Minit Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke - 7 2015

19
PK 07 – Pengurusan Mesyuarat PK 07/3 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALI MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-7 TAHUN 2015 TARIKH : 25 MAC 2015 MASA : 2 PETANG TEMPAT : DEWAN UTAMA, SMK SERI BALI PENGERUSI : EN. MOHD SUPIAN BIN SALIM KEHADIRAN STAFF DAN GURU : 34 orang KEHADIRAN IBU BAPA : 67orang 1 UCAPAN KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK SERI BALI, PN. ROHANI BINTI LAJAT 1.1 Pengetua mengalu-alukan kedatangan YB En. Mohd Azhar Bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tenang dalam mesyuarat agung PIBG kali ke-7 tahun 2015. 1.2 Pengetua juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli dan ibu bapa dalam mesyuarat agung PIBG kali ke- 7 tahun 2015. 1.3 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua warga SMK Seri Bali yang sentiasa beri komitmen yang tinggi dalam semua program dan mewujudkan keharmonian. __________________________________________________________________________________ ___________ Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor ǀ 1 Mac 2011 – Keluaran 02 ǀ Pindaan 00

description

CONTOH

Transcript of Minit Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke - 7 2015

PK 07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALI

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-7 TAHUN 2015TARIKH

: 25 MAC 2015MASA

:2 PETANGTEMPAT

:DEWAN UTAMA, SMK SERI BALIPENGERUSI

: EN. MOHD SUPIAN BIN SALIMKEHADIRAN STAFF DAN GURU: 34 orangKEHADIRAN IBU BAPA

: 67orang 1UCAPAN KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK SERI BALI, PN. ROHANI

BINTI LAJAT1.1 Pengetua mengalu-alukan kedatangan YB En. Mohd Azhar Bin Ibrahim, Ahli Dewan

Undangan Negeri Kawasan Tenang dalam mesyuarat agung PIBG kali ke-7 tahun 2015. 1.2 Pengetua juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli dan ibu bapa dalam mesyuarat agung PIBG kali ke-7 tahun 2015.1.3Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua warga SMK Seri Bali yang sentiasa beri komitmen yang tinggi dalam semua program dan mewujudkan keharmonian. 1.4 Pengetua memaklumkan perkara-perkara berikut.

1.4.1 Pengetua berasa amat bangga dengan pencapaian pelajar dalam Peperiksaan PT3 2014 yang telah mencatatkan tempat ke-3 dalam kawasan Parlimen Labis dengan keputusan 4 mata pelajaran yang mencatat prestasi tertinggi. Berdasarkan keputusan terdapat 3 pelajar yang mendapat keputusan terbaik iaitu Raguman a/l Segaran ( 5A 3B 2C), Khoo Er Qian ( 4A 5B 1C) dan Lam Zhi Wei ( 4 A 3B 2C).1.4.2 Bagi keputusan SPM pula sekolah kita telah melahirkan seorang pelajar terbaik iaitu Tey Chu Hui dengan keputusan 9A 1B.1.4.3 Pengetua mengucapkan tahniah kepada warga sekolah kerana segala

kecemerlangan yang telah dicapai adalah berkat usaha para guru dan juga ibu

bapa.1.4.4 Pada tahun ini pihak sekolah telah mensasarkan PT3 mencapai 3.675 dengan 2

orang pelajar straight A manakala untuk SPM 5 pelajar cemerlang dengan 84.4% kelulusan. 1.4.5Pengetua mengingatkan pada tahun ini mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu perlu dikuasai bagi mendapatkan sijil SPM manakala bagi tahun 2016 mata pelajaran Bahasa Inggeris pula wajib lulus. 1.4.6 Pelbagai program telah dan sedang di rangka oleh bidang bahasa dan bidang sains. Ianya dilaksanakan bagi membolehkan pelajar menguasai Bahasa Inggeris dengan bantuan JPN Johor yang telah mengedarkan sukatan minimum yang boleh diikuti supaya pelajar boleh menguasai dan lulus dalam SPM.1.4.7 Pengetua berharap para ibu bapa dapat menyediakan suasana yang kondusif iaitu

suasana yang tenteram dan memberangsangkan minda anak-anak supaya mereka

boleh membuat ulangkaji mata pelajaran dengan baik. Beliau berharap

kemudahan dari segi kelengkapan prasarana seperti meja kerusi belajar,

penghawa dingin atau kipas dan peralatan keperluan yang lain dapat disediakan.

Pengetua mengingatkan ibu bapa dengan kata kata bijak pandai iaitu kalau kita

bagi lebih Kita akan dapat lebih. Para ibu bapa tidak akan rugi jika melabur

dan memberi motivasi kepada anak- anak mereka.Hal Ehwal Murid

1.5 Pengetua memaklumkan juga pencapaian-pencapaian yang di capai dan program-

program yang dijalankan dalam bidang hal ehwal murid dan kokurikulum. 1. 5.1Pelbagai program dijalankan bagi mengawal keadaaan disiplin di sekolah dan memastikan keadaan disiplin di sekolah sentiasa dalam keadaan yang tenang dan terkawal. Antara program yang dijalankan ialah program sebarkan salam iaitu salam kepada guru dan salam kepada pelajar. Selain itu program penghayatan al-quran dan penghayatan moral dijalankan setiap hari khamis. Antara program yang dijalankan ialah bacaan ayat-ayat zikir, ayat-ayat yasin dan ucapan-ucapan motivasi.

1.5.2 Pengetua memaklumkan juga kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari amat diambil berat kerana kehadiran ke sekolah di isi secara talian ke kementerian

pendidikan. Pengetua menyatakan juga setiap sekolah perlu mencapai 95%

kehadiran. Pihak sekolah bersama bantuan PIBG telah memutuskan untuk

memberi imbuhan dalam bentuk wang tunai bagi kelas yang mencapai peratus

kehadiran tertinggi tiap-tiap bulan. Beliau berharap ibu bapa memastikan anak-

anak hadir ke sekolah setiap hari. Kehadiran yang baik dan berterusan dapat

membantu pelajar menimba ilmu.Kokurikulum

1.6 Pengetua memaklumkan juga antara bidang yang paling menyerlah di SMK Seri Bali ialah bidang kokurikulum. Antaranya ialah pertandingan merentas desa peringkat daerah yang telah mengekalkan kedudukan naib johan dua tahun berturut turut dengan seorang pelajar yang telah melayakkan diri ke peringkat negeri.

1.6. 2 Selain bidang olahraga permainan lain yang menyerlah ialah permainan hoki, bola jaring, dan bola sepak malah pasukan bola sepak berjaya menghantar seorang pemain iaitu Eswar Sree ke peringkat kebangsaaan untuk pasukan remaja.

1.6.3 Pengetua juga memaklumkan pasukan unit beruniform yang aktif ialah Kadet Polis di mana pasukan ini telah menjuarai pelbagai pertandingan termasuk melahirkan seorang guru Kadet Polis yang cemerlang di peringkat daerah iaitu Puan Shahida binti Shahar. Selain Kadet Polis unit beruniform KRS juga telah mula aktif dan seorang Kadet Remaja telah terpilih untuk menyertai kem kebangsaan yang akan diadakan di Kuantan.1.7 Pengetua juga telah menerangkan sedikit tentang PPPM yang mana lebih menitik beratkan keberhasilan murid iaitu dengan menggilap potensi pelajar. Pelajar perlu bersaing sebagai Global Player iaitu melayakkan diri bersaing dalam arena antarabangsa dengan kemahiran-kemahiran luar biasa termasuk kemahiran dwibahasa. Beliau menyatakan juga ada di kalangan pelajar melayu di sini pandai fasih bahasa cina kerana datangnya dari sekolah kebangsaan cina yang mana kemahiran ini akan memberi kelebihan pada diri pelajr-pelajar tersebut.

1.7.2. PPPM juga menitik beratkan kelas pembelajaran abad ke-21 iaitu pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran yang tidak seperti zaman dahulu di mana pelbagai aspek yang berbeza dimasukkan dalam P&P dari segi susun atur kelas, prasarana dalam kelas iaitu penggunaan teknologi seperti laptop dan LCD . Namun pihak sekolah mengalami masalah dari segi kewangan utuk membangunkan kelas abad ke-21. Masalah ini juga kerana kementerian tidak menurunkan peruntukan kerana SMK Seri Bali bukan antara 5 sekolah yang terpilih dalam daerah Segamat. Pihak sekolah telah menggunakan peruntukan dari panitia-panitia untuk membeli kelengkapan dalam kelas contoh abad ke-21.

1.7.3 Pengetua juga menyatakan bahawa kewangan yang lebih banyak diperlukan kerana pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai kelengkapan yang memerlukan kos yang tinggi seperti alat -alat bantu mengajar dan pintu grill.

1.7.4 Pengetua dengan rendah hati telah memohon peruntukan dari YB bagi membantu melengkapkan kelas abad ke-21 iaitu sebanyak RM 20,000.2UCAPAN PENGERUSI JAWATANKUASA PIBG ( EN. MOHD SUPIAN BIN SALIM)

SEMASA PERASMIAN MESYUARAT PIBG2.1

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia En. Azhar bin Ibrahim kerana sudi hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG walaupun beliau sentiasa sibuk dengan jadual yang padat.2.2 Pengerusi juga mengalu-alukan kedatangan semua yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7. Beliau menganggap kehadiran ibu bapa yang hadir adalah petanda betapa tinggi komitmen dan perhatian mereka terhadap pelajaran anak-anak.

2.3 Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia En.

Azhar bin Ibrahim kerana telah bersetuju untuk meluluskan sejumlah peruntukan bagi

menaik taraf kelas-kelas abad ke-21 dan juga usaha melengkapkan dan menaik taraf dua

bilik seminar sekolah. Hal ini kerana sekolah ini kerap menjadi tempat seminar dan

kursus untuk pegawai-pegawai dan guru peringkat daerah dan negeri.

2.4 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mendapat kelulusan

daripada pejabat Menteri Besar untuk pembinaan laluan berbumbung dari pintu besar ke

bangunan sekolah sebagaimana yang dijanjikan oleh Cik Hajah Haslinda bin Salleh

iaitu Pegawai Khas Menteri Besar pada tahun lepas. Beliau berharap dengan

peruntukan yang sewajarnya dapat membolehkan projek berkenaan di bina dengan

segera.

2.5 Pengerusi memberitahu pada tahun 2015 adalah tahun ke-2 pelaksanaan PT3 untuk pelajar tingkatan 3 yang bertujuan membentuk pelajar yang bersifat lebih holistik dan mengangkat standard pendidikan. Selain itu, ia juga untuk melahirkan pelajar berfikiran kreatif, kritis dan budaya saing. Sistem baru ini juga menguji kemahiran berfikir aras tinggi. Perlaksanaan PT3 melibatkan komponen Pentaksiran Psikometrik, Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, Pentaksiran Sekolah dan PT3. Seterusnya ia dilengkapkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi atau KBAT.

2.6 Menurut beliau untuk tahun pertama dilaksanakan sebagaimana diumumkan pada 23 Disember 2015 memang agak memuaskan walaupun terdapat kritikan, rungutan malah rasa tidak puas hati. Laporan awal menyatakan daripada 453,413 calon PT3 seluruh Malaysia jumlah calon yang lulus adalah tidak sampai 50%. Sekolah-sekolah besar dan ternama yang biasanya cemerlang juga gagal.

2.7 Beliau menerangkan bahawa Persidangan Undangan Negeri Johor pada 13 Februari

2015 telah membahas pencapaian PT3. Exco Pendidikan Yang Berbahagia En. Jais bin

Sardy melaporkan daripada 50,717 calon seluruh Johor didapati 14,840 calon atau 28%

telah lulus manakala 36,741 calon atau 72% telah gagal. Oleh itu, Dewan Undangan

Negeri Johor telah mengemukakan dua tindakan penambahbaikan iaitu mengenal pasti

kekuatan dan kelemahan guru serta meningkatkan kemahiran guru.

2.8 Menurut beliau, KPPK / NUTP melalui Presidennya pada 23 Disember 2014 telah menyatakan PT3 telah dilaksanakan secara tergesa-gesa menyebabkan pelajar dan guru tidak mempunyai tempoh yang secukupnya untuk membuat persediaan PT3. Manakala Presiden Permuafakatan PIBG Profesor Md. Ali bin Hassan pula menyatakan Kementerian Pendidikan perlu segera mengumumkan secara rasmi keputusan

PT3 supaya dapat di buat penambahbaikan dan kaedah yang terbaik. 2.9 Kesimpulannya, bagi beliau tujuan dan matlamat yang baik perlu dikembangkan dengan kaedah atau perlaksanaan strategi yang baik. Jika tidak matlamat yang baik tidak akan tercapai. Inilah semua kata-kata dan pandangan yang di anggap pahit, agak masam,

agak maung dan agak kelat. Beliau menganggap inilah realiti yang kita semua kena

terima, terutama pakar-pakar yang merangka sistem pendidikan kita.

2.9.1 Beliau memaklumkan di peringkat sekolah kita SMK Seri Bali keputusan PT3

bolehlah di anggap baik. Dengan menduduki tempat ke-9 daripada 24 buah

sekolah daerah Segamat dan tempat ke-3 bagi kawasan Labis mengatasi

beberapa sekolah lama dan ternama. Walaupun pencapaiannya di bawah 50%,

tetapi kita berasa lega apabila dilakukan penambahbaikan berterusan dengan

memperbaiki beberapa kelemahan di samping mempertimbangkan beberapa

strategi yang baik. Beliau berharap dengan usaha keras Pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar kita bersedia untuk mengukir kecemerlangan pada tahun ini.

2.9.2 Beliau berharap penambahbaikan berterusan sistem yang ada sangat perlu bagi

menjawab persoalan-persoalan yang diajukan kepada sistem pendidikan negara. Misalnya :

a) Mengapa lepasan-lepasan sekolah dan universiti kini lebih bersikap kritis

terhadap kerajaan daripada bersikap kreatif, cekal dan membina.

b) Mengapa dasar-dasar negara walaupun telah diperkenalkan tetapi hal-hal

seperti Rukun Negara, perpaduan kaum, Dasar Ekonomi Nasional,

Perlembagaan Negara dan undang-undang Malaysia tidak diberikan

penghayatan yang berkesan dan sempurna kepada pelajar. Sebaliknya,

sejarah luar seperti Eropah, Amerika, Jepun, China dan India pula

ditekankan.

c) Sejauhmanakah wujudnya kerjasama antara perancang tenaga manusia

dengan Perancang Pembangunan Pendidikan Malaysia terutama dalam usaha

meningkatkan peranan perindustrian dan keusahawanan bagi persiapan

menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. 2.9.3 Beliau juga menerangkan tentang Pelan Pendidikan Pembangunan Tinggi Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPM PT) 2013-2025. Dengan matlamat melahirkan modal insan yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan pesat negara di samping menggilap sifat kepimpinan bercirikan global. Dengan kata lain modal insan kelas pertama. Iaitu insan yang menguasai sesuatu bidang ilmu yang tinggi, berdaya saing, akhlak yang hebat, budaya kerja cemerlang, menjunjung nilai-nilai murni, kukuh dalam acuan budaya, kesenian dan warisan tanah air serta menjaga agama, bangsa dan negara.

2.9.4 Sekali lagi, bagi pihak PIBG beliau mengucapkan berbanyak terima kasih di atas

kerjasama dan sokongan kepada PIBG selama beliau menjadi YDP kali ke-3.

Tanpa sokongan semua pihak terutama Pengetua dan barisan pentadbir sekolah,

guru-guru dan ibu bapa nescaya kita tidak dapat menjalankan berbagai aktiviti

sekolah yang sebahagiannya memerlukan kos yang agak tinggi serta tenaga kerja. 3UCAPAN PERASMIAN YANG BERBAHAGIA EN. MOHD AZHAR BIN IBRAHIM.3.1 Beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas jemputan pihak sekolah bagi merasmikan mesyuarat agung PIBG kali yang ke-7 ini. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah, Yang Dipertua PIBG, ahli-ahli PIBG dan semua yang terlibat yang dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis mesyuarat agung.3.2 Ucapan terima kasih juga dari beliau kerana pemakaian jubah bagi Majlis Anugerah Kecemerlangan yang dapat memberikan satu imej pengiktirafan kepada beliau yang datang sebagai perasmi majlis dan juga pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan.3.3 Seterusnya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah bagi pelajar-pelajar yang berjaya. Usaha pelajar-pelajar seharusnya dibantu dan disokong oleh para ibu bapa. Ibu bapa menjadi pemantau diri pelajar dengan menyediakan suasana dan kelengkapan yang belajar dengan selesa. Pelajar-pelajar yang berjaya dan dapat di terima permohonan kemasukannya ke IPTA dan IPTS akan dibantu di bawah Yayasan Pelajaran Johor dengan pemberian RM1000.00. Selain itu, Perbadanan Islam Johor juga akan menyediakan bantuan yang sewajarnya.3.4 Beliau juga menyeru pelajar-pelajar agar mengambil ruang dan peluang yang ada dalam mencapai kejayaan hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Sahut cabaran dengan menerima dan menggunakan transformasi dari segi teknologi yang semakin canggih dengan menjadikannya medium pembelajaran yang berguna. Mesti pandai memilih medium yang digunakan agar tidak tersalah dengan bahan yang dirujuk.3.5 Beliau berharap agar guru-guru dan ibu bapa membimbing dan memberi panduan dengan cara yang betul. Penggunaan kaedah pembelajaran abad ke-21 dapat menjadi saluran yang dapat meningkatkan kecemerlangan dan prestasi pelajar. Selain itu, beliau mengharapkan agar pelajar-pelajar dapat menanamkan sikap patriotisme dan cintakan negara. Pesanan dan nasihat yang dihulurkan juga adalah kepentingan mengutamakan Agama Islam di kalangan pelajar-pelajar agar dapat menjadi muslim dan muslimah yang berjaya dengan sokongan dan pengajaran ibu bapa.3.6 Beliau telah bersetuju dengan permohonan Pn. Pengetua, Pn. Rohani binti Lajat bagi mendapatkan peruntukan RM20,000.00 bagi menjayakan kelas abad ke-21 bagi melengkapi alat dan bahan yang diperlukan. Beliau akan membawa permohonan ini pada perbincangan dengan ahli-ahli Parlimen Labis.3.7 Akhir sekali, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 bagi tahun 2015.

