Mini kajian

21
P66448 NORUL AMLA BT ABDULLAH FAKTOR KEKANGAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH MENENGAH ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengkaji faktor kekangan persekitaran sekolah yang mempengaruhi perlaksanaan pengajaran pendidikan jasmani di SMK Seksyen 7 Shah Alam. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan dan instrumen soal selidik. Seramai 10 orang yang terlibat dalam kajian ini sebagai responden dan ianya terdiri daripada guru-guru Pendidikan Jasmani. Persempalan soal selidik kajian ini dilakukan secara pensempelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan Borang soal selidik yang mengandungi 10 soalan dan menggunakan skala Likert. Analisis dapatan kajian mendapati tujuh item dari soalan soal selidik faktor kekangan persekitaran sekolah berada pada tahap Min (M) yang sederhana M=1.8; M=2.3; M=2.9; M=2.9; M=3.0; M=3.1; M=3.2 dan 3 item tahap yang tinggi M=3.5; M=3.5 dan M=3.9. Min keseluruhan menunjukkan pada tahap sederhana iaitu M=3.11. Kesimpulannya, pihak sekolah perlu sentiasa memberi kerjasama dalam menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif. 1.0 PENGENALAN Faktor persekitaran sekolah mempengaruhi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Jasmani. Proses pengajaran guru Pendidikan Jasmani dikatakan kurang bermutu disebabkan fakor-faktor kekangan persekitaran sekolah (Ali, 2008). Jika saiz kelas itu besar, maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul (Zuber, 1999).

Transcript of Mini kajian

Page 1: Mini kajian

P66448

NORUL AMLA BT ABDULLAH

FAKTOR KEKANGAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH

MENENGAH

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji faktor kekangan persekitaran sekolah yang mempengaruhi perlaksanaan pengajaran pendidikan jasmani di SMK Seksyen 7 Shah Alam. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan dan instrumen soal selidik. Seramai 10 orang yang terlibat dalam kajian ini sebagai responden dan ianya terdiri daripada guru-guru Pendidikan Jasmani. Persempalan soal selidik kajian ini dilakukan secara pensempelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan Borang soal selidik yang mengandungi 10 soalan dan menggunakan skala Likert. Analisis dapatan kajian mendapati tujuh item dari soalan soal selidik faktor kekangan persekitaran sekolah berada pada tahap Min (M) yang sederhana M=1.8; M=2.3; M=2.9; M=2.9; M=3.0; M=3.1; M=3.2 dan 3 item tahap yang tinggi M=3.5; M=3.5 dan M=3.9. Min keseluruhan menunjukkan pada tahap sederhana iaitu M=3.11. Kesimpulannya, pihak sekolah perlu sentiasa memberi kerjasama dalam menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif.

1.0 PENGENALAN

Faktor persekitaran sekolah mempengaruhi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP)

Pendidikan Jasmani. Proses pengajaran guru Pendidikan Jasmani dikatakan kurang bermutu

disebabkan fakor-faktor kekangan persekitaran sekolah (Ali, 2008). Jika saiz kelas itu besar,

maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul (Zuber, 1999).

Berdasarkan dapatan Sakhiyyah (2004), 34.2% kekangan yang dihadapi oleh sekolah bandar

ialah mendapatkan kawasan padang permainan yang agak luas. Krome dan Smith (2006) pula

menyatakan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman menghadapi kekangan dari segi

kemudahan peralatan. Manakala menurut Muhammad Nor (1990), pengajaran Pendidikan

Jasmani tertangguh disebabkan jumlah peruntukan untuk membeli peralatan sering digunakan

Page 2: Mini kajian

untuk pembangunan sekolah dan mengakibatkan pelajar terpaksa menggunakan peralatan

yang agak uzur, alatan yang dan di makan usia dan tidak selamat untuk digunakan.

