MINGGU 1

28
1

description

MINGGU 1. Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:. Linguistik sebagai Ilmu. (pengertian, teori, ciri, kriteria dan tahap). HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: >pengertian linguistik >teori linguistik >ciri linguistik >kriteria ilmu linguistik - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of MINGGU 1

Page 1: MINGGU 1

1

Page 2: MINGGU 1

HASIL PEMELAJARAN

• Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan:

> pengertian linguistik> teori linguistik> ciri linguistik> kriteria ilmu linguistik> tahap perkembangan linguistik

2

Page 3: MINGGU 1

PENGERTIAN LINGUISTIK

Kajian tentang bahasa manusia Kajian tentang bahasa manusia itu dilakukan dengan cara

ilmiah Hipotesis, pemerhatian, penelitian dan penganalisisan

dibuat secara empiris dan terkawal Berteraskan apa-apa yang dapat dilihat, mengetepikan

andaian yang bersifat mujarad Bersifat objektif, dan hasilnya dapat diuji kesahan dan

kebolehpercayaannya Struktur bahasa, penguasaan bahasa dan hubungan

bahasa dengan bentuk komunikasi lain Ujaran manusia yang meliputi kesatuan bahasa,

hakikat bahasa, struktur bahasa, dan perubahan bahasa

3

Page 4: MINGGU 1

LINGUISTIK: PENGERTIAN LUAS

> Segala yang membicarakan soal bahasa

> Tidak mengambil kira pendekatan yang digunakan dan tujuannya

> Termasuk juga linguistik terapan, dan

> Hasil kerja penelitian dan hasil teoritis

4

Page 5: MINGGU 1

LINGUISTIK: PENGERTIAN SEMPIT

• Hasil penelitian dan teoritis

• Kajian tentang subsistem bahasa (leksikon, gramatikal, dan fonologi)

• Termasuk semantik dan pragmatik (hubungan struktur bahasa dan sistem dengan konteksnya)

leksikon = kosa kata, gramatikal = sesuai dengan tatabahasa, fonologi = bunyi bahasa dan fungsinya

5

Page 6: MINGGU 1

6

Linguistik merupakan ilmu yang memperlakukan bahasasebagai bahasa

Contoh:

Ilmu Fizikal objeknya peristiwa alamIlmu Perubatan objeknya pelbagai penyakit dan

cara pengubatanIlmu Sosiologi objeknya gejala sosial dalam

masyarakat

Page 7: MINGGU 1

7

Linguistik berasal daripada bahasa Latin lingua yang bermaksud bahasa. Terdapat tiga istilah penting dalam konteks ini, iaitu:

Langue Bahasa tertentu seperti bahasa Melayu,bahasa

Hindi, bahasa Arab, bahasa Hindi…

Langage Bahasa secara umum, dan bersifat mujarad.

Manusia ada bahasa, binatang tidakParole Bahasa dalam kewujudan yang nyata, yang berupa

ujaran

Page 8: MINGGU 1

8

Selain linguistik, terdapat juga ilmu lain yang menjadikan bahasa sebagai objek kajian

Kesusasteraan Wadah seni, pengungkapan karya seni,

penciptaan keindahanSosiologi Alat interaksi sosial untuk

perkembangan masyarakat manusia

Psikologi Proses mental dan pemikiran

Fizikal Fenomena alam

Page 9: MINGGU 1

9

Bahasa sebagai sistem bukan sahaja bersifat sistematik tetapi juga bersifat sistemis. Sistematik bermaksud berasaskan sistem atau menurut sistemSistemis bermaksud bahasa terdiri daripada subsistem seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantikDalam BM, kata linguistik bukan sahaja bermaksud ilmu tentang bahasa, tetapi juga bermaksud bahasa itu sendiri

Page 10: MINGGU 1

RUMUSAN PENGERTIAN LINGUISTIK

• Ilmu pengetahuan yang objeknya bahasa lisan dan tulisan

• Mempunyai ciri: sistematik, rasional, empiris, pemerian struktur, pembahagian dan aturan bahasa

• Ciri tersebutlah yang dikatakan ilmiah

• Linguistik ialah kajian bahasa secara ilmiah

• Linguistik dapat dianggap sebagai sains

• Sains ialah pengetahuan yang disusun dalam satu sistem yang berteraskan pengamatan, kajian dan pengalaman untuk menentukan hakikat dan prinsip tentang perkara yang dikaji

• Sifat keilmiahan linguistik memenuhi tiga syarat, iaitu keeksplisitan, kesistematisan, dan keobjektifan

