MINGGU SAHAM DIGITAL 2021 BERAKHIR DENGAN BILANGAN ...

3
1 UNTUK SIARAN SEGERA 24 November 2021 MINGGU SAHAM DIGITAL 2021 BERAKHIR DENGAN BILANGAN TONTONAN POSITIF Salah satu acara literasi kewangan terbesar Malaysia KUALA LUMPUR, 24 November 2021 Permodalan Nasional Berhad (PNB) malam tadi mengakhiri program utama literasi kewangan tahunannya, Minggu Saham Digital (MSD) dengan kejayaan yang memberangsangkan. Acara tersebut mencatatkan lebih 1.5 juta tontonan selama tujuh hari dan lebih 5 juta penglibatan di semua saluran media sosial rasmi MSD. Program hibur didik selama seminggu yang bertemakan #laburbersama itu bertujuan untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur, melalui pelbagai aktiviti dalam talian. Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, “Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat, terutamanya peserta yang menjadikan MSD 2021 sebagai acara yang paling menyeronokkan. Semua program kami sepanjang minggu masih boleh terus ditonton di saluran Facebook dan YouTube MSD. Kami berharap para peserta telah berjaya menimba ilmu baharu daripada pengalaman mereka bersama kami, dan terus menyokong usaha celik kewangan kami,” tambah beliau. Laman web rasmi MSD telah dikunjungi sebanyak satu (1) juta kali dengan peraduan Jom... Kira Duit menerima penyertaan 307,000 dari lebih 9,000 peserta. Sebagai tanda penghargaan, PNB memberi peluang kepada orang ramai yang mengikuti program MSD untuk memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM500,000 menerusi pelbagai peraduan yang diadakan sebelum dan semasa MSD berlangsung.

Transcript of MINGGU SAHAM DIGITAL 2021 BERAKHIR DENGAN BILANGAN ...

1

UNTUK SIARAN SEGERA 24 November 2021

MINGGU SAHAM DIGITAL 2021 BERAKHIR DENGAN BILANGAN TONTONAN POSITIF

Salah satu acara literasi kewangan terbesar Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 November 2021 – Permodalan Nasional

Berhad (PNB) malam tadi mengakhiri program utama literasi

kewangan tahunannya, Minggu Saham Digital (MSD) dengan

kejayaan yang memberangsangkan. Acara tersebut mencatatkan

lebih 1.5 juta tontonan selama tujuh hari dan lebih 5 juta penglibatan

di semua saluran media sosial rasmi MSD. Program hibur didik selama

seminggu yang bertemakan #laburbersama itu bertujuan untuk

meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia dari

semua peringkat umur, melalui pelbagai aktiviti dalam talian.

Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn

berkata, “Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak

terhingga kepada semua yang terlibat, terutamanya peserta yang

menjadikan MSD 2021 sebagai acara yang paling menyeronokkan.

Semua program kami sepanjang minggu masih boleh terus ditonton di

saluran Facebook dan YouTube MSD. Kami berharap para peserta

telah berjaya menimba ilmu baharu daripada pengalaman mereka

bersama kami, dan terus menyokong usaha celik kewangan kami,”

tambah beliau.

Laman web rasmi MSD telah dikunjungi sebanyak satu (1) juta kali

dengan peraduan Jom... Kira Duit menerima penyertaan 307,000 dari

lebih 9,000 peserta.

Sebagai tanda penghargaan, PNB memberi peluang kepada orang

ramai yang mengikuti program MSD untuk memenangi hadiah bernilai

lebih daripada RM500,000 menerusi pelbagai peraduan yang

diadakan sebelum dan semasa MSD berlangsung.

2

Senarai pemenang dan hadiah peraduan adalah seperti berikut:

1. Peraduan Jom… Kira Duit

Hadiah Pertama - Hyundai Kona 2.0 Standard

Muhamad Ramli Ab Rahman, Kuala Lumpur

Hadiah Kedua - Toyota Yaris 1.5G (AT)

Filzah Haziyah Ahmad Shah, Kota Kinabalu, Sabah;

Hadiah Ketiga - Perodua Ativa 1.0 Turbo AV

Mohd Shahril Amin Shahda, Teluk Intan, Perak;

Hadiah Keempat : Motosikal Honda CB250R

Abdul Hamid Hasan, Jitra, Kedah; dan

Seramai 8 pemenang membawa pulang motosikal 125 Honda

Dash, yang mana lima (5) adalah pemenang Ringgit Emas.

2. Peraduan Live Trivia merekodkan 4,592 penyertaan.

3. Peraduan Cabutan Bertuah mencatatkan 2,400 penyertaan.

Ahmad Zulqarnain turut merakamkan penghargaan kepada Rakan

Korporat yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan

MSD 2021 terus menjadi salah satu acara literasi kewangan terbesar

di Malaysia. Rakan Premier MSD ialah Malayan Banking Berhad

(Maybank), Sime Darby Plantation Berhad dan UMW Holdings

Berhad. Sime Darby Berhad, Sime Darby Property Berhad, S P Setia

Berhad, MIDF Berhad dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd

(Perodua) adalah dalam kategori Rakan Utama; manakala MNRB

Holdings Berhad (MNRB), CCM Berhad, Duopharma Biotech Berhad,

Velesto Energy Berhad, Sapura Energy Berhad, dan Projek Lintasan

Kota Holdings Sdn Bhd adalah dalam kategori Rakan.

- TAMAT -

3

MENGENAI PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan aset di bawah pengurusan (AUM) kini melebihi RM300 bilion. Portfolio PNB merangkumi pelaburan-pelaburan strategik di syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan persendirian dan hartanah. Untuk maklumat lanjut, layari www.pnb.com.my.

MINGGU SAHAM DIGITAL (MSD) MSD adalah adaptasi Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang beralih ke acara digital bermula pada tahun lepas. Program yang berlangsung selama seminggu ini padat dengan program pendidikan dan hiburan interaktif untuk mendidik dan meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang simpanan dan pelaburan. Untuk menyertai program dan peraduan yang ditawarkan sepanjang MSD2021, sila layari laman web rasmi MSD di www.minggusahamdigital.com.my.

Dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad