minggu 2

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH JURNAL PRAKTIKUM Nama Pelajar : Kalayarasi A/P Gnanasegaran Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Januari 2012 Tempoh Praktikum : 12 minggu / 3 bulan Pengkhususan : Pendidikan Pemulihan Nama Guru Pembimbing : Pn.Rahmah Binti Huseen Nama Pensyarah Pembimbing : Puan Salmah Binti Othman Catatan Minggu ke: (9).Tarikh : 5 April hingga 9 April 2015 Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan : Masalah tingkah laku. . Setelah mula mengajar bebrapa minggu , saya mengalami masalah kehadiran murid ke sekolah. Setiap hari ada murid yang tidak hadir ke sekolah. Hal ini menyebabkan mereka ketinggalan pada tajuk yang diajar pada hari tersebut. Perkara ini meyukarkan murid memahami tajuk yang diberikutnya. Selain daripada itu, saya juga masalah tingkah laku murid semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam kelas terdapat seorang murid yang bernama Hafif yang mempunyai masalah tingkah laku. Dia suka menggangu rakan-rakan lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan murid-murid lain juga tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada pengajaran guru. Murid ini tidak boleh duduk di tempat dan suka bergerak di dalam kelas. Perkara ini menggangu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

description

bm

Transcript of minggu 2

Page 1: minggu 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : Kalayarasi A/P Gnanasegaran

Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Januari 2012

Tempoh Praktikum : 12 minggu / 3 bulan

Pengkhususan : Pendidikan Pemulihan

Nama Guru Pembimbing : Pn.Rahmah Binti Huseen

Nama Pensyarah Pembimbing : Puan Salmah Binti Othman

Catatan Minggu ke: (9).Tarikh : 5 April hingga 9 April 2015

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan : Masalah tingkah laku.

.

Setelah mula mengajar bebrapa minggu , saya mengalami masalah kehadiran

murid ke sekolah. Setiap hari ada murid yang tidak hadir ke sekolah. Hal ini

menyebabkan mereka ketinggalan pada tajuk yang diajar pada hari tersebut. Perkara

ini meyukarkan murid memahami tajuk yang diberikutnya.

Selain daripada itu, saya juga masalah tingkah laku murid semasa menjalankan

sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam kelas terdapat seorang murid yang bernama

Hafif yang mempunyai masalah tingkah laku. Dia suka menggangu rakan-rakan lain

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan murid-murid lain juga

tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada pengajaran guru. Murid ini tidak

boleh duduk di tempat dan suka bergerak di dalam kelas. Perkara ini menggangu

kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah

laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat.

Mengikut Omardin Ashaari (1999) pula, meyatakan bahawa biasanya murid yang lemah

Page 2: minggu 2

dalam pelajaran mempunyai hubung kait dengan soal minat, sikap, kedah mengajar,

kesihatan dan kelembapan pemikiran serta kesukaran pelajar mengikuti pengajaran

guru.

Menurut Bandura (1977), Teori Pembelajaran Sosial didefinisikan sebagai satu

pembelajaran yang berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu atau

menjadikan seseorang sebagai model tingkah laku.

Analisis

Saya telah melakukan pemerhatian sepanjang minggu ini. Berikut merupakan

hasil pemerhatian tersebut :

a) seorang murid tersebut adalah daripada kumpulan lemah.

b) Murid-murid tersebut ialah kategori slow learner.

c) Dengan menemu bual guru-guru pendidikan khas, saya dapat tahui mereka

mempunyai masalah memberi tumpuan.

d) Tumpuan murid-murid ini bergantung kepada emosi.

e) Mereka tidak memberi perhatian jika guru tidak tegas.

.

Berdasarkan pemerhatian ini, kita dapat memahami guru perlu memainkan peranan

yang penting untuk menarik minat pelajar terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran dengan menjalanakan aktiviti-aktiviti yang seronok.

Cadangan untuk penyelesaina masalah

Bagi menyelesaikan masalah ini, saya telah membuat kolaborasi dengan guru

pembimbing minor untuk berbincang mengenai hal ini. Beliau tersebut juga memberi

pandangan bahawa saya perlu tegas kepada murid tersebut. Jika tiada murid tidak

akan mengikut arahan guru. Tidak boleh terlalu lembut dan terlalu tegas kepada murid

Page 3: minggu 2

pendidikan khas, ia perlu seimbang. Mengikut Omardi Ashaari (1999) berpendapat

bahawa kaedah yang paling berkesan dalam mengawal kelas dan lazimnya digunakan

oleh guru ialah menggunakan kekuatan dan ketegasan yang ada pada diri sendiri.

Tempoh masa

Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah selama 1

minggu.

Tindakan susulan

Dengan mengenalpasti semua masalah ini, saya dapat menyedari perlu

meningkatkan kemahiran mengajar saya kepada murid-murid pendidikan khas.

Daripada pengalaman menggunakan model Canter “assertive dicipline” guru yang

asertif adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau garang.

Seseorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif, penyayang dan

produktif, iklim yang dapat menghasilkan pembelajaran yangv maksimum. Oleh itu,

saya perlu menjadikan diri saya sebagai seorang guru yang tegas.

Kesimpulan

Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah ini saya pelru bertegas dengan murid-

murid bermasalah tingkah laku seperti dikatakan oleh tokoh Canter (2000) dan Omardi

Ashaari (1999). Malah, saya juga perlu befokuskan kepada aktiviti pengajaran. Hal ini

kerana, pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang bosan juga boleh mewujudkan

masalah tingkah laku. Di sini, saya dapat memahami bahawa pengajaran bukan sahaja

menyampaikan ilmu tetapi faktor-faktor lain juga penting dalam memantapkan tugas

sebagai guru.

Page 4: minggu 2

Pandangan / komen guru pembimbing .................................................................................................................................................. ...................................................................................................................................................................................................................................................................................................Tarikh : ............................................. Tandatangan : ............................................. Nama : .........................................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing .................................................................................................................................................. .................................................................................................................................................. ................................................................................................................................................... Tarikh : .............................................. Tandatangan : .............................................. Nama : ........................................................