk mencari hubungan antara pembolehubah. Dalam usaha memperolehi maklumat daripada sampel, pengkaji akan menggunakan soal selidik. Soal selidik merupakan cara yang sering digunakan dalam bidang penyelidikan pendidikan. Menurut Majid (1990), maklumat soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran reaksi gerakbalas subjek terhadap rangsangan soalan yang diberi.

Reka bentuk kajian juga digunakan untuk mencari hubungan di antara pembolehubah. Menurut Sabitha (2006), reka bentuk kajian merupakan pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Ia juga boleh dijadikan sebagai panduan dalam membentuk penyelidikan dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Kajian ini menganalisis dua pembolehubah iaitu kepimpinan distributif guru besar sebagai pembolehubah bebas dan efikasi guru sebagai pembolehubah bersandar. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan kuantitatif.