minit geo

download minit geo

of 5

description

panduan minit geo panitia

Transcript of minit geo

SMK SULTAN ABDUL AZIZ, 36000 TELUK INTAN, PERAKMINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI BIL 1/ 2016

Tarikh :31 December 2015 (Khamis)Masa :9.00 pagiTempat :Bilik Audio dan Visual SMKSAA

Kehadiran:- Guru Hadir1. Tuan Haji Cherel bin Jaafar2. Puan Siti Maidatul Asmah bin Abdullah3. Puan Nurmarliya bin Yahaya4. Puan Rozawati binti Che Yahaya5.Cik Noor Hidayatul Shafira binti Saidon6 Encik Nazmi bin Zaraai7.YM Tengku Masyhadi bin Tengku Mahammod- Guru Tidak Hadir1. Encik Rozailan bin Shafiee (bersebab)

1. Ucapan Guru Kanan Bidang (Kemanusiaan ) Tn Haji Cherel bin Jaafar.1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri untuk mesyuarat panitia geografi kali pertama bagi sesi persekolahan 2016 dan mengucapkan syabas kerana telah berjaya melaksanakan tugas masing- masing sepanjang tahun 2015.

1.2Ketua bidang kemanusian mengingatkan guru-guru tentang : 1.2.1 Misi dan Visi sekolah perlu dihayati selaras dengan Misi dan Visi Kementerian Pendidikan,Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. 1.2.2 Dasar dasar yang perlu dilaksanakan di peringkat sekolah masih terikat dengan dasar KPM,JPN dan PPD. 1.2.3 Guru-guru perlu mengetahui dan menghayati slogan jabatan dan pejabat pendidikan yang telah berubah seiring pertukaran Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah. 1.2.4 Etika berpakaian .Semua guru diminta memakai tanda nama . Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher manakala guru perempuan hendaklah berpakaian rasmi dan tidak mencolok mata. Tindakan : Makluman

1.3Memaklumkan fokus utama PPD antaranya :1.3.1Budaya kerja cemerlang hendaklah diteruskan jangan bertangguh .1.3.2Budaya kerja berpasukan hendaklah diamalkan.1.3.3Keutamaan bekerja 70% tugas utama adalah pengurusan kurikulum.1.3.4Integriti dan amanah dalam melaksanakan tugas perlu diutamakan.1.3.5Back To Basic , guru mengajar murid belajar.Perlu membuat persiapan sebelum melaksanakan proses pengajaran.1.3.6Kenalpasti potensi murid. 1.3.7Early Warning System (EWS) dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) masih diteruskan .1.3.8Audit mata pelajaran tumpuan kepada SPM (Geografi tidak terlibat).

Tindakan : Makluman

1.4 Seterusnya, beliau juga memaklumkan touch point KPM 2016. 1.4.1Tiada isu berhubung meja, kerusi, buku teks dan lain-lain keperluan murid pada atau sebelum dan semasa sesi persekolahan bermula. 1.4.2 PdP bermula pada hari pertama persekolahan. 1.4.3 12 buah sekolah akan dipantau di daerah ini oleh PPD dan JPN. 1.4.4 Penempatan murid dibuat sebelum sesi persekolahan bermula. 1.4.5 Tetapkan high standard dalam akhlak dan moral. 1.4.6 Pelaksanaan tindakan penguatkuasaan. 1.4.7 Penerapan budaya cemerlang. 1.4.8 Pertingkatkan penggunaan SPS (Sistem Pengurusan Sekolah)

1.5Menyentuh serba sedikit aspek hala tuju dan fokus PPD dlm mesyuarat Pengurusan DHP Bil 4/2016.15.1 Hala tuju dan aspirasi ke Arah Hilir Perak Excellent : B2B back to basic 15.2 8 Fokus: 1. Kepimpinan cemerlang 2. Kecekapan pengurusan 3. Kebitaraan sekolah 4. Keberkesanan PdP 5. Kemahiran murid 6. Kecukupan infrastruktur 7. Keterlibatan Ibubapa dan komuniti 8. Kerjasama Agensi Luar

1.6Menyampaikan Ucap tama Pengarah pendidikan Perak 1.6.1 Kenal pasti faktor tidak capai UPSR, PT3 SPM dan STPM 1.6.2 Strategi untuk peningkatan UPSR, PT3, SPM dan STPM 1.6.3 Rancang tindakan yang perlu sepanjang 2016 utk. peningkatan Perak di Top 5 1.6.4 Mengapa keputusan UPSR tidak sama dengan keputusan sebenar Percubaan 1.6.5 B2B : Penyeliaan berperingkat perlu dirancang dilaksanakan 1.6.6 Jangan ulang kesilapan 2015 1.6.7 Pastikan tiada isu yang boleh jejaskan nama baik organisasi .1.1 Ucapan Ketua Panitia (Puan Siti Maidatul Asmah bin Abdullah)1.1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dalam mesyuarat panitia kali pertama untuk tahun 2016. Dan mengucapkan terima kasih hadir ke mesyuarat kali pertama panitia ini.1.1.2 Pengerusi juga mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru dalam panitia geografi dan meminta kerjasama yang baik dari semua pihak dalam melaksanakan tugasan.1.1.3 pengerusi juga menegaskan kepada semua guru tanggungjawap terhadap pelajar walaupun guru-guru berdepan dengan pelbagai masalah pelajar.Tindakan : Makluman

1.1.4 Selain itu juga, pengerusi meminta agar semua guru-guru lebih menumpukan aspek KBAT pelajar berikutan pelajar lemah dalam menguasai soalan berbentuk KBAT. Sebarang cadang dan kaedah untuk memperbaiki kelemahan ini sgt diperlukan.

