minggu 8
description
Transcript of minggu 8
Bilangan Jurnal :Ke 8
Minggu Praktikum :Kelapan
Tarikh Peristiwa / Kejadian :30 Mac – 1 April 2015
Tajuk Jurnal :Sikap Kerap Ke Tandas Sewaktu Kelas
1. Masalah / Peristiwa
Pada minggu kelapan ini, ianya pada asalnya bukanlah menjadi satu masalah murid
pergi ke tandas namun demikian lain pula halnya sekiranya murid yang sama gemar ke
tandas kerap kali dalam tempoh masa sejam sewaktu kelas dijalankan. Hal ini
mengganggu proses pengajaran guru dan pembelajaran murid di dalam kelas.
Murid ini sering ke tandas namun bukannya untuk membuang air kecil atau
besar tetapi hanya membuang masa berada di luar kelas untuk bermain bersama rakan
di tandas. Murid lelaki terutamanya bermain di tandas dan membuat bising. Terdapat
juga murid lelaki yang suka menakutkan murid perempuan. Perbuatan seperti ini
sememangnya boleh menjadi masalah yang kompleks dan berat sekiranya tidak
dibendung. Guru akan terganggu emosi sekiranya melihat pergerakan murid yang
kerap ke tandas tanpa tujuan.
2. Analisis
Masalah ini berpunca daripada guru yang dengan senang hati memberikan kebenaran
kepada murid untuk ke tandas. Guru sepatutnya mengehadkan bilangan murid yang
pergi ke tandas bagi mengelakkan gangguan terhadap proses Pengajaran dan
Pembelajaran di dalam kelas. Sikap murid yang tidak mementingkan pelajaran juga
harus dibendung dan dirawat serta merta bagi mengelakkan sikap negatif ini berlaku
berterusan.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Masalah ini dapat diselesaikan dengan cara menggunakan kad keluar ke tandas yang
hanya akan dipakai untuk seorang. Maka, bilangan murid yang pergi ke tandas dapat
dikurangkan serta-merta. Guru boleh membenarkan murid yang ingin membuang air
untuk pergi ke tandas sebelum proses Pengajaran dan Pembelajaran bermula dan tidak
ada sesiapa yang boleh keluar dari kelas selepas itu. Selain itu, guru sekali-sekala pergi
menjenguk pergerakan murid ke tandas dan melihat apakah yang dilakukan oleh
mereka.
4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan
Tempoh masa yang diambil oleh saya untuk mengenal pasti masalah ini dan mencari
ikhtiar penyelesaiannya ialah selama 2 hari iaitu sewaktu saya mengajar di kelas Tahun
5. Pada kali pertama saya mengenal pasti masalah dengan cara memerhatikan
kekerapan murid keluar dari kelas untuk ke tandas. Manakala kali kedua ialah jalan
penyelesaian dimana saya memberitahu murid-murid tentang penggunaan kad keluar
ke tandas.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :