Minit Mesyuarat Guru 6 2014

15
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KERUH 33100 PENGKALAN HULU, PERAK DARUL RIDZUAN. Telefon & Fax: 04-4778909 ABD 7047 E-mail : [email protected] “PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN” MINIT MESYUARAT GURU KALI KE 6 2014 Hari : Khamis Tarikh : 04.09.2014 Masa : 5.00 petang Tempat: Bilik Guru Kehadiran 1. Pn.M.Selvarani (Guru Besar ) 2. En.Anbarasu (PK1) 3. Pn.V.Sivagami (PK HEM) 4. En.K.Andhra Ghandi (PK KK) 5. Pn.M.Revadhi 6. En.Pushparajah 7. Cik H.Monica 8. Cik Uma Mageswari 9. En.Saravana Kumar 10. Cik Manjula 11. Cik P.Niwashini 12. Cik G.Prema 13. Pn.Komathi 14. Cik A.Anuratha

description

sekolah

Transcript of Minit Mesyuarat Guru 6 2014

Page 1: Minit Mesyuarat Guru 6 2014

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KERUH 33100 PENGKALAN HULU,PERAK DARUL RIDZUAN. Telefon & Fax: 04-4778909 ABD 7047 E-mail : [email protected]

“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE 62014

Hari : Khamis

Tarikh : 04.09.2014

Masa : 5.00 petang

Tempat: Bilik Guru

Kehadiran

1. Pn.M.Selvarani (Guru Besar )

2. En.Anbarasu (PK1)

3. Pn.V.Sivagami (PK HEM)

4. En.K.Andhra Ghandi (PK KK)

5. Pn.M.Revadhi

6. En.Pushparajah

7. Cik H.Monica

8. Cik Uma Mageswari

9. En.Saravana Kumar

10.Cik Manjula

11.Cik P.Niwashini

12.Cik G.Prema

13.Pn.Komathi

14.Cik A.Anuratha

Tidak Hadir

1. En.Kathir Kaman

Page 2: Minit Mesyuarat Guru 6 2014

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Guru besar mengalu- alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke

mesyuarat guru kali kelima .

Tindakan : Makluman

1.2 Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang sedia membantu untuk

mengadakan kelas bimbingan UPSR yang akan dijalankan pada hujung minggu.

1.3 Beliau juga memohon kerjasama bagi menjayakan sukan tahunan sekolah yang akan diadakan

pada 25.09.2014.

1.4 Beliau memohon kepada semua guru agar memastikan keselamtan murid ketika mengadakan

latihan sukan.

2.0 Pengesahkan dan membentangkan minit mesyuarat yang lalu

Cik.Uma Mageswari telah mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan

Disahkan dan Cik Manjula telah menyokong cadangan tersebut.

3.0 Perkara – perkara yang berbangkit

Tiada perkara yang dibangkitkan

House Keeping

4.0 Karnival Bahasa Malaysia (kuiz Bahasa Malaysia) peringkat negeri

4.1 Kuiz BM akan diadakan pada hari 18.10.2014 (sabtu)

4.2 Guru Besar meminta guru pembimbing memberi latihan secukupnya kepada peserta.

4.3 Beliau juga meminta semua guru BM bekerjasama untuk melatih peserta Kuiz BM.

5.0 Kelas Khas UPSR

5.1 Guru besar memberitahu kelas khas bagi murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan

UPSR akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad.

Page 3: Minit Mesyuarat Guru 6 2014

5.2 Kelas akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad.

5.3 Kelas ini diadakan untuk mengatasi kelemahan murid dalam kertas penulisan BM dan

kertas BI.

5.4 Semua guru akan mengajar murid mengikut jadual dan kumpulan.

5.5 Guru Besar memberitahu sarapan dan makan malam akan disediakan kepada semua

murid .

6.0 Cuti Rehat Khas

6.1 Guru – guru yang ingin ambil cuti rehat khas harus memohon cuti terlebih dahulu iaitu

Sekurangnya - kurangnya seminggu lebih awal.