Tindakan : Makluman

1.1.5 pengerusi mengimbas kembali keputusan PT3 yang baik, Justeru itu, pengerusi meminta agar guru-guru letakkan usaha yang lebih untuk memastikan keputusan PT3 2016 kekal memuaskan.Tindakan : Makluman

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat bil 4/20152.1 Puan Siti Maidatul Asmah binti Abdullah membentangkan minit mesyuarat bil 4/2015 untuk disahkan dan disokong oleh ahli panitia. Puan Nurmarliya mencadangkan agar minit disahkan dan disokong oleh YM. Tengku Masyhadi bin Tengku Mahammod.

3. Perkara Berbangkit3.1 Ketua Panitia menekankan agar guru-guru menggunakan pendedahan PdP yang bersesuaian dengan tahap pelajar supaya pelajar-pelajar dapat menguasai PdP dengan lebih baik.3.2 Selain itu juga, mini kajian kes bagi tingkatan 2 perlu disiapkan agar pelajar bersedia dengan soalan kajian lapangan untuk tahun seterusnya.3.3 soalan KBAT perlu ditulis di dalam rekod mengajar harian untuk makluman guru-guru baru geografi.

4. Analisis pt34.1 Sila rujukan bahagian lampiran yang disediakan.

5. Dasar Kurikulum5.1 Ketua panitia mengulas sekali lagi hala tuju PPD iaitu BACK TO BASIC yang disebut dalam ucapan guru kanan bidang. Guru-guru di minta agar menghayati hala tuju ini di mana konsep guru mengajar pelajar belajar digunakan.5.2 Selain itu juga, guru-guru di minta agar dapat membezakan setiap kepentingan tugasan dan mementingkan pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar mengatasi tugasan luar bilik darjah guru.5.3 Dasar-dasar yang lain masih sama seperti yang telah ditetapkan

6. Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Mengajar Tahunan6.1 Pembahagian penyediaan sukatan dan rancangan mengajar tahunan oleh ahli panitia. Guru perlu menyediakan dan mengedarkan kepada ahli yang lain selewat-lewatnya akhir Januari.6.2 Bagi kelas peperiksaan, silibus perlu dihabiskan sebelum pertengahan Ogos.7. Rekod Pengajaran7.1 Maklumat yang perlu disertakan dalam rekod pengajaran:1. Tajuk2. Objektif pengajaran3. aktiviti pembelajaran4. BBM5. Soalan KBAT6. Refleksi

8 Pengajaran dan Pembelajaran8.1 Buku nota dan latihan digabungkan di dalam satu buku panjang sahaja.

9. bahan bantu mengajar9.1 Panitia menyediakan bahan-bahan bantu mengajar yang mencukupi untuk digunakan oleh ahli panitia terutamanya aspek buku rujukan dan buku latihan yang boleh digunakan dalam kelas.

10 program pemulihan10.1 program pemulihan memberi tumpuan lebih kepada pelajar lemah geografi.10.2 guru perlu banyak memberi bimbingan kepada pelajar berkenaan terutamanya dalam aspek mentafsir peta dan graf. 10.3 guru perlu mendedahkan kepada pelajar cara menjawap dalam bentuk esei untuk soalan yang melibatkan rajah.

11.Pentaksiran Bersepadu Sekolah.11.1 PBS tingkatan 1, tingkatan 2, dan tingkatan 3 bagi subjek Geografi masih diteruskan.11.2 Jika bahan PBS tersebut merupakan bahan yang disediakan guru sendiri perlu meletakkan aras band yang diperoleh oleh pelajar pada lembaran tersebut.11.3 Ketua panitia meminta supaya sekiranya guru-guru mempunyai bahan untuk PBS, diminta supaya bahan tersebut dikongsi bersama guru lain agar tahap penilaian pelajar itu daoat diselaraskan.

12. Penilaian dan Peperiksaan Dalaman. 12.1 Pembahagian tugas membuat kertas soalan untuk penilaian pertama 201612.2 Soalan bagi pelajar tingkatan dua dibuat berbeza bagi sesi pagi dan petang bagi mengelakkan sebarang masalah.

13. pemantauan13.1 mengikut takwim yang telah disediakan

14 teknologi14.1 Ketua panitia meminta agar semua guru geografi meningkatkan penggunaan Frog Vle dalam proses pengajaran dan pembelajaran.14.2 Sekurang-kurangnya satu masa digunakan untuk pelajar dan guru sama-sama menggunakan system Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran.15. kewangan15.1 Sila rujuk bahagian lampiran

16. Hal-hal lain16.1 Tiada hal-hal lain

17. Ucapan Penangguhan17.1 Puan Siti Maidatul Asmah mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kehadiran semua guru-guru dan berharap semua guru dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang tahun 2016 ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi

Disediakan oleh Disahkan oleh

.. .Cik Noor Hidayatul Shafira binti Saidon Puan Siti Maidatul Asmah bin AbdullahKetua Panitia Geografi