MINIT MESYUARAT 4.doc

10
MINIT MESYUARAT SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN II 8 PISMP PJ/PK/BM KALI KE-4 TARIKH : 30 SEPTEMBER 2013 HARI : ISNIN MASA : 9.50 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT, JABATAN PENDIDIKAN JASMANI JUMLAH KEHADIRAN : 20/20 ORANG TURUT HADIR : ENCIK HISHAMUDDIN B. HASSAN (PENSYARAH PENASIHAT SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN II) BIL AGENDA MESYUARAT 1 Bacaan doa telah disempurnakan oleh Mohd Nazreen b. Mohd Zuki 2 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat 2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Seminar Penyelidikan Tindakan II 8 PISMP PJ/PK/BM kali ke-3. 2.2 Saudari Ainul Nadzirah mencadangkan minit mesyuarat Seminar Penyelidikan Tindakan II 8 PISMP

Transcript of MINIT MESYUARAT 4.doc

Page 1: MINIT MESYUARAT 4.doc

MINIT MESYUARAT

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN II 8 PISMP PJ/PK/BM

KALI KE-4

TARIKH : 30 SEPTEMBER 2013

HARI : ISNIN

MASA : 9.50 PAGI

TEMPAT : BILIK MESYUARAT, JABATAN PENDIDIKAN JASMANI

JUMLAH KEHADIRAN : 20/20 ORANG

TURUT HADIR : ENCIK HISHAMUDDIN B. HASSAN

(PENSYARAH PENASIHAT SEMINAR PENYELIDIKAN

TINDAKAN II)

BIL AGENDA MESYUARAT

1 Bacaan doa telah disempurnakan oleh Mohd Nazreen b. Mohd Zuki

2 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

2.1Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Seminar Penyelidikan

Tindakan II 8 PISMP PJ/PK/BM kali ke-3.

2.2 Saudari Ainul Nadzirah mencadangkan minit mesyuarat Seminar

Penyelidikan Tindakan II 8 PISMP PJ/PK/BM kali ke-3 disahkan

dan saudara Mohd. Nazreen menyokong.

3 Ucapan Aluan Majlis dimulakan oleh Ummu Hanani bt. Mohidin-

(Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Seminar Penyelidikan Tindakan II)

3.1 Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang dapat hadir

pada pagi ini.

Page 2: MINIT MESYUARAT 4.doc

BIL AGENDA MESYUARAT

3.2 Beliau berharap semua siswa guru dapat menumpukan sepenuh

perhatian kepada mesyuarat ini memandangkan ada beberapa perkara

terbaru yang hendak beliau sampaikan.

3.3 Beliau juga berharap setiap AJK bersedia untuk membentangkan

perkembangan kerja AJK masing-masing.

4 LAPORAN JAWATANKUASA PELAKSANA YANG TELAH DILANTIK

4.1 Jawatankuasa Pelaksana Buku Program (Nur Nabihah bt. Jauhari)

- AJK ini telah membentangkan reka bentuk buku program terbaru yang

telah dibuat.

- Semua ahli bersetuju dengan reka bentuk buku program yang

dibentangkan tetapi AJK ini perlu membuat pindaan tertentu.

4.2 Jawatankuasa Pelaksana Makanan (Ainul Nadzirah bt. Mohd Halim)

- Setiap peserta akan mendapat 3 kali makan pada setiap hari seminar

berlansung.

- AJK membentangkan menu makanan semasa hari seminar

berlangsung.

- Semua ahli bersetuju jika AJK melakukan perubahan terhadap menu

tanpa perlu berbincang terlebih dahulu dengan ahli.

- Semua ahli bersetuju jika makanan dipesan daripada Kafe Afiqah.

- Borang tempahan makanan akan dihantar dalam masa yang terdekat.

Page 3: MINIT MESYUARAT 4.doc

BIL AGENDA MESYUARAT

4.3 Jawatankuasa Pelaksana Protokol (Nornajwa binti Zakaria dan Saeng

Fideelea Ukchukphan)

- AJK ini membentangkan teks pengerusi sesi bagis etiap sesi

pembentangan.

- Teks ini akan digunakan oleh semua pengerusi sesi.

- AJK ini akan menjadi pengacara majlis semasa majlis perasmian

penutupan seminar ini.

4.4 Jawatankuasa Pelaksana Persiapan Tempat, Backdrop & Peralatan (Loi

Sook Wei dan Teo Bi Yan)

- AJK ini membentangkan 2 reka bentuk banting yang telah direka.

- Semua ahli sepakat memilih reka bentuk banting 2.

- Semua ahli sepakat untuk membuat 2 banting yang menggunakan

reka bentuk yang sama.

4.5 Jawatankuasa Pelaksana Cenderahati dan Sijil (Siti Nursafiah bt. Mohd.

Rashid)

- AJK ini telah mengumpul nama penuh dan nombor kad pengenalan

pensyarah penilai untuk tujuan pemberian sijil penghargaan.