6.2 Semua guru dibenarkan mengambil cuti rehat khas selama 7 hari sahaja dalam setahun.

7.0 ASET sekolah

7.1 Guru besar meminta guru ASET harus mengemaskinikan harta sekolah.

7.2 Semua harta sekolah harus dilabelkan dengan nombor siri.

7.3 Semua harta sekolah harus di daftar dalam borang kew.pa.

7.4 Jika kerosakkan harta berlaku ia harus direkodkan dalam borang kew.pa 9.

7.5 Guru Besar memberitahu guru ASET harus membuat pelupusan harta benda sekolah bagi

memohon yang baru.

8.0 Dasar komuniti Asean

8.1 Program "5 Minit ASEAN Komuniti" merupakan program kesedaran, publisiti dan promosi

berkaitan ASEAN Komuniti di peringkat sekolah.

8.2 OBJEKTIF Menyampaikan maklumat tentang negara-negara Asean diperingkat sekolah.

Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan ASEAN Komuniti

Warga sekolah merasai mereka adalah sebahagian dari warga ASEAN"

8.3 Program " 5 Minit ASEAN Komuniti,,kesedaran, publisiti dan promosi semasa diadakan

Pada

Page 4: Minit Mesyuarat Guru 6 2014

Perhimpunan Rasmi

Perhimpunan pagi

Aktiviti Kokurikulum

Sambutan Hari ASEAN Komuniti

8.4 PK KK memberitahu semua sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi

melaksana program kesedaran, publisiti dan promosi mulai September 2014.

8.5 Pengisian Bahan

Sejarah Penubuhan ASEAN; maksud ASEAN, nama dan jumlah negara-negara

ASEAN dan lokasi negara tersebut.

Maklumat Negara-negara ASEAN ; seperti budaya, jenis tarian, cara hidup,

makanan utama, matawang digunakan, tempat - tempat pelancongan utama, ibu

negara, Bandar-bandar utama bentuk muka bumi (geograii), hasil utama negara,

pekerjaan utama penduduk, jumlah penduduk, pendidikan, bahasa, perayaandan

lain-lain yang berkaitan.

Maklumat berkaitan Asean Komuniti; contoh Maksud ASEAN Komuniti, ASEAN

Politik- Keselamatan Komuniti , ASEAN Ekonomi Komuniti dan ASEAN Sosial-

budaya Komuniti.

8.6 Pelaksana Sudut/ Laluan ASEAN Komuniti'

Aktiviti/ pelaksanaan sudut/ laluan ini boleh diuruskan oleh kumpulan murid/ pelajar

yang dicadangkan oleh pihak Pengurusan Sekolah .

a. Pasukan Unit Beruniform (Pengakap)

Pengisian bagi sudut/ Laluan ASEAN dilaksana mengikut tahap murid/ pelajar dan

kemampuan masing-masing .

Penyediaan bahan adalah digalakkan mengguna kemudahan sedia ada dan

daripada kreativiti murid/ pelajar.

Page 5: Minit Mesyuarat Guru 6 2014

9.0 LINUS

9.1 Penyelaras LINUS Cik Manjula memberitahu saringan linus (bacaan) akan dimulakan mulai

02.09.2014 hingga 03.10.2014.

9.2 Beliau meminta semua guru harus menggunakan pen untuk tanda dalam Borang Pelaporan

Penguasaan Individu (BPPI).

9.3 Beliau juga meminta semua guru membaca Manual Pentadbiran Instrumen LINUS

Membaca Saringan 2 sebelum menguji murid.

9.4 Beliau juga meminta semua guru menghabiskan saringan bacaan dan tulisan dalam tempoh

yang ditetapkan.

9.5 Guru harus memberitahu tentang konstruk 1-12 kepada murid.

9.6 Guru harus menjalankan PdP selama 40 minit dan guru dibenarkan membuat saringan

LINUS dalam tempoh 20minit sehari.

9.7 Beliau juga memberitahu guru boleh menjalankan saringan LINUS secara individu atau

kumpulan kecil yang tidak melebihi tiga orang murid serta mengikut kesedian murid.

