minggu 3

download minggu 3

of 4

description

W

Transcript of minggu 3

Minggu ke-3( 12.07.2010 16.07.2010 )Minggu ujian selaras 3

CATATAN MASALAHMasalah yang saya dapat dikesan dalam kalangan murid-murid ialah mereka bising sehingga mengganggu murid-murid yang terlibat dengan ujian selaras 3.

PERASAAN SAYA TERHADAP MASALAH INISaya berasa amat kecewa dan sedih terhadap sikap muridmurid yang tidak mengambil tahu perasaan orang lain. Pelajar tahap satu dengan tahap dua tidak menghadapi ujian atau subjek yang sama. Pelajar tahap satu lebih awal habis ujian dan tidak menghadapi kertas dua bagi subjek Matematik. Hal ini menyebabkan pelajar tahap satu berborak dengan rakan-rakannya sehingga bunyi bising tersebut mengganggu murid tahap dua yang masih terlibat dengan ujian. Saya sendiri tidak bersabar sehingga mengambil sesuatu untuk mendiamkan murid-murid tahap satu yang bising.

ANALISA MASALAHMasalah ini berlaku disebabkan murid-murid tahap satu seperti darjah 1dan 2 yang tidak menghadapi Matematik kertas dua yang membuat kerja sendiri apabila habis ujiannya sehingga guru lain masuk ke kelas tersebut. Mereka suka berborak dengan rakan-rakan sekelasnya. Mereka juga bermain-main lari sini dan sana dalam menyebabkan bunyi bising menggaggu ketenteraman murid tahap dua yang sedang menghadapi ujian pada masa tersebut. Oleh kerana, murid tahap satu yang masih kanak-kanak kurang matang fikirannya yang tidak dapat berfikir apa yang baik dan apa yang buruk seperti yang dikatakan oleh Piaget (1937) menyebabkan keadaan yang kurang senang telah berlaku.

CADANGAN / TINDAKAN SAYA UNTUK MENGATASI MASALAHSaya telah masuk ke kelas darjah satu dan dua yang bersebelah-sebelahan dan menjaga kelas tersebut sehingga guru kelas masuk ke kelas tersebut. Saya terpaksa tegas dengan mereka walaupun mereka masih kanak-kanak bagi memastikan murid-murid tidak bising sehingga tidak mengganggu murid tahap dua yang sedang menghadapi ujian pada masa tersebut. Saya juga menasihati murid tahap satu dengan cara yang lembut untuk membuat kerja sendiri dan tidak bising serta menyedarkan mereka bahawa kakak dan abang mereka sedang menghadapi ujian. Apabila saya menerangkan hal tersebut mereka mendiamkan diri dan buat kerja sendiri tanpa bising.

TEMPOH PENYELESAIANMasa yang diperlukan untuk menangani masalah ini ialah selama setengah jam. Apabila saya masih dalam kelas darjah satu dan juga dua mereka senyap dan buat kerja masing-masing. Saya berasa amat gembira kerana langkah ataupun teknik yang saya pilih untuk menyelesaikan masalah ini berakhir dengan jayanya.

CARA MEMENUHI KEJAYAANBagi mencapai kejayaan ini, saya sendiri mengambil tindakan untuk mendiamkan diri murid-murid tahap satu tersebut dengan memasuki dalam kelas-kelas tersebut dan menjaga kelas tersebut sehingga guru kelas masuk ke kelas-kelas tersebut. Sebagai seorang guru harus menjaga kelasnya( murid-muridnya) bagi tidak mengganggu orang lain ataupun murid-murid kelas lain. Justeru, saya telah pun berjaya dalam mendiamkan diri murid-murid tahap satu yang bising.

3 ( 12.07.2010 16.07.2010 )

1. . . . . 2. . . .

3. . . .

4. . . . . , .

5. / . . . . .