Minit Mesyuarat Agung Kskbpt 3(2006)

download Minit Mesyuarat Agung Kskbpt 3(2006)

of 7

Transcript of Minit Mesyuarat Agung Kskbpt 3(2006)

  • 8/16/2019 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt 3(2006)

    1/7

     

    MINIT MESYUARAT AGUNG

    KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN, BAHAGIAN

    PERKHIDMATAN TEKNIKAL

    (KSK, BPT) KALI KE-3 (2006)

    Tel: 05-5406000; Fak: 05-5406100 ;webpage: http://kskbpt.cjb.net 

    Tarikh : 26 Mei 2006

    Tempat : Bilik Persidangan, Blok Zamrud, BPT.

    Masa : 10.00 pagi

    KEHADIRAN :

    1.  En. Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi (Presiden) - Pengerusi

    2.  Tn. Hj. Mohd. Zaidi Bin Mohd. Hassan (Timbalan Presiden)

    3.  Tn. Hj. Azhari Bin Ahmad (Bendahari Kehormat)

    4. 

    En. Abdul Wahab Bin Mohd Noor (Pen. Bendahari Kehormat)

    5. 

    En. Mohd Fuzi Bin Hashim (Setiausaha Kehormat)6. En. Mohd. Zahar Bin Ibrahim (Ahli Jawatankuasa)

    7. Pn. Hjh. Noor Ashikin bt Abd. Razak (Ahli jawatankuasa)

    8. En. Mohd Fahami Bin Abas (Pemeriksa Kira-Kira)

    9. En. Zahrunajmi Bin Mohd Salleh (Pen. Setiausaha Kehormat) - Pencatit Minit

    Dan 65 orang ahli yang berdaftar sebagai ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan, Bahagian Perkhidmatan

    Teknikal, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia.

    1.0  UCAPAN PRESIDEN KELAB MERANGKAP PENGERUSI MESYUARAT

    Tuan Pengerusi memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli kelab

    yang dapat hadir pada pagi ini. Beliau selanjutnya mengucapkan terima kasih kepada seluruh

    Ahli Jawatankuasa yang telah memberikan kerjasama dan tenaga bagi menjayakan semua

    aktiviti-aktiviti yang telah dirancang semasa sesi yang lepas. Beliau juga berharap agar ahli

     jawatankuasa baru yang akan dilantik kelak dapat menjalankan tugas dengan lebih baik di

    samping dapat memajukan lagi kelab ini. Selain daripada itu juga, beliau merakamkan ucapan

    terima kasih kepada jawatankuasa yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan mesyuarat

    agung kali ini.

    Seterusnya, beliau berharap semoga ahli-ahli terus memberikan sokongan dan kerjasama

    terhadap sebarang aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kelab.

    2.0 PENENTUAN KORUM DAN PERLANTIKAN JURUTULIS MESYUARAT

    2.1 Mengikut rekod kehadiran, seramai 65 orang ahli yang berdaftar telah hadir ke

    mesyuarat kali ini. Oleh yang demikian, jumlah kehadiran ini adalah mencukupi

    korum yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan iaitu satu pertiga daripada

     jumlah keseluruhan ahli biasa.

    2.2 Tuan Pengerusi mencadangkan En. Zahrunajmi Bin Mohd Salleh dilantik menjadi

    Jurutulis Mesyuarat dan cadangan ini disokong oleh En. Mohd Zahar Bin Ibrahim.

    http://kskbpt.cjb.net/http://kskbpt.cjb.net/http://kskbpt.cjb.net/http://kskbpt.cjb.net/

  • 8/16/2019 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt 3(2006)

    2/7

    Kelab Sukan & Kebajikan, BPT Kali Ke-3 (2006)

    3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-2

    (2005)

    Setiausaha Kehormat membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-2 (2005) iaitu

    Lampiran E (muka surat 12 – 18), Buku Laporan Mesyuarat Agung Kali Ke-3 (2005)

    seterusnya beliau meminta pengesahan terhadap minit tersebut. Mesyuarat dimaklumkan

     bahawa minit mesyuarat tersebut perlu dibuat pindaan pada bahagian tajuk dan tarikh

    mesyuarat. Tajuk serta tarikh mesyuarat hendaklah dibetulkan iaitu daripada “MINIT

    MESYUARAT AGUNG KSKBPT BIL. 03(2006)” kepada “MINIT MESYUARAT AGUNG

    KSKBPT KALI KE-2 (2005)” dan tarikh dari “19 Mei 2006” kepada “19 Mei 2005”.

