minggu 10.docx

3
Bilangan Jurnal : 10/12 Minggu Praktikum : Kesepuluh Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 07 hingga 11 April 2014 Tajuk Jurnal : Murid Bersikap Malas 1. Masalah/ Peristiwa Pada minggu kesepuluh Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dijalankan, saya telah menghadapi masalah dari sudut disiplin murid iaitu murid bersikap malas. 2. Analisis Masalah timbul kerana murid telah mengambil masa yang lama semasa membuat latihan bacaan dan menjawab soalan kefahaman di dalam kelas. Murid tidak mahu membaca teks petikan dengan baik malah menunjukkan bahawa murid bersikap malas dengan meletakkan kepala di atas meja sambil termenung apabila guru menyuruh murid untuk membaca teks secara senyap telebih dahulu. Hal ini mungkin disebabkan oleh murid tidak berminat untuk membaca teks yang panjang dan berbentuk fakta semata- mata. Murid juga berasa bosan berikutan bacaan teks menjadi keutamaan dalam kaedah pengajaran Bahasa Melayu setiap kali guru ingin mengembangkan sesi pembelajaran.

Transcript of minggu 10.docx

Bilangan Jurnal : 10/12Minggu Praktikum : KesepuluhTarikh Peristiwa/ Kejadian : 07 hingga 11 April 2014Tajuk Jurnal : Murid Bersikap Malas

1. Masalah/ PeristiwaPada minggu kesepuluh Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dijalankan, saya telah menghadapi masalah dari sudut disiplin murid iaitu murid bersikap malas.

2. AnalisisMasalah timbul kerana murid telah mengambil masa yang lama semasa membuat latihan bacaan dan menjawab soalan kefahaman di dalam kelas. Murid tidak mahu membaca teks petikan dengan baik malah menunjukkan bahawa murid bersikap malas dengan meletakkan kepala di atas meja sambil termenung apabila guru menyuruh murid untuk membaca teks secara senyap telebih dahulu. Hal ini mungkin disebabkan oleh murid tidak berminat untuk membaca teks yang panjang dan berbentuk fakta semata-mata. Murid juga berasa bosan berikutan bacaan teks menjadi keutamaan dalam kaedah pengajaran Bahasa Melayu setiap kali guru ingin mengembangkan sesi pembelajaran.

3. Cadangan Tindakan Susulana) Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk melaksanakan PdP dalam masa yang telah ditetapkan dan cara untuk memberi kefahaman kepada murid bahawa dengan menepati arahan guru akan menjadikan aktiviti bertambah senang dan PdP bertambah menarik.b) Saya juga perlu menggalakkan murid melaksanakan kerja sebaik mungkin dan untuk memupuk daya saing dalam menjana idea mengenai teks yang telah dibaca

.c) Saya akan menegur sikap mereka dengan cara yang lembut dalam tegas. Menyatakan pada mereka bahawa mereka perlu sentiasa mematuhi arahan guru berikutan setiap aktiviti yang dipertanggungjawabkan mempunyai saling perkaitan antara satu sama lain. d) Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk mengawal murid dan kelas dari guru-guru yang lain dan rakan guru pelatih.e) Saya cuba mencari petikan teks yang lebih menarik dan mempunyai gambaran visual supaya murid tidak mudah berasa bosan untuk membacanya.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh masa seminggu. Bagi menangani masalah ini, saya akan memastikan saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai, yang lebih terarah kepada pengenalan teknik dan penghasilan tugasan serta menekankan aspek disiplin kerja pada murid-murid seperti memupuk nilai kerajinan dan menepati masa seperti yang telah diperuntukkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Tandatangan : Nama : Nama : Tarikh : Tarikh :