9.8 Instrumen LINUS harus ditadbir semasa waktu PdP sahaja.

9.9 Beliau juga memberitahu murid harus duduk bersebelahan pentaksir ketika pentaksiran

dilaksanakan.

9.10 Beliau meminta fail LBM, LBI dan Numerasi harus dikemaskinikan secepat mungkin.

9.11 Beliau meminta semua guru harus peka terhadap anjakan PPPM yang berkaitan dengan

LINUS. Beliau juga meminta semua guru membaca dan memahami anjakan kedua iaitu:-

Anjakan 2: Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

10.0 Pentaksiran berasaskan sekolah

10.1 PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif

dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum

kebangsaan.

10.2 Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.

10.3 Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS).

Page 6: Minit Mesyuarat Guru 6 2014

10.4 Kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran

Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

10.5 Evidens

Evidens PS Evidens PS dalam buku latihan, buku kerja, lembaran kerja di simpan dengan

selamat dan bersistematik sebelum direkodkan.

Evidens PS hendaklah diserahkan kepada murid setelah direkodkan.

Evidens terbaik dijadikan showcase untuk rujukan murid dan guru. Evidens

showcase boleh disimpan dalam fail atau dipamerkan di ruang pameran sekolah.

Evidens PP

Evidens PP hendaklah di simpan dengan selamat dan bersistematik bagi tujuan

penjaminan kualiti (penyelarasan markah).

Evidens PP hendaklah diserahkan kepada murid setelah penyelarasan dan

perekodan markah.

Evidens PAJSK

Evidens PAJSK di simpan dengan selamat dan bersistematik sebelum direkodkan.

Evidens PAJSK hendaklah diserahkan kepada murid setelah direkodkan.

Evidens PPsi

BPP adalah TERHAD. Evidens murid disimpan dalam Fail Pentaksiran Psikometrik

oleh guru bimbingan dan kaunseling.

Fail disimpan di tempat yang selamat secara sistematik .

Evidens diserahkan kepada murid apabila murid berpindah atau selepas tamat

persekolahan.

10.6 PAJSK adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur

penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum

dan ekstrakurikulum.

PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam

atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid.

Page 7: Minit Mesyuarat Guru 6 2014

PAJSK dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya

lebih holistik dan bersepadu.

Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan

dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti

yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PAJSK merangkumi tiga komponen; SEGAK dan BMI, Kokurikulum dan Ekstrakurikulum.

Pentaksiran Segak

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah

untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal

Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan.

Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard

yang telah diperakui di peringkat kebangsaan.

SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi",

"Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur".

Pentaksiran BMI

BMI dalam PAJSK tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid

menggunakan piawaian ukuran BMI.

Pentaksiran sukan dan ko kurikulum

Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti

sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh KPM yang bertujuan untuk

membangunkan modal insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta

pembangunan diri seseorang murid.

Konstruk dan pelaksanaan pentaksiran sukan dan pentaksiran kokurikulum dalam

PAJSK adalah serupa.

Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah,

zon / daerah / bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam Sukan dan Permainan, Kelab

dan Persatuan, Badan Beruniform dan Koakademik di peringkat sekolah, zon /

daerah / bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Page 8: Minit Mesyuarat Guru 6 2014

Pentaksiran aktiviti Ekstra kurikulum

Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan

maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang

dijalankan sama ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat

kebenaran ibu bapa/penjaga dan pengesahan pihak sekolah.

Aktiviti ekstrakurikulum merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang

terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk

kepentingan masyarakat setempat dan umum.

10.7 Psikometrik

PPsi ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat

yang menggambarkan tret psikologi.

Tret psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPsi

dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran murid.

PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan proses

pengajaran dan pembelajaran. PPsi mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan

kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran.

Manual Pentaksiran Psikometrik diedarkan kepada sekolah sebagai panduan

melaksanakan PPsi.

10.8 Ujian Aptitud

Ujian Aptitud Khusus ialah instrumen untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur

kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid.

10.9 Ujian Personalti

Ujian Personaliti ialah instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang

sahsiah unik setiap murid.

Ujian personaliti terbahagi kepada dua inventori iaitu inventori tret personaliti dan inventori

minat kerjaya.