    Seterusnya, En. Abd Wahab Bin Mohd Nor telah mencadangkan supaya minit mesyuarat

    tersebut diterima dan disokong oleh En. Abd. Aziz Bin Alwi.

    4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DARIPADA MINIT MESYUARAT AGUNG

    KALI KE-2 (2005)

    4.1 Keahlian Kelab (Perkara 6.1)

    Pengerusi memaklumkan bahawa dasar keahlian kelab adalah sama seperti sebelum ini iaitu

    keahlian adalah secara sukarela.

    4.2 

    Kekerapan Mesyuarat Agung (Perkara 6.2)

    Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dibincangkan dalam Jawatankuasa

    Kelab dan telah diputuskan bahawa AGM hanya akan dijalankan setahun sekali kerana ia

    telah termaktub di dalam perlembagaan Kelab.

    4.3 

    Yuran Penyertaan Aktiviti Kelab (Perkara 6.3)

    Pengerusi memaklumkan bahawa cadangan tersebut telah diterima dan dilaksanakan. 

    4.4 

    Logo Rasmi Kelab (Perkara 6.5)

    Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dilaksanakan dan ia masih di dalam

    tindakan pendaftaran.

    4.5  Aktiviti Yang Mendatangkan Hasil Kepada Kelab (Perkara 6.6)

    Pengerusi memaklumkan bahawa Biro Ekonomi telah menjalankan beberapa aktiviti iaitu

     penjualan pelekat kenderaan, air mineral dan makan / minum untuk mesyuarat di BPT.

    4.6  Undang-undang Kecil Kelab (Perkara 6.8)

    Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dibincangan dalam mesyuarat

    Jawatankuasa Kelab dan ahli Jawatankuasa memutuskan bahawa perkara tersebut tidak perlu

    dilaksanakan kerana perlembagaan Kelab telah mencukupi untuk menjelaskan sebarang

     persoalan atau perkara yang timbul.

    4.7  Ahli Bersekutu (Perkara 9.1)

    Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dimajukan kepada Pendaftar

    Pertubuhan untuk tindakan selanjutnya.

    2

  • 8/16/2019 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt 3(2006)

    3/7

    Kelab Sukan & Kebajikan, BPT Kali Ke-3 (2006)

    4.8  Bayaran Yuran Keahlian (Perkara 9.3)

    Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dilaksanakan dan dipanjangkan

    kepada Pendaftar Pertubuhan untuk tindakan selanjutnya.

    4.9  Penyertaan Aktiviti Oleh Pekerja Sambilan / Sementara (Perkara 10.2)

    Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat

    Jawatankuasa Kelab dan memutuskan bahawa penyertaan mereka adalah dibenarkan tetapi

     bayaran yuran penyertaan hendaklah lebih tinggi daripada ahli kelab.

    4.10  Lawatan Sambil Belajar (Perkara 10.3)

    Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut telah diambil tindakan oleh Biri Rekreasi

    di mana satu lawatan ke Gua Tempurung telah diadakan pada bulan Disember 2005.

    4.11 

    Kebajikan Ahli Kelab (Perkara 10.5)

    Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut telah diambil tindakan melalui Biro

    Kebajikan.

