Mini Kajian Tindakan

10
AKTIVITI 4 : TAJUK KAJIAN TINDAKAN Merangsang Daya Ingatan Pelajar Mengingati Fakta dan Istilah Penting melalui Aktiviti Puzzle Puzzle digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam P&P mata pelajaran Perdagangan dan Sains semasa pengukuhan. Kebiasaannya guru akan memberikan lembaran kerja ataupun latihan kepada pelajar selepas pengajaran sesuatu topik sebagai pengukuhan. Keadaan ini kadangkala menimbulkan kebosanan dalam diri pelajar. Sesetengah pelajar pula masih tidak dapat memahami topik yang telah diajar oleh guru. Untuk itu, penggunaan Puzzle diharapkan dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk memahami topik dan mengingati fakta atau istilah penting yang dipelajari dan sebagai aktiviti pengayaan kepada pelajar.

Transcript of Mini Kajian Tindakan

Page 1: Mini Kajian Tindakan

AKTIVITI 4 : TAJUK KAJIAN TINDAKAN

Merangsang Daya Ingatan Pelajar Mengingati Fakta dan Istilah Penting melalui Aktiviti Puzzle

 Puzzle  digunakan  sebagai  alat  bantu  mengajar  dalam  P&P  mata  pelajaran Perdagangan  dan  Sains  semasa  pengukuhan.  Kebiasaannya  guru  akan memberikan  lembaran kerja ataupun  latihan kepada pelajar  selepas pengajaran sesuatu  topik  sebagai  pengukuhan.  Keadaan  ini  kadangkala  menimbulkan kebosanan  dalam  diri  pelajar.  Sesetengah  pelajar  pula  masih  tidak  dapat memahami  topik  yang  telah  diajar  oleh  guru.  Untuk  itu,  penggunaan  Puzzle diharapkan  dapat memberikan motivasi  kepada  pelajar  untuk memahami  topik dan  mengingati  fakta  atau  istilah  penting  yang  dipelajari  dan  sebagai  aktiviti pengayaan kepada pelajar.

Page 2: Mini Kajian Tindakan

AKTIVITI 6 : ANALISIS SWOT(KEKUATAN PENGAJARAN SAINS DAN PERDAGANGAN)

PERDAGANGAN   Guru boleh mengadakan banyak aktiviti mengikut kesesuaian topik.

  Guru boleh menggunakan bahan maujud yang senang didapati sebagai contoh bahan        bantu mengajar.

  Kandungan matapelajaran Perdagangan boleh diaplikasikan dalam kehidupan       (usahawan yang berjaya).

  Pelajar dapat melihat realiti keadaan di sekeliling melalui subjek Perdagangan.

  Pelajar dapat belajar melalui pengalaman dan juga aktiviti seharian.

Page 3: Mini Kajian Tindakan

AKTIVITI 6 : ANALISIS SWOT(KEKUATAN PENGAJARAN SAINS DAN PERDAGANGAN)

SAINS

 Pelajar sentiasa berhadapan dengan sains dalam kehidupan seharian. Guru boleh memberi contoh / menunjukkan aplikasi sains dalam kehidupan      seharian. Pendekatan kaedah pengajaran menggunakan bahan maujud dapat      meningkatkan minat dan sifat ingin tahu pelajar. Guru juga boleh menggunakan aktiviti berpusatkan pelajar seperti aktiviti          dalam kumpulan, menjalankan ujikaji (eksperimen), simulasi, main peranan,      lakonan, perbincangan, dsb dalam proses PnP; menjadikan pelajar lebih mudah      memahami topik pengajaran. Ini juga dapat meningkatkan minat pelajar. Guru menyediakan aktiviti yang mementingkan penglibatan pelajar secara aktif      dalam proses P&P. Guru menyediakan pengajaran berdasarkan pengalaman pelajar dalam      kehidupan.

Page 4: Mini Kajian Tindakan

AKTIVITI 7: ANALISIS SWOT(KELEMAHAN PENGAJARAN SAINS DAN PERDAGANGAN)

PERDAGANGAN  Topik pengajaran banyak melibatkan fakta

 Guru perlu memberi penerangan yang jelas disamping contoh yang bersesuaian.

 Pelajar sukar untuk mengingat fakta.

 Sesi pengajaran banyak menggunakan kaedah berpusatkan guru berbanding kaedah      berpusatkan pelajar kerana guru perlu terlebih dahulu memberi penerangan kepada      pelajar.

Page 5: Mini Kajian Tindakan

AKTIVITI 7: ANALISIS SWOT(KELEMAHAN PENGAJARAN SAINS DAN PERDAGANGAN)

SAINS  Pelajar tidak menguasai bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris menyebabkan pelajar        tidak memahami isi kandungan pelajaran. Pelajar tidak berminat mempelajari Sains kerana menganggap mata pelajaran tersebut      adalah sukar. Pelajar sukar memahami teori. Ujikaji dalam makmal hanya banyak dilakukan oleh pelajar yang rajin dan pandai, pelajar       lemah menganggap ianya sekadar ujikaji dan tidak serius ketika menjalankan ujikaji. Guru gemar menggunakan kaedah berpusatkan guru. Sebagai contoh, kaedah kuliah–      menyebabkan pelajar menjadi jemu, hilang tumpuan dan kurang penglibatan pelajar. Pelajar kurang membaca, kurang fokus, pasif di dalam kelas, tiada inisiatif untuk      memahami isi kandungan mata pelajaran Sains.

