Minit Mesyuarat 1. Doc

6
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS JALAN PEEL JALAN PEEL KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID BIL 1/TAHUN 2015 Tarikh : 30/ 12/ 2014 (Selasa) Masa : 8:30 a.m.- 10:30 a.m. Tempat : Bilik Guru Pengerusi : Cik Jamaih Binti Mahli Kehadiran : Hadir Bersama (Jika ada) : 1) En Mohd Redzuan Bin Bajri 2) En Mohd Alhafiz Bin Omar 3) Pn Nor Hasliza Binti Talib 4) Pn Noor Aisha Binti Maiden Tidak Hadir : 1) En Md Hassan Bin Mokhtar 2) En Azman Bin Harun 3) Pn Rusnani Binti Rosili 5) Pn Nor Aziah Binti Daud 7) En Muhammad Safuan Bin Ashari 8) Pn Mazraihan Binti Hilmi 9) Pn Wan Rose Binti Mustapha Urus Setia/Setiausaha : Pn Lee Seng Keat Hak Cipta Terpelihara@SKPKJP Kuala Lumpur 1) Cik Jamaiah Bt Mahli (GPK HEM) 2) Cik Maznah Binti Sutan (Naib Pengerusi III) 3) Pn Lee Seng Keat (Setiausaha) 4) En Khairul Izhwan Bin Mansor (Setiausaha Unit Disiplin Dan Pengawas) 5) Pn Farrah Binti Mohd Haslam (Setiausaha Unit 3K) 6) Pn Jurina Bt Abd Manaf (Setiausaha Bantuan Dan Kebajikan) 7) Cik Shamila Nair a/p Chandran (Guru Skim Pinjaman Buku Teks) 8) Pn Rasean Helisma Bt Hamzah (Guru Bimbingan & Kaunseling Dan Pencegahan Dadah (PPDa)

description

minit mesyuarat

Transcript of Minit Mesyuarat 1. Doc

Page 1: Minit Mesyuarat 1. Doc

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS JALAN PEELJALAN PEEL KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID BIL 1/TAHUN 2015

Tarikh : 30/ 12/ 2014 (Selasa)

Masa : 8:30 a.m.- 10:30 a.m.

Tempat : Bilik Guru

Pengerusi : Cik Jamaih Binti Mahli

Kehadiran :

Hadir Bersama (Jika ada) : 1) En Mohd Redzuan Bin Bajri 2) En Mohd Alhafiz Bin Omar 3) Pn Nor Hasliza Binti Talib 4) Pn Noor Aisha Binti Maiden

Tidak Hadir : 1) En Md Hassan Bin Mokhtar 2) En Azman Bin Harun 3) Pn Rusnani Binti Rosili 5) Pn Nor Aziah Binti Daud 7) En Muhammad Safuan Bin Ashari 8) Pn Mazraihan Binti Hilmi 9) Pn Wan Rose Binti Mustapha

Urus Setia/Setiausaha : Pn Lee Seng Keat

1 PERUTUSAN PENGERUSI1.1 Cik Jamaiah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menghadiri

mesyuarat HEM yang pertama. Tindakan: Makluman

1.2. Cik Jamaiah mengingatkan guru-guru tentang pelanggan utama unit HEM ialah murid, ibu bapa dan komuniti setempat.

Tindakan: Makluman

Hak Cipta Terpelihara@SKPKJP Kuala Lumpur

1) Cik Jamaiah Bt Mahli (GPK HEM)2) Cik Maznah Binti Sutan (Naib Pengerusi III)3) Pn Lee Seng Keat (Setiausaha)4) En Khairul Izhwan Bin Mansor (Setiausaha Unit Disiplin Dan Pengawas)5) Pn Farrah Binti Mohd Haslam (Setiausaha Unit 3K)6) Pn Jurina Bt Abd Manaf (Setiausaha Bantuan Dan Kebajikan)7) Cik Shamila Nair a/p Chandran (Guru Skim Pinjaman Buku Teks)8) Pn Rasean Helisma Bt Hamzah (Guru Bimbingan & Kaunseling Dan

Pencegahan Dadah (PPDa)9) En Chiam Siong Han (AJK Skim Pinjaman Buku Teks)10) Cik Fazrina Binti Idris (Ketua Pembantu Pengurusan Murid)11) Pn Halimaton Saadiah Binti Ramli (Pembantu Pengurusan Murid)12) Pn Nadiah Binti Kamarudin (Pembantu Pengurusan Murid)13) Cik Siti Normah Binti Itar (Pembantu Pengurusan Murid)14) Pn Suriani Binti Sulaiman (Pembantu Pengurusan Murid)

Page 2: Minit Mesyuarat 1. Doc

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT2.1. Minit Mesyuarat Bil 3/2014 dicadangkan pengesahannya oleh Cik Shamila Nair a/p Chandran (Guru Skim Pinjaman Buku Teks) dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan: Makluman

3 PERKARA BERBANGKIT:3.1. Perkara penghantaran laporan dokumentasi aktiviti di bawah AJK HEM (para 13 pada minit 4.2) muka surat 3 : Puan Pengerusi memaklumkan laporan daripada semua unit HEM telah diterima dan disimpan di dalam fail HEM Tindakan: Makluman

4 DASAR PENGURUSAN HEM 20154.1 Puan Pengerusi memaklumkan bahawa setiap unit di di bawah HEM akan menerima Buku Dasar Pengurusan HEM 2015 dan Pelan Tindakan Program Sekolah Selamat.

