Minit Mesyuarat Guru 3 2015

10
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KERUH 33100 PENGKALAN HULU, PERAK DARUL RIDZUAN. Telefon & Fax: 04-4778909 ABD 7047 E-mail : [email protected] “PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN” MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KE 3 2015 Hari : Selasa Tarikh : 10.3.2015 Masa : 2.30 petang Tempat: Bilik Guru Kehadiran 1. Pn.M.Selvarani (Guru Besar ) 2. Pn.V.Sivagami (PK HEM) 3. En.K.Andhra Ghandi (PK KK) 4. En.Kathirkaman 5. Pn.M.Revadhi 6. En.Pushparajah 7. Pn.H.Monica 8. En.Saravana Kumar 9. Cik Manjula 10. Cik P.Niwasini

description

KURIKULUM

Transcript of Minit Mesyuarat Guru 3 2015

Page 1: Minit Mesyuarat Guru 3 2015

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KERUH

33100 PENGKALAN HULU,PERAK DARUL RIDZUAN.

Telefon & Fax: 04-4778909 ABD 7047 E-mail : [email protected]

“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KE 32015

Hari : Selasa

Tarikh : 10.3.2015

Masa : 2.30 petang

Tempat: Bilik Guru

Kehadiran

1. Pn.M.Selvarani (Guru Besar )

2. Pn.V.Sivagami (PK HEM)

3. En.K.Andhra Ghandi (PK KK)

4. En.Kathirkaman

5. Pn.M.Revadhi

6. En.Pushparajah

7. Pn.H.Monica

8. En.Saravana Kumar

9. Cik Manjula

10.Cik P.Niwasini

11.Cik G.Prema

12.Cik A.Anuratha

Page 2: Minit Mesyuarat Guru 3 2015

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Guru besar selaku pengerusi mesyuarat guru mengalu- alukan dan berterima kasih atas

kehadiran guru-guru kerana menghadiri Mesyuarat Kurikulum kali kedua .

Tindakan : Makluman

1.2 Beliau amat mengharapkan semua guru dapat memberikan komitmen sepenuhnya

sepanjang 2015 bagi meningkatkan prestasi sekolah.

1.3 Beliau memohon semua guru agar menumpukkan sepenuh perhatian kepada murid murid

tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan september 2015.

1.4 Beliau juga mengharapkan kerjasama dari semua guru bagi melaksanakan program kelas

tambahan UPSR.

2.0 Pengesahkan dan membentangkan minit mesyuarat yang lalu

Cik Prema telah mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan

disahkan dan Puan Revadhi telah menyokong cadangan tersebut.

3.0 Perkara – perkara yang berbangkit

Tiada perkara yang dibangkitkan

House Keeping

1.0 Moto JPN Perak & moto sekolah

1.1 Guru Besar mendedahkan kepada guru-guru moto Jabatan Pendidikan Perak pada tahun

iaitu “Perak Excellent”.

1.2 Beliau menyuruh guru-guru mengingati moto JPN dan berusaha melonjakkan

kecemerlangan akademik di sekolah dan meletakkan aspirasi JPN.

Page 3: Minit Mesyuarat Guru 3 2015

1.3 Selain itu, puan guru besar dengan bantuan guru-guru mencipta moto sekolah seiring

dengan moto JPN iaitu “SJK(T)Keruh Excellent”.

1.4 Beliau meminta guru-guru mengamati moto tersebut dan berusaha dengan gigih untuk

menjadikan SJK(T) Keruh sebuah sekolah yang ‘excellent’ dalam bidang akademik dan juga

kokurikulum.

1.5 Guru besar meminta bantuan Cikgu Andhra untuk menbuat motro tersebut dan

memaparkannya di sekolah.

2.0 Pertandingan Valartamil Vizha

2.1 Pertandingan Valartamil Vizha peringkat daerah pada tahun 2015 akan berlangsung

pada 24 Mac 2015 di SJK(T) Kota Lima, Lenggong.

2.2 Seterusnya, Pertandingan Valartamil Vizha peringkat negeri pula akan diadakan di

SJK(T) St. Mary, Parit Buntar pada 25 April 2015.

2.3 Guru Besar meminta jasa dan bantuan guru-guru untuk melatih murid-murid untuk

kedua-dua peringkat tersebut dan mengekalkan kecemerlangan SJK(T) Keruh seperti

tahun-tahun yang lepas.