10.10 Pementoran

Pementoran adalah proses menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan PBS

berdasarkan arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 9: Minit Mesyuarat Guru 6 2014

Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan/atau selepas pelaksanaan PBS.

Memberi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mengenai prosedur dan

garis panduan kepada guru.

Jenis Pementoran

Formal -Pementoran formal dijalankan secara terancang dan berjadual

dalam mesyuarat atau sesi peningkatan profesionalisme guru.

Informal - Pementoran informal dijalankan sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan

PBS tanpa jadual yang ditetapkan.

Penilaian Pementoran

PKM 1 – Instrumen Penjaminan Kualiti - Pementoran.

Instrumen PKM 1 diisi oleh Mentee selepas pementoran dijalankan.

PKM 2 - Laporan Penjaminan Kualiti - Pementoran. Laporan disediakan oleh Mentor berdasarkan dapatan dari instrumen PKM 1

10.11 Pemantauan

Pemantauan adalah satu proses mengawal selia bagi memastikan pelaksanaan PBS

mengikut arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Aktiviti Pemantauan dijalankan sebelum, semasa dan/atau selepas pelaksanaan PBS.

Jenis Pemantauan

Pemantauan dalaman- dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pemantauan luaran – dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, KPM.

10.12 Penyelarasan

Penyelarasan adalah satu proses untuk memastikan keseragaman penskoran.

Menyelaras pengetahuan dan kefahaman guru terhadap panduan penskoran.

Memastikan guru memeriksa hasil kerja murid berdasarkan panduan penskoran.

Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan sebenar murid.

Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor.

10.13 Pengesahan

Page 10: Minit Mesyuarat Guru 6 2014

Pengesanan ialah satu proses untuk menilai instrumen pentaksiran.

Memastikan instrumen pentaksiran menepati dokumen kurikulum

Memastikan item yang dibina sesuai dengan konstruk yang diukur

Memastikan item yang dibina menepati prinsip pembinaan item

Memastikan item yang dibina sesuai dengan tahap penguasaan murid

Memastikan item menggunakan laras bahasa yang sesuai

Memastikan masa yang diperuntukkan mencukupi

Memastikan kebolehtadbiran dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran

Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.

Menyemak instrumen pentaksiran yang dihasilkan oleh guru bagi memastikan

Menepati dokumen kurikulum. Sesuai dengan konstruk yang diukur. Menepati prinsip pembinaan item. Sesuai dengan tahap penguasaan murid. Masa yang diperuntukkan mencukupi . Keboleh tadbiran dan keboleh laksanaan instrument pentaksiran.

PKK 1- Instrument Penjaminan Kualiti – Pengesanan Instrumen diisi oleh

Pesonel Pengesanan yang menjalankan pengesanan.

PKK 2 - Laporan Penjaminan Kualiti - Pengesanan. Laporan disediakan oleh Personel Pengesanan berdasarkan maklumat dari instrumen PKK .

11.0Hal - hal lain

7.1 Pertandingan baju tercantik, kelas tercantik, lagu patriotik akan diadakan sempena Hari

Kemerdekaan.

7.2 Guru besar memberitahu hadiah sukan kali ini merupakan medal dan tropy.

7.3 Beliau juga memberitahu baju sukan guru adalah Rm28.00.Beliau meminta semua guru

membayar dengan segera kepada Cik. Anuratha.

7.4 PK KK En Andha Ghandhi memberitahu satu pertandingan penataran PPPM iaitu

Pertandingan Melukis Poster, Mengarang Esei dan Pidato PPPM akan diadakan seperti

Page 11: Minit Mesyuarat Guru 6 2014

jadual yang dilampirkan di lampiran 2.

7.5 Syarat pertandingan melukis poster , mengarang esei dan Pidato PPPM dilampirkan

dalam lampiran 3.

8.0 Penangguhan mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang dengan ucapan terima kasih oleh guru

besar selaku pengerusi mesyuarat guru.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ _________________________( REVADHI A/P MANIAM) ( SELVARANI A/P MUNIANDY)Setiausaha Mesyuarat Guru GURU BESAR .

11/09/2014