Tindakan: Setiausaha HEM

4.2 Puan Pengerusi membacakan maklumat yang penting di dalam Dasar Pengurusan HEM 2015. Dasar ini dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:

i) Dasar Pengurusan Kelasii) Dasar Pengurusan Disipliniii) Dasar Kebajikan Muridiv) Dasar Kebersihan Dan Kesihatanv) Dasar Keselamatan

Tindakan: Makluman

4.2.1 Dasar Pengurusan Kelas4.2.1.1 Fail peribadi murid akan disimpan oleh guru kelas dan fail tersebut mesti disertai dengan gambar murid. Maklumat murid akan diedarkan kepada guru kelas untuk diisikan di dalam buku kedatangan.

Tindakan: Guru Kelas 4.2.1.2 Surat pertukaran murid ke sekolah ini akan diberi kepada guru kelas untuk disimpan dalam fail peribadi murid.

Tindakan: GPK HEM

4.2.1.3 Guru perlu menghubungi ibu bapa untuk membawa murid ke klinik sekiranya terdapat murid yang sakit.

Tindakan: Makluman

4.2.1.4 Kekemasan, kebersihan dan keselamatan kelas harus diutamakan.Tindakan: Guru Kelas

4.2.1.5 Bilangan murid yang hadir ke sekolah perlu ditulis di papan putih.Tindakan: Guru Kelas dan PPM

Hak Cipta Terpelihara@SKPKJP Kuala Lumpur

Page 3: Minit Mesyuarat 1. Doc

4.2.2 Dasar Pengurusan Disiplin4.2.2.1 Semua guru adalah merupakan guru disiplin dan perlu menegur kesilapan murid serta merta.

Tindakan: Makluman

4.2.2.2 Kesalahan berat yang dibabit oleh murid perlu dimaklumkan kepada guru disiplin dan pentadbir.

Tindakan: Makluman

4.2.2.3 Buku Log Disiplin akan disediakan dan kesalahan murid perlu dicatatkan dalam buku tersebut.

Tindakan: Makluman

4.2.3 Dasar Kebajikan Murid4.2.3.1 Menu RMT dan jumlah makanan yang tidak habis akan dicatatkan dalam buku RMT.

Tindakan: Guru dan PPM bertugas

4.2.3.2 Data murid perlu dikemaskini sentiasa.Tindakan: Guru data

4.2.4 Dasar Kebersihan dan Kesihatan4.2.4.1 Ruang sakit harus sentiasa kemas dan tidak dibenarkan untuk meletak barang-barang lain.

Tindakan: Guru 3K

4.2.5 Dasar Keselamatan4.2.5.1 Latihan kebakaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun.

Tindakan: Guru 3K

4.2.5.2 Garis panduan menghadapi banjir akan ditampal di bilik guru.Tindakan: Setiausaha HEM

4.2.5.3 Guru perlu memaklumkan kepada pihak pentadbir jika didapati tidak ada pengawal di pondok pengawal

Tindakan: Makluman

4.2.5.4 Nombor-nombor yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan akan dilekatkan pada tempat yang senang dilihat.

Tindakan: Guru 3K

4.2.5.5 Wakil daripada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) akan dimasukkan dalam AJK Program Sekolah Selamat.

Tindakan: GPK HEM

4.2.5.6 Buku Log Telefon akan disediakan untuk catatan panggilan yang dibuat.Tindakan: GPK HEM

4.2.5.7 PPM dimaklumkan untuk sentiasa bersama dengan murid semasa perhimpunan.

Tindakan: Makluman

Hak Cipta Terpelihara@SKPKJP Kuala Lumpur

Page 4: Minit Mesyuarat 1. Doc

5 Perancangan Strategik HEM 2015-2017

5.1. Puan Pengerusi memaklumakan bahawa terdapat 7 fasa dalam Perancangan Strategik iaitu: Fasa 1 Proses Pra Perancangan Fasa 2 Hala Tuju : Mandat, Misi dan Visi Fasa 3 Analisis Persekitaran Fasa 4 Isu, Matlamat, Objektif, KPI & Sasaran Fasa 5 Strategi, Taktik & Operasi Fasa 6 Implementasi Strategi Fasa 7 Penilaian & Maklum Balas Prestasi Pelaksanaan Strategik 5.2. Perancangan Strategik HEM 2015-2017 akan diedarkan kepada setiap unit di bawah HEM.

