Minit Curai Tahsin Quran

6
______________________________________________________________04-5213029 MINIT CURAI / LAPORAN MESYUARAT / KURSUS / SEMINAR NAMA GURU : FAIZAH BINTI SAID FARHANNAH BT. ZULKAPHLI PERKARA : KURSUS PEMANTAPAN TAHSIN AL-QURAN GPI PENGANJUR : SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM , JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG. TEMPAT : MASJID DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH, PERDA. TARIKH : 22 – 23 OKT 2013 ( SELASA DAN RABU ) LAPORAN : 22/10/2013 ( SELASA ) MASA PERKARA CATATAN / PENCERAMA H 8.00 - 8.30 pg 1. TAKLIMAT KURSUS – USTAZ ROZEE BIN ABDUL RAZAK (PENOLONG PENGARAH PENDIDIKAN ISLAM RENDAH) Taklimat perjalanan program dan memaklumkan semua isi ceramah berpandukan buku risalah US ROZEE B ABDUL RAZAK 1

Transcript of Minit Curai Tahsin Quran

Page 1: Minit Curai Tahsin Quran

______________________________________________________________04-5213029

MINIT CURAI / LAPORAN MESYUARAT / KURSUS / SEMINAR

NAMA GURU : FAIZAH BINTI SAID FARHANNAH BT. ZULKAPHLI

PERKARA : KURSUS PEMANTAPAN TAHSIN AL-QURAN GPI

PENGANJUR : SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM , JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG.

TEMPAT : MASJID DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH, PERDA.

TARIKH : 22 – 23 OKT 2013 ( SELASA DAN RABU )

LAPORAN :22/10/2013 ( SELASA )

MASA PERKARA CATATAN / PENCERAMAH

8.00-8.30 pg

1. TAKLIMAT KURSUS – USTAZ ROZEE BIN ABDUL RAZAK (PENOLONG PENGARAH PENDIDIKAN ISLAM RENDAH)

Taklimat perjalanan program dan memaklumkan semua isi ceramah berpandukan buku risalah panduan tartil Al-Quran.

US ROZEE B ABDUL RAZAK

8.30 – 10.00 pagi

2. CERAMAH 1 – USTAZ AZHAR BIN HASSAN (m/s 1 hingga 18)

Latihan 1 hingga latihan 8 – merangkumi makhraj , sifat huruf, baris tanwin , sukun ,shaddah dan hukum tajwid.(Berdasarkan buku panduan risalah tartil AL- Quran)

US AZHAR BIN HASSAN - JU PEND. ISLAM

1

Page 2: Minit Curai Tahsin Quran

10.30 –

12.30 t/hari

3. CERAMAH 2 – USTAZ ISHAK (m/s 19 hingga 54)

Latihan 9 hingga latihan 40 – Berkaitan hukum Nun sakinah,Mim sakinah,memahami jenis izhar,idgham,qalqalah,hukum taghliz dan tafhim, serta memahami hukum mad.

US ISHAK – JU PENDIDIKAN ISLAM

2.30 – 4.30 Ptg

4. KONSEP PBS UMUM DAN KHUSUS Pentaksiran Sekolah ialah pentaksiran yang dirancang, dibina,

ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran (P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P

REKOD TRANSIT SPPBS dan Rekod Evidens Standard Prestasi

Rekod yang digunakan oleh guru untuk mengisi pencapaian evidens murid secara manual sebelum dipindahkan ke dalam SPPBS.SPPBS (http://apps.moe.gov.my/sppbs)

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Kemasukan Prestasi ke dalam SPPBS adalah mengikut takwim PBS dan keputusan mesyuarat JK PBS sekolah masing-masing. Contohnya : Mesyuarat Jawatankuasa

UST NOR ASHIKIN – JU PENDIDIKAN ISLAM

2

Page 3: Minit Curai Tahsin Quran

Kerja PBS Kali ke 2 , SK Alma telah menetapkan kemasukan prestasi ke dalam SPPBS adalah pada bulan Jun dan Oktober.

Pentaksiran Sekolah mempunyai ciri-ciri berikut: Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang

pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut

kesesuaian dan kesediaan murid. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard

kurikulum

Ciri-ciri evidens yang dikumpul:1. Sah - Evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan

menggambarkan penguasaan /pencapaian standard yang telah ditetapkan

2. Autentik - Murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri

3. Kecukupan - Adakah evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid

4. Semasa - Evidens dapat membuktikan murid dapat membuat mengikut standard semasa

5. Tekal - Evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan

Pengurusan evidens murid dilaksanakan oleh guru dengan kaedah seperti berikut:1. 1 Murid= 1 Fail Perkembangan Murid. 1 Sekolah = 1 Fail Showcase 2. Pemilihan dan pembinaan instrumen(soalan) adalah fleksible. Guru

harus kreatif dalam memilih tugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk menguji penguasaan / pencapaian murid bagi sesuatu domain. Instrumen pentaksiran yang baik adalah yang dibina sendiri oleh guru berdasarkan pengalaman pembelajaran murid secara menyeluruh dan memenuhi kehendak evidens.

3. Antara contoh evidens murid ialah buku latihan, lembaran kerja, tulisan, bahan cetakan, persembahan, foto, grafik, artifak, laporan dan sebagainya.

4. Evidens yang dibuat hendaklah diserahkan kepada murid setelah

3

Page 4: Minit Curai Tahsin Quran

direkodkan dalam aplikasi SPPBS. Guru hendaklah memberi maklum balas kepada murid agar murid boleh membuat penambahbaikan dan pengayaan pembelajaran

5. Evidens yang terbaik dan terpilih boleh dijadikan bahan showcase.6. Sekiranya seseorang murid dapat menyelesaikan instrumen yang

diberikan berdasarkan evidens yang ingin diuji guru, maka murid berkenaan dianggap sudah menguasai evidens berkenaan. Evidens yang sudah dikuasai boleh ditandakan di dalam pentaksiran manual serta tarikh sebelum dipindahkan ke dalam SPPBS.

7. Murid yang tidak boleh menyelesaikan instrumen yang diberikan guru (gagal menguasai pada tahap tertentu berdasarkan pengetahuan dan kebolehan guru berkenaan terhadap murid yang diajarnya) beliau dianggap tidak menguasai evidens berkenaan. Murid berkenaan perlu dibimbing sehinggalah beliau dapat menguasai evidens yang gagal dikuasainya samada melalui instrumen sedia ada atau instrumen yang lain.

4

Page 5: Minit Curai Tahsin Quran

5