MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39 - afraina.com MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39.pdf · yang...
-
Upload
nguyenthien -
Category
Documents
-
view
242 -
download
5
Transcript of MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39 - afraina.com MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39.pdf · yang...
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39
Tarikh : 5 Mac 2016 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Beranang Kehadiran : Rujuk Lampiran AGENDA MESYUARAT
1. Kata – kata Aluan Pengerusi ( En Berhanudin bin Haji Mansur )
1.1 Yang Dipertua PIBG mengalu-alukan kehadiran ibubapa dan guru-guru. Beliau berharap
semua ahli mesyuarat member kerjasama serta memberikan cadangan dan
penambahbaikan.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang telah bekerjasama serta warga SK
Beranang yang telah menjayakan Majlis Mesyuarat Agung ini.
1.3 Harapan beliau pemilihan calon AJK PIBG bagi sesi 2016 perlu yang boleh memberi
penglibatan dan komitmen yang tinggi.
1.4 Beliau turut memohon maaf mewakili AJK PIBG 2015 sekiranya terdapat sebarang
kekurangan sepanjang penglibatan dalam Majlis Tertinggi AJK PIBG 2015.
2. Ucapan Penasihat ( Pn Sofiah binti Adnan )
2.1 Guru Besar Sk Beranang merakamkan ucapan terima kasih kepada ibubapa serta sokongan
yang tinggi kepada pihak sekolah. Begitu juga kepada AJK PIBG 2015/2016 yang bertungkus
lumus dan memberi kerjasamayang baik demi kecemerlangan SK Beranang.
2.2 Beliau mengharapkan AJK yang baru dapat membantu pihak sekolah kea rah kecemerlangan
anak-anak murid SK Beranang.
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 39.
3.1 Pn Norjani selaku memangku Setiausaha Kehormat PIBG bagi sesi 2015/2016
membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 39 untuk disahkan.
3.2 Beliau memperbetulkan kesilapan bagi keputusan UPSR keseluruhan sebanyak 66% di dalam
buku Mesyuarat Agung kali ke 39.
3.3 Beliau turut memperbetulkan perkataan bagi perkara 4.2 KDKA kepada KDKP
3.4 En Mohd Fairuskhan mencadangkan agar minit mesyuarat ini disahkan dan disokong oleh
Pn Zulina bin Nobit.
4. Perkara Berbangkit
4.1 Perkara 4.1 – YDP mencadangkan bayaran yuran PIBG bagi tahun 2016 ini dikekalkan
sebanyak RM30 satu keluarga.
4.2 Perkara 4.2 – makluman berkenaan dengan tiada penjaga lalulintas mengawasi keselamatan
murid-murid SK Beranang dan SMK Khir Johari sejak dari bulan Mei 2014. YDP
memaklumkan masih dalam usaha untuk mendapatkan penjaga lalulintas.
4.3 Guru Besar mencadangkan bayaran bagi kutipan sumbangan PIBG dinaikkan ke RM50. Ini
kerana peruntukan sekolah hanya memperolehi 60% daripada pihak kerajaan.
4.4 Beliau turut memaklumkan berkenaan dengan lalulintas, perjumpaan pengetua dan Guru
Besar di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat bersama pihak PDRM Kajang telah
diadakan. Guru Besar telah menyuarakan supaya polis trafik dapat mengawal dilaluan
utama supaya perjalanan berjalan lancar. Pihak PDRM Kajang telah bersetuju dan perkara ini
telah diminitkan.
4.5 Beliau mengharapkan Setiausaha PIBG yang akan dilantik dapat mengeluarkan surat ke
pihak PDRM sebagai tindakan susulan.
4.6 Sumbangan lalulintas sebanyak RM1700 yang telah dikutip dicadangkan dijadikan pondok
menunggu bas untuk kegunaan murid-murid.
5. Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan PIBG yang berakhir 31 Disember 2015
(Akaun Induk)
5.1 Pn Zarina binti Mohamed Tajuddin selaku Bendahari Kehormat PIBG sesi 2015/2016
membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015 untuk disahkan.
5.2 Pn Marina binti Daud mencadangkan penyata kewangan disahkan dan disokong oleh
Pn Norafiza binti Latif.
6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Beranang bagi sesi 2015/2016.
