MINGGU 1

3
JURNAL MINGGU :PERTAMA TARIKH :18 22 JANUARI 2015 TAJUK :MASALAH PELAJAR PASIF DALAM KELAS MASALAH Minggu ini adalah minggu pertama saya menjalani praktikal di sekolah saya sendiri SMA Lughatul Quran, Kesang Tasek,Ledang. Pada minggu ini , saya ingin mengetengahkan masalah pelajar yang pasif dalam kelas, terutama dalam aktiviti bersoal jawab diantara guru dan pelajar. Masalah ini di hadapi apabila pelajar yang sama sahaja menjawab soalan yang diberikan oleh guru di dalam kelas. Manakala pelajar yang lain hanya dapat memerhati dan kadang kala pelajar-pelajar ini akan mengganggu pelajar yang lain.Ini menyebabkan pelajar yang ingin belajar ini terganggu konsentrasi mereka. PUNCA MASALAH Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah berbanding dengan pelajar yang lain. Selaian itu juga, sifat yang pemalu untuk tampil kehadapan menjadi punca masaalah ini. Ia juga mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran CARA PENYELESAIAN

Transcript of MINGGU 1

Page 1: MINGGU 1

JURNAL

MINGGU :PERTAMA

TARIKH :18 – 22 JANUARI 2015

TAJUK :MASALAH PELAJAR PASIF DALAM KELAS

MASALAH

Minggu ini adalah minggu pertama saya menjalani praktikal di sekolah saya sendiri

SMA Lughatul Quran, Kesang Tasek,Ledang. Pada minggu ini , saya ingin

mengetengahkan masalah pelajar yang pasif dalam kelas, terutama dalam aktiviti

bersoal jawab diantara guru dan pelajar. Masalah ini di hadapi apabila pelajar yang

sama sahaja menjawab soalan yang diberikan oleh guru di dalam kelas. Manakala

pelajar yang lain hanya dapat memerhati dan kadang kala pelajar-pelajar ini akan

mengganggu pelajar yang lain.Ini menyebabkan pelajar yang ingin belajar ini terganggu

konsentrasi mereka.

PUNCA MASALAH

Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah berbanding

dengan pelajar yang lain. Selaian itu juga, sifat yang pemalu untuk tampil kehadapan menjadi punca

masaalah ini. Ia juga mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang

mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka

menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

Page 2: MINGGU 1

CARA PENYELESAIAN

1. Guru perlu menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan murid agar mereka

dapat menjawab dengan betul dan dapat menanamkan keyakinan dalam diri

mereka.

2. Guru harus memberikan hadiah kepada pelajar yang berjaya sebagai peneguhan

yang memberi semangat kepada kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif

dalam aktiviti yang dijalankan d alam kelas. Menurut Skinner, Peneguhan positif ialah

memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan

perlakuan itu di ulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini

diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Contoh – contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik

darjah ialah seperti memberikan kata – kata pujian selepas pelajar melakukan

sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu

pelajar, memberikan hadiah dan sebagainya.

3. Guru perlu merancang suatu aktiviti yang boleh menarik perhatian pelajar untuk

melibatkan diri semasa proses P&P berlangsung.

TEMPOH MASA

Masalah perlu diatasi dengan secepat mungkin dan perlu diambil tindakan segera. Jika perkara ini

berterusan, pelajar – pelajar yang lemah akan terus ketinggalan dan tidak merasai keseronokan

untuk belajar.

KESIMPULAN

Pengukuhan adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perkara itu diulangi.

Menurut Rachlin ( 1991 ), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu,

kedunya untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan

kepada 2 bahagian iaitu pengukuhan positif dan pengukuhan negative. Sebagai guru, sangat penting

untuk mengaplikasikan teori ini bagi menarik minat pelajar – pelajar dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Page 3: MINGGU 1