Berdasarkan pemerhatian Mohar (2011), kekangan persekitaran perlu diatasi dengan melihat

semula alatan dan kemudahan yang sedia ada di setiap sekolah sebelum merangka kurikulum

Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum

pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia (Safani & Hamdan 2005)

Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti luar atau gerak kerja bercorak pendidikan

yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada pelajar. Aktiviti kokurikulum

merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kokurikulum merupakan suatu aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar

atau di dalam bilik darjah (Nor Azah 2007). Aktiviti kokurikulum penting dalam membantu

melengkapkan dan memperkukuhkan proses pembelajaran di dalam bilik darjah, di samping

dapat menunjukkan perubahan tingkah laku serta mempengaruhi sahsiah pelajar. Aktiviti

kokurikulum adalah jelas boleh menambah pengalaman penting dan kemahiran kepada

pelajar (Reaves & et al. 2010).

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan

disebabkan beberapa faktor kekangan seperti psikologi murid, sosiologi murid, ibu bapa,

persekitaran sekolah dan guru Pendidikan Jasmani yang mengajar (Mohar, 2011).

Berdasarkan penyelidikan lepas, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau persepsi

guru-guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani di Sekolah Menengah

Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Secara khusus, guru-guru ini di minta

memberi maklumbalas mengenai tahap kekangan persekitaran sekolah dalam perlaksanaan

Page 3: Mini kajian

pengajaran pendidikan jasmani secara berkesan di sekolah. Ia melihat samada persekitaran

sekolah menjadi faktor kekangan utama atau pun tidak untuk perlaksanaan pengajaran

Pendidikan Jasmani masa kini di sekolah. Ia penting sebagai semakkan untuk

penambahbaikan bagi pengubahsuaian kurikulum di masa hadapan. Antara objektif kajian

adalah seperti berikut:

1. Meninjau persepsi guru-guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani di

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam, Selangor berdasarkan borang

soal selidik.

2. Mengenal pasti tahap kekangan persekitaran sekolah dalam perlaksanaan pengajaran

pendidikan jasmani secara berkesan di sekolah menengah berdasarkan nilai min dan

peratus.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan

penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif untuk menjawab permasalah kajian.

3.1 Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan instrumen soal selidik.

Persempalan soal selidik kajian ini dilakukan secara pensempelan rawak mudah.

Page 4: Mini kajian

3.2 Sampel kajian

Kajian ini dilakukan secara rawak yang melibatkan 10 orang guru di SMK Seksyen 7 Shah

Alam, Selangor. Responden yang dipilih adalah terdiri daripada guru mata perlajaran

Pendidikan Jasmani.

3.3 Instrumen kajian

Instrumen yang di pilih untuk membuat kajian ini ialah soal selidik. Untuk kajian ini,

penyelidik menggunakan soal selidik yang sama yang telah digunakan oleh pengkaji sebelum

ini dalam kajian beliau iaitu faktor kekangan ibu bapa dan persekitaran sekolah dalam

pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Soal selidik ini dibina berdasarkan

teoritikal kajian, objektif dan kajian-kajian lampau (McBurney & White, 2010).

Kebolehpercayaan instrumen kajian ini telah dirujuk kepada 7 orang panel pakar bagi

menyemak kesahan kandungan reka bentuk soal selidik dan indeks. Borang soal selidik ini

mengandungi 10 soalan yang berkaitan dengan kekangan persekitaran sekolah dalam

perlaksanaan pengajaran pendidikan jasmani secara berkesan di sekolah menengah. Soalan

dalam soal selidik merupakan soalan tertutup dengan menggunakan skala Likert 5 point.

3.4 Kaedah Pengumpulan data

Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan soal selidik. Borang soal selidik

diberikan kepada 10 orang responden iaitu guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang sudi

bekerjasama. Responden akan diberi masa untuk menjawab semua soalan dalam soal selidik

dan borang soal selidik akan di kutip semula.