4UCAPAN YDP PIBG SMK SERI BALI 2014/2015 ( ) SEMASA PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT PIBG 2013.intan5MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PIBG KALI

KE 6

6MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN PERJALANAN PIBG SESI

2015/20167MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 MAC 2015

8 MEMBAHASKAN USUL-USUL

9PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN PEGAWAI SERTA AJK SESI 2015/201610UCAPAN PENANGGUHAN

10.1 Pengetua meminta ibu bapa memantau aktiviti anak-anak mereka kerana pada masa

ini anak-anak mereka telah terdedah dengan penggunaan teknologi terkini seperti

internet dan WhatsApp. Selain itu, ibu bapa yang beragama Islam hendaklah

memantau solat anak-anak mereka. Beliau mengucapkan terima kasih kerana ibu

bapa mempercayai pihak sekolah untuk mendidik anak-anak mereka. Pengetua

berharap anak-anak mereka akan berjaya dan menjadi insan cemerlang. Sekiranya ibu

bapa mempunyai masalah, mereka boleh datang ke sekolah dan pihak sekolah sedia

membantu.

10.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohd Supian Bin Salim

kerana telah memimpin pengurusan PIBG selama setahun dan ini adalah kali ke-3

beliau menjadi YDP di sekolah ini. Menurut Pengerusi, mungkin

En. Mohd Supian Bin Salim akan menjadi pengerusi PIBG pada tahun depan kerana

sikap penyayang beliau yang telah mengambil anak saudara sendiri sebagai anak

angkat. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana memberikan

kepercayaan kepada beliau untuk memimpin PIBG SMK Seri Bali. Beliau berharap

akan dapat buat yang terbaik untuk kemajuan pelajar dan meminta ibu bapa

memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dan PIBG. 10.3 Beliau menjelaskan bagi yuran PIBG yang dikenakan sebanyak RM80.00 ia digunakan

untuk keceriaan kelas, pertandingan, membaikpulih tandas dan sebagainya. Selain itu,

pihak sekolah juga tidak lokek untuk memberikan ganjaran kepada pelajar di sekolah

ini.

10.4 En. Mahat bin Abdullah memberikan penerangan mengenai urusan pemakaian

pakaian seragam untuk pelajar adalah pada setiap hari Ahad minggu ketiga dan

sekurang-kurangya pelajar memakai pakaian seragam kosong sahaja untuk tahun

pertama. Manakala pembelian baju seragam kosong tanpa aksesori untuk pelajar bagi

harga RM80.00 boleh di beli di Segamat.

10.5 Pn. Shahida binti Sahar memberitahu pembelian pakaian seragam untuk Kadet Polis

sebenarnya adalah melalui beliau sendiri.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.50 petang.Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..

(PN. NOR SHAHRI BINTI ABDUL)

(EN. MOHD SUPIAN BIN SALIM)

Setiausaha PIBG

YDP PIBGSMK Seri Bali

SMK Seri Bali

1) EN. MOHD SUPIAN BIN SALIM

2) PN. CHIN MOOI YIN

3) PN. NOR SHAHRI BINTI ABDUL

4) PN. AFIDAH ZURA BINTI SHAHDAN

5) EN. MOHD SALLEH BIN SALIM

6) EN. MD. AZHAR BIN ABU YAMIN

7) EN.MAHAT BIN ABDULLAH

8) EN. ISKANDAR BIN MUNASIR

9) PN. HARIYATI BINTI BOKERI

10) PN. LIAN AI LING

11) PN. AGUS TRI HARYATI

12) PN. ZURIANA BINTI MOHD TAHIR

13) PN. SURIANI BINTI YAHYA

14) CIK KAVITHA A/P SELVANATHAN

15) PN. RENUKA A/P SUBRAMANIN

16) EN. REMESH A/L M. RANJAN

17)

_____________________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor

1 Mac 2011 Keluaran 02 Pindaan 00