10

Page 11: MINGGU 1

KEEKSPLISITAN

• Pernyataan jelas tentang kriteria yang mendasari suatu penelitian

• Penyusunan peristilahan dengan jelas dan tekal

• Definisi istilah tiada pertentangan antara satu istilah dengan istilah yang lain

11

Page 12: MINGGU 1

KESISTEMATISAN

• Penyusunan tatacara standard yang digunakan dalam sesuatu penelitian

• Permulaan analisis dengan melihat pelbagai aspek daripada data dan menghubungkannya dengan aspek yang lain

• Penentuan kerangka deskriptif untuk menyesuaikannya dengan data yang ditemukan, dan kerangka deskriptif itu akan terus dimurnikan

• Pengujian yang ketat terhadap hipotesis dengan mengawal terhadap segala kemungkinan

12

Page 13: MINGGU 1

KEOBJEKTIFAN

• Sikap terbuka dalam analisis

• Sikap kritis dengan mencurigai setiap hipotesis hingga dapat dibuktikan secara berpada

• Berhati-hati terhadap dugaan yang tidak berdasar

• Berusaha untuk menggunakan tatacara standard yang telah ditentukanhipotesis = anggapan dasar yang perlu dibuktikan

13

Page 14: MINGGU 1

TEORI LINGUISTIK

• Teori digunakan dalam lima matra (dimensi), iaitu:

> Struktur yang terjadi daripada konsep yang bertalian. Semuanya tertumpu pada pengamatan dan andaian dalam ilmu yang berkaitan> Proses penyelidikan yang berasaskan logika,

bukannya eksperimen> Prinsip yang berkait dengan praktis ilmiah dalam

menemukan kebenaran ilmu> Perangkat kaedah atau prinsip untuk pengkajian

masalah ilmiah dalam dunia kecendekiaan> Gagasan, penjelasan atau pemikiran tentang sebab terjadinya sesuatu fenomena

14

Page 15: MINGGU 1

TEORI LINGUISTIK

• Teori linguistik ialah subdisiplin linguistik yang membahas bahasa dan ilmu bahasa dari sudut pandangan teori tertentu. Contohnya:

> Teori Tradisional

> Teori Struktural

> Teori Transformasional

> Teori Konteks

> Teori Tagmemik

15

Page 16: MINGGU 1

TEORI TRADISIONAL

• Teori yang berdasarkan analisis makna

• Tidak memperlihatkan hierarki bahasa sehingga batas antara satuan tidak jelas

• Analisis bahasa dilihat dari pandangan falsafah

• Perubahan kata, golongan kata kurang diperhatikan

16

Page 17: MINGGU 1

TEORI STRUKTURAL

• Penamaan pendekatan kebahasaan yang dilakukan oleh L. Bloomfield – (Bloomfieldisme)

• Bahasa dilihat dari sudut strukturnya, terutama struktur luar

• Klasifikasi kata didasarkan pada bentuk dan lingkungan, iaitu kata bersifat terbuka dan tertutup

• Teori ini bersifat antimentalis dan mempertahankan behaviorisme

17

Page 18: MINGGU 1

TEORI TRANSFORMASIONAL

• Manusia menggunakan bahasa yang tercermin dalam ayat, yang terdiri daripada sejumlah elemen dasar dan struktur

• Setiap ayat mengandung struktur luaran (apa yang didengar / dilihat) dan struktur dalaman (abstraksi daripada yang dilihat / didengar)

• Manusia memiliki kompetens (competence) (pengetahuan bahasa) dan performans (performance) (perlakuan / penggunaan bahasa)

• Kemampuan bahasa bergantung pada tingkat pendidikan, pengalaman dan leksikon yang dikuasai

18

Page 19: MINGGU 1

TEORI KONTEKS

• Untuk memahami ujaran, perlu diperhatikan konteks situasi

• Berasaskan konteks situasi, aspek linguistik dan bukan linguistik dapat dikenal pasti

• Inti teori ini ialah makna terpadu dalam ujaran secara menyeluruh

19

Page 20: MINGGU 1

20

Teori linguistik dikenali sebagai Induk Linguistik kerana melaluinya terpancar wawasan liku-liku bahasa yang digunakan dalam linguistik terapanTeori linguistik amat bermanfaat untuk membuat deskripsi, klasifikasi dan penjelasan terhadap peristiwa bahasa dini dan kini Teori linguistik juga merangkumi fakta di luar data yang

dikaji. Oleh itu, istilah generatif yang bermaksud jangkauan

ramalan masa hadapan sering digunakanTerdapat dua kategori teori linguistik, iaitu Teori kurang

mujarad (low level theory) dan Teori Mujarad (high level theory)

