Minit mesyuarat

4
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENDUDUK UP5/6 & 7 (Bil. 1/15) Tarikh : 12 April 2015 Masa : 9.00 pm Tempat : 22, Jalan UP5/7 Taman Ukay Perdana HADIR: En. Mohamad Nor Azam Rashid – Pengerusi Hj. Jamaluddin bin Abu Hassan – Setiausaha En. Ahmad Shahreeza – Bendahari En Muhammad Hafiz bin Abdul Maroof – Juruaudit En. Mohd Nor En. Mohd Sabri Md Shariff En. Muhamad Amin En. Mohd Nazri bin Ab Aziz 1.1 Ucapan Pengerusi. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang hadir dan mohon mesyuarat di mulakan. 1.2 Penerangan Agenda Mesyuarat Setiausaha menjelaskan Agenda mesyuarat seperti berikut: 1.2.1 Perbincangan mengenai perlantikan Pengawal Keselamatan 1.2.2 Perbincangan mengenai sebutharga bagi khidmat Pengawal Keselamatan 1.2.3 Kedudukan Kewangan 1.2.4 Cadangan untuk membuka Akaun Bersama 1.3 Perbincangan mengenai perlantikan Pengawal Keselamatan

description

xD

Transcript of Minit mesyuarat

Page 1: Minit mesyuarat

MINIT MESYUARATJAWATANKUASA PENDUDUK UP5/6 & 7 (Bil. 1/15)

Tarikh : 12 April 2015Masa : 9.00 pmTempat : 22, Jalan UP5/7

Taman Ukay Perdana

HADIR:

En. Mohamad Nor Azam Rashid – Pengerusi Hj. Jamaluddin bin Abu Hassan – SetiausahaEn. Ahmad Shahreeza – BendahariEn Muhammad Hafiz bin Abdul Maroof – JuruauditEn. Mohd NorEn. Mohd Sabri Md ShariffEn. Muhamad AminEn. Mohd Nazri bin Ab Aziz

1.1 Ucapan Pengerusi.

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang hadir dan mohon mesyuarat di mulakan.

1.2 Penerangan Agenda Mesyuarat

Setiausaha menjelaskan Agenda mesyuarat seperti berikut:1.2.1 Perbincangan mengenai perlantikan Pengawal Keselamatan1.2.2 Perbincangan mengenai sebutharga bagi khidmat Pengawal

Keselamatan1.2.3 Kedudukan Kewangan1.2.4 Cadangan untuk membuka Akaun Bersama

1.3 Perbincangan mengenai perlantikan Pengawal Keselamatan

Ahli mesyuarat berpandangan bahawa bagi melantik 4 pengawal keselamatan untuk melaksanakan tugas selama 24 jam akan melibatkan kos yang tinggi. Ahli juga berpendapat bahawa sekiranya kos pengawal keselamatan tersebut telalu tinggi beberapa pilihan adalah di cadangkan.

a. Mendapatkan perkidmatan RELAb. Medapatkan perkhidmatan pengawal keselamatan bebas seperti yang

pernah di laksanakan dahulu

Page 2: Minit mesyuarat

c. Berbincang dengan En Muza, Pengerusi taman perumahan jiran bagi mengadakan kawalan keselamatan bersesama bagi mengurangkan kos.

Mesyuarat memutuskan seperti berikut

a. Untuk mendapatkan sebutharga dari beberapa syarikat pengawal keselamatan untuk mendapatkan harga yang berpatutan

b. Mendapatkan sebutharga daripada RELAc. Mengadakan perbincangan dengan En Muza bagi melaksanakan

kawalan keselamatan bersesama

1.4 Perbincangan mengenai sebutharga bagi khidmat pengawal keselamatan

Sebanyak satu sebutharga telah diterima dengan kadar RM7 sejam bagi seorang pengawal keselamatan. Mesyuarat berpandangan bahawa kos tersebut terlalu tinggi dan di luar kemampuan penduduk. Mesyuarat memutuskan untuk mendapatkan beberapa sebutharga lagi bagi membuat perbandingan dan akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang.

1.5 Kedudukan Kewangan

Bendahari telah memaklumkan bahawa seramai 2 penduduk telah membayar kutipan bulanan. Mesyuarat memutuskan bahawa sebuah akaun perlu di buka bagi mendepositkan kutipan tersebut.

1.6 Cadangan untuk menbuka akaun bersama

Mesyuarat memutuskan bahawa sebuah akaun bersama perlu di buka bagi mendepositkan wang kutipan bulanan dan mesyuarat mencadangkan untuk membuka akaun bersama tersebut di Hong Leong Bank Cawangan Ukay Perdana. Mesyuarat juga bersetuju bahawa Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari di beri mandat untuk menandatangi cek tersebut dengan syarat 2 daripada 3 perlu menandatangani cek tersebut.

1.7 Mesyuarat telah di maklumkan bahawa cop jawatankuasa penduduk telah di serahkan kepada Bendahari.

1.8 Mesyuarat telah bersetuju untuk membuat borang soal selidik untuk di isi oleh semua penduduk bagi membina pengkalan data penduduk, Setiausaha diminta untuk menyediakan borang soal selidik tersebut dan berbincang dengan Pengerusi.

Page 3: Minit mesyuarat

1.9 Mesyuarat ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada En Mohd Nor dan En, Zamri diatas sumbangan mereka bagi menyediakan pondok kawalan keselamatan.

Mesyuarat yang akan datang akan di adakan pada 19 April 2015 jam 9.00 malam.

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 10.50 malam.

Disediakan: Di sahkan:

....................................... ....................................................HJ. JAMALUDDIN ABU HASSAN MOHAMMAD NOR AZAM RASHIDSetiausaha Pengerusi