Tindakan: GPK HEM

6 Hal-hal lain

6.1 Masalah Disiplin Murid6.1.1 En Khairul bertanya pendapat untuk menyelesaikan masalah murid datang lewat yang disebabkan oleh sikap ibu bapa yang kurang prihatin. Puan pengerusi akan berbincang dengan ibu bapa dan perkara ini akan diberi penerangan kepada ibu bapa semasa mesyuarat Agung PIBG. Tindakan: GPK HEM dan Guru B&K

6.1.2 Encik Khairul juga menyatakan bahawa terdapat murid yang menunjukkan isyarat lucah.

Tindakan: GPK HEM dan Guru B&K

6.1.3 Terdapat juga murid yang tidak dapat mengawal emosi mereka semasa marah dan merosakkan harta benda di sekolah serta mencederakan guru. Perkara ini akan dipanjangkan kepada guru Bimbingan Dan Kaunseling.

Tindakan: GPK HEM dan Guru B&K

6.1.4 En Khairul mencadangkan nama Ustaz Ikmal dimasukkan di dalam AJK Disiplin dan dipersetujui oleh Puan Pengerusi.

Tindakan: GPK HEM

6.2 Pengawal Sekolah6.2.1 Encik Khairul mencadangkan pengawal sekolah perlu menjaga di pagar sekolah supaya ibu bapa tidak memandu kereta ke kawasan sekolah untuk membuat pusingan keluar.

Tindakan: GPK HEM

6.3 Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)6.3.1 En Khairul bertanya tentang pelaksanaan KPJ di sekolah. Puan Pengerusi memaklumkan bahawa unit KPJ di bawah HEM tetapi pelaksanaan program adalah di bawah unit Ko-Kurikulum.

Tindakan: Makluman

Hak Cipta Terpelihara@SKPKJP Kuala Lumpur

Page 5: Minit Mesyuarat 1. Doc

6.4 RMT6.4.1 Pn Jurina bertanya tentang tarikh permulaan untuk RMT. Puan Pengerusi memaklumkan bahawa surat permulaan RMT belum diterima tetapi RMT akan dimulakan juga pada minggu pertama persekolahan.

Tindakan: Makluman

6.5.1 Cik Shamila bertanya tentang kelayakan murid bukan warganegara untuk menerima RMT. Puan Pengerusi memaklumkan bahawa murid tersebut tidak layak untuk menerima RMT.

Tindakan: Makluman6.5 Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)6.5.1 En Khairul membangkitkan isu elaun EMK kerana ibu bapa sering bertanya guru tentang terikh kemasukan elaun tersebut.6.5.2 Puan pengerusi memaklumkan bahawa penerangan tentang elaun EMK kepada ibu bapa akan dibuat semasa Mesyuarat Agung PIBG yang akan datang.

Tindakan: GPK HEM

6.5.3 Had pengeluaran elaun EMK adalah RM 300 dan hanya dibenarkan 2 bulan sekali.

Tindakan: GPK HEM

6.5.4 Ibu bapa boleh membuat pemindahan semua wang dari Bank Simpanan Nasional (BSN) ke bank lain dengan membuat surat pemohonan dan memberi salinan fotostat buku bank yang baru kepada GPK HEM.

Tindakan: Makluman

6.6 Persediaan untuk Permulaan Sesi Persekolahan 6.6.1 Puan Pengerusi mengingatkan guru sentiasa bersedia untuk pemantauan pegawai ke sekolah semasa permulaan sesi persekolahan.

Tindakan: Makluman6.7 Komuniti ASEAN 6.7 Maklumat Komuniti Asean akan diedarkan untuk ditampal di dalam kelas.

Tindakan: GPK HEM6.8 PPM6.8.1 PPM perlu berada di dalam kelas untuk membantu guru menjaga murid. PPM perlu menjaga kelas lain jika murid kelas mereka tidak datang.

Tindakan: PPM

6.8.3 Guru dan PPM boleh sentiasa merujuk kepada Dasar Pengurusan HEM tentang tugasan masing-masing.

Tindakan: Makluman

7. PenutupMesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada Puan Pengerusi dan beliau mendoakan kesihatan kepada semua warga sekolah supaya dapat menjalankan tugas dengan baik.

Hak Cipta Terpelihara@SKPKJP Kuala Lumpur

Page 6: Minit Mesyuarat 1. Doc

Mesyuarat ditangguhkan pada 10:30 pagi.

Disediakan oleh,

…………………...................

( LEE SENG KEAT)Setiausaha Hal Ehwal Murid 2015SKPK Jalan Peel.

Tarikh:

Hak Cipta Terpelihara@SKPKJP Kuala Lumpur