Minit Mesyuarat Exco Pibg Bil 3 Tahun 2014

4
MINIT MESYUARAT EXCO PIBG BIL. 3 TAHUN 2014 SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA SRI AMAN TARIKH : 5 MEI 2014 HARI : RABU MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : BILIK MESYUARAT, SK AGAMA SRI AMAN KEHADIRAN : 1. Encik Dahlan bin Ham - Penasihat/Guru Besar 2. Encik Yakof bin Rie Yang Dipertua PIBG 3. Encik Dolah bin Saimin Penolong Kanan HEM 4. Encik Zaidi bin Othman Penolong Kanan Kokurikulum 5. Puan Dayang Fadzlin binti Abang Ibrahim Setiausaha 6. Encik Balkis bin Haji Naneng Naib Setiausaha 7. Puan Rezaomi binti Reff Bendahari 8. Puan Norizan binti Abdullah AJK Guru 9. Puan Siti Rafeah bt Mohamad AJK Guru 10. Puan Zuraini bt Hj Ibrahim AJK Guru 11. Ustaz Sabang bin Abdul Rani AJK Guru 12. Encik Zainal bin Surat AJK Ibu Bapa 13. Puan Mastura binti Abdullah AJK Ibu Bapa 14. Encik Sarifuddin bin Haji Mahdi - Guru TIDAK HADIR BERSEBAB : 1. Encik Hossin bin Ramli Naib YDP 2. Encik Alhias bin Haji Muhi 3. Encik Wan Saperi bin Wan Abdullah 4. Puan Reny bt Bujang 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENASIHAT

description

pibg

Transcript of Minit Mesyuarat Exco Pibg Bil 3 Tahun 2014

Page 1: Minit Mesyuarat Exco Pibg Bil 3 Tahun 2014

MINIT MESYUARAT EXCO PIBG BIL. 3 TAHUN 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA SRI AMAN

TARIKH : 5 MEI 2014

HARI : RABU

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT, SK AGAMA SRI AMAN

KEHADIRAN :

1. Encik Dahlan bin Ham - Penasihat/Guru Besar

2. Encik Yakof bin Rie – Yang Dipertua PIBG

3. Encik Dolah bin Saimin – Penolong Kanan HEM

4. Encik Zaidi bin Othman – Penolong Kanan Kokurikulum

5. Puan Dayang Fadzlin binti Abang Ibrahim – Setiausaha

6. Encik Balkis bin Haji Naneng – Naib Setiausaha

7. Puan Rezaomi binti Reff – Bendahari

8. Puan Norizan binti Abdullah – AJK Guru

9. Puan Siti Rafeah bt Mohamad – AJK Guru

10. Puan Zuraini bt Hj Ibrahim – AJK Guru

11. Ustaz Sabang bin Abdul Rani – AJK Guru

12. Encik Zainal bin Surat – AJK Ibu Bapa

13. Puan Mastura binti Abdullah – AJK Ibu Bapa

14. Encik Sarifuddin bin Haji Mahdi - Guru

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. Encik Hossin bin Ramli – Naib YDP

2. Encik Alhias bin Haji Muhi

3. Encik Wan Saperi bin Wan Abdullah

4. Puan Reny bt Bujang

Page 2: Minit Mesyuarat Exco Pibg Bil 3 Tahun 2014

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENASIHAT

1.1 Penasihat memaklumkan bahawa Naib YDP iaitu Encik Hossin bin Ramli masih bercuti sakit dan akan meneruskan rawatan di Kuching.

1.2 Terdapat exco yang tidak hadir dan ini merupakan masalah biasa yang dihadapi dalam persatuan.

1.3 Pastikan semua exco hadir dalam mesyuarat kerana exco yang dilantik inii membawa suara daripada ibu bapa.

1.4 Beliau ingin melihat PIBG SK Agama Sri Aman bergerak ke depan selari dengan kehendak kementerian dan sekolah.

1.5 PIBG harus memainkan peranan sebagai saluran untuk mendapatlan dana dan harus bersikap proaktif dan mengumpul dana sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada wakil rakyat.

1.6 Alumni juga berperanan dalam menyumbang dana kepada PIBG dan dana untuk pembentukan alumni dan aktiviti PIBG telah dimasukkan ke dalam akaun PIBG.