    5.0 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN KEWANGAN TAHUN 2005

    Tuan Hj. Azhari Bin Ahmad selaku Bendahari Kehormat Kelab telah membentangkan

    laporan kedudukan kewangan Kelab seperti yang terkandung di dalam Lampiran M (muka

    surat 41 – 44), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 (2006) seterusnya beliaumeminta supaya laporan tersebut diterima dan disahkan. En. Sabadun Bin Yatim

    mencadangkan supaya laporan tersebut diterima serta disahkan dan disokong oleh Pn. Robiah

    Bt. Abd. Rahman.

    6.0 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN TAHUNAN BIRO-BIRO

    6.1 LAPORAN SETIAUSAHA KEHORMAT

    Setiausaha Kehormat telah membentangkan laporannya seperti yang terkandung di

    dalam Lampiran F (muka surat 19 – 21), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan

    Kali Ke-3 (2006).

    6.2 LAPORAN BIRO EKONOMI

    Tuan Hj. Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan selaku Pengerusi Biro Ekonomi telah

    membentangkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang

    terkandung di dalam Lampiran G (muka surat 22 –23), Buku Laporan Mesyuarat

    Agung Tahunan Kali Ke-3 (2006).

    6.3 LAPORAN BIRO KEBAJIKAN

    Pn. Hjh. Noor Ashikin Bt. Abd. Razak selaku Pengerusi Biro Kebajikan telah

    membentangkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang

    terkandung di dalam Lampiran H (muka surat 24 – 26), Buku Laporan MesyuaratAgung Tahunan Kali Ke-3 (2006).

    3

  • 8/16/2019 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt 3(2006)

    4/7

    Kelab Sukan & Kebajikan, BPT Kali Ke-3 (2006)

    Tn. Hj. Mohd Fisol Bin Ansan mencadangkan supaya dipisahkan Sambutan Hari

    Raya Aidilfitri dengan perayaan-perayaan lain pada masa akan datang (rujuk

    Lampiran H, muka surat 26, Perkara 4.0 Majlis Sambutan DeepaRaya 2005 di dalam

    Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 (2006)). Pengerusi

    memaklumkan bahawa perkara tersebut akan diambil tindakan pada masa akan

    datang.

    Pn. Norhana Bt. Muhamad Yusuf bertanya kenapa senarai sumbangan bagi tahun

    2005 masih dimasukkan ke dalam laporan . Pengerusi memaklumkan bahawa senarai

    sumbangan tersebut adalah di bawah tahun kewangan yang dibentangkan pada

    mesyuarat kali ini.

    6.4 LAPORAN BIRO REKREASI

    Setiausaha mewakili Pengerusi Biro Rekreasi telah membentangkan laporan aktiviti-

    aktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di dalam Lampiran I (muka

    surat 27 – 29), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 (2006).

    6.5 LAPORAN BIRO SUKAN

    En. Mohd Zahar Bin Ibrahim mewakili Pengerusi Biro Sukan telah membentangkan

    laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di dalam

    Lampiran J (muka surat 30 – 34), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-

    3 (2006).

    6.6 LAPORAN BIRO HELWA

    Pengerusi Biro Helwa iaitu Pn. Rodziah Bt. Hussain telah membentangkan laporan

    aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di dalam Lampiran K(muka surat 35 – 36), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 (2006).

    6.6 LAPORAN WEB TEAM

    Pengerusi Web Team iaitu En. Mohd Zahar Bin Ibrahim telah membentangkan

    laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di dalam

    Lampiran L (muka surat 37 – 40), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali

    Ke-3 (2006).

    7.0 PEMBENTANGAN USUL

    7.1 Kiosk KSKBPT

    En. Mohd Zahar Bin Ibrahim bertanyakan status kiosk Kelab yang terletak di sebalah

    kantin BPT. Pn. Hamimah Bt. Tajuddin pula mencadangkan supaya disediakan

    sebuah peti sejuk di dalam kiosk tersebut. Pengerusi memaklumkan bahawa kiosk

    tersebut akan diuruskan oleh Biro Ekonomi dan akan dibuka tidak lama lagi. Selain

    daripada itu juga, cadangan oleh Pn. Hamimah akan dibincangkan oleh Ahli

    Jawatankuasa Kelab Penggal 2006/2008 yang akan dilantik kelak.