Page 5: Mini kajian

Carta alir proses mendapatakan maklumat kajian

3.5 Analisis Data

Pada peringkat akhir kajian ini, dapatan kajian telah dianalisis secara deskriptif untuk

menganalisis data daripada soal selidik. Kajian ini bersifat kuantitatif kerana semua data yang

diperolehi dikumpul melalui borang soal selidik. Soalan di dirangka berdasarkan penyataan 5

skala Likert, iaitu:

1. Sangat Tidak Setuju

2. Tidak Setuju

3. Agak Setuju

4. Setuju

5. Sangat Setuju

Likart (1932) mencadangkan kaedah penyelidikan yang lebih mudah. Analisis item

dilakukan berdasarkan maklum balas yang diberikan. Borang soal selidik yang diberikan

kepada responden penilaian sampel adalah menggunakan persempelan secara rawak.

Persempelan secara rawak adalah bermaksud penilaian berdasarkan kepada individu.

Responden kajian terdiri daripada 10 orang guru. Secara umumnya, data daripada borang soal

selidik yang telah dianalisis. Data yang dipungut melalui borang soal selidik dianalisis

dengan mengamalkan persempelan secara rawak. Soal selidik menggunakan skala Likert

Menulis Dapatan, Perbincangan Dapatan

Analisis di Buat Dalam Bentuk Peratusan dan Min

Menganalisis Dapatan Bagi Setiap Item

Menganalisis Soal Selidik

Mengedarkan Borang Soal Selidik

Page 6: Mini kajian

dengan menggunakan penentuan peratusan (%), min serta skor asal berdasarkan bilangan

responden. Untuk menentukan faktor kekangan dalam kajian ini, penyelidik juga

menggunakan skala pemeringkatan skor min untuk menganalisis dapatan mmin megikut

statistic deskriptif (Norma, 2004). Berdasarkan julat skala tersebut, penyelidik telah

melakukan pembahagian kepada tiga peringkat tahap tinggi, tahap sederhana dan tahap

rendah.

Jadual 1 : Skala Pemeringkatan Skor MinBil Tahap Skor min Tahap Skala pemeringkatan skor min

1 0.00 – 1.66 Rendah2 1.67 – 3.33 Sederhana3 3.34 – 5.00 Tinggi

Sumber: Mohd Majid Konting (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan.

Berdasarkan kepada Jadual 2 di atas, tahap min yang terendah dalam kajian ini ialah di antara

0.00 hingga 1.66. Manakala, skor min 1.67 hingga 3.33 diukur berada di tahap yang

sederhana dan skor min 3.34 hingga 5.00 berada di tahap tertinggi bagi menentukan tahap

faktor-faktor kekangan dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah

ini.

3.6 Kesimpulan

Statistik persampelan data secara rawak digunakan untuk menjawap setiap persoalan dalam

kajian ini. Walaupun kaedah kajian ini berbentuk tinjauan di sekolah, namun hasil dapatan ini

diharap dapat membantu dalam penambahbaikan bagi pengubahsuaian kurikulum di masa

hadapan. Kaedah soal selidik yang digunakan ini lebih mudah untuk mendapatakan maklumat

daripada guru-guru kerana aspek-aspek berkaitan direkodkan dengan menggunakan skala

Likert.

Page 7: Mini kajian

4.0 PERBINCANGAN DAPATAN

Jadual dua menunjukkan analisis statistik deskriptif mengenai tahap kekanganpersekitaran sekolah dalam perlaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah.

Jadual 2: Tahap Kekangan Persekitaran Sekolah

NO PERKARASKALA%

MIN1 2 3 4 5 TAHAP

JUMLAH SKOR

1 Kekurangan peralatan Pendidikan Jasmani. - 50 20 20 10

2.9 Sederhana- 5 2 2 12 Peralatan Pendidikan Jasmani

yang rosak tidak diganti. - 40 30 30 2.9 Sederhana- 4 3 3 -

3 Kawasan padang yang sempit. - 10 40 40 103.5 Tinggi

- 1 4 4 14 Peruntukan Pendidikan

Jasmani di sekolah salah dibelanjakan.