1.7 Kerjasama erat antara sekolah dan PIBG akan nampak hasilnya melalui perkembangan positif anak-anak.

2.0 UCAPAN YDP PIBG

2.1 YDP mengucapkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua exco untuk menjayakan mesyuarat bagi pembangunan sekolah.

2.2 Kehadiran semua exco adalah penting untuk sama-sama menyuarakan pendapat dan memajukan PIBG SK Agama Sri Aman agar setanding dengan PIBG yang lain.

2.3 Semua exco harus bekerjasama merangka aktiviti-aktiviti dengan peruntukan yang telah disalurkan untuk memartabatkan PIBG SK Agama Sri Aman.

2.4 YDP menyokong saranan penasihat untuk mengadakan lawatan ke luar untuk mempelajari perkara-perkara baru.

3.0 HAL-HAL BERBANGKIT

3.1 Penalti RM50 seperti yang ditetapkan dalam mesyuarat sebelum ini hanya dikenakan kepada exco yang tidak hadir tanpa sebab.

Tindakan : Makluman

Page 3: Minit Mesyuarat Exco Pibg Bil 3 Tahun 2014

3.2 Tandas surau : YDP meminta Encik Sabang menyenaraikan keperluan untuk membaiki tandas surau memandangkan ada pihak yang akan menaja untuk membeli keperluan tersebut.

Tindakan : Encik Sabang

3.3 Tanah untuk keceriaan akan datang dalam masa terdekat dan turut ditaja.

Tindakan : YDP

3.4 Memindah pondok akan ditangguhkan kerana ia melibatkan banyak proses yang rumit.

Tindakan : Makluman

3.5 Penasihat menyatakan bahawa pihak sekolah akan membuat jawatankuasa di peringkat sekolah dan exco akan menjadi penyelaras.

Tindakan : Guru Besar

3.6 Encik Zainal mencadangkan agar ditetapkan tema untuk keceriaan gotong-royong sama ada tema batu, bunga atau dusun.

Tindakan : YDP

3.7 Puan Siti Rafeah menyatakan bahawa bangku di kantin tidak mencukupi dan mencadangkan supaya dimasukkan aktiviti membuat bangku semasa gotong-royong.

Tindakan : YDP

3.8 YDP mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan bahan-bahan untuk membuat bangku dan urusan membuat bangku akan dilaksanakan oleh warga Penjara Sri Aman.

Tindakan : Guru Besar

3.9 Puan Norizan menambah bahawa sekolah masih memerlukan 10 buah bangku di kantin.

Tindakan : Makluman

4.0 AGIHAN TUGAS GOTONG-ROYONG

4.1 Membaiki tandas surau – Encik Sabang

4.2 Mengecat tandas murid – Encik Zaidi

Page 4: Minit Mesyuarat Exco Pibg Bil 3 Tahun 2014

4.3 Mengecat pasu bunga – Tuan Yakof, Puan Rezaomi, Puan Dayang Fadzlin, Puan Reny

4.4 Menanam pokok bunga – Puan Noriazan, Puan Mastura, Encik Zainal

4.5 Menebas rumput – Encik Dolah, Encik Wan Saperi

4.6 Mengecat petak lalulintas – Encik Dahlan, Encik Balkis, Encik Alhias

4.7 Makanan – Puan Siti Rafeah

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Encik Zaidi mengucapkan terima kasih atas sumbangan kewangan untuk murid-murid yang mewakili sekolah di peringkat negeri di Miri.

Tindakan : Makluman

5.2 Encik Zainal mengatakan bahawa beliau ada menerima aduan daripada ibu bapa tentang guru-guru dan beliau berharap pihak sekolah mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.

Tindakan : Makluman

5.3 Encik Sarifuddin memohon pihak PIBG membuat hebahan kepada ibu bapa untuk turut serta dalam program qurban yang akan diuruskan oleh PIBG sebagai salah satu aktiviti anjuran PIBG.

Tindakan : Setiausaha

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.15 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ...................................

( DAYANG FADZLIN BT ABANG IBRAHIM ) ( YAKOF BIN RIE )

Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,

SK AGAMA SRI AMAN SK AGAMA SRI AMAN