Minit Curai Kursus Dskp Pend Kesihatan
-
Upload
farah-husna -
Category
Documents
-
view
246 -
download
15
description
Transcript of Minit Curai Kursus Dskp Pend Kesihatan
MINIT CURAI
KURSUS PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 6 2015 SECARA ON-SITE.
TAJUK: PENDIDIKAN KESIHATAN
TARIKH: 8 HINGGA 9 APRIL 2015
MASA: 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
TEMPAT: SK MERPATI JEPANG
ANJURAN: PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING
JURULATIH UTAMA: Puan Hayati binti Shafie
Puan Syarifah Salmah binti Syed Hasan
Puan Rozita
Puan Norizan
PENYELARAS : Cik Derosita Chok
MATAPELAJARAN (PPD)
HARI PERTAMA 8 APRIL 2015
1. Kata alu-aluan dari Penyelaras Matapelajaran (PPD)
Cik Derosita Chok
Etika pakaian, masa para peserta serta makanan disediakan
Kemudahan tempat meletak kenderaan para peserta
Keperluan yang dikehendaki dalam urusan tuntutan perjalanan tambang balik
Keperluan mengisi dan mengemaskini data dalam Aplikasi online Sistem Pengurusan Latihan Guru (esplg) selepas kursus.
2. Aktiviti ice breaking
Para peserta melukis gambar ekpresi muka masing-masing dan menghantar semula kepada jurulatih utama (JU).
Para peserta mencari wajah-wajah yang dilukis dan dalam pada masa yang sama dapat mengenali para peserta yang lain.
Para JU memperkenalkan diri masing-masing.
3. Pendedahan DSKP KSSR
DSKP kini menyatukan Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Prestasi (DSP) dalam satu modul yang dinamakan Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP).
Tahun 1,2 dan 3 masih lagi menggunakan DSK dan DSP tetapi bermula dari Tahun 4,5 dan 6 telah dan akan mengguna pakai DSKP.
DSKP adalah satu bentuk kemudahan kepada para guru untuk merujuk kurikulum dan standard untuk membuat penilaian terhadap pembelajaran murid.
4. Pencerahan tentang DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 6
DSKP Tahun 6 terbahagi kepada 3 modul utama iaitu:
1. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)
2. Pengurusan mental dan emosi
3. Penyakit
5. Pembentangan tentang modul pertama iaitu PEERS
Apakah PEERS dan kandungan PEERS dalam DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 6.
Pembentangan kumpulan dan microteaching berkumpulan oleh para peserta.
Perkongsian idea pengajaran dan pembelajaran dalam modul 1 (PEERS) dalam Pendidikan Kesihatan Tahun 6
HARI KEDUA 9 APRIL 2015
1. Pembentangan tentang modul Pengurusan Emosi dan Penyakit
Bagaimana membentuk sifat positif dalam kalangan murid?
Kemahiran asertif (meluahkan perasaan dengan cara yang baik dan sopan).
Penyakit yang berpunca daripada makanan dan juga penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah.
2. Microteaching bagi modul pengurusan mental dan emosi serta penyakit
Aktiviti berkumpulan dijalankan dan pembentangan dipersembahkan oleh setiap ahli.
Sesi pengajaran dan pembelajarn ringkas tentang setiap kandungan modul dilaksanakan.
3. Gallery walk
Para JU menyediakan ruangan contoh aktiviti yang bersesuaian dan ditampal di sekitar dewan kursus.
Aktiviti yang signifikan dengan kandungan dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 6.
Para peserta boleh melibatkan diri dengan aktiviti dan secara tidak langsung turut mendapat idea daripada pemerhatian yang dijalankan.
4. Penyebaran bahan DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 6
JU mengedarkan bahan pembentangan dan microteaching kepada para peserta.
Sesi bergambar.
SESI SOAL JAWAB
1. Bagaimanakah cara terbaik untuk menerangkan kepada murid tentang PEERS?
Guru jangan malu
Terangkan dengan terbuka dan tidak berselindung
Kaitkan dengan kebaikan dan akibat menjaga kesihatan reproduktif
2. Masa P&P singkat dan aktiviti terhad
Guru boleh membuat 1 aktiviti sahaja dalam masa 30 minit.
Organisasikan aktiviti yang boleh murid buat secara hands on dan bukan bersifat penerangan dari guru semata-mata (poster, pamplet dsb)
Berkomunikasi dengan pihak pentabdir untuk mengelolakan beberapa program berkaitan kesihatan di luar waktu pengajaran.
Disediakan oleh,
.
(FARAH HUSNA BINTI BUSRI)
SK Tabuan Ulu, Kuching
10 April 2015