Minit Curai KSSR Sains

2
MINIT CURAI 1 Kepada En. Tan Teik Fong Guru Besar SK Jalan Hamilton 2 Daripada Cik Tham Soke Cheng 3 Nama Kursus Kursus Induksi Kurikulum Standard (DSKP) Sekolah Rendah Tahun 4, Peringkat Negeri Pulau Pinang 2013 (Disiplin Ilmu:Sains) 4 Tarikh Masa Tempat 01-03 Oktober 2013 8.00 pagi hingga 4.30 petang Dewan, SJK(C) Shang Wu, Jalan La Salle, Pulau Pinang. 5 Perkara 01 Oktober 2013 1. Penerangan terperinci tentang Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). 2. Penerapan 12 Kemahiran Proses Sains (KPS) melalui bengkel dengan menjalani aktiviti hands-on . 3. DSKP untuk mata pelajaran Sains boleh dimuat turun dari laman sesawang BPK pada hujung November. 4. Bagi penggal 2014, fail showcase dan fail individu murid tidak perlu disediakan. 5. Untuk penggal 2014, pihak kementerian hanya menyediakan buku teks. Pihak sekolah akan menyediakan buku latihan, buku nota dan buku PEKA Sains. 6. PEKA Sains mesti disimpan mulai Tahun 4 sehingga Tahun 6 untuk tujuan penataraan PEKA. 7. DSKP yang baru tidak menggunakan perkataan band dan digantikan dengan tahap penguasaan . 8. Tiada ujian setara peringkat daerah atau negeri. 9. Ujian Pertengahan dan Akhir Tahun dilaksanakan di sekolah. 10.Ujian-ujian lain peringkat sekolah tidak perlu dijalankan. 11. Format peperiksaan untuk matapelajaran Sains masih dikekalkan iaitu dibahagikan kepada Bahagian A (60%) dan Bahagian B (40%) tetapi soalan yang berunsur KBAT sebanyak 30% untuk tahun yang akan datang. 02 Oktober 2013 1. Perbincangan rancangan pengajaran harian mengikut topik yang ditetapkan. 2. Pembentangan dan perbincangan rancangan pengajaran harian, 03 Oktober 2013 1. Penerangan pengisian data dalam bentuk excel untuk

description

mesyuarat

Transcript of Minit Curai KSSR Sains

Page 1: Minit Curai KSSR Sains

MINIT CURAI

1 Kepada En. Tan Teik Fong

Guru Besar SK Jalan Hamilton

2 Daripada Cik Tham Soke Cheng

3 Nama Kursus Kursus Induksi Kurikulum Standard (DSKP) Sekolah Rendah Tahun 4, Peringkat Negeri Pulau Pinang 2013 (Disiplin Ilmu:Sains)

4 Tarikh

Masa

Tempat

01-03 Oktober 2013

8.00 pagi hingga 4.30 petang

Dewan, SJK(C) Shang Wu, Jalan La Salle, Pulau Pinang.

5 Perkara 01 Oktober 2013

1. Penerangan terperinci tentang Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

2. Penerapan 12 Kemahiran Proses Sains (KPS) melalui bengkel dengan menjalani aktiviti ‘hands-on’.

3. DSKP untuk mata pelajaran Sains boleh dimuat turun dari laman sesawang BPK pada hujung November.

4. Bagi penggal 2014, fail ‘showcase’dan fail individu murid tidak perlu disediakan.

5. Untuk penggal 2014, pihak kementerian hanya menyediakan buku teks. Pihak sekolah akan menyediakan buku latihan, buku nota dan buku PEKA Sains.

6. PEKA Sains mesti disimpan mulai Tahun 4 sehingga Tahun 6 untuk tujuan penataraan PEKA.

7. DSKP yang baru tidak menggunakan perkataan “band” dan digantikan dengan “tahap penguasaan”.

8. Tiada ujian setara peringkat daerah atau negeri.9. Ujian Pertengahan dan Akhir Tahun dilaksanakan di sekolah.10. Ujian-ujian lain peringkat sekolah tidak perlu dijalankan.11. Format peperiksaan untuk matapelajaran Sains masih dikekalkan

iaitu dibahagikan kepada Bahagian A (60%) dan Bahagian B (40%) tetapi soalan yang berunsur KBAT sebanyak 30% untuk tahun yang akan datang.

02 Oktober 2013

1. Perbincangan rancangan pengajaran harian mengikut topik yang ditetapkan.

2. Pembentangan dan perbincangan rancangan pengajaran harian,

03 Oktober 2013

1. Penerangan pengisian data dalam bentuk excel untuk murid. Pengisian adalah berbentuk “offline” dan hanya dimasukkan selepas selesai satu kelompak. Maklumat murid untuk pengisian excel disalin daripada

Page 2: Minit Curai KSSR Sains

MINIT CURAI

APDM. 2. Data perlu diisi dalam perisian excel sebanyak tiga kali iaitu pada

permulaan persekolahan, selepas peperiksaan pertengahan tahun dan sebelum akhir sesi persekolahan. Data perlu disimpan di tempat yang boleh dipantau.

3. Data perlu dicetak sebanyak dua kali dan diserahkan kepada PK Pentadbiran, SU peperiksaan dalaman dan Ketua Panitia Sains. Pada akhir tahun, laporan pencapaian murid perlu dicetak dan dihantar kepada ibu bapa.

4. Sekiranya berlaku perpindahan murid, data perlu di email kepada sekolah berkenaan.

5. Murid yang menghadapi masalah pencapaian tahap penguasaan perlu dikenal pasti masalah yang timbul. Tindakan menelefon ibu bapa dibuat. Lawatan keluarga bersama dengan guru kaunseling diadakan jika masalah berterusan dan laporan dilabel sebagai kes khas.

6 Tindakan Susulan

7 Catatan

8 Ulasan (jika ada)

Disediakan oleh

______________________

( CIK THAM SOKE CHENG )

GURU SAINS

SK JALAN HAMILTON

Tarikh: 3 OKTOBER 2013