Minit Mesyuarat Agung Tahunan
-
Upload
anonymous-moqu5ahsq -
Category
Documents
-
view
48 -
download
3
description
Transcript of Minit Mesyuarat Agung Tahunan
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNANKELAB FUTSALSESI 2015/2016
Tarikh: 11.07.2015 (Sabtu)Masa: 11.30 am-12.15 pm
Tempat: Kelas Tingkatan 1 HarmoniPengerusi: Asmaa Auni binti Roslan
Pencatat: Sivaa Ranjaani a/p Subramaniam
Kehadiran: 1) Guru Penasihat: Puan Azizah binti Abdul Hamid 2) Guru Penasihat: Puan Rasyiqah binti Mohd Zaib 3) Murid hadir: 28 orang murid
I. Perutusan Yang Berbahagia Pengerusi
1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru pensaihat dan ahli Futsal ke Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan 1Murid1Sukan (1M1S) Futsal sesi 2015/2016
II. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu
2 Luvithra Banu a/p Tharmalingam telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2014/2015 untuk disahkan.
Cadangan: Khausalya a/p Chandran
Sokongan: Nurul Izzah binti Ismail
III. Perkara-perkara berbangkit
3 Perkara 6: Perbincangan semula perihal kutipan yuran tahunan untuk Kelab Futsal
Tindakan: Setiap murid wajib membayar RM2 setahun sebagai yuran tahunan dan kadar ini ditetapkan oleh ahli dengan perbincangan guru penasihat kelab.
4 Perkara 13: Kehadiran setiap ahli ke perjumpaan kelab
Tindakan: Setiap murid wajib hadir ke setiap perjumpaan/ aktiviti yang akan dijalankan.
1
IV. Membentang dan Mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan 2015
5 Asmaa Auni binti Roslan dari Tingkatan 4 Bakti membentangkan laporan aktiviti tahunan yang bakal berlangsung untuk sesi 2015/2016
Tindakan: Laporan pembentangan ini disokong oleh Siti Nur Ameera binti Mohd. Anuawa dari Tingkatan 2 Kamil.
Makluman
V. Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan 2015
6 Selaku Bendahari, Nur Faeqah Syazanie binti Roslan telah mendapatkan persetujuan ahli untuk membayar yuran tahunan sebanyak RM 2 setahun dan yuran ini akan dikutip oleh AJK Tingkatan masing-masing untuk mempermudahkan tugasan kewangan kelab ini. Dengan itu, Bendahari menyeru AJK untuk menyiapkan nama ahli berserta dengan tingkatan untuk dokumentasi kelab ini.
Tindakan: Bendahari Kelab
VI. Membentangkan Usul
7 Tiada usul yang dibentangkan
VII. Pembuburan Jawatankuasa Tahun 2014/2015
8 Luvithra Banu a/p Tharmalingam telah mewakili semua pembubaran jawatankuasa bagi sesi 2014/2015 secara rasmi.
2
VIII. Pemilihan Jawatankausa Sesi 2015/2016
9 Senarai ahli Jawatankuasa Baharu ialah:
Pengerusi: Asmaa Auni binti Roslan (Tingkatan 4 Bakti)
Naib Pengerusi: Nur Maisarah binti Ruzaimi (Tingkatan 1 Jujur)
Setiausaha: Sivaa Ranjaani a/p Subramaniam (Tingkatan 2 Jujur)
Penolong Setiausaha: Yasmin Irrina Qursiah binti Hasmadi (Tingkatan 1 Jujur)
Bendahari: Nur Faeqah Syazanie binti Roslan (Tingkatan 4 Kamil)
Penolong Bendahari: Sarani a/p Letchumanan (Tingkatan Jujur)
Ahli-ahli Jawatankuasa:
Tingkatan 1: Nurin Adila binti Norman Iswardi (Tingkatan 1 Harmoni) Tingkatan 2: Siti Nur Ameera binti Mohd Anuawa (Tingkatan 2 Kamil) Tingkatan 3: Nagaletchumy a.p Bathmanathan (Tingkatan 3 Jujur) Tingkatan 4: Nurul Izzah binti Ismail (Tingkatan 4 Bakti)
IX. Pemilihan Juruaudit Sesi 2015/2016
10 Khausalya a/p Chandran dan Husna Hanani binti Norman Iswardi telah diberikan amanah untuk mengaudit perbelanjaan kelab Futsal pada Sesi 2015/2016.
X. Cadangan Aktiviti Tahunan 2015/2016
11 Antara cadangan aktiviti tahunan sesi 2015/2016 ialah:
PENGGAL PERTAMA PENGGAL KEDUA‘Ice breaking and building rapport sessions’ bersama dengan ahli Futsal
Perlawanan antara kumpulan
Pengenalan kepada Futsal Latihan di gelanggang sebenarLatihan Kekuatan Kaki Pertandingan menghasilkan bola Futsal
mengikut kreativiti murid
3
XI. Ucapan Penangguhan
12 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK and ahli kelab yang lalu serta mengucapkan ucapan selamat bertugas kepada ahli-ahli baru. Beliau juga memberikan pendapat bahawa tanggingjawab yang telah diberikan merupakan satu cabaran baru pada sesi 2015/2016 dan ingin menjayakan program-program yang telah dicadangkan dengan jayanya untuk sesi ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 pm. Disediakan oleh, Disemak oleh, ___________________ ____________________(SIVAA RANJAANI A/P SUBRAMANIAM) (PUAN AZIZAH BINTI ABD HAMID)Setiausaha, Guru Penasihat,Kelab Futsal SMKCFB, Kelab Futsal SMKCFB.Tarikh: 23 Julai 2015
4