2.4 Semua pertandingan dikekalkan dan syarat-syarat juga diberitahu kepada guru-guru

yang dipertanggungjawab untuk setiap pertandingan.

2.5 Guru Besar sangat berharap agar murid-murid dapat memberikan yang terbaik dan

memenangi setipa pertandingan yang dipertandingkan.

3.0 Lawatan Pengarah Ke Hulu Perak

3.1 Pengarah akan berada di Hulu Perak pada 4 dan 5 Mac 2015.

3.2 Semasa keberadaan, beliau akan menilai dan memberi perhatian terhadap

kecemerlangan UPSR di setiap sekolah.

Page 4: Minit Mesyuarat Guru 3 2015

3.3 Oleh itu, guru besar meminta guru-guru supaya sentiasa peka dan membuat tugasan

dengan sebaik-baiknya.

3.4 Beliau juda meminta guru-guru tahun 6 mengisi borang pemarkahan (headcount) untuk

setiap matapelajaran dan hantar sebelum 9 Mac 2015 kepada beliau.

3.5 Guru besar memberitahu bahawa Pengarah sangat menitiberatkan headcount dan

program-proghram yang dibuat untuk murid-murid UPSR di sekolah.

4.0 UPSR

4.1 Encik. Haji Razali, Ketua Sektor telah mengadakan mesyuarat untuk Penolong Kanan

dan berbincang tentang prograsi UPSR di setiap sekolah.

4.2 Guru Besar memberitahu guru-guru bahawa pihak JPN sangat menitikberatkan

Kecemerlangan UPSR di setiap sekolah.

4.3 Maka dengan itu, guru besar meminta guru-guru untuk membuat beberapa tugasan

penting untuk Kelas UPSR.

4.4 Guru-guru diminta melengkakan TOV, ETR dan sasaran untuk semua subjek untuk

kelas UPSR.

4.5 Selain itu, guru-guru diseru untuk membuat ‘Task Course UPSR’.

4.6 Ianya adalah Pelan Intervensi untuk murid-murid tahun 6 untuk setiap subjek. Pelan ini

adalah untuk mengidentiti kelebihan dan kelemahan murid serta mengambil langkah

mengatasi yang sebaiknya dengan segera untuk mengatasi masalah murid-murid.

4.7 Beliau juga menyuruh guru-guru menunjukkan dengan jelas band murid-murid dan

bagaimana mereka boleh mencapai peningkatan dari satu band ke band yang seterusnya.

Contohnya dari band C ke B.

4.8 Guru Besar juga menyatakan bahawa Dialog Prestasi harus dijalankan dari masa ke

semasa untuk menyelia dan melihat peningkatan murid-murid UPSR di sekolah.

Page 5: Minit Mesyuarat Guru 3 2015

4.9 Murid-murid yang ditargetkan mendapat 7A tahun pada tahun ini ialah :

a) S. Renugaa

b) V.Kaness Kumar

c) S.Tamilarasi

d) P.Yugetha

4.10 Guru Besar menyeru guru-guru supaya melakukan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan penuh dedikasi kerana hanya tinggal 181 hari sahaja untuk UPSR.

4.11 Target UPSR pada tahun ini ialah 84 %.

4.12 Pencapaian UPSR pada 2014 :

a) Band 3

b) Skor komposit – 74.68 %

c) Bil kedudukan – 3611/7709

5.0 Pencerapan guru

5.1 Pencerapan untuk fasa pertama akan dijalankan mulai 16 April 2015.

5.2 Guru-guru diminta membuat persediaan awal untuk pencerapan mereka.

5.3 Perancangan rapi semasa PdP menjadi keutamaan.

6.0 Program Sekolah Rintas

6.1 Guru Besar memberikan maklumat tentang program sekolah rintis yang semakin

popular pada era ini.

Page 6: Minit Mesyuarat Guru 3 2015

6.2 Program ini adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan nasional bertaraf

internasional.

6.3 Program ini bertujuan untuk mencipta sekolah yang berkualiti.

7.0 Kelas Literasi Komputer

7.1 Kelas Literasi Komputer akan dimulakan mulai minggu kedua bulan Mac.

7.2 Surat pemberitahuan telah diedarkan kepada ibu bapa untuk memberitahu tentang

tarikh pelaksanaan kelas itu mengikut tahun.

7.3 Yuran sebanyak RM20 telah dikutip untuk setahun untuk kos penyelenggaraan

komputer.