    Tindakan : Biro Ekonomi

    4

  • 8/16/2019 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt 3(2006)

    5/7

    Kelab Sukan & Kebajikan, BPT Kali Ke-3 (2006)

    7.2 Menurap Foyer Blok Zamrud

    Pn. Hamimah Bt. Tajuddin mencadangkan supaya foyer Blok Zamrud diturap bagi

    membolehkan sebarang aktiviti seperti senamrobik dan sebagainya dijalankan di situ.

    Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut akan dibincangkan oleh Ahli

    Jawatankuasa Kelab Penggal 2006/2008 yang akan dilantik kelak.

    Tindakan :Biro Rekreasi 

    7.3 Kelas Al-Quran

    Pn. Hamimah Bt. Tajuddin mencadangkan supaya diadakan kelas mengaji Al-Quran

    khusus untuk kaum wanita. Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut akan

    dibincangkan oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Penggal 2006/2008 yang akan dilantik

    kelak.

    Tindakan : Biro HELWA

    8.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA KELAB PENGGAL 2004/2006

    Pengerusi mengisytiharkan bahawa Ahli Jawatankuasa Kelab Penggal 2004/2006 dibubarkan.

    9.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA DAN JURU AUDIT KELAB PENGGAL

    2006/2008

    Mesyuarat memutuskan bahawa calon sesuatu jawatan yang mendapat undi kedua tertinggi

    dilantik sebagai Timbalan / Penolong.

    Bagi jawatan Ahli Jawatankuasa pula, lantikan adalah berdasarkan kepada enam (6) calon

    yang mendapat undi tertinggi. 

    9.1  Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden

    1. 

     Nama Calon : Hj. Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan

    Pencadang : En. Mior Ahmad Sabri Bin Mior Mohd

    Jumlah undi : 40 undi

    2. 

     Nama Calon : Hj. Azhari Bin Ahmad

    Pencadang : Hj. Mohd Zaidi Bin Mohd HasanJumlah undi : 5 undi

    Dengan ini, disahkan bahawa:

    Presiden : Tn. Hj. Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan

    Timbalan Presiden : Tn. Hj. Azhari Bin Ahmad

    5

  • 8/16/2019 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt 3(2006)

    6/7

    Kelab Sukan & Kebajikan, BPT Kali Ke-3 (2006)

    9.2  Jawatan Bendahari Kehormat Dan Penolong Bendahari Kehormat

    1.   Nama Calon : En. Mohd Zahar Bin Ibrahim

    Pencadang : En. Mohd Fadzil Bin Mohamad Mokhtar

    Jumlah undi : 24 undi

    2. 

     Nama Calon : Pn. Hjh. Noor Ashikin Bt. Abd. Razak

    Pencadang : Tn. Hj. Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan

    Jumlah undi : 20 undi

    Dengan ini, disahkan bahawa:

    Bendahari Kehormat : En. Mohd Zahar Bin Ibrahim

    Pen. Bendahari Kehormat : Pn. Hjh. Noor Ashikin Bt. Abd. Razak

    9.3 

    Ahli Jawatankuasa

     Nama Calon Pencadang Jumlah Undi

    1. Abdul Aziz Bin Md. Noor Mohd Fadzil B. Mohd Mokhtar 32

    2. Jontih Enggihon Abdul Aziz B. Md. Noor 42

    3. Dzazali Bin Ayub Mior Ahmad Sabri 19

    4. Abdullah Bin Sulaiman Moir Ahmad Sabri 46

    5. Hamisah Bt. Adnan Mior Ahmad Sabri 30

    6. Hamimah Bt. Tajuddin Mior Ahmad Sabri 16

    7. Norhana Bt. Muhamad Yusuf Mior Ahmad Sabri 13

    8. Ramlah Bt. Satar Mior Ahmad Sabri 17

    9. Zahrunajmi Bin Mohd Salleh Mior Ahmad Sabri 41

    10. Arshad Bin Dahari Siti Ajar Bt. Mat Zain 811. Zuliza Bt. Ahmad Nor Mohd Fuzi Bin Hashim 36

    Dengan ini disahkan bahawa Ahli Jawatankuasa Kelab Penggal 2006/2008 ialah :

    1.  En. Abdullah Bin Sulaiman

    2.  En. Jontih Enggihon

    3. 