30 30 20 20 - 2.3 Sederhana

3 3 2 2 -5 Keadaan padang tidak

selamat. - 10 70 20 -3.1 Sederhana

- 1 7 2 -6 Kekurangan kemudahan

Pendidikan Jasmani di sekolah.

- 20 40 40 - 3.2 Sederhana

- 2 4 4 -7 Kekurangan peruntukan

Pendidikan Jasmani mengikut bilangan murid.

20 80 - - - 1.8 Sederhana

2 8 - - -8 Cuaca semasa pengajaran

Pendidikan Jasmani tidak menentu.

- - 50 50 - 3.5 Tinggi

- - 5 5 -9 Gabungan kelas dalam

pengajaran Pendidikan Jasmani tidak sesuai.

- 30 40 30 - 3.0 Sederhana

3 4 3 -10 Kesesakan murid yang terlalu

ramai di padang - - 40 30 30 3.9

Page 8: Mini kajian

- - 4 3 3 Tinggi

3.11Min Keseluruhan Sederhana1=Sangat Tidak Setuju, 2=Tidak Setuju, 3=Agak Setuju, 4=Setuju, 5=Sangat Setuju

Berdasarkan jadual 2, dapat menunjukkan tahap min yang sederhana. Bagi pernyataan

“Kekurangan peralatan Pendidikan Jasmani” (M=2.9); “Peralatan Pendidikan Jasmani yang

rosak tidak diganti.” (M=2.9); “Kawasan padang yang sempit” (M=3.5); “Peruntukan

Pendidikan Jasmani di sekolah salah dibelanjakan” (M=2.3); “Keadaan padang tidak

selamat” (M=3.1); “Kekurangan kemudahan Pendidikan Jasmani di sekolah (M=3.2);

“Kekurangan peruntukan Pendidikan Jasmani mengikut bilangan murid” (M=1.8); “Cuaca

semasa pengajaran Pendidikan Jasmani tidak menentu” (M=3.5); “Gabungan kelas dalam

pengajaran Pendidikan Jasmani tidak sesuai” (M=3.0) dan “Kesesakan murid yang terlalu

ramai di padang” (M=3.9). Min keseluruhan ialah M=3.11 iaitu menunjukkan pada tahap

sederhana.

4.1 PERBINCANGAN

a) Kekurangan Peralatan Pendidikan Jasmani

Peralatan sukan dalam Pendidikan Jasamani saling memerlukan. Seramai 50% responden

tidak setuju, 20% responden agak setuju, 20% responden setuju dan 10% responden sangat

setuju. Berdasarkan dapatan kajian ini, menunjukkan peralatan Pendidikan Jasmani di SMK

Seksyen 7 kurang mengalami kekangan dari aspek peralatan sukan. Dalam kajian oleh Siti

Ruzina Saron (2002) yang mendapati 90 peratus daripada 30 responden menyatakan bahawa

kemudahan asas dan peralatan sukan yang ada di sekolah tidak mencukupi bagi aktiviti

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Kemudahan peralatan dan fizikal juga

memainkan peranan yang sangat penting untuk menggalakkan pelajar- menyertai kegiatan

sukan. Oleh itu penyediaan peralatan dan kemudahan aktiviti pengajaran yang secukupnya,

Page 9: Mini kajian

seperti bilik persalinan khas, almari kecil, dewan khas dan gimnasium yang membolehkan

digunakan ketika cuaca buruk, serta memastikan peralatan sukan lengkap dan terkini. Hal ini

akan dapat mengekalkan minat murid terhadap pelajaran Pendidikan Jasmani (Zainun, 1995).

b) Peralatan Pendidikan Jasmani yang rosak tidak diganti.

