minggu 1

download minggu 1

of 3

description

jurnal

Transcript of minggu 1

Penulisan JurnalMinggu 1 ( 1 Februari 2015 5 Februari 2015 )Masalah Mengingat Nama Pelajar & Kekemasan Diri Pelajar Masalah/IsuMinggu ini merupakan minggu pertama, saya dan rakan praktikum menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Labok. Saya berasa sungguh teruja dan agak gementar kerana ia merupakan kali pertama saya berada di sekolah tersebut. Sepanjang minggu pertama saya berada di sini, masalah utama yang dihadapi oleh saya sendiri ialah saya mengalami kesukaran untuk mengingat nama pelajar bagi kelas yang ditugaskan kepada saya. Saya telah diamanahkan untuk mengajar subjek Dunia Sains & Teknologi bagi kelas 5 Mahir dan 3 Pintar manakala subjek RBT pula ialah kelas 4 Pintar. Walaupun saya telah mengadakan sesi suai kenal bersama pelajar pada minggu ini, namun saya masih gagal untuk mengingati kesemua nama pelajar dalam sesebuah kelas. Saya hanya berjaya mengingat beberapa nama orang pelajar sahaja daripada keseluruhannya.Selain itu, saya juga turut memerhatikan kekemasan diri pelajar. Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, saya sempat memerhatikan kekemasan diri pelajar. Kebanyakan pelajar tidak memakai pakaian seragam sekolah dengan lengkap terutamanya bagi pelajar lelaki yang tidak memakai tali leher. Kekemasan diri pelajar adalah sangat penting kerana ia merupakan aspek asas dalam membentuk disiplin dalam diri pelajar serta ia turut mencerminkan personaliti diri pelajar.Analisis MasalahFaktor yang menyebabkan saya mengalami kesukaran untuk mengingati nama pelajar mungkin disebabkan ia merupakan pertemuan kali pertama saya bersama-sama pelajar tersebut. Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah menambahkan lagi kesukaran kepada saya untuk mengingati nama-nama pelajar tersebut. Sesetengah nama pelajar yang berjaya diingati oleh saya adalah disebabkan sama ada nama mereka terlalu mudah untuk diingat atau pelajar tersebut sangat aktif atau menonjol semasa proses pdp. Bagi pelajar yang diam atau pasif dalam bilik darjah mungkin nama mereka tidak dapat diingati oleh saya walaupun mempunyai nama yang mudah.Bagi masalah kekemasan diri pelajar pula, saya telah membuat pemerhatian sepanjang minggu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi kelas yang diajar iaitu tahun 3 Pintar, 4 Pintar dan 5 Mahir. Berikut merupakan hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan terhadap sikap pelajar dalam berpakaian : Tidak memakai anak tudung yang menyebabkan rambut pelajar perempuan terkeluar dan tidak kelihatan kemas. Memakai kasut yang kotor. Tidak memakai tali leher atau tidak memakainya dengan kemas.Berdasarkan pemerhatian tersebut, ini dapat dilihat dengan jelas bahawa kekemasan diri amat perlu dititikberatkan supaya dapat membentuk disiplin kendiri dalam diri pelajar serta mewujudkan suasana pembelajaran yang positif kepada pelajar.Cadangan PenambahbaikanUntuk mengatasi masalah mengingat nama-nama pelajar, saya akan sentiasa memanggil nama pelajar semasa proses pdp terutamanya bagi pelajar yang diam atau pasif di dalam bilik darjah. Contohnya, jika saya ingin menanyakan soalan kepada pelajar, saya akan memanggil nama mereka. Dengan memanggil nama pelajar secara berulang-ulang mungkin ia dapat membantu mengingat nama pelajar dengan mudah.

Bagi mengatasi masalah kekemasan diri pelajar, saya akan melakukan langkah-langkah berikut :

Memastikan pelajar sentiasa berpakaian kemas dengan memberikan teguran kepada mereka sama ada sebelum atau selepas proses pdp. Memberikan nasihat kepada pelajar supaya sentiasa berpakaian kemas.

Tindakan SusulanJika saya masih mengalami masalah untuk mengingat nama pelajar dalam bilik darjah, saya akan membuat tanda nama bagi setiap pelajar yang mana mereka mestilah sentiasa memakainya semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh saya. Saya juga akan meminta pelajar supaya memberikan biodata diri masing-masing kepada saya untuk membantu mengatasi masalah ini.Manakala, jika masalah kekemasan diri masih berlaku dalam kalangan pelajar, saya akan mengenakan denda yang sesuai dalam membentuk disiplin diri dari aspek kekemasan diri.