Minggu 8 kontrak al-rahn dan al-ijarah
-
Upload
noraini-ismail -
Category
Documents
-
view
192 -
download
6
Transcript of Minggu 8 kontrak al-rahn dan al-ijarah
URUSNIAGA HARTANAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM
GADAIAN (AL-RAHN)
KONTRAK JUAL BELI
SEWAAN
PENGERTIAN KONTRAK
(1)PENGERTIAN
KONTRAK (AKAD / ’AQD)
DARI SEGI BAHASA Akad bermaksud Janji, jaminan,
kepercayaan dan ikatan (sama ada ikatan sebenar seperti mengikat tali atau ikatan simbolik seperti ikatan ijab dan qabul dalam akad jual-beli)
Kamus Dewan memberikan pengertian akad sebagai janji dan perjanjian. Perkataan akad merupakan perkataan yang sinonim dengan perkataan kontrak.
DARI SEGI ISTILAH Akad dari istilah fiqh ialah ikatan di antara ijab
dan qabul yang dibuat mengikut cara yang disyariatkan yang sabit kesannya pada barang berkenaan.
Dengan perkataan lain akad melibatkan pergantungan cakapan salah satu pihak (IJAB) yang berakad dengan cakapan pihak yang satu lagi (QABUL), mengikut ketentuan syarak yang akan melahirkan kesan pada barang yang diakadkan (Wahbah al-Zuhaily, 2002, Fiqh & perundangan Islam)
Dari aspek undang-undang pula, kontrak didefinisikan sebagai semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah (Akta Kontrak, seksyen 10 (1)).
KAEDAH PERNYATAAN KONTRAK
PERBUATAN
PERKATAAN
ISYARAT
TULISAN
PESANAN MELALUI SESEORANG
TUJUAN KONTRAK
MEMBERI MILIK (AL-TAMLIKAT) – CTH : MUZARAAH
MENGGUGURKAN SESUATU HAK KONTRAK (AL-ISQATAT) – CTH : SYUF’AH
MEMBERI JAMINAN HUTANG – CTH : AL-RAHN
MEMBERI KUASA DAN KEIZINAN (AL-ITLAQAT) – CTH : PERLANTIKAN WASI
PERKONGSIAN UNTUNG DAN RUGI (AL-ISYTIRAK) – CTH : AL-MUDHARABAH
FOKUS KURSUS :
KONTRAK JUAL BELI
KONTRAK GADAIAN
KONTRAK SEWAAN
KONTRAK JUAL BELI
MAKSUD JUAL BELI
DARI SEGI BAHASA :Menukar suatu barang dengan suatu barang yang lain
DARI SEGI ISTILAH :Menurut Mazhab Hanafi, jual beli ialah pertukaran suatu harta dengan suatu harta yang lain mengikut cara yang tertentu. Atau menukar sesuatu yang disukai dengan sesuatu yang lain yang juga disukai dengan dengan cara tertentu yang berfaedah iaitu dengan tawaran.
Menurut mazhab Syafie, jual beli ialah pertukaran sesuatu harta benda dengan harta benda yang lain, boleh ditasharrufkan (dikendalikan), dengan ijab dan qabul menurut cara yang diizinkan oleh syarak (al-Husaini, Abi Bakr ibn Muhammad, 2005, Kifayatul akhyar fi halli ghayat al-ikhtisar, Dar al-Salam, al-Qahirah, Misr, hlm.305).
Al-Bai’ juga adalah kontrak pertukaran harta benda yang memberikan seseorang hak memiliki sesuatu benda atau manfaat untuk selama-lamanya, bukan dengan tujuan al-qurbah (mendampingi diri kepada Allah) (Mughni al-muhtaj, jld.3, hlm.2).
RUKUN JUAL BELI
1)PENJUAL2)PEMBELI3)LAFAZ IJAB (PENAWARAN)
DAN QABUL (PENERIMAAN)4)BARANG YANG DI
KONTRAKKAN
APAKAH SYARAT-SYARAT DALAM RUKUN JUAL BELI??
RUKUN JUAL BELI
TIDAK SAH KONTRAK JUAL BELI YANG TIDAK
MEMENUHI RUKUN DAN SYARAT
JENIS AKAD JUAL BELIJUAL BELI DENGAN HARGA TUNAI (bai’ al-sil’ah bi al-naqd)
JUAL BELI DENGAN HARGA TANGGUH (bai’ bithaman ajil -BBA) – syarat bukan barang ribawi
JUAL BELI DENGAN TEMPAHAN BARANG- BAYARAN TUNAI (bai’ al-salam)
JUAL BELI DENGAN PENAMBAHAN KEUNTUNGAN (bai’ al-murabahah)
JUAL BELI DENGAN TEMPAHAN BARANG –BAYARAN TANGGUH (bai’ al-istisna’)
1
2
3
4
5
SYARAT BAI’AL-AMANAH (AL-MURABAHAH)
PENJUAL MESTI MEMAKLUMKAN KEPADA PEMBELI :
1) KOS BARANGAN 2) JUMLAH KEUNTUNGAN 3) PERKARA-PERKARA YANG
MEMPENGARUHI HARGA JUALAN4) KECACATAN PADA BARANGAN
SEKIRANYA ADA
JENIS AKAD JUAL BELIDUA JENIS BAI’ AL-MURABAHAH1) BAI’ AL-MUSAWAH – Harga tidak terikat
dengan kos2) BAI’ AL-AMANAH – Harga terikat dengan
kos
SOALAN ???