7.4 Kelas komputer ini akan dijalankan selam sejam selepas waktu persekolahan.

7.5 Guru-guru yang dipertanggungjawab untuk menjalankan kelas komputer ialah seperti

berikut :

a. Tahun 1 – Cik.Anuratha

b. Tahun 2 – Encik.Pushparajah

c. Tahun 3 – Puan.Revadhi

d. Tahun4 – Encik.Andhra

e. Tahun 5- Encik.Saravanan

8.0 Mesin Fotostat

8.1 Setiap bulan pihak sekolah membayar sewa yang tinggi untuk mesin fotostat .

8.2 Guru Besar meminta guru-guru supaya menggunakan mesin itu untuk hal-hal yang

mustahak sahaja dan tidak menggunakannya sewenang-wenangnya.

8.3 Guru-guru yang hendak menfotostat bahan harus mengisi jumlah bilangan dalam buku yang

disediakan dan memberikannya sehari sebelum kepada Encik. Leman untuk dicetak.

Page 7: Minit Mesyuarat Guru 3 2015

8.4 Guru-guru perlu memberikan bahan yang hendak difotostat seawal yang mungkin untuk

memudahkan Encik.Leman memberikan pada masa yang tepat.

9.0 Waktu Pejabat

9.1 Pejabat sekolah dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 4.00 petang.

9.2 Tetapi pejabat akan ditutup pada waktu rehat iaitu dari pukul 1.30 hingga 2.30 petang .

9.3 Guru-guru yang hendak membuat sebarang kerja di pejabat diminta datang pada masa

yang diperuntukkan

9.4 Sebarang kerja tidak dibenarkan dibuat pada waktu rehat dan jikalau terdapat apa-apa kerja

mustahak di pejabat guru-guru diminta kebenaran guru besar untuk berada di pejabat pada

waktu tersebut.

10.0 Program Motivasi Ibu bapa & Murid

10.1 Program Motivasi untuk Ibu bapa dan Murid dibawah unit bimbingan dan kaunseling akan

dijalankan pada 11 Mac 2015 bersamaan dengan hari Rabu.

10.2 Program ini akan dijalankan dengan sumbangan dan bantuan Komuniti 1 Malaysia.

10.3 Program ini akan dijalanlkan untuk ibu bapa dan murid untuk meningkatkan tahap

kesearan di kalangan ibu bapa.

10.4 Penceramah untuk program ini ialah Dr.Pushpavalli dari IPKSAH.

11.0 Peruntukan wang panitia

11.1 Guru Besar meminta setiap paniti untuk bergiat aktif dengan melakukan aktiviti-aktiviti

yang bernas untuk murid-murid.

Page 8: Minit Mesyuarat Guru 3 2015

11.2 Guru Besar juga memberitahu guru-guru bahawa peruntukkan diberikan untuk setipa

panitia untuk menjalankan aktiviti mereka.

11.3 Maka, beliau menyuruh setiap panitia untuk merancang aktiviti yang bernas dengan wang

yang diperuntukkan.

11.4 Peruntukkan untuk setiap paniti adalah seperti berikut :

a) Sains – RM 451.40

b) Matematik – RM 388.50

c) Bahasa Inggeris – RM 388.58

d) Moral – RM 225.70

e) Bahasa Malaysia – RM 263.34

f) Kajian Tempatan – RM 87.78

g) TMK – RM 175.50

h) Sejarah – RM 528.00

i) RBT – RM 601.72

j) Pendidikan Sivik – RM 264.00

k) Kemahiran Hidup – RM 396.00

l) PJ/PK – RM 902.00

m) Muzik- RM 601.92

n) Seni – RM601.92

o) PSS- RM2277.00

p) UBK – RM 792.00

4.0 Hal - hal lain

Page 9: Minit Mesyuarat Guru 3 2015

4. 1 Guru Besar meminta guru-guru menguruskan bilik khas yang diberikan kepada

mereka dengan baik.

4.2 Guru Besar meminta guru-guru menyumbangkan wang sebanyak RM 10 untuk

menjahit alas meja untuk meja guru di bilik guru.

4.3 Encik. Saravanan meminta guru-guru mengisi kedatangan dalam buku keluar masuk

bilik komputer.

5.0 Penangguhan mesyuarat Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang dengan ucapan terima kasih oleh guru

besar selaku pengerusi mesyuarat guru.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ _________________________( SARAVANAKUMAR A/L BALAKRISHNAN) ( SELVARANI A/P MUNIANDY)Setiausaha Mesyuarat Kurikulum GURU BESAR .