minggu 3

5

Click here to load reader

description

jurnal minggu 3

Transcript of minggu 3

Bilangan Jurnal:Ke 3 Minggu Praktikum:KetigaTarikh Peristiwa / Kejadian:16-17 Februari 2015 Tajuk Jurnal:Murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.1. Masalah / PeristiwaMasalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan. Pemerhatian saya adalah berdasarkan beberapa tugasan yang saya berikan kepada mereka iaitu menjawab soalan struktur berdasarkan petikan, murid mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan tugasan tersebut. Murid juga mengambil masa yang lama untuk menyiapkan aktiviti kumpulan terutamanya aktiviti yang melibatkan penulisan, contohnya memindahkan maklumat penting daripada petikan kepada bentuk peta bulatan atau carta. Keadaan ini menyebabkan masa banyak terbuang dalam aktiviti kumpulan dan memakan masa untuk gerak kerja individu pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada langkah 3.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana mereka sering berbual bersama- sama dengan rakan sebelah menyebelah. Murid akan terleka dan akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, mereka kurang memahami tugasan yang diberikan oleh guru, keadaan ini menyebabkan mereka lambat menyiapkan kerja yang diberikan kepada mereka. Kurang motivasi juga menyebabkan murid terbiasa lambat untuk menyiapkan kerja tidak kira kerja individu ataupun kumpulan. Mereka sentiasa berada di dalam zon berehat dan berada di zon yang selesa. Perkara ini telah menyebabkan mereka selalu tidak dapat menyiapkan tugasan pada masa yang saya telah tetapkan. Perkara ini berlaku kerana guru tidak memberikan mereka ganjaran terhadap murid yang dapat menjawab serta melengkapkan kerja tepat pada masanya serta betul dan kemas. Menurut Albert Bandura pembelajaran bermula apabila seseorang telah mula bertindak dengan sesuatu rangsangan. Oleh itu, murid-murid akan bertindak mengikut rangsangan yang diberikan oleh guru. Rangsangan tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu rangsangan berbentuk ganjaran dan juga rangsangan daripada sistem arahan masa yang memerlukan murid untuk menyiapkan tugasan dengan lebih cepat, kemas dan betul. Saya akan cuba untuk menerapkan kaedah ini kepada murid-murid saya setiap kali mereka dapat melaksanakan tugasan dengan cepat, kemas dan betul. Saya berharap agar dengan cara sebegini murid-murid akan lebih teruja untuk menyiapkan tugasan mereka.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya perlu memberi tekanan kepada mereka untuk menyiapkan tugasan dengan lebih pantas, betul dan juga kemas. Memberi tekanan kepada mereka dengan mengira naik daripada 1 hingga ke 10, dengan cara ini secara tidak langsung dapat mendorong murid untuk menyiapkan tugasan dengan lebih cepat.

b) Saya akan menyediakan ganjaran kepada mereka yang dapat menyiapkan tugasan tepat pada masanya, betul dan kemas. Setelah menyemak jawapan murid yang dapat menyiapkan tugasan dengan betul dan cepat akan diberikan ganjaran seperti hadiah, pujian dan juga dorongan. Saya juga melaksanakan token ekonomi untuk setiap kumpulan agar mendorong mereka menyiapkan tugasan tepat pada waktunya.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan SusulanSaya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh dua hari kerana minggu ini SK Lapasan, Kota Kinabalu akan menjalankan sesi persekolahan pada hari isnin dan selasa sahaja dan akan bercuti bermula dari rabu sehingga Jumaat sempena sambutan tahun baru cina 2015. Oleh itu, saya akan memerhatikan gerak kerja murid setiap kali diberikan tugasan agar murid-murid dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada waktu yang tepat supaya mereka akan membiasakan diri menjawab soalan dengan cepat. Justeru, semasa hari peperiksaan atau ujian murid tidak lambat untuk menjawab soalan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :