MINGGU 8.docx

5
PENULISAN JURNAL MINGGU 8 MEMUPUK KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI YANG BERKESAN DI DALAM BILIK DARJAH Masalah Setelah 8 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi mata pelajaran matematik, saya dapati dan berpendapat bahawa segelintir murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual dengan rakan di sebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru dengan pelajar. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal. Sebagai seorang pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru seharusnya menggunakan corak kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan dengan pelajar-pelajar menyebabkan taknik ini mempengaruhi pemupukan minat pelajar terhadap proses pengajaran. Analisis masalah Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali terganggu akibat daripada gangguan- gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan

Transcript of MINGGU 8.docx

PENULISAN JURNAL

PENULISAN JURNALMINGGU 8

MEMUPUK KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI YANG BERKESAN DI DALAM BILIK DARJAH

Masalah

Setelah 8 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi mata pelajaranmatematik, saya dapati dan berpendapat bahawasegelintir murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual dengan rakan di sebelah dan membuat hal sendiri.

Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru dengan pelajar. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal. Sebagai seorang pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru seharusnya menggunakan corak kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknikyang pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan dengan pelajar-pelajar menyebabkan taknik ini mempengaruhi pemupukan minat pelajar terhadap proses pengajaran.

Analisis masalah

Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan guru dan pelajar yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya minat pelajar untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dan menyampaikan pelajaran yang jelas supaya pelajar - pelajar dapat mendengarnya. Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap pelajar-pelajar yang kurang berminat untuk belajar.

Menurut Mok Soon Sang :Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Pelajar-pelajar yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik darjah banyak mempengaruhi proses interaksi antara guru dengan pelajar. Guru yang mengamalkan corak kepimpinan autokratik di mana pelajar-pelajar hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara pelajar tidak digalakkan dan bersifat pasif.

Cadangan

Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa perubahan untukmemastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau diatasi. Saya akan mencuba mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melakukan corak kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang berlangsung (samada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan pelajar-pelajarya. Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut:

Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi.

Mok Soon Sang (2003) untuk menarik minat dan perhatian pelajar-pelajar terhadap pelajaran yang diajar, guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan pelajar-pelajar menyertai aktiviti pembelajaran secara aktifjuga boleh membantu.Tindakan susulan

Saya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam mengendalikan P&Pdengan berkesan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan:Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat pelajar untuk belajar.Di samping itu, saya akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif seperti pujian atau hadiah dan peneguhan negatif seperti dendaan dalam usaha mengawal pelajar-pelajar semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.

Catatan

Dalam mewujudkan suasana kelas atau bilik darjah yang baik dan berkesan, guru seharusnya kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat mempengaruhi suasana P&P di dalam kelas nanti. Pelajar-pelajar akan lebih bersedia dan bersemangat untuk belajar sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan proses P&P berkesan.