    En. Zahrunajmi Bin Mohd Salleh

    4. 

    Pn. Zuliza Bt. Ahmad Nor

    5.  En. Abdul Aziz Bin Md. Noor  

    6.  Pn. Hamisah Bt. Adnan

    9.4 Pemeriksa Kira-kira

    1. 

     Nama Calon : Mohd Fahami Bin Abas

    Pencadang : Mohd Fuzi Bin Hashim

    2. 

     Nama Calon : Pauzi Bin Ahmad

    Pencadang : Pn. Robiah Bt. Abd. Rahman

    Dengan ini disahkan bahawa Pemeriksa Kira-kira Kelab Penggal 2006/2008 ialah:

    1. 

    En. Mohd Fahami Bin Abas

    2. 

    En. Pauzi Bin Ahmad

    6

  • 8/16/2019 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt 3(2006)

    7/7

    Kelab Sukan & Kebajikan, BPT Kali Ke-3 (2006)

    7

    9.5 Pelantikan Setiausaha Kehormat Dan Pen. Setiausaha Kehormat

    Presiden Kelab yang baru dilantik iaitu Tn. Hj. Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan telah

    melantik semula En. Mohd Fuzi Bin Hashim sebagai Setiusaha Kehormat sementara

     jawatan Penolong Setiausaha Kehormat akan dilantik kemudian.

    10.0  HAL-HAL LAIN

    Tiada

    11.0  UCAPAN PENANGGUHAN

    11.1 

    Ucapan Presiden

    Tn. Hj. Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan selaku Presiden Kelab yang baru dilantik

    menyucapkan syukur dan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang memberisokongan kepada beliau untuk menerajui kelab bagi penggal 2006/2008. Beliau

    menyatakan bahawa amanah yang telah diberikan oleh ahli merupakan satu

    tanggungjawab yang amat berat dan berharap agar sentiasa mendapat kerjasama

    daripada ahli-ahli amnya serta Ahli Jawatankuasa khususnya. Beliau juga

    mengucapkan terima kasih kepada Presiden Kelab Penggal 2004/2006 iaitu En.

    Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi di atas sumbangan yang telah beliau berikan

    sepanjang menjadi Presiden Kelab. Beliau amat berharap agar ahli-ahli dapat

    memberikan komitmen yang tinggi dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan

    oleh kelab dan memberikan cadangan-cadangan yang bernas untuk dilaksanakan oleh

    kelab. Di samping itu juga, beliau berharap agar setiap ahli dapat membantu kelab

    dengan cara membayar yuran dan membeli barangan yang dijual oleh kelab. Akhir

    sekali, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli serta AJK di ataskerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan Mesyuarat Agung kali ini.

    11.2 

    Ucapan Pengerusi Mesyuarat

    En. Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi selaku Pengerusi mesyuarat merakamkan

     jutaan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli dan AJK kepada

     beliau semasa menerajui kelab. Belia berharap sokongan tersebut dapat dipanjangkan

    kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik ini. Beliau juga mengucapkan terima

    kasih kepada AJK Mesyuarat Agung kali ini kerana telah dapat mengadakan

    mesyuarat dengan begitu baik dan lancar.

    12.0  PENUTUP

    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi. Mesyuarat Agung yang akan datang akan

    ditentukan kemudian.

    ....................................................................

    (ZAHRUNAJMI BIN MOHD SALLEH)

    Pencatit Minit

    Disediakan oleh:

    .....................................………..

    (MOHD FUZI BIN HASHIM)

    Setiausaha Kehormat