MINIT CURAI LINUS 2.0 2015 (1).doc

6
MINIT CURAI TAKLIMAT PENADBIRAN SARINGAN 1 LINUS 2.0 2015 Nama Pegawai : 1) En. Haji Abdul Aziz 2) Puan Zahara 3) En. Mohammad Zahir 4) Pn. Rumini 5) Pn. Rozitha Ahamad Perkara : Taklimat Pentadbiran Saringan 1 Linus 2.0 (Literasi dan Numerasi) Tarikh : 9.3.2015 (Isnin) Tempat : Dewan Permata Minda Anjuran : PPD Kota Setar PENCERAMAH - EN.MOHAMMAD ZAHIR Ucapan terima kasih kepada semua penyelaras Linus yang sudi hadir ke taklimat ini. Carta aliran saringan perlu ada dalam fail Linus . Semua instrumen murid perlu disemak dan ditanda. Markah mesti diisi dalam boramg BPPI. Guru mata pelajaran masing-masing perlu mengisi markah dalam portal Linus. Simpan semua intrumen murid selama tiga tahun iaitu dari tahun 1 hingga tahun 3. Jemaah Nazir akan membuat lawatan pada 22-27 Mac 2015.

Transcript of MINIT CURAI LINUS 2.0 2015 (1).doc

Page 1: MINIT CURAI LINUS 2.0 2015 (1).doc

MINIT CURAI

TAKLIMAT PENADBIRAN SARINGAN 1 LINUS 2.0

2015

Nama Pegawai : 1) En. Haji Abdul Aziz

2) Puan Zahara

3) En. Mohammad Zahir

4) Pn. Rumini

5) Pn. Rozitha Ahamad

Perkara : Taklimat Pentadbiran Saringan 1 Linus 2.0

(Literasi dan Numerasi)

Tarikh : 9.3.2015 (Isnin)

Tempat : Dewan Permata Minda

Anjuran : PPD Kota Setar

PENCERAMAH - EN.MOHAMMAD ZAHIR

Ucapan terima kasih kepada semua penyelaras Linus yang sudi hadir ke

taklimat ini.

Carta aliran saringan perlu ada dalam fail Linus .

Semua instrumen murid perlu disemak dan ditanda.

Markah mesti diisi dalam boramg BPPI.

Guru mata pelajaran masing-masing perlu mengisi markah dalam portal

Linus.

Simpan semua intrumen murid selama tiga tahun iaitu dari tahun 1 hingga

tahun 3.

Jemaah Nazir akan membuat lawatan pada 22-27 Mac 2015.

PENCERAMAH - EN. HAJI ABDUL AZIZ (LITERASI & NUMERASI)

Ucapan terima kasih kepada semua guru penyelaras Linus.

Page 2: MINIT CURAI LINUS 2.0 2015 (1).doc

Program LINUS 2.0 bermaksud ujian saringan dijalankan dua kali sahaja iaitu

saringan 1 dan saringan 2 untuk semua murid tahun 1, 2, dan 3.

Istilah murid Linus tegar atau murid Linus tidak diguna lagi sebaliknya murid

menguasai atau murid tidak menguasai.

Jadual ujian saringan seperti tarikh -tarikh berikut:

Guru Linus perlu membuat RPH Linus.

Senarai Nama Linus perlu lekat pada buku rekod.

Tajuk PdP murid perdana dan Linus perlu sama.

Murid Linus perlu berada di kelas perdana.

Murid yang lemah sahaja di hantar ke kelas pemulihan.

Murid yang yang tidak menguasai mana-mana kontruk K1-K12 adalah

murid Linus.

Saringan 1 ( tahun 1, 2, 3) Saringan 2

Membaca (1 Mac - 31 Mac 2015) Membaca (1 Sep - 03 Sept 2015)

Menulis (5 Apr - 17 Apr 3015) Menulis (1 Okt - 16 Okt 2015)

Masuk Data (20 Apr - 30 Apr 2015) Masuk Data ( 19 Okt - 30 Okt 2015)

Page 3: MINIT CURAI LINUS 2.0 2015 (1).doc

Murid yang tidak menguasai konstruk K1-K2 perlu dihantar ke kelas

pemulihan.

Modul Linus boleh dilompat atau dipilih mengikut konstruk yang tidak

menguasai oleh murid.

Jika murid menulis jawapan dalam dalam huruf kecil dalam instrumen

jangan perbetulkan.

Penerangan tentang konstruk:

Konstruk adalah suatu aspek yang ingin dibagunkan dalam diri

murid (dikuasai) melalui kurikulum (PdP) dan keberkesanan

pelaksanaan kurikulum (PdP).

Dalam pentaksiran saringan, perkara yang diukur ialah konstruk.

Saringan ialah penguasaan konstruk ( Tidak dilaksanakan secara

tidak standard pentadbiran, masa dan lokasi).

Ujian ialah pencapaian (Ditadbir secara khusus) iaitu menguji

pencapaian murid secara gred A,B,C,D dan sebagainya.

Pentadbiran Instrumen : Literasi (Membaca/Menulis)

Mengandungi 12 konstruk.

Setiap murid tahun 1,2,3 mesti menduduki saringan 1 dan 2.

Saringan ditadbir oleh guru Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,

Matematik, Guru Linus, Guru Pemulihan mengikut masa yang

ditetapkan (waktu PdP).

Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil.

Saringan boleh diulang tiga kali- Lisan / Bacaan

Saringan ditadbir mengikut turutan item / konstruk.

Konstruk 1 hingga konstruk 12 tidak boleh dijalankan serentak pada

setiap kali saringan.

Pentadbiran Instrumen : Numerasi

Page 4: MINIT CURAI LINUS 2.0 2015 (1).doc

Semasa membuat konstruk K10-K12, guru yang menjalankan

saringan tidak dibenarkan menggunakan bahan bantu bagi

menjalankan saringan.

Guru boleh menyediakan kertas dan pensel untuk murid.

Menyuruh murid menyelesaikan secara manual.

Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula,

mengikut turutan, konstruk yang belum dikuasai oleh murid. Pengulangan

konstruk tidak lebih daripada 2 kali.

PELAN STRATEGIK

Guru-guru linus perlu membuat perancangan strategik untuk 3 tahun.

Bincangkan program/aktiviti dalam jawatankuasa Linus.

Mengadakan program sifar Linus.

Dalam mesyuarat pantia (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik) perlu

membincangkan program-program yang akan dijalankan untuk murid Linus.

Lengkapkan fail-fail Linus.

Disediakan oleh Disemak oleh,

_______________ ____________________

(PUAN M.VIJAYA) (PUAN R.SANDHA)

PENYELARAS DATA LINUS GURU BESAR