Page 6: Mini Kajian Tindakan

AKTIVITI 8: CARA MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN

SAINS DAN PERDAGANGAN

PERDAGANGAN  Guru terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu      topik dan kemudian mengadakan aktiviti seperti penggunaan 'word puzzle' di      dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

 Guru perlu melibatkan semua pelajar di dalam proses pengajaran dan      pembelajaran bagi mengelakkan pelajar leka dan kurang memahami topik yang      di ajar. 

 Guru perlu lebih kreatif dan bersedia di dalam proses pengajaran dan      pembelajaran dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat        pelajar dalam memahami sesuatu topik.

Page 7: Mini Kajian Tindakan

AKTIVITI 8: CARA MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN

SAINS DAN PERDAGANGAN SAINS  Mengadakan aktiviti P&P yang lebih menarik seperti permainan,      perbincangan, kuiz antara kumpulan untuk menarik minat pelajar      mempelajari Sains tidak lagi hanya menggunakan kaedah kuliah.Permainan puzzle dapat membantu pelajar mengingati istilah-     istilah sains.Membantu pelajar memahami dan mengingati teori dengan baik     melalui aktiviti “hands-on”.Memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam     menjalankan semua aktiviti bukan hanya sebahagian pelajar       sahaja. Penggunaan puzzle diharapkan dapat menarik minat     semua pelajar mengikuti aktiviti p&p.

Page 8: Mini Kajian Tindakan

AKTIVITI 9: MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN

Objektif: 

i.Menilai keberkesanan penggunaan puzzle dalam meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan Perdagangan. 

ii.Menilai sama ada penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah subjek Sains dan Perdagangan. Persoalan: 

i.Adakah penggunaan puzzle dapat meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan perdagangan? 

ii.Adakah penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah dalam Sains dan Perdagangan?

Page 9: Mini Kajian Tindakan

AKTIVITI 12 : TUGASAN 4 :PERMURNIAN MINI KAJIAN TINDAKAN

Kaedah  kuliah  atau  kaedah  konvensional  menyebabkan  ramai pelajar  menjadi  bosan  dengan  p&p  yang  dijalankan  oleh  guru. Kebosanan  yang  melanda  diri  pelajar  menjadikan  penyampaian tidak berkesan dan isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada pelajar tidak sampai sepenuhnya secara maksimum. Untuk itu,  guru  perlu  mencari  kaedah  alternatif  bagi  menghilangkan kebosanan pelajar terhadap p&p. Kaedah yang dicadangkan adalah melalui aktiviti permainan puzzle yang  dapat  menarik  minat  pelajar  dan  membantu  pelajar merangsang daya ingatan.

Page 10: Mini Kajian Tindakan

AKTIVITI 13 : TUGASAN 4 : KERANGKA TEORITIKAL, KONSEPTUAL DAN OPERASIONAL KAJIAN

Puzzle  boleh  didefinisikan  sebagai masalah  atau  enigma  yang menguji  kepintaran  orang yang menyelesaikannya. Kadang kala, puzzle juga dicipta sebagai satu bentuk hiburan atau permainan.  Oleh  itu,  puzzle  boleh  digunakan  sebagai  salah  satu  aktiviti  dalam  proses pembelajaran  pelajar  kerana  ianya merupakan  bentuk  permaianan  yang menyeronokan. Pelajar  akan  berasa  seronok  untuk  belajar  apabila  aktibviti  pengajaran  guru melibatkan permainan yang boleh membantu pembelajaran mereka. Melalui  aktiviti  puzzle  ini,  ia  boleh  membantu  merangsang  daya  ingatan  pelajar  dalam mengingati  fakta  dalam  pelajaran.  Ini  kerana,  sambil  bermain  untuk  menyelesaikan masalah  pelajar  juga  perlu  mengingati  fakta  yang  telah  dipelajari  bagi  mendapatkan penyelesaian yang terbaik dalam tugas yang diberikan melalui aktiviti puzzle tersebut. Selain  itu,  semangat  kerjasama  pelajar  juga  dapat  dipupuk  melalui  aktiviti  permainan puzzle  ini  kerana  pelajar  perlu  berada  di  dalam  kumpulan  untuk  bersama-sama menyelesaikan  tugasan yang diberikan. Pelajar perlu bersama bergerak dan memberikan sumbangan  idea  untuk  memastikan  hasil  dan  penyelesaian  bagi  aktiviti  puzzle  tersebut adlah yang terbaik.