Page 21: MINGGU 1

21

•Teori kurang mujarad merupakan ringkasan data, dan banyak mengungkapkan tatacara penemuan

•Teori mujarad tidak dibina daripada data semata-mata, diperoleh daripada penalaran logik, bergantung pada intuisi berasaskan kerangka rujukan tertentu, dan memerlukan verifikasi dalam menangani data yang dikaji

•Teori linguistik merupakan sistem yang semakin mujarad sehingga menghasilkan penjelasan, ramalan, rekonstruksi, interpretasi, evaluasi fenomena bahasa, dan rumusan kaedah atau hukum bahasa

•Teori linguistik didasarkan pada kerangka rujukan yang bersifat implisit, dan dalam pengungkapan teori, wujud unsur gerakan, aliran, trend, dan paradigma

Page 22: MINGGU 1

CIRI KEILMUAN LINGUISTIK

• Rapi, teratur baik dan tertib• Mantap, tidak berobah dan stabil• Ekonomis, jimat, tidak mubazir dan tidak berlebihan• Mudah, tidak sukar, gampang, dan senang• Tuntas dan berguna berasaskan teori yang tersusun• Eksplisit, tiada makna ganda, disusun dan dirumuskan secara

tuntas• Sistematik, berperaturan, berpola dan generalisasi utuh, kesatuan

tunggal dan senada• Objektif, pemerian sifat, hakikat, keadaan seadanya, kewujudan

hakiki bebas daripada pertimbangan peribadi

22

Page 23: MINGGU 1

23

PROSES PENGKAJIAN BAHASA

HIPOTESIS

PENDEKATAN INDUKTIF PENDEKATAN DEDUKTIF

Pemerhatian

Kajian saintifik

Andaian teori

Terkenal abad ke-20

Andaian teori

Kajian saintifik

Pemerhatian

Popular kiniTEORI

Page 24: MINGGU 1

24

PUSARAN PENGKAJIAN BAHASA

HIPOTESIS

DATA

TEORI

UJIAN/DATA

Page 25: MINGGU 1

LINGUISTIK SEBAGAI ILMU

• Pengetahuan dapat dianggap ilmu jika memenuhi kriteria berikut:

a. Pengetahuan itu mestilah teratur dan sistematik

b. Pengetahuan itu bersifat progresif, dan semakin tinggi kualitinya

c. Pengetahuan itu mempunyai autonomi, iaitu bersifat bebas

d. Pengetahuan itu mempunyai objek

Berasaskan kriteria itu, linguistik dapat dianggap sebagai ilmu pengetahuan, dan satu disiplin yang berautonomi, serta mempunyai objek. Objek linguistik ialah bahasa manusia

25

Page 26: MINGGU 1

TAHAP PERKEMBANGAN LINGUISTIK

• Tahap spekulasi: Kesimpulan dibuat tanpa bukti empiris dan tatacara tertentu. Contoh – asal kejadian bumi dan bahasa…

• Tahap pemerhatian dan klasifikasi: Penggolongan segala fakta bahasa dengan teliti tanpa teori tertentu

• Tahap perumusan teori: Pemahaman masalah dasar/persoalan berasaskan data, dirumuskan hipotesis dan tatacara pengujian hipotesis

• Linguistik yang mengalami ketiga-tiga tahap itu dianggap ilmiah

• Linguistik mementingkan data empiris dalam penelitiannya. Data boleh dianalisis dengan cara induktif atau deduktif.

• Linguistik berusaha menemukan pendekatan dan kaedah hakiki bahasa yang diteliti. Oleh itu, linguistik dikenali sebagai ilmu nomotetik, dan tidak terhenti pada satu titik kesimpulan

26

Page 27: MINGGU 1

KESIMPULAN

• Linguistik dapat diberikan pengertian secara luas dan secara sempit

• Linguistik ialah disiplin ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajian

• Teori linguistik terdiri daripada dua kategori, iaitu teori kurang mujarad dan teori mujarad

• Sebagai ilmu, linguistik mempunyai ciri tertib, mantap, ekonomis, mudah, tuntas, eksplisit, sistematik dan objektif

• Linguistik sebagai ilmu memenuhi kriteria sistematik, berkualiti, bebas dan mempunyai objek

• Linguistik berkembang dalam tiga tahap, iaitu tahap spekulasi, tahap pemerhatian dan klasifikasi, dan tahap perumusan teori

27

Page 28: MINGGU 1

KATA BIJAK PANDAI

• MEREKA YANG TIDAK BELAJAR PADA MASA MUDANYA, AKAN KEHILANGAN MASA LALUNYA, DAN MATI PADA MASA HADAPAN

28