6.1 YDP En Berhanudin bin Hj Mansor membubarkan AJK PIBG SK Beranang sesi 2015/2016.
6.2 Guru Besar meminta supaya En Norfaiza bin Abdul Ghani menjadi pengerusi sementara
untuk mengendalikan mesyuarat.
6.3 Pn Rogayah mencadangkan En Berhanudin bin Hj Mansor menjadi YDP PIBG.
6.4 Pn Salmiah bt Ahmad mencadangkan cadangan ditutup dan disokong sebulat suara.
6.5 En Berhanudin bin Hj Mansor telah dilantik menjadi YDP PIBG sesi 2016.
6.6 En Suboh bin Harun mencadangkan AJK PIBG dikekalkan kecuali beliau kerana beliau sudah
tiada anak bersekolah di SK Beranang.
6.7 En Suboh Mencadangkan En Norfaiza bin Abdul Ghani dilantik menjadi NYDP PIBG dan
diterima sebulat suara.
6.8 Pn Norjani binti Mohd Idris mencadangkan En Mohd Fairuskhan sebagai AJK PIBG yang baru
dan disokong sebulat suara.
6.9 Pn Idahayati binti Sumardi mencadangkan Pn Rozida sebagai AJK PIBG yang baru dan
diterima sebulat suara.
6.10 Pn Indrawati binti Mohd Janah mencadangkan En Azman bin Asri sebagai AJK PIBG yang
baru dan diterima sebulat suara.
6.11 Berikut adalah AJK PIBG bagi sesi 2016/2017:
Penasihat :Pn Sofiah binti Adnan
( Guru Besar SK Beranang )
Yang Dipertua :En Berhanudin bin Hj Mansor
Naib Yand Dipertua :En Nor Faiza bin Abdul Ghani
Setiausaha Kehormat :En Noorhisham bin Hamzah
Bendahari Kehormat :Pn Ida Hayati binti Sumardi
AJK Ibubapa 1. En Mohd Fairuz Khan bin Khalid
2. Pn Rogayah binti Nordin
3. Pn Norainan binti Abd Latip
4. Pn Razida binti Bohari
5. En Azman bin Asri
6. En Md Daud bin Mohamad
AJK Guru 1. En Azmi bin Tahar
2. En Abdul Syahrin bin Abdullah
3. Pn Ainon binti Abdul Hamid
4. Pn Konah binti Abas
6. Pn Salinda binti Samad
Pemeriksa kira-kira 1. En Shahrul Azri bin Aziz
2. Pn Azlina binti Abdullah
7. Membentang, membahas dan meerima usul.
7.1 En Madzlan bin Zainal mengusulkan agar memberi kerja rumah yang banyak kepada murid-
murid semasa cuti sekolah atau cuti panjang.
7.1.1 Guru Besar menjelaskan pihak sekolah telah menyediakan kerja rumah terancang
kepada murid-murid.
7.2 En Mokhtar bin Kassim mengusulkan guru jangan mengabaikan murid-murid kelas Smart.
Perlu lebih bimbigan dan bukan abaikan keputusan peperiksaannya. Beliau turut
mengusulkan agar pihak kedai buku sekolah tidak menjual barang yag tidak berfaedah
kepada murid-murid.
7.2.1 Guru Besar menerangkan murid kelas Smart tidak pernah diabaikan. Murid kelas
Smart hanya mempunyai 25 orang dan guru boleh member fokus dalam
pembelajaran di dalam kelas.
7.2.2 Guru Besar turut menjelaskan bahawa pihak sekolah telah memaklumkan agar tidak
menjual barang yag tidak berfaedah kepada pihak kedai buku. Ibubapa turut
dinasihatkan agar tidak memberi duit belanja yag berlebihan.
7.3 Pn Enies Isma Syafika Ishak mengusulkan pihak sekolah menyediakan pengawal lalulintas di
sekolah.
7.3.1 Guru Besar menjelaskan perkara ini telah dijelaskan,pihak polis telah sedia maklum
dan akan disusuli dengan surat tindakan dari pihak PIBG SK Beranang.
7.4 Pn Siti Habsah binti Ahmad mengusulkan agar memperbanyakkan pondok bacaan disekitar
kawasan sekolah.
7.4.1 Guru Besar menjelaskan pondok bacaan memang ada dan akan dikemaskini oleh
panitia yang terlibat.
