Minat membaca

3
Pada peringkat anak-anak masih kecil, ibu bapa perlu menanam minat membaca pada mereka. Bak kata pepatah, “hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Ibu bapa boleh membacakan buku cerita kepada anak yang masih kecil agar mereka mula mengenal buku dan berjinak-jinak dengan buku cerita. Kesannya, anak-anak akan suka mendengar cerita dan mereka akan cuba membaca buku cerita apabila mereka sudah pandai membaca. Setelah anak-anak sudah pandai membaca, bawalah mereka ke kedai-kedai buku. Ibu bapa perlu membimbing anak-anak memilih buku yang sesuai dengan mereka. Buku-buku berunsur teladan dan nasihat seperti Ana Muslim, Kura-Kura dan Arnab, Sang Kancil dan Buaya sesuai untuk kanak-kanak. Apabila mereka sudah remaja,

description

Karangan bm pt3

Transcript of Minat membaca

Page 1: Minat membaca

Pada peringkat anak-anak masih kecil, ibu bapa perlu menanam

minat membaca pada mereka. Bak kata pepatah, “hendak melentur

buluh, biarlah dari rebungnya. Ibu bapa boleh membacakan buku

cerita kepada anak yang masih kecil agar mereka mula mengenal

buku dan berjinak-jinak dengan buku cerita. Kesannya, anak-anak

akan suka mendengar cerita dan mereka akan cuba membaca buku

cerita apabila mereka sudah pandai membaca.

Setelah anak-anak sudah pandai membaca, bawalah mereka ke

kedai-kedai buku. Ibu bapa perlu membimbing anak-anak memilih

buku yang sesuai dengan mereka. Buku-buku berunsur teladan dan

nasihat seperti Ana Muslim, Kura-Kura dan Arnab, Sang Kancil dan

Buaya sesuai untuk kanak-kanak. Apabila mereka sudah remaja,

novel-novel bergenre fiksyen, penyiasatan, dan cinta memang

menjadi pilihan mereka. Pada peringkat ini ibu bapa masih perlu

memantau judul-judul buku anak-anak mereka.

Selain ke kedai buku, ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya

gemar pergi ke perpustakaan kerana di situ terdapat banyak jenis

buku yang boleh dibaca dan dipinjam untuk suatu jangka masa. Ibu

bapa bolehlah meluangkan masa yang panjang di sini kerana banyak

kemudahan yang disediakan untuk para pengunjung.

Page 2: Minat membaca

Seterusnya ibu bapa boleh memberi dorongan dan galakan kepada

anak-anak dengan cara memberi hadiah atau imbuhan jika mereka

dapat menghabis buku yang dibeli atau dipinjam. Hadiah berupa

barangan atau percutian dapat memberi motivasi kepada anak-anak

untuk terus membaca buku.

Akhir sekali ibu bapa hendak berusaha bersungguh-sungguh

menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana

“Membaca Jambatan Ilmu” dan anak-anak adalah pemimpin masa

hadapan.