Minit mesy kh no.3 2010

5

Click here to load reader

Transcript of Minit mesy kh no.3 2010

Page 1: Minit mesy kh no.3 2010

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUPSK ASSUNTA CONVENT (M), KUANTAN

BIL. 3 TAHUN 2010

TARIKH : 10 November 2010

TEMPAT : Kantin, SK Assunta Convent Kuantan

MASA : 1.30 tengah hari

______________________________________________________________________________

KEHADIRAN :

Bil. Nama Jawatan

1. En. Nor Azizi b. Abdullah Ketua Panitia Kemahiran Hidup

2. En. Mohamad Razfi b. Abdul Rahim S/U Panitia KH

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru yang mata pelajaran KH kerana

dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat Paniti Kemahiran Hidup kali ke-3, tahun 2010

dan mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat akhir tahun 2010.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tiada wakil pentadbir yang dijemput kerana semua

GPK menghadiri mesyuarat subjek lain yang turut sama bermesyuarat pada tarikh dan waktu

yang sama.

Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 2 TAHUN 2010

Minit Mesyuarat Bil. 2, 2010 telah disahkan tanpa pindaan.

Pencadang : En. Mohamad Razfi b. Abdul Rahim

Penyokong : En. Nor Azizi b. Abdullah

Makluman

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Para 3.1.1 Bil. 2/2010 Bilangan Guru KH Terkini

3.1.1 Pengerusi menyatakan tiada perubahan pada senarai tugas guru KH dan senarai guru

KH mengikut kelas terkini adalah:

Page 2: Minit mesy kh no.3 2010

Kelas 4K, 4P dan 6K – En. Mohamad Razfi b. Abdul Rahim

Kelas 4A, 5K, 5A, 5P, 6A, 6P, 6I – En. Nor Azizi b. Abdullah

Makluman

3.2 Para 3.2.1 Bil. 2/2010 Penyata Kewangan

3.2.1 Pengerusi merujuk penyata kewangan panitia KH yang dikeluarkan/ dicetak Pembantu

Tadbir Kewangan Sekolah, baki terkini berjumlah RM 326.00 dan nilai tersebut adalah

10% yang wajib tersimpan dan tidak boleh dibelanjakan lagi.

3.2.2 Sehingga kini, keseluruhan barangan yang dipesan melalui Syarikat Bintang Jaya telah

sampai dan boleh digunakan bagi sesi persekolahan 2011.

Makluman

3.3 Para 3.3.1 Bil. 2/2010 Mencatat dan Merekod Pengunaan Bengkel, Penggunaan Alatan,

Kemalangan dalam Bengkel dan Salah Laku Murid

3.3.1 Pengerusi meminta guru-guru yang mengendalikan p & p dalam bengkel KH mencatat

dan merekod dalam Buku Penggunaan Bengkel, Buku Rekod Penggunaan Alatan,

Buku Rekod Salah Laku Murid, dan Buku Rekod Kemalangan dalam bengkel.

Makluman

3.4 Para 3.4.1 Bil. 2/2010 Peraturan Am dan Peraturan Keselamatan Bengkel

3.4.1 Pengerusi meminta guru-guru yang menjalankan aktiviti p & p dalam bengkel KH

mengingatkan kepada murid tentang Peraturan Am dan Peraturan Keselamatan

bengkel. Murid juga tidak dibenarkan menggunakan alat tanpa kebenaran guru.

3.4.2 Murid-murid juga mesti dipastikan agar tidak memasuki bengkel sekiranya tiada guru di

situ, murid perlu diingatkan supaya tidak membawa beg ke dalam bengkel dan beratur

di luar sebelum memasuki bengkel.

Makluman

3.5 Para 3.5.2 Bil. 2/2010 Pembelian Peralatan dan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

3.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua barangan yang dipesan telah tiba dan boleh

digunakan.

3.5.2 Pengerusi menunjukkan salinan senarai barangan yang telah dipesan melalui Syarikat

Bintang Jaya. Barangan yang dipesan merangkumi semua bidang utama subjek

Kemahiran Hidup (Rekacipta, Kerja Kayu, Elektrik & Elektronik, Baik Pulih).

Page 3: Minit mesy kh no.3 2010

3.5.3 Barangan kayu yang dipesan adalah bagi projek rekacipta dan kerja kayu. Guru KH

diminta mengajarkan murid cara menggunakan alatan pertukangan seperti gergaji,

tukul, paku, apit G dan kikir parut supaya semua alatan dapat dimanafaat sepenuhnya.

3.5.4 Barangan peralatan seperti gergaji elektrik ”jigsaw” yang dipesan telah pun diterima.

Makluman

4 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

4.1 Peperiksaan PKSR 4

4.1.1 Pengerusi mengingatkan bahawa PKSR 4 telah berakhir minggu lalu, dan meminta

guru KH segera menyemak kertas peperiksaan murid dan menyerahkan keputusan

tersebut dengan segera kepada guru kelas terlibat.

4.1.2 Merujuk Para 4.10 Bil. 1/2010, murid hanya dinilai dalam PKSR 2 dan PKSR 4 sahaja

iaitu 50% kerja Khusus dan 50% penilaian bertulis PKSR.

4.1.3 Markah PKSR 4 ini akan digunakan sebagai TOV bagi murid-murid Tahun 5 dan 6.

Tindakan : Guru KH

4.2 Sudut Pameran dalam Bengkel Kemahiran Hidup

4.2.1 Pengerusi meminta guru KH meletakkan/mempamerkan hasil kerja murid di atas meja

pemeran yang disediakan di sudut kanan hadapan bengkel.

4.2.2 Hasil kerja murid juga boleh segera dipulangkan kepada murid setelah diambil markah

bagi tugasan tersebut.

Tindakan : Guru KH

4.3 Jeriji (grill) Pintu Hadapan Telah Dibaiki

4.3.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah membaiki jeriji

pintu hadapan bengkel yang rosak akibat besinya yang bengkok dan patah.

4.3.2 Guru KH diminta memantau bengkel dengan lebih kerap dan memastikan pintu bengkel

berkunci walaupun Kelas Tambahan bagi Murid Tahun 6 telah pun berakhir dibimbangi

bengkel tidak dikunci walaupun waktu persekolahan telah berakhir.

Tindakan : Guru KH

Page 4: Minit mesy kh no.3 2010

5 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dengan ucapan terima kasih daripada

pengerusi kepada ahli yang hadir dan mesyuarat akan datang adalah pada 5 Januari 2011

sebagai mesyuarat pertama sesi persekolahan 2011.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………….…… ………………………………………(EN. MOHAMAD RAZFI B. ABDUL RAHIM) (EN. NOR AZIZI B ABDULLAH)

Setiusaha Ketua Panitia.