- Sijil akan diedarkan setelah tamat sesi seminar.

- Cenderahati untuk pensyarah penilai akan dibeli mengikut jumlah yang

diperuntukkan.

- Cenderahati terdiri daripada beg kertas, air mineral dan buku nota.

- Semua cenderahati akan diberikan semasa majlis penutup seminar.

Page 4: MINIT MESYUARAT 4.doc

BIL AGENDA MESYUARAT

4.6 Jawatankuasa Pelaksana Penjilidan (Mohamad Hazim bin Karim Ghani

dan Mohd. Nazreen b. Mohamad Zuki)

- AJK ini memaklumkan bahawa terdapat sebuah kedai yang kedai yang

menawarkan kos penjilidan yang berpatutan.

- AJK ini memaklumkan bahawa kos bagi sebuah buku adalah

sebanyak RM17.00.

- Semua ahli bersetuju untuk memilih kedai tersebut.

- AJK ini berharap semua ahli dapat bersiap sedia dengan kajian

masing-masing dan tarikh penjilidan akan diumumkan kelak.

4.7 Jawatankuasa Pelaksana Jadual dan Seranta (Ahmad Syauqi b. Mat

Sukhri)

- AJK ini membentangkan reka bentuk banner yang telah dipersetujui

bersama oleh semua ahli.

- Banner akan dihantar seminggu sebelum seminar berlansung.

- AJK ini memaklumkan bahawa jadual terkini sesi pembentangan telah

dibuat.

- AJK ini juga memaklumkan bahawa sebarang perubahan tajuk kajian

bagi setiap peserta boleh dilakukan selewat-lewatnya 2 Oktober 2013.

4.8 Jawatankuasa Pelaksana Jemputan (Noreen Aqsha Ghafoor binti

Abdullah)

Page 5: MINIT MESYUARAT 4.doc

- Surat jemputan akan diedarkan beberapa hari sebelum seminar

dijalankan.

-

BIL AGENDA MESYUARAT.

4.9 Jawatankuasa Pelaksana Fotografi (Nurul Nadhirah bt. Abdul Rasul)

- AJK ini memaklumkan bahawa semua gambar yang berkaitan dengan

pembentangan kajian akan diambil semasa hari seminar.

- Mana-mana ahli yang ingin mengambil gambar daripada AJK ini boleh

berbuat demikian setelah habis seminar.

4.10 Jawatankuasa Pelaksana Dokumentasi (Nordiana bt. Anuar)

- AJK ini memaklumkan bahawa laporan jawatankuasa seminar haruslah

dihantar pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

4.11 Jawatankuasa Pelaksana Pendaftaran (Norsyafiqah bt. Abdul Rahim)

- AJK ini memaklumkan bahawa semua siswa guru perlu menandatangani

2 borang bagi setiap sesi.

- Borang kehadiran peserta akan dihantar ke unit kewangan institute.

4.12 Jawatankuasa Pelaksana Prosiding (Syazana bt. Abdul Razak dan Nor

Zahirah bt. Mohd. Zuki)

- AJK ini meminta semua peserta kajian menghantar prosiding kajian

masing-masing sebelum 4 Oktober 2013.

Page 6: MINIT MESYUARAT 4.doc

BIL AGENDA MESYUARAT.

4.13 Bendahari (Muhammad Hidayat b. Razali)

- Bendahari membentangkan kewangan setelah membuat pengiraan

kasar berdasarkan jumlah yang diminta oleh setiap AJK.

- Jumlah-jumlah ini telah dipersetujui oleh semua ahli.

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Segala masalah atau sebarang perubahan yang berlaku sebelum seminar

ini dijalankan, mesyuarat akan diadakan dan boleh berurusan dengan

pihak jawatankuasa tertinggi program.

6 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi megucapkan tahniah dan syabas kepada semua AJK yang

dilantik kerana dapat membentangkan perkembangan tugas masing-

masing dengan terperinci.

6.2 Pengerusi juga berharap agar setiap AJK dapat melaksanakan tugas

yang diberikan dengan sebaik mungkin agar seminar yang dirancang

dapat berjalan dengan lancar.

MESYUARAT INI DITANGGUHKAN PADA JAM 11.10 PAGI DAN

DISUDAHI DENGAN SURAH AL ASR SERTA UCAPAN SALAM SERTA

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI YANG HADIR.

Page 7: MINIT MESYUARAT 4.doc

Disediakan oleh,

___________________________

( NORHIDAYU BT. ABD. RAZAK)

Setiausaha Seminar Penyelidikan Tindakan II,

8 PISMP PJ/PK/BM,

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Disahkan oleh,

_________________________

(UMMU HANANI BT. MOHIDIN)

Pengerusi Seminar Penyelidikan Tindakan II,

8 PISMP PJ/PK/BM,

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.