Faktor keselamatan sangat penting dalam PdP pendidikan jasmani, dimana guru perlu

memastikan setiap perlatan yang di gunakan dalam pendidikan jasmani dalam keadaan yang

selamat. Seramai 40% responden tidak setuju, manakala seramai 30% responden agak setuju

dan seramai 30% setuju. Kajian mendapati bahawa terbukti faktor halangan struktur

memainkan peranan yang terpenting dan menjadi penyebab menjadi penghalang penglibatan

para pelajar sekolah menengah di dalam kelas Pendidikan Jasmani (Wan Azlan Wan Ismail,

2015).

c) Kawasan padang yang sempit.

Kawasan padang yang sempit akan menyukarkan aktiviti terutama dalam Pendidikan

Jasmani. Apabila kawasan sempit ianya menghadkan perlaksanaan aktiviti sukan. Sebanyak

10% responden tidak bersetuju, seramai 40% reponden agak setuju, manakala 40% respondan

setuju dan 10% responden sangat setuju. Kawasan pada yang sempit akan menyekat

kebebasan dalam sukan permainan seperti bola sepak, sofbal hoki yang memerlukan keluasan

padang yang sebenar (Carney dan Howells, 2014). Kemudahan infrastruktur dan peralatan

untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani. Kawasan lapang seperti gelanggang

permainan, padang bola dan ruang-ruang yang agak luas memainkan peranan penting dalam

menjalankan sesuatu aktiviti. Kekangan yang dihadapi oleh sekolah bandar ialah

mendapatkan kawasan padang permainan yang agak luas disebabkan faktor nilai hartanah

Page 10: Mini kajian

yang tinggi. Kawasan sekolah menjadi semakin sempit, ruang untuk sekolah menyediakan

kemudahan agak terhad.

d) Peruntukan Pendidikan Jasmani di sekolah salah dibelanjakan.

Jabatan akan memberi peruntukan mengikut jumlah bilangan murid di setiap sekolah.

Sebanyak 30% responden sangat tidak setuju, 30% responden tidak setuju, manakala 20%

responden agak setuju dan 20% responden sangat setuju.

e) Keadaan padang tidak selamat.

Pendidikan Jasmani melibatkan aktiviti fizikal yang terdedah kepada risiko berlakunya

kecederaan. Oleh itu, untuk mencegah berlakunya sebarang kemalangan yang tidak diingini

guru perlu mengambil langkah keselamatan ke atas murid-murid sewaktu proses PdP berlaku.

Seramai 10% responden tidak setuju, manakala 70% responden agak setuju dan 20%

responden setuju. Dapatan ini menunjukkan terdapat kekangan dalam kemudahan sukan dan

Wan Azlan Wan Ismail (2015), mendapati pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri

dalam Pendidikan Jasmani kerana faktor struktur seperti tekanan, masa, kebimbangan,

kewangan, peralatan dan kekangan kemudahan sukan.

f) Kekurangan kemudahan Pendidikan Jasmani di sekolah.

Kekurangan kemudahan Pendidikan Jasmani di sekolah memainkan peranan penting dalam

menjalankan sesuatu aktiviti. Seramai 20% responden tidak setuju, 40% responden agak

setuju dan manakala 40% responden setuju. Sekiranya para pelajar berasa seronok dengan

lokasi kemudahan sukan, pergerakan ke tempat bermain yang mudah, alat yang cukup dan

Page 11: Mini kajian

maklumat yang lengkap para pelajar akan menjadi seronok. Ini akan menggalakkan

penglibatan para pelajar di dalam aktiviti kelas Pendidikan Jasmani (Wan Azlan Wan Ismail,

2015).

g) Kekurangan peruntukan Pendidikan Jasmani mengikut bilangan murid.