7.5 En Mohd Salleh bin Mohd Kasim mengusulkan semua guru kelas diminta mewujudkan
kumpulan “Wassup” untuk setiap matapelajaran bagi ibubapa mendapatkan informasi
seperti kerja rumah dan latihan yang diberi. Beliau turut mengusulkan pemberian kerja
rumah kepada murid dan penjagaan kualiti makanan agar setaraf dengan harga.
7.5.1 Guru Besar akan meminta Guru Data dan Guru Bestari untuk mewujudkan group
“Wassup” megikut kelas.
7.5.2 En Qaiyum memaklumkan bahawa kelas 4 Excellent telah ada group “Wassup”.
7.5.3 Guru Besar memaklumkan kerja rumah memang ada dan telah diberikan kepada
murid-murid, tetapi murid-murid tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi.
Ibubapa tidak memantau kerja rumah yang telah diberi. Mohon ibubapa memantau
di rumah.
7.5.4 Guru Besar memaklumkan kantin sentiasa dipantau oleh AJK Kantin dan pihak
pengurusan sekolah. Ada perkembagan selepas dipantau. Sekiranya tiada
perkembangan, tender tidak akan dilanjutkan.
7.6 En Kamarul Hiza bin Mohd Mustafa mengusulkan agara perbesarkan lagi simpang masuk ke
sekolah agar memudahkan ibubapa menghantar anak.
7.6.1 Guru Besar menjelaskan bahawa itu bukan bidang kuasa pihak sekolah, ini adalah
bidang kuasa MPKJ.
8. Hal – hal lain
8.1 Sumbangan PIBG diusulkan oleh En Berhanudin untuk dinaikkan sebayak RM50 sekeluarga
daripada RM30 sekeluarga.
8.1.1 Mesyuarat sebulat suara memutuskan sumbangan PIBG bagi satu keluarga
dinaikkan kepada RM50. Ini berdasarkan undian yang telah dibuat iaitu bagi
sumbangan RM30 sekeluarga sebanyak 33 undian manakala RM50 sekeluarga
mendapat 40 undian.
8.2 En Mohd Salleh bin Mohd Kasim mencadangkan nombor telefon terus dihantar ke guru
matapelajaran tidak perlu melalui guru kelas supaya ibubapa boleh berbincang terus ke
guru matapelajaran berkenaan dengan permasalahan anak dalam pelajaran.
8.3 Beliau turut mencadangkan agar kerja rumah perlu diberi walaupun sedikit.
8.4 Beliau juga turut menyoalkan penggunaan buku aktiviti jilid 1 belum habis dibuat tetapi
sudah mula membuat latihan untuk jilid 2.
8.5 Bagi setiap penglibatan aktiviti, En Mohd Salleh bin Mohd Kasim mecadangkan agar perlu
diberitahu seminggu lebih awal untuk persediaan dari segi pakaian.
8.6 Pn Salinda binti Samad menjelaskan persoalan berkaitan perkara 8.4 berkaitan buku aktiviti
jilid 1 dan 2 Matematik yang mana terdapat dikalangan murid-murid yang lambat untuk
menyiapkan kerja di sekolah dan masih juga tidak dapat disiapkan apabila dibawa balik ke
rumah.
8.7 Beliau turut menjelaskan berkaitan perkara 8.5 yang telah dicadangkan oleh En Mohd Salleh
bin Mohd Kasim iaitu persediaan pakaian dalam sebarang aktiviti persembahan telah
diberitahu awal sebelum tarikh persembahan. Pakaian persembahan untuk murid tahun 1
pada Hari Apresiasi sama seperti pakaian pada persembahan Hari Kanak-Kanak.
9. Ucapan Penangguhan
9.1 YDP PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir kerana
memberi kepercayaan kepada beliau untuk menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua
PIBG bagi tahun 2016/2017. Beliau akan memberi komitmen yang terbaik demi kemajuan
murid-murid SK Beranang.
9.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang hadir dan tahniah kepada
semua AJK yang dilantik. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon ampun
dan maaf sekiranya terdapat sebarang kelemahan semasa berurusan dengan pihak sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang
Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,
…………………………………………………………. ………………………………………………………….. (NOORHISHAM BIN HAMZAH) (BERHANUDDIN BIN HAJI MANSOR) Setiausaha Kehormat PIBG Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Beranang Sekolah Kebangsaan Beranang
.