Faktor kekurangan peruntukkan bukanlah menjadi perkara baharu dalam semua mata

pelajaran disekolah. Seramai 20% responden sangat tidak setuju dan 80% responden tidak

setuju. Penyediaan peralatan dan kemudahan aktiviti pengajaran yang secukupnya, seperti

bilik persalinan khas, almari kecil, dewan khas dan gimnasium yang membolehkan

digunakan ketika cuaca buruk, serta memastikan peralatan sukan lengkap dan terkini. Hal ini

akan dapat mengekalkan minat murid terhadap pelajaran Pendidikan Jasmani (Zainun, 1995).

Tanpa kemudahan ini, sudah tentu murid-murid di sekolah menengah atas tidak akan dapat

menyertai kegiatan Pendidikan Jasmani dengan sempurna dan seterusnya mematikan minat

pelajar-pelajar tersebut.

h) Cuaca semasa pengajaran Pendidikan Jasmani tidak menentu.

Pendidikan Jasmani menjalankan aktiviti di luar kelas yang terdedah dengan cahaya matahari

dan cuaca semasa, sekiranya cuaca hujan lebat dan panas yang melampau akan menjejaskan

pengajaran aktiviti dan kelas tersebut. Seramai 50% responden agak setuju dan 50%

responden setuju. Guru perlu peka dengan keadaan cuaca semasa dan fenomena-fenomena

yang berlaku seperti al nino yang boleh mengakibatkan stok haba, jerebu, musim hujan, kilat

dan petir. Sekiranya berlaku masalah cuaca yang tidak menentu, guru perlu mengajar

Pendidikan Kesihatan di dalam kelas. Pandangan ini disokong oleh Pugsley, Coffey dan

Delamont (1996) bahawa, sekiranya hujan turun dengan lebat di padang, guru juga boleh

membuat aktiviti senaman ringan di dalam kelas. Senaman ringan ini bertujuan meregangkan

Page 12: Mini kajian

sedikit otot anggota badan dan pada masa yang sama tidak melupakan bahawa waktu tersebut

adalah waktu Pendidikan Jasmani.

i) Gabungan kelas dalam pengajaran Pendidikan Jasmani tidak sesuai.

Pihak pentadbiran sekolah perlu memastikan bahawa guru yang berkelayakan (guru opsyen)

yang mengajar pendidikan jasmani bagi memastikan pelajar dapat belajar dengan lebih

mendalam. Seramai 30% responden tidak setuju, manakala 40% respond agak setuju dan

30% responden setuju. Gabungan kelas melakukan aktiviti bersama akan menyebabkan

pergaduhan dan pertelingkahan kecil sering berlaku kerana pertandingan sering diadakan di

antara kelas. Pandangan ini disokong oleh Mohar (2011) bahawa, gabungan kelas tidak dapat

menyelesaikan masalah dalam pengajaran sebaliknya memberi impak yang besar kepada guru

Pendidikan Jasmani kerana kepenatan dan terpaksa mengeluarkan suara yang kuat untuk

mengajar ramai murid dalam satu masa yang sama di padang.

j) Kesesakan murid yang terlalu ramai di padang.

Apabila murid terlalu ramai ini menyukarkan pengajaran dan pembelajaran. Seramai 40%

responden agak setuju, manakala 30% responden setuju dan 30% responden sangat setuju.

Kesesakan murid di padang adalah salah satu punca kekangan persekitaran di sekolah.

Menurut Ang (1998), ini disebabkan kekurangan peralatan dan pentadbir terpaksa

menggabungkan kelas, waktu pengajaran dan pembelajaran

Page 13: Mini kajian

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Pendidikan Jasmani adalah untuk melahirkan pelajar yang cergas melalui

pembelajaran fizikal serta dapat mengamalkan kecergasan dan disamping itu juga pelajar

diharapkan agar dapat meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif dan

mengamalkan gaya hidup sihat. Melalui mata prlajaran Pendidikan Jasmani, pelajar dapat

mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor

dengan menguasai kemahiran asasa pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.

Pelajar dapat melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Melalui

Pendidikan Jasmani juga, pelajar dapat membentuk sahsiah diri dan disiplin. Selain itu,

pelajar dapat seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.

Melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diimplementasikan

di sekolah menengah seluruh Malaysia mulai 1988, matlamat pelajaran Pendidikan Jasmani

adalah untuk melahirkan pelajar 3 yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, intelek,

rohani dan emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 1985). Mata pelajaran Pendidikan Jasamani ini telah digabungkan dengan

Pendidikan Kesihatan yang menitikberatkan pemeliharaan dan peningkatan kesihatan serta

kecergasan (pusat Perkembangan Kurikulum, 1992; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988).

Sehubungan itu, konsep Pendidikan Jasmani Kesihatan (pJK) dalam KBSM adalah

berlandaskan kepada peJajar menjalankan aktiviti fizikal di samping berpengetahuan dalam

pendidikan kesihatan. Tujuannya adalah untuk membina, memelihara dan meningkatkan

kecergasan pelajar.

Page 14: Mini kajian

RUJUKAN

Abd. Rahim Mohd. Shariff. (2001). Pengaruh penglibatan di dalam aktiviti sukan terhadap kejayaan di bidang akademik di kalangan atlit pelajar di sebuah sekolah mengengah di Banting. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan: Universiti Malaya.

Aindun Abd Zaman. (1998). Pengajaran guru Pendidikan Jasmani. Tesis sarjana tidak diterbitkan: Universiti Utara Malaysia.

Ali Maksum. (2008). Kualitas guru Pendidikan Jasmani di sekolah: Antara harapan dan kenyataan. Fakultas Ilmu Keolahragaan: Universitas Negeri Surabaya.

Alias Baba. (1999). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ang Kean Koo. (1998). Persepsi guru sukan dan jurulatih terhadap keselamatan dalam program sukan. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan: Universiti Putra Malaysia.

Azali Rahmat. (2001). Sikap guru mata pelajaran peperiksaan terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Tesis sarjana tidak diterbitkan: Universiti Malaya.

Ab. Alim Abdul Rahim. 2004. Pengurusan Gerak Kerja Ko-kurikulum. Oxford Fajar.

Aldridge, J.M., Laugksch, R.C. & Fraser, B.J. 2006. School-level environment and outcomes-based education in South Africa. Journal Learning Environment Reesrchs, 9: 23–147.

Aminudin Abdul Rahman. 2004. Penglibatan Pelajar Secara Aktif dalam Aktiviti Ko-kurikulum dan Kesannya ke Atas Pencapaian Akademik. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Ary, D., Jacobs, L.C. & Razavieh, A. 2002. Introduction to Research in Education. Boston: Wadsworth/Thomson Learning.

Astin, A. 1984. Student Involvement: A Development Theory for Higher Educations Graduate School of Educations. Los Angeles: University of California.

Blomfield, C. & Barber B. 2010. Australian adolescents’ extracurricular activity participation and positive development: Is the relationship mediated by peer attributes?. Australian Journal of Educational & Developmental Psychology 10: 114-128.

Chapman, E. 2003. Alternative approaches to assessing student engagement rates Practical Assessment, Research and Evaluation 8 (13). Retrieved April 19, 2006, from http://PAREonline.net/getvn.asp?v=8&n=13[28 Ogos 2012]

Crowder P.L. 2010. The Influence of the Outdoor Learning Environment on Student Engagement. Dissertation doctor of educational leadership.

Darling, N., Caldwell, L.L. & Smith, R. 2005. Participation in school based extracurricular activities and adolescent adjustment. Journal of Leisure Research 37 (I): 51-76.

Fisher, D.L. & Fraser, B.J. 1991b. Validity and use of the school-level environment. Journal of Classroom